Undilah...

Monday, July 20, 2009

Bila semut JB ke KLCC...

Salam 1Malaysia untuk semua peminat dan pembaca blog Dato'. Kita duk sibuk-sibuk 1Malaysia, 1Malaysia, kat sana tu ada 2Perak. Masih tak settle-settle lagi. Apa yang susah sangat. Bubar aje DUN. Biar rakyat menentukan. Tak susah pun. Andai kata rakyat Perak sokong dan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, maka Pakatan lah yang akan memerintah. Dan kalau bila pilihanraya kecil negeri Perak nanti, rakyat memilih untuk menolak Barisan Nasional, maka Barisan lah yang akan jadi pembangkang. Tak susah mana pun isu 2Perak ni. Solusinya hanya serahkan kepada rakyat. Biarlah rakyat yang buat keputusan, sama ada nak memilih Pakatan Rakyat, atau nak menolak Barisan Nasional. Sekian dimaklumkan.

Jadi untuk follow up isu lalu, H1N1, sekarang ni makin menular gamaknya virus ni. Di negara jiran, Singapura dah mula mencatatkan kematian. Harap-harap di Malaysia, mintak dijauhkan lah. Tapi kat Malaysia ni, orang tak takut sangat dengan H1N1. Orang Malaysia takut dengan satu virus ni, B1N1. Takut bini daa... Hah gitu. Eh jangan main-main. Virus B1N1 pun boleh bawak kepada kematian juga...

Isteri tikam suami kerana mungkir janji

AMPANG - Gara-gara tidak menepati janji yang dibuat terhadap isterinya, seorang suami terpaksa menerima rawatan di Pusat Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat ditikam. Walaupun si isteri bertindak di luar dugaan, namun dia tidak sanggup melihat suaminya meraung kesakitan sebelum membawanya mendapatkan rawatan di HKL. Perbuatan luar kawalan itu dilakukan apabila suami yang berusia 26 tahun itu berjanji akan pulang ke rumah kira-kira jam 7 petang selepas menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia dan Manchester United, kelmarin. Namun penantian isteri sehingga jam 1 pagi tidak menunjukkan tanda kepulangan suaminya dipercayai antara punca pergaduhan antara kedua pasangan berkenaan terbabit. Bagaimanapun suaminya pulang ke rumah kira-kira jam 2 pagi. Isteri yang mulanya tidak puas hati dengan perbuatan suaminya itu mula meninggikan suara sebelum berlakunya pertengkaran antara mereka. Dalam keadaan tidak terkawal, pertengkaran menjadi lebih tegang sebelum isterinya yang bekerja sebagai pembantu jualan menikam suaminya.

SUMBER: SINAR HARIAN

Begitulah hebatnya penangan virus B1N1 ini. Hati-hati ye para suami. Nak atasi virus B1N1 ni, sama macam nak mencegah virus H1N1 iaitu tutup mulut. Bila dah penat, senyaplah dia, sebab kuota bercakap sehari TA terakhir ni lebih banyak dari lelaki. Kalau tak jalan, just beat it... beat it... beat it... beat it... Aoowwwww.... Renung-renungkan dan selamat beramal!

Disebabkan Man-U, boleh jadi camni. Hebat betul. Kalah perang Man-U kat Kelantan. Manik Urai. Kalah tipis jugak tu. Ni kalau Owen tau ni, mengucap panjang dia. Patut Alex Ferguson buat rombongan dengan player-player dia melawat si suami malang itu, dari dok main golf. Ceh mula-mula masa Rooney score first goal, player-player Man-U meraikan goal, macam nak tak nak je, macam Dato' main bola petang-petang. Bila dah kena 2 bijik, hah baru gelabah. Owen score je, baru nak happy-happy. Tapi Dato' terpikirlah masa perlawanan pertama Malaysia-Man-U, berapa ramaikah orang yang "bertuah" dapat sembahyang maghrib berjemaah dengan Giggs, Nani, Owen, Rooney yang diimamkan oleh Ferguson. Maka cerahlah masa depan mereka ittew. Sekian dimaklumkan. Ni baru mukadimah, belum start lagi ni.

Sebenarnya Dato' nak highlight pasal Isra' Mi'raj. Peristiwa penting dalam kalendar umat Islam dan catatan perjalanan nabi kita, Muhammad. Peristiwa ni benar-benar menguji keimanan seoarang muslim, untuk mempercayai dan meyakini wahyu Allah yang dibawa oleh Rasulullah. Cabaran Rasulullah masa tu nak sampaikan apa yang berlaku semasa peristiwa itu amat getir. Kalau umat masa tu tak percaya dengan kisah baginda, macammana nak percaya akan wahyu yang baginda sampaikan, sampai ada yang mengatakan nabi gila sebab peristiwa ini. Cuba bayangkan kalau kita berada dalam zaman itu. Boleh percaya atau tidak seseorang boleh berada di Masjidil Haram kemudian ke Masjidil Aqso dan kemudiannya diangkat terus ke langit mencapai maqam tertinggi melepasi sidratul muntaha, dalam masa satu malam. Sekarang percayalah, kita dah Islam sejak lahir. Tapi masa zaman tu, yg Islam baru nak menapak, camne nak percaya? Zaman kita ni pun ada puak-puak yang mengatakan Isra' Mi'raj satu khayalan dan hanya ilusi, iaitu nabi tak physically ke langit.



Hanya iman yang kukuh sahaja yang boleh membuatkan kita percaya. Yakinlah Allah boleh buat, kalau Dia mengkehendaki. Cuba bayangkan kita duduk di Johor Bharu. Balik rumah, terus sangkut baju kat dinding. Tiba-tiba seekor semut masuk ke dalam poket baju kita. Kita pun terpikir, "Allah, aku ada meeting kat Kuala Lumpur, kat KLCC petang ni. Kemudian kita ambik baju kita tadi tu, terus bergegas ke Kuala Lumpur. Sampai di KLCC naik ke level yang paling tinggi sekali. Maka sempatlah untuk bermeeting di situ. Pastu lewat petang kita pulang ke Johor Bharu semula. Gantung baju kat tempat yang sama. Kemudian semut yang berada dalam poket kita tadi keluar dari poket kita. Lalu semut tadi berjumpa dengan semut-semut yang lain, seraya berkata, "Eh kau tau tak, tadi aku pergi KL, pastu aku naik level yang tertinggi kat KLCC, ni baru balik ni". Apa lagi, kawan-kawan semut tadi berkata, "Kau gila ke!!..." Hah gitu...

Hakikatnya semut tadi telah sampai ke KLCC level yang atas sekali. Bila Allah mengkehendaki, maka jadilah ia. Kalau kita pikir, semut tadi berjalan dalam kapasiti dia dari JB ke KL, kemudian naik KLCC, kemudian balik semula ke JB sudah tentu kita tak percaya. Tapi jika semut itu bergerak atas sebab orang lain yang menggerakkan, ini tak mustahil. Nak heran apa, ini boleh berlaku kat semut. Isra' Mi'raj, berlaku pada nabi kita sendiri, dia ada mukjizat, so apa yang samseng sangat tak nak percaya ni. Hati-hati dengan puak-puak yang liberal yang cuba untuk menyesatkan umat Islam dengan fatwa-fatwa yang memesongkan.

Sebelum Dato' berundur, mari kita yakinkan peristiwa Isra' Mi'raj yang betul-betul terjadi secara physicalnya dengan sepotong ayat Allah. Maka jelas, kuasa Allah yang memperjalankan sirah nabi semasa Isra' Mi'raj. Itu kata kuncinya, "memperjalankan". Yakinlah dan berdoalah agar iman kita terus tetap seperti mana sekarang.

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...