Tak pernah aku membayangkan
Mempunyai anak seindah ini
Sebagai ibu, mendengarkan
suaranya buat pertama kali, membuatkan aku terlupa akan penat lelah 9 bulan
mengandungkannya...
Mulai saat itu aku berjanji
akan membahagiakannya
Aku juga percaya kebahagiaan
itu adalah kemampuan sebenar
Dan kerana itu aku sanggup
bekerja siang dan malam hanya kerana dia
"Mama... Malam ni mama
balik pukul berapa?"
"Mama janji... Mama
balik awal sikit hari ni. Mama balik pukul 10 malam..."
"Ok, janji ye mama...
Pukul 10..."
Dia terlalu kecil untuk
memahami semua ini. Semuanya aku lakukan untuk dia senang di kemudian
hari...
Ada kalanya aku merasakan dia tidak senaif yang kusangka
Aku tidak dapat melupakan pada malam aku
menemui nota ringkas yang ditulisnya...
"Bibik...! Tolong angkat
bawa masuk tidur...!"
Dia seorang yang begitu manja
sekali. Aku terpaksa melupakan seketika kemanjaan itu kerana tugas…
"Tak boleh ikut, mama
nak pergi kerja ni... Mama janji Mama balik awal... Mama beli mainan nanti...
Mama janji..."
12 tahun berikutnya...
"Mama... Orang lulus
lesen motor! Susahnya nak buat Encik Misai tu senyum... Hah gitu!"
Ketika dia meningkat remaja,
aku membalas sedikit demi sedikit janji aku memberi kebahagiaan dan kasih
sayang kepadanya...
"Terima kasih Mama... !
Orang janji lepas ni kalau mama suruh pergi kedai banyak kali pun, orang
pergi...
Tak payah penat jalan kaki lagi..."
"Mama... Panaslah kat
luar sana nak pergi kedai... Kejap lagi boleh tak?"
"Ok... Jangan lambat
sangat..."
"Mama... Kalau ada lesen
kereta ok jugak kan... Naik kereta ada aircond
Kalau dapat lesen kereta, orang
janji...
Mama nak pergi mana pun orang boleh bawak...!"
Lama kelamaan aku merasakan
yang janjiku untuk memberikan kebahagian kepadanya dibalas dengan janjinya
untuk kebahagiannya seorang
"Lan… Mama ikut sekali
hantar balik kampus?
Bolehlah Lan bawakan Mama jalan-jalan kat sana...?"
"Takpe mama, orang balik
kampus dengan member..."
"Bila balik kampung
semula...?"
"Orang janji hujung
bulan orang balik, ok mama?"
Hanya tuhan yang tahu betapa
rindunya hati dan sunyinya rasa apabila dia tidak berada di sisi
Kepulangannya
sentiasa kunanti. Aku sanggup menunggu dan terus menunggu...
Setelah dia beroleh ijazah,
aku telah menguruskan perkahwinannya dengan gadis pilihannya sendiri
Aku percaya yang pengorbanan
aku selama ini membesarkannya dengan penuh kasih sayang, terbalas dan berbaloi
"Mama, tahun ini orang
tak dapat beraya dengan mama. Tahun ni giliran isteri."
"Takpe Lan... Mama
paham..."
"Mama...!"
"Mama paham. Apa dia
Lan...?"
"Orang janji… Tahun
depan orang beraya di rumah mama..."
"Takpe Lan... Jangan
berjanji lagi Lan... Mama paham..."
Kadangkala aku terfikir untuk
dilahirkan semula ke dunia ini
Dan jika aku dilahirkan
semula ke dunia, aku ingin berhenti berjanji
Aku mahu sentiasa bersama dia
dan melihat sendiri tubuh kecil itu membesar di hadapanku sendiri
Dan dia juga dapat melihat
aku membesarkannya sendiri
Kemampuan ini adalah
kebahagiaan sebenar.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
terbaikkk...entri dah ala2 iklan petronas @ bernas....thumbs up la nawar...
ReplyDeleteHahaha... good...^_^ selepas ni..giliran wa pulak berumah tangga.. x sabaqqq oii.. Akhz!
ReplyDelete