Undilah...

Thursday, August 5, 2010

Tanda-tanda Ramadan menjelma


Oleh: Sahabat Gurun Sakura

Ramadan bukan lagi hampir menjelma. Malah semakin dekat dengan kita. Menjadi lumrah kehidupan kita sebagai seorang muslim tidak begitu ambik port tentang kalendar Islam dan tak perasan bulan Ramadan dah pun tiba. Untuk mengatasi masalah ini, berikut disenaraikan tanda-tanda bulan puasa nak dekat. Bila munculnya tanda-tanda berikut, maka sahlah anda perlu segera check kalendar.

1) Rakan-rakan perempuan kerap berpuasa sunat. Hari ini orang ni puasa, esok orang tu pulak puasa. Katanya puasa sunat, tapi sebenarnya ada udang di sebalik mee.

2) Iklan kurma berkumandang di radio dan TV. Kalau dengar malam-malam, mahu meremang bulu roma. Rasa macam perempuan berbisik dekat telinga.

3) Apabila anda melintasi kedai-kedai buku, amat mudah untuk anda melihat buku-buku bertajuk tentang puasa dan Ramadan.

4) Masa dalam meeting, boss-boss anda pening bila tengok kalendar nak susun agenda sebab tak mahu clash dengan bulan puasa.

5) Flyer-flyer buffet Ramadan, kuih raya dan jualan murah mula melayang.

6) Anda pelik melihat sahabat anda yang sebelum ni tak makan banyak, tapi akhir-akhir ni kerap jalan-jalan cari makan. Macam esok minyak naik, hari ni berpusu-pusu orang ke petrol station, isi tangki. Tangki perut pun begitu juga.

7) Form mintak cuti di office anda sold out macam goreng pisang panas.

8) Anda kerap mendapat jemputan lunch katanya kenduri.

9) Kerap sekali di corong-corong radio memasang lagu padang pasir sambil iklan menyebut nama-nama tempat yang anda pun tak pernah dengar. Tempat untuk teropong anak bulan rupanya. Soalan: Kenapa pak Imam tak teropong di Genting Highlands? Segala macam anak ada semua kat sana.

10) Anda terdengar-dengar sedara mara bersembang bertanyakan tentang update yang anak mereka yang study kat universiti tu dah graduate ke belum, dah ada kerja ke belum. Kot-kot boleh potong list duit raya.

11) Tiket-tiket raya dah mula dijual, sementara kerajaan giat mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam termasuk melancarkan perkhidmatan keretapi baru. Ini bukan sahaja tanda puasa dan raya nak dekat, tanda pilihan raya nak dekat pun ada jugak.

12) Kain rentang Bazar Ramadan dah mula di naikkan. Harap tidak membazir, kalau tak, bertambahlah amalan kita di Bazir Ramadan di bulan Ramadan al-Murtabak ini.

Kalau dah ada tanda-tanda di atas, terlupa nak puasa nanti, memang saja lah. Kurangkan juadah, pertingkatkan ibadah, rapatkan sejadah, banyakkan sedekah, dengar tazkirah. Selamat berpuasa dan salam Ramadan.


Artikle terdahulu Dato' Shah - Puasa dan Ramadan

Wednesday, August 4, 2010

Mana Dato' Shah menghilang?


Oleh: Sahabat Gurun Sakura

Salam to all of you. Kami di sini on behalf of Dato’ Shah dari Sahabat Gurun Sakura atau Friends Club/Family Club yang sah walaupun belum berdaftar tetapi belum lagi kena ambush, ingin menyampaikan salam daripada Dato’ Shah. Terima kasih kepada beliau kerana membenarkan kami menulis di dalam blog ini. Dato’ Shah sebenarnya bukan menghilang atau berkhalwat di tempat-tempat sunyi, tetapi fikiran beliau kini bercelaru atau orang Spain cakap, hectic.

Khabarnya minda beliau berserabut, bukan kerana dek pening dengan bunyi-bunyi Vuvuzela selama sebulan lebih, tetapi kerana tekanan kerja yang membebani beliau. Puas dah kami suruh beliau berhenti kerja dan masuk kelab cepat kaya, tapi beliau berdegil. Katanya ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi, jangan ikut resmi ubi, semakin berisi semakin cabut!

Kami balas balik, “Dato’, if the thing doesn’t go right, so what are you waiting for, go left!” Beliau terdiam. Dalam hati kecil kami, teracun jugak Dato’ Shah ni dengan dakyah kami.

Dato’ Shah sikit-sikit cakap, ini semua buatan orang, buatan orang, mangsa keadaan. Kami katalah lebih elok kita bermuhasabah mana silapnya kita daripada menyalahkan orang lain. Dato’ Shah kelihatan akur lalu mengatakan dunia ini selalu tidak adil, bak kata orang Holland, not fair. Lantas kami mencelah, “Dato’, dunia memang selalu not fair, tengoklah sendiri apa jadi pada Paul Octapus, the Sotong tu, menatang tu tak tahu apa-apa pun, orang cakap tak fair jugak, sebab asyik pilih belah kanan je, inikan pulak manusia, biasalah tu”. Tu yang selalu Dato’ Shah sebut firaun-firaun kecil lah, lagenda budak-budak setan lah. Di sini kami on behalf of Dato’ Shah ingin menyusun jari meminta maaf to whom it may concern, walaupun memang betul pun. Kepada sesiapa yang terasa, lain kali buatlah lagi. Semoga cerah masa depan anda.

Nampak gayanya ada jugak perubahan kami tengok pada Dato’ Shah selepas tazkirah ringkas yang kami beri. Kalau dulu beliau cukup menggemar melayan channel 303, 108, 713 dan 201, tapi lately, beliau kerap menonton 106 dan yang terbaru Tilawah Al-Quran. Sebelum ni beliau cukup arif dan berminat nak tahu negara Ivory Cost, Slovekia, Honduras, Slovenia, tak mainlah semua tu sekarang. Sekarang ni, Guinea, Tazakhstan, Surinam, Zambia, Djibouti. Tak main dah sekarang Tiz Zaqyah, sekarang ni Nor Azrah Ayub. Siap explain kat kitaorang apa fungsi warna traffic light kat sebelah Qari/Qariah yang baca Quran tu. Baguslah tu, Alhamdulillah.

Dato’ Shah sempat mengirimkan artikle berikut kepada kami yang berbentuk forward email untuk dikongsi bersama di dalam posting kali ini.

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan
istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,
istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur
"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan
"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan
"Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut
Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah
berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke
Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel
juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian
pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada
mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai
"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada
"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun
untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"
kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah
hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai
kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati
dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Tapi dalam bahasa pasar kita, kita selalu sebut “Semayang” instead of “Sembahyang”. Apa pun untuk renungan kita bersama. Tak guna debat bab ni, tapi tak buat, kan.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Shah kini dikhabarkan selain dari sibuk menguruskan staff dan kerja yang tak terurus, beliau juga sibuk menguruskan badan. Apa pun kami Sahabat Gurun Sakura, mendoakan sukses dan selamat buat Dato’ Shah sama ada di dalam kerjaya mahupun perutjaya.

Semoga beliau cepat sembuh dari kecelaruan minda dan kembali menulis di dalam blog ini. Tahniah juga buat beliau atas kelahiran cahaya mata kedua tak lama dulu. Mungkin ada coretan yang mahu dikongsinya kelak. Sama-sama kita nantikan dan mendoakan beliau selamat dan terselamat. Sekian, wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...