Undilah...

Friday, October 12, 2012

Servis Percuma

Dalam beberapa tahun yang lepas. Hari Ahad kalau tak silap. Kalau tak silap tu maknanya betul lah kan. Kitaorang tengah sibuk dengan fail masing-masing. Print schedule dan paperwork berserta jadual dan juga kertas kerja assignment yang perlu disiapkan. Ya betul, kami pada masa itu sedang bekerja pada hari minggu. Begitulah nasib menjadi juruaudit terlampau di syarikat gergasi empat. Terlampau sibuk dan busy.



Tidak ada siapa yang boleh paham perasaan kami ketika itu. Jauh dari keluarga dan sanak saudara dan dekat pula dengan boss dan client. Masa tu, soalan yang paling sukar nak dijawab bila orang tanya adalah seperti "Kau buat apa sampai kena datang office weekend?" atau "Apa lagi kerja yang kau tak siap?". Memang susah nak jawab. Hanya kami para juruaudit sahaja yang memahami betapa banyaknya working paper yang harus di'update', betapa banyaknya nombor yang harus di'tie'kan dan dikira, dan betapa banyaknya analysis yang perlu dilakukan.



Tiba-tiba kawan sepejabat, Arep memanggil Dato'. Dato' terus menggelabah dan cemas lalu cepat cepat meminimisekan window youtube dan forum internet, dan membuka semula microsoft excel.



"Hah ada apa?" Dato' menyahut panggilan Arep dengan kool.



Arep segera menunjukkan suratkhabar The Star yang sedang dibacanya. Paper The Star ni amat popular di kalangan juruaudit seperti kami. Bukan, bukan sebab nak baca ruangan business tapi sebab nak tengok iklan jawatan kosong. Hah gitu. Itu kira business jugaklah. Meniaga jual diri. Test market dan maruah lah senang cerita.



Dato' terus mendapatkan Arep, sambil cover line takut junior lain nampak yang Dato' tengah cari kerja. Rupa-rupanya Arep menunjukkan iklan rumah untuk dibeli. Dia tahu yang Dato' pada masa itu tengah cari rumah jugak.



Arep kata tak perlu bayar deposit nak beli rumah tu. Kemudian dia terus berbisik kepada Dato'. "Wei, siap free rawatan spa wei". Dato' makin teruja. Dahlah tawaran tu untuk bumiputera, ada rawatan spa lagi tu. Ini sudah can baik. Dato' syak yang bagi servis pun bumiputera jugak. Satu lawan satu. Melayu dengan Melayu, oraitlah tu. Memang ohsem. Hah gitu.



Terus Dato' simpan keratan iklaneka tu dan bawa pulang ke rumah. Di rumah Dato' ada hint hint kat Datin nak beli rumah dan nak bawak beliau pergi showroomnya nanti. Malam tu ketika Dato' nak mula tidur dan mula membayangkan tengah di'rawat', Datin buat gawat lalu bertanya.



"Depositnya free kan? Abis tu Sales & Purchase Agreement macammana?"



"Entahlah... Nanti masa pergi kita tanya lah", jawab Dato' dengan kekwat.



Tapi Dato' mula rasa tak sedap hati. Masa Datin tengah tidur, Dato' mula merangkak dan mengambil keratan iklan rumah tu dari dalam beg. Bila Dato' baca betul-betul, tertulis di situ dengan huruf besar macam ni;



-NO DEPOSIT-
-FREE LEGAL FEES-
-FREE SPA-



Sales Purchase Agreement! Inilah jawapan untuk soalan Datin tadi. Haish, lambat pulak nak pagi ni. Benda yang pertama Dato' nak buat esok sebelum jumpa client untuk settle issue ialah jumpa Arep dulu, kasi settle. Celaka kau...!
 
 
 

Tuesday, October 9, 2012

Psikik


 
Menjelang senja hujung minggu yang lalu, Dato' singgah ke sebuah warung untuk mengurat gewe Kelate. Acah je, untuk makan lah, lagi mau tanya. Dato' ditemani anak-anakku yang comel sebab mukanya ikut muka daddy mereka. Kami order tom yam seafood untuk Dato' dan sup ayam dan telur dadar untuk anak-anak.
 

 
Setelah selesai Dato' menikmati tom yam sotong sepotong (yang lainnya semuanya sayur) dan setelah Dato' menghabiskan sup ayam dan telur dadar, Dato' merasakan warung usang itu ada 'sesuatu'.
 

 
Dahlah senja, ditambah pula dengan anak-anak yang meragam dan asyik menangis, membuatkan Dato' merasa bulu bulu sudah mula naik. Dr. Zakir Naik ada berpesan, katanya, "Seek refuge with Allah from all evils". Hah gitu. Entah macammana Dato' teringat Dr. Zakir Naik pun Dato' tak pasti. Yelah mungkin saat-saat cemas ketika itu barulah nak ingat ulama'. Haipp! Sebut betul-betul ye.
 

 
Television tidak berastro di warung itu terpasang cerita hantu saka. Hah sudah. Ini menambahkan lagi keseraman senjawarna ketika itu. Dengan tak semena-semena, seorang perempuan remaja berbaju kurung dan bertudung berdiri yang di hadapan meja kami. Mukanya agak sugul. Matanya pula merenung tajam ke arah makanan kami. Lama pulak itu. Kemudian mata perempuan itu meliar ke setiap sudut meja kami.

 
 
Dato' bertambah bingung dan dalam masa yang sama cuba mententeramkan dua orang anak Dato'. Tiba-tiba perempuan itu bersuara... "RM17.20 abe!". CEH...! Apasal lah engkau tak guna kalkulator dik, kan senang...!
 

 
Nak jadi pelayan warung/restoran ni bukannya mudah. Kena belajar dan ada kuasa psikik. Kalau pelayan kedai makan tom yam biasanya guna kuasa psikik untuk mengira bil. Kalau pelayan restoran nasi kandar pula kena belajar kuasa psikik untuk menghafal order pelanggan. Hah gitu.

 
 
Anak-anak kecil zaman sekarang pun dah pandai psikik psikik ni. Suruh makan dan suruh habiskan makanan, dia tak nak. RM17 tu harga makanan. 20 sen lagi harga gula-gula. Tiada lagi kedengaran tangisan selepas itu. Misteri terjawab. Hari itu memang hari Dato' kena psikik. 
 
 

Sunday, September 16, 2012

Iklan Hari Malaysia Gurun Sakura 2012


 
 
Satu hari saya dibawa makan tengah hari di sebuah restoran hotel di ibu kota
 

 

"It's a dim sum!", kata seorang rakan semeja



"Oh yeah? This is second time I eat dim sum", kata rakan yang lain
 

 



Datang pula seorang pelayan menghulurkan minuman
 
 

"Sir, Chinese tea, sir?"
 
 

"Fork and spoon, ya". Saya mula mengada- ngada demand.
 
 

"Wokeh sir, no problem, sir!"






Tapi akhirnya saya makan menggunakan hand and finger je!


 
 
 
Hakikatnya saya begitu menikmati makanan hari itu. Maklumlah free. Hah gitu.






Uniknya Malaysia.
 
 
Makan tengah hari di restoran makanan Cina.
Dilayan pula oleh pekerja Bangladesh.
Dimakan menggunakan tangan dan jari Melayu.
Dan yang pastinya...
Ditanggung halal oleh Jakim. Hah gitu.




Rakan-rakan semejaku yang lain, pelbagai bangsa dan negara datang ke Malaysia atas urusan kerja.




Yang sebut "dim sum" tu tinggal di Dubai dan berasal dari negara India. Yang kata second time makan dim sum tu pula dari Kuwait.



Saya bangga menjadi anak Malaysia.
 



Kita bebas merentasi sempadan kaum, bangsa dan budaya tanpa perlu memperkenalkan siapa kita sebenarnya. Kita bebas melakukannya berapa kali pun yang kita mahu.




Ternyata kita sama.




Setiap kali 31 Ogos, saya membelikan kedua-dua anak saya jalur gemilang, setiap seorang.




Walapun mereka masih mentah dan sekadar bermain dengannya, sekurang-kurangnya saya telah mendidik mereka untuk rasa hormat terhadap bendera.
 
 

Semasa siarang langsung sambutan kemerdekaan di TV...
 

Di workstation saya di pejabat...



Walau apa pun sebutannya, kita punya satu matlamat. Bersama kita memartabatkan negara. Masa depan besar negara kita bermula dari usaha kecil kita sekarang.


Kerana aku anak Malaysia. Dan kau pula anak aku...
 
 

 
Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Kemerdekaan


Thursday, August 16, 2012

Iklan Raya Gurun Sakura 2012

PESANAN PENAJA: JALAN CERITA DAN DIALOG IKLAN INI ADALAH BERDASARKAN IMAGINASI DATO' SHAH SAHAJA. INDIVIDU DI DALAM GAMBAR ADALAH MERUJUK KEPADA PELAKON KEPADA JALAN CERITA IKLAN INI.



Tak pernah aku membayangkan
Mempunyai anak seindah ini




Sebagai ibu, mendengarkan suaranya buat pertama kali, membuatkan aku terlupa akan penat lelah 9 bulan mengandungkannya...

Mulai saat itu aku berjanji akan membahagiakannya


Aku juga percaya kebahagiaan itu adalah kemampuan sebenar


Dan kerana itu aku sanggup bekerja siang dan malam hanya kerana dia



"Mama... Malam ni mama balik pukul berapa?"


"Mama janji... Mama balik awal sikit hari ni. Mama balik pukul 10 malam..."


"Ok, janji ye mama... Pukul 10..."


Dia terlalu kecil untuk memahami semua ini. Semuanya aku lakukan untuk dia senang di kemudian hari...


Ada kalanya aku merasakan dia tidak senaif yang kusangka



Aku tidak dapat melupakan pada malam aku menemui nota ringkas yang ditulisnya...


"Bibik...! Tolong angkat bawa masuk tidur...!"


Dia seorang yang begitu manja sekali. Aku terpaksa melupakan seketika kemanjaan itu kerana tugas…


"Tak boleh ikut, mama nak pergi kerja ni... Mama janji Mama balik awal... Mama beli mainan nanti... Mama janji..."




12 tahun berikutnya...




"Mama... Orang lulus lesen motor! Susahnya nak buat Encik Misai tu senyum... Hah gitu!"


Ketika dia meningkat remaja, aku  membalas sedikit demi sedikit janji aku memberi kebahagiaan dan kasih sayang kepadanya...


"Terima kasih Mama... !
Orang janji lepas ni kalau mama suruh pergi kedai banyak kali pun, orang pergi...
Tak payah penat jalan kaki lagi..."



**************************************

"Mama... Panaslah kat luar sana nak pergi kedai... Kejap lagi boleh tak?"


"Ok... Jangan lambat sangat..."

"Mama... Kalau ada lesen kereta ok jugak kan... Naik kereta ada aircond
Kalau dapat lesen kereta, orang janji...
Mama nak pergi mana pun orang boleh bawak...!"




Lama kelamaan aku merasakan yang janjiku untuk memberikan kebahagian kepadanya dibalas dengan janjinya untuk kebahagiannya seorang



"Lan… Mama ikut sekali hantar balik kampus?
Bolehlah Lan bawakan Mama jalan-jalan kat sana...?"


"Takpe mama, orang balik kampus dengan member..."


"Bila balik kampung semula...?"



"Orang janji hujung bulan orang balik, ok mama?"



Hanya tuhan yang tahu betapa rindunya hati dan sunyinya rasa apabila dia tidak berada di sisi

Kepulangannya sentiasa kunanti. Aku sanggup menunggu dan terus menunggu...




Setelah dia beroleh ijazah, aku telah menguruskan perkahwinannya dengan gadis pilihannya sendiri


Aku percaya yang pengorbanan aku selama ini membesarkannya dengan penuh kasih sayang, terbalas dan berbaloi

"Mama, tahun ini orang tak dapat beraya dengan mama. Tahun ni giliran isteri."

"Takpe Lan... Mama paham..."

"Mama...!"


"Mama paham. Apa dia Lan...?"


"Orang janji… Tahun depan orang beraya di rumah mama..."




"Takpe Lan... Jangan berjanji lagi Lan... Mama paham..."





Kadangkala aku terfikir untuk dilahirkan semula ke dunia ini


Dan jika aku dilahirkan semula ke dunia, aku ingin berhenti berjanji

Aku mahu sentiasa bersama dia dan melihat sendiri tubuh kecil itu membesar di hadapanku sendiri

Dan dia juga dapat melihat aku membesarkannya sendiri



Kemampuan ini adalah kebahagiaan sebenar.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
- Dato' Shah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...