Pernah tak anda menghadapi situasi
seperti berikut? Lepas makan bersama rakan dan bergelak sakan, ketika ingin
membuat pembayaran, tiba-tiba anda terperasan yang misai mamak cashier tu
semakin melentik. Kepala mamak tu semakin laju berswing. Sebabnya bila anda
check-check balik dompet anda, tiada cash di dalam. Anda menggelebah, lalu
meminta rakan anda tolong bayarkan di atas kealpaan anda tidak membawa tunai
bersama. Tapi rakan anda tu cool sahaja, lalu berkata, " Takpe bro, aku
bayarkan, ini kecik punya hal..."
Situasi yang lain pula, rakan anda
sedang menanti anda di kopitiam. Bukan seminit dua, dah sejam dua anda tak
sampai-sampai. Bila dia call tanya mana anda, anda kata on the way. Padahal
anda dah terkantoi di situ bila suara serak-serak basah anda terpacul, baru
bangun tidur. Lepas tu anda rasa malas nak jumpa rakan anda itu, lalu anda sms
dia, kata anda tak dapat datang sebab ada emergency. Itupun rakan anda tu boleh
bersabar dan reply sms anda "Takdehal bro, kecik punya hal". Rakan
anda pun satu. Dah sepuluh tahun tak jumpa tiba-tiba nak jumpa. Ini mesti ada
kaki katak di sebalik mee kopitiam. Sama ada nak jual produk MLM atau nak jual
barang MLM.
Atau situasi ini? Anda terlambat masuk
meeting atau ke kelas. Lambat dalam 25 minit. Dah macam Michael Learns to Rock pulak. Hah gitu. Kemudian anda kena sound direct
dan anda tak puas hati mengapa anda dipersalahkan. Pada pendapat anda, lambat
sikit dan tidak tepati masa adalah kecik punya hal. Apalah anda ni.
Ataupun tiba-tiba anda dapat tahu
daripada berita Melodi yang artis kegemaran anda telah didapati mabuk laut
ketika bercuti ke Langkawi. Anda pun mengeluh, "Eleh, biasalah mabuk,
kecik punya hal ni". Atau anda baca paper dan mendapati yang ahli politik
pilihan anda didapati berkhalwat. "Ek eleh, kecik punya hal ni, dia
berkhalwat je, bukannya sebat duit rakyat".
Hari tu kecoh bila tiga orang penari
tiang yang didapati bersalah hanya didenda RM25 setiap satu. Rata-ratanya tak
puas hati dengan denda yang sebegitu. Yelah RM25 hinggit je. Siapa-siapa pun
boleh bayar. Dato' pun boleh bayar RM75 untuk lepaskan diaorang. Tapi Dato'
takut Dato' pulak yang kena pegang tiang berpaut lepas tu, sebab diaorang tak
mau lepaskan Dato'. Maklumlah terhutang budi gitew. Hah gitew. Ala, relaxlah,
bergurau takkan tak boleh. Kecik punya hal!
Eleh kalau setakat RM25, Mr. Moo pun boleh
kasi discount free service. Eh tapi tak boleh, kalau Mr. Moo tahu, nanti dia
kasi service, dia pergi repair pulak tiang tu. Tak boleh, tak boleh. Kalau
bagitau Mr Moo, lagi menjadikan tarian tiang semakin berleluasa di kalangan
masyarakat kita, ibarat terowong SMART tutup selepas hujan - kereta makin
banyak. Hah gitu. Kisah Mr. Moo boleh dibaca di sini >>>>> Mr. Moo
Sebenarnya mereka ini didakwa di bawah
Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Senang cerita penari tiang itu dihukum
RM25 sebab kesalahannya kecik punya hal je. Ala menari tiang je, kecik punya
hal je. Banyak contoh kes-kes sebelum ni yang didakwa atas seksyen ni.
Antaranya;
1) Di Kuantan, seorang lelaki menerima
didenda RM100 di Mahkamah Trafik di sini semalam, selepas menghina seorang
anggota polis dengan kata-kata kesat (Sinar Harian, 7 December 2011).
Biasalah,
maki polis. Engkau orang pun macam tak biasa maki polis. Tapi setakat dalam kereta ajelah. Hah gitu. Ada pulak
yang bila kena tahan, kena saman, pastu maki polis siap rakam video masuk
youtube. Dah jadi kebiasaan pulak sekarang ni. Kecik punya hal.
Kalau dulu kena tahan, kena saman, bukan main lagi
merayu... "Tok... tolonglah... jangan saman...Tok tau tak, saya banyak
anak nak tanggung ni". Secara tiba-tiba je, polis tu sah menjadi atuk angkat kita.
Kalau sekarang, kena tahan, kena saman, bukan main lagi maki... "Hey, apa salah saya...U cakap, saya mau tau apa kesalahan saya?". Siapa yang ajar kita buang sikap hormat? Sekian dimaklumkan.
2) Sama juga dengan kes ni. Di Terengganu, tiga
lelaki termasuk seorang remaja bawah umur dihadapkan di Mahkamah Majistret atas
tuduhan memaki dan membaling plastik berisi sos cili terhadap polis serta
memiliki mercun ketika perlawanan Liga Super, Terengganu menentang Kelantan.
Kes pertama membabitkan penganggur, Tuan Mohd Hasbullah Tuan Abd Razif, 24,
yang didakwa mengeluarkan perkataan ‘baliklah polis berambus, polis bodoh’ terhadap
anggota polis yang bertugas di luar stadium selepas tamat perlawanan. Tuan Mohd
Hasbullah yang berasal dari Kampung Chepoh di sini, mengaku salah terhadap
pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dikenakan hukuman
denda RM80 oleh Majistret Noor Adila Abd Latif. (Berita Harian, 8 June 2011)
3) Di Kuala Lumpur, seorang pelayan pelanggan (GRO)
yang mengaku menari bogel dalam bilik di sebuah kelab hiburan di sini,
dikenakan hukuman penjara empat hari dan denda RM25 oleh Mahkamah Majistret.
(Berita Harian, 6 April 2004)
Semua orang pernah melakukan kesalahan sama ada
kesalahan kecil dan besar. Dan Islam, dosa kecil dan besar juga berbeza. Kalau
dosa-dosa kecil boleh dihapuskan dengan banyak cara, antaranya kalau jatuh
sakit lalu diikuti dengan penginsafan. Kalau dosa-dosa besar pula boleh
dihapuskan dengan bertaubat nasuha.
Orang-orang kita ni biasalah, kalau penari tiang
didenda RM25, kena kata, sebab kecik sangat denda dan kata diaorang ni takkan
dapat pengajaran. Tapi kalaulah penari tiang tu didenda dengan berat seperti
penjara 10 tahun, akan kena kata jugak, kena padan muka, baru dia rasa.
Sepatutnya penari-penari tiang itu dibimbing dan dikaunseling ke arah jalan
yang baik. Perlunya ada pihak-pihak yang boleh membantu mendidik mereka.
Mungkin mereka perlukan bimbingan tetapi tidak tahu bagaimana mereka boleh
perolehi. Dato' pun boleh bagi tarbiyah dan membawa mereka ke jalan yang betul.
Tapi Dato' akan pastikan jalan itu jalan yang tiada tiang lampu macam jalan kampung dan tempat
tarbiyah tu sebuah padang dan tempat yang lapang, sebab takde tiang. Kalau tidak,
elok-elok Dato nak tarbiyah, terus Dato' jadi terbiar. Hah gitu. Ala janganlah
marah, ini kecik punya hal lah.
Ok, ini serius. Kita mungkin bersetuju yang
undang-undang kecik punya hal tu perlu dipinda terutamanya yang melibatkan
akhlaq dan syariah Islam seperti ini. Tapi sementara nak tunggu undang-undang
ini dipinda, sementara nak tunggu ahli-ahli parlimen bergaduh dulu, sementara
nak tunggu ahli parlimen maki sesama mereka sepatah dua kata, sementara itu kita perlu
pastikan tiada lagi anak-anak muda kita terlibat di dalam aktiviti yang tidak
sihat ini. Dan sementara itu, biarkan mereka ini didenda RM25, kemudian langkah
seterusnya memastikan mereka ini tidak mengulangi kesalahan yang sama. Jangan
lepas ni RM25 tu macam renewal fees untuk mereka meneruskan career di tiang.
Sebut pasal kesalahan kecik punya hal, ada kawan
Dato' di Johor, dia ada buat salah. Tak besar mana pun salah dia, dia kena denda
RM22.50 sebab bercinta dengan anak dara orang. Kecik kan salah dia, denda pun
kecik. RM22.50 tu sebenarnya mas kahwin kat Johor. Walaupun denda kecik, tapi
tanggungjawab dia besar sebagai seorang suami. Dengan RM22.50 akhirnya bukan setakat menari di tiang,
malah hari-hari tiang dia dapat ditegakkan. Jangan sentap ok, kecik punya hal
ni. Maksud Dato' di sini tiang keharmonian rumah tangga!
No comments:
Post a Comment