PESANAN PENAJA: JALAN CERITA DAN DIALOG IKLAN INI ADALAH BERDASARKAN IMAGINASI DATO' SHAH
Aku mempunyai seorang Abah yang...
Hensem
Setiap kali bila kami berjalan bersama, situasi ini pasti berlaku...
"Ini adik kau yang mana satu ni?"
"Hehe... Aku tahulah aku nampak muda”
“Ini anak aku lah!"
Namun Abah tidak pernah bangga diri
"Abah rasa kau kena diet sikit ni.
Perut dah boroi, muka nampak tua"
Aku seperti biasa sering rajuk diri
Namun Abah tidak putus-putus memberi dorongan kepadaku untuk menjadi lebih baik daripadanya
"Belajar rajin-rajin, Bahasa Inggeris tu kena mahirkan lebih dari Abah. Abah nak kau jadi accountant yang lebih berjaya dari Abah"
"Abah tu accountant ke, selalu balik pukul 6 petang. Accountant kan selalu balik lambat"
"Abah buat kira-kira kat pejabat.
Abah balik pukul 6, jadi abah account 6 (sick).
Akaun tak balance pun, dah boleh balik.
Nak jadi accountant yang cemerlang
kena balik lewat sampai pukul 10 malam,
barulah account 10 (ten) - accountant.
Sebab tu orang panggil accountant. Hah gitu"
Kami sering bersatu dalam sukan terutamanya bolasepak
"Ha cepat… cepat…!, Malaysia lawan Arab Saudi Piala Dunia Kelayakan, nak start ni..."
"Goooaaaaaallllllllllllllllll"
"Wow! Itu dia, satu rembatan gol yang cantik dari Arab Saudi. Tahniah Arab Saudi!"
"Abah, Hasbullah Awang ni bukan orang Malaysia ke? Happy je"
"Dia hanya buat kerja dia, jangan kacau!"
Tetapi kami sering bertelagah dalam isu politik
"Abah… Abah… tengok video reformasi ni, masa demo, FRU pukul orang ramai. Zalim. Pastu tengok ni, pemimpin tu lebam biji mata dia kena pukul polis. Mahazalim!"
"Orang yang buat jahat memang patut dapat macam tu"
Aku seperti biasa rajuk hati
Abah pandai memujuk
Satu hari dia telah membelikanku sebuah buku
"Ini Abah belikan buku accounting ni. Harap-harap kau boleh jadi accountant nanti.
Aku masih lagi ingat buku yang Abah beli khas untuk aku
"Accountability? Lainlah... Abah, ini bukan..."
"Kenapa? Ini buku accounting kan?"
Untuk tidak mengecilkan hatinya aku menerima buku itu dan menyimpannya
"Ok... Terima kasih... Hmmm..."
Masa berlalu begitu pantas dan aku telah memasuki alam pekerjaan
Untuk menjadi accountant yang cemerlang,
aku sentiasa sibuk dan sering pulang ke rumah selepas pukul 10 malam
Aku hanya buat kerja aku. Jangan kacau!
"Abah, sorry ye, orang tengah sibuk ni. Nanti orang call abah balik, atau abah sms aje tinggalkan pesanan"
Aku menjadi begitu sibuk sehingga tiada masa untuk menelefon, apatah lagi memanggilnya, Abah
Satu malam, setelah aku pulang dari office aku mendapat khabar yang Abah di kampung telah meninggal dunia akibat sakit misteri
Abah meninggal dunia tanpa aku disisinya
Abah meninggal dunia tanpa aku disisinya
Barulah kusedar bahawa Abah sentiasa menggalakkan aku berjaya di dalam career, tetapi dalam masa yang sama, aku harus ada kebertanggungjawaban (accountability) terhadap orang-orang di sekelilingku termasuk ibu bapa dan keluarga
Kini aku mempunyai cahaya mata
Dan sejak dari itu, setiap masa aku akan pastikan yang mereka sering ada rasa tanggungjawab terhadapku dengan memastikan mereka memanggilku selalu
"It’s Barney!"
"Bukan Barney sayang, ini Daddy!"
"Ok, tenkiu Barney!"
Betul kata Abah
Mulai sekarang aku harus berdiet dan menguruskan badan supaya sentiasa kelihatan muda
Kini sudah 3 tahun Abah meninggalkanku akibat sakit misteri
Aku hairan Abah bukan orang yang buat jahat, dia tak patut dapat macam tu
Tetapi aku redha kerana Allah menganggap dia insan yang cemerlang dan lebih berjaya, lalu mengambilnya dari kami ketika dia hanya seusia kemerdekaan negara kita
Abah meninggalkan kami dengan kenangan-kenangan indah bersamanya kecuali telefon
Sehingga kini, sesiapa pun tidak mengetahui di mana Abah menyimpan handphone nya
Seperti kebiasaan, setiap kali Aidilfitri menjelang, aku akan mendial nombornya...
“Abang… Abang telefon siapa tu? Sudah sudahlah tu bang!”
“Ini abah saya lah”
"Harap maaf. Nombor yang anda dial sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan selepas nada beep..."
"Selamat Hari Raya Abah. Ampunkan dosa-dosaku..."
www.gurunsakura.blogspot.com - Dato’ Shah
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEDIH... TETIBA TERINGAT KAT ALLAHYARHAM ABAH...
ReplyDelete4x baca.. pat kali jugak la nk nangis..huhuu
ReplyDelete