Undilah...

Thursday, January 29, 2009

Kagum dengan kerajaan!!!

Dato’ kagum dengan kerajaan. Bukan kagum dengan kerajaan BN yang gaya-gaya macam nak end. Datuk N mesti masam mencuka bila baca posting Dato’ ni. Maksud Dato’ kagum dengan perkhidmatan kerajaan yang baru-baru ini, Dato’ gunakan. Kagum sebab dulu Dato’ kecewa dan penat bila berurusan dengan perkhidmatan kerajaan tersebut kira-kira 6 tahun lepas.

Baru-baru ini Dato’ memperbaharui passport antarabangsa. Lokasinya di Pusat Bandar Damansara. Tak tahu pulak Dato’ ada Jabatan Imigresen kat situ. Dulu Dato’ selalu menjamu selera kat kedai mamak Ali Maju situ. Senang je nak renew passport sekarang. Guna mesin je. Dato’agak tergamam seketika, sebab sebelum sampai situ, Dato’dah prepare mentaliti Dato’yang keadaan akan sesak, macam kat Kompleks Wilayah dulu.

Tapi sekarang dah canggih. Guna mesin pun boleh. Dato’ tergamam, termenung, terkesima, dan bermacam jenis ter lagi. Sampai Dato’ tak boleh buat apa2, terus abang gambar passport tu tolong Dato’. Dia lah yang buatkan semua tu. Sebab Dato’ dah terkujat, terkedu-kedu kat situ, jadi biarlah dia buatkan. Lagipun RM300 beb… buatnya tersilap buat, hilang wang pertaruhan… Mula-mula nak guna gambar passport Dato’ 5 tahun lepas, masa apply mintak kerja dulu. Tapi disebabkan abang gambar tu kata Dato’ sekarang lagi hensem dari gambar dulu,maka Dato’ pasrahkan muka campur Dato’ untuk diabadikan dalam kamera dan dicetak. Tapi Dato’ kesian kat orang yang ambik gambar tu. Bukan nak katalah, jurugambar ni amat lemah dalam matematik. Mana-mana pun sama. Bukan sekali dua. Banyak kali dah Dato’ jumpa. Dia asyik sebut, “Ok, sedia, Satu… Dua… Tiga…” … “Ok lagi, Satu, Dua.. Tiga…, Orait cantik!!” Cantik amendenya bang, Empat, Lima, Enam mananya??
Hah.... gitu…

Mula-mula Dato’ sangsi jugak, camne mesin nak renew passport. Camne dia nak gantikan muka depan tu. Rupanya mesin tu bertindak sebagai penerima. Nanti kita yang collect passport tu kat kaunter. Kaunter lagi???

Sekali lagi Dato’ terkagum, bila mana keluar receipt yang kata boleh collect passport dalam masa 2 jam lagi. Perghh… Canggih, canggih… Dato’ kagum bukannya sebab teknologi tu. Tapi kagum sebab jabatan kerajaan yang menawarkan perkhidmatan, yang biasanya dicop lembab, kini dah canggih, senang je. Hingga kita rasa, macam nak buat lagi. Tapi 5 tahun lagi, lagi canggih kot. . Kita walau suka condemn2 gomen ni, tapi bila part yang betul, yang baik, kita kena kata betul, baik. Kenalah ada reserve sikit… Jangan kutuk semua.

Anyway, terima kasih kat abang gambar tu… And awek kat kaunter tu…. (Sekarang gomen tak guna makcik tau!) Ini satu lagi reformasi… Hah gitu…





Sunday, January 25, 2009

Gerhana Matahari di Hari Raya Cina Pertama






Diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Walaupun begitu, disunatkan sembahyang gerhana dua rakaat. Rencana ringkas mengenai gerhana dalam Islam adalah seperti berikut:-
Definasi Kusuf dan Khusuf
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.
Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!
Kaifiyat Solat Gerhana
Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri) Dan : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)
Pertama : Cara yang biasa
Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.
Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.
Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap
Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.
Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.
Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.
Mandi Sunat Gerhana
Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.

P/S - Jangan ketinggalan menyaksikan kebesaran Allah ini dalam pukul 4.30 petang 26/1/2009.
Amaran: Adalah berbahaya sekiranya melihat gerhana ini secara terus tanpa menggunakan sebarang penapis atau peralatan sesuai.
Sedangkan Alien pun pakai spek hitam, planet dia dahlah dekat dgn matahari, inikan pulak kita yang kat bumi... Hehe...

Thursday, January 22, 2009

Apa Punya Babi Lah!!!











Semua orang tahu isu ni. Isu babi masuk surau! Kejadian berlaku di Surau Akademi Pengajian Islam, UM berserta dengan bendera PAS, di saat kehangatan Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan Pilihan raya Kampus.

Pada pendapatan Dato' sesiapa umat Islam yang melihat gambar ni, wajib merasa sensitif dan terasa hati dengan perbuatan dajal ni. Ramai yang marah-marah dan mula membuat spekulasi tentang siapa dajalnya, apa tujuan dajal haprak tu membuat sebegini rupa. Alasan kita marah ialah perkara ni mencemar kesucian Islam amnya, dan rumah Allah khususnya.

Tapi marah-marah sangat pun tak guna. Sebenarnya orang yang patut marah ialah orang-orang yang selalu pergi ke surau mengerjakan ibadah. Bayangkan carpet tempat sujud, kini cik babi dah sujud! Jadi jemaah-jemaah surau atau rumah Allah yang lebih layak untuk sensitif. Kita ni yang tak pergi surau, buat malu je nak marah lebih-lebih. Cuba bayangkan kalau al-bebi tu tau yang kita tak pergi surau. Malu kita. Al-bebi kata "Elok lagi aku!"... Hah gitu...

Friday, January 16, 2009

Selamat Datang

Hello everybody. Salam goodwill dari dato' shah. Selamat datang ke blog dato' yang julung-julung kalinya dibuat khas untuk peminat dan bakal peminat dato'. Konsep blog dato' ni ialah Rojak. Kira semua jenis penulisan ada kat sini. Semua boleh. Politik ada, agama ada, hiburan ada, lawak ada, banyak colour ada, yang satu colour pun ada. Haha. Kira hadhari lah blog dato' ni. Pak Lah mesti tengah senyum bila baca blog dato' sekarang. Yang penting at the end ialah mesej tu ada. Untuk mengingatkan diri dato' jugak. Walaupunnn...

So blog ni ditanggung halal. Jangan risau, blog dato' takde kena mengena dengan dana Israel dan sekutu-sekutu hapraknya. Ha, jangan marah ek. Bukan apa, orang kita akan nampak ayat makian daripada benda jahat yang dimakinya. At the end, benda jahat tu berterusan berlaku. Makna kata, blog dato' ni tak termasuk dalam senarai barangan boycott rakyat Malaysia.

Dato' memang minat dalam penulisan ni. Dulu kat sekolah dato' terbitkan sendiri surat khabar mingguan kelas dato' untuk bacaan kelas. Guna microsoft word je. Sampai cikgu pun baca. Beritanya kisah peristiwa yang berlaku seminggu kat kelas. Sampai meninggalkan kesanlah jugak. Dulu masa acara sukan kalau menang ada sekumpulan budak duk nyanyi lagu semangat bunyi pelik. Camni lebih kurang... "Sampale, sampa lowah...Amin aminna ampaloawah... Amin amina wo wo wo... Amin aminna ya ya ya... Sampale sampalowah... Wa caya lu,lu caya wa..."

Sampai aku pun hafal...Hah gitu... Budak-budak ni copycat lagu tu dari budak sekolah lain, masa kadet polis. Then dato' masukkan isu ni dalam paper dato' tu, namanya "Suara 5 Omar". Antara isu dato' yelah kesahihan makna lagu tu yang tak diketahui. Entah entah penuh dengan ayat-ayat makian. Kutuk kerajaan ke (bagus gak...). Yang lebih parah, kalau lagu tu penuh dengan dakyah-dakyah yang memesongkan agama. Ada unsur-unsur black metal ke. Orang melayu gak terlibat. Orang India gak bagus. Walaupun dia black, tapi dia tak metal. Hah gitu...

Balik pada tadi, tup-tup, selepas paper dato' berada hangat di pasaran kelas, next weeknya masa perhimpunan, cikgu bawak isu lagu tu dalam perhimpunan. Pastu dato' terus jadi watak kartun dalam majalah ujang, hins... hins... hins... hidung kembanglah. Perasan lah kononnya. Tapi manalah tau, cikgu tu ada baca paper dato'. So inilah kesan penulisan terhadap masyarakat sekeliling. Kalau sekadar nak ceramah, nasihat, tak jalannya.

Tulisan ni medium yang terbaik untuk sedarkan masyarakat, untuk luahkan protes dan sebagai medan debat pun boleh. Sebab kita ni ada rasa ego sikit nak dengar nasihat atau teguran dari orang yang kita tak segani. Sebab tu kadang-kadang kita tengok orang tu antara dengar dan dengar je kita cakap. Tapi kalau orang tu baca sms atau tulisan kita tanpa kita ada kat depan dia tentu lagi berkesan. Sebab orang tu tak hilang ego dan tak segan untuk memberikan reaksi terhadap teguran atau kritikan tu. Perasan tak agak-agak? Jadi itulah sebagai mukadimah. Belum start lagi ni...!

Semua yang dato' tulis ni adalah dari minda dato' sendiri. Mungkin betul atau salah. Jadi maafkanlah kalau ada yang terasa. Memang dato' suka tulis berbentuk sindiran. Kalau ada yang nak jadi pengkritik jemputan, silakan. Ada aku kisah? Hehe. Akhir kata enjoy reading and watchout!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...