Undilah...

Wednesday, March 24, 2010

Shuci Dalam Debu


Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu, terlihat,
Kesucian terlindung jua.

Itulah bait-bait indah diiringi dengan muzik yang mensyahdukan dari Iklim, sumbangan Saleem, Suci Dalam Debu. Tapi Shuci Dalam Debu?

14 March 2010, genap setahun daddy tercinta Dato' pergi buat selama-lamanya. Sila rujuk posting lama di sini. Daddyku yang Dato' panggil Abah, semasa hayatnya merupakan seorang kerani di salah sebuah SRJK Cina di Muar. Kalangan murid-murid sekolah, memanggilnya sebagai Shuci. Shu ji (dibaca Shu ci) ialah Bahasa Mandarin yang merujuk kepada kerani. Jadi harap maklum, tajuk entry ini bukanlah typo error.

Banyak kenangan Dato' bersama Allahyarham yang sekali sekala mencuit sim card Dato'. Macam iklan Petronas, yang mana seorang bapa tak jemu menjawab soalan yang sama dari anak kesayangannya, Burung apa? Burung Murai. Burung apa? Burung… Murai namanya. Tabah sungguh bapa itu menjawab. Kalau bukan dari darah daging kita, maunya kena PJJ orang yang bertanya tu. Penampar Jarak Jauh. Hah gitu. Begitulah juga dengan Allahyarham yang begitu tabah menjawab soalan-soalan intelektual Dato' semasa Dato' kecil.

Jawapan-jawapan yang diberikan Allahyarham, walaupun bukan itu jawapannya, tapi memang logik dan simple, dan biasanya Dato' mendapat maklum balas yang segera. Ala-ala jawapan professor serba tau (PST).

“Abah, kenapa kedai gunting rambut tak bukak malam?” “Yelah malam tak nampak, kang salah potong kang”. Kat Muar masa tu pukul 6 petang dah tutup kedai gunting. Yang tak bestnya tengah-tengah tunggu turn gunting, pak haji tukang gunting tu siap boleh ambik anak dia dari sekolah. “Kejap ye, nak ambik anak jap, pastu nak sembahyang jap, take a break ye!”

“Abah, kenapa orang main bola bila dapat goal, suka bagai nak rak, siap peluk-peluk, lari sekeliling padang, tapi bila main badminton, score satu mata, tak pulak camtu, pemain dia relax je bila score. “Ha sebab main bola susah nak score goal (ambik masa), badminton senang je (sekejap) nak score satu mata.”

Bila menyusuri lebuh raya bersama ketika balik kampung, Dato’ ada bertanya dulu “Bah, kenapa motor tak kena bayar tol, kereta kena?” “Orang bawak motor susah, kena hujan, panas, sebab tu free tol.”

“Bah, kenapa kena bagi derma kat masjid?” “Yelah, habis tu nak bayar api, air."

“Bah, kenapa kita dah buka puasa, tapi tak dengar azan pun” “Bilal minum air dulu, tu yang lambat azan.”

Itulah antara soalan-soalan teknikal Dato’ dan jawapan-jawapan Allahyarham yang masih menjadi ingatan Dato’. Sampai sekarang kalau Dato’ ada major “membuang” di masjid, Dato’ akan hulur sikit ke tabung masjid, compensate dengan Indah Water yang telah dirembeskan.

Allahyarham juga cukup serius dalam isu-isu perdebatan. Apa-apa kekalutan dalam minda Dato’, akan Dato’ ajukan kepadanya. Ada sekali tu, kecoh di dalam kelas Dato’ di bangku sekolah rendah. Soalan dia yang mana dulu, ayam atau telur. Cikgu tu pun leceh jugak, ada ke bagi soalan camtu. Kalau kata ayam dulu, telur yang keluarkan ayam. Kalau kata telur dulu, ayam keluarkan telur. Stand Dato’ masa tu ialah ayam dulu, sebab ayam keluarkan telur, telur keluarkan anak ayam, bukan ayam!.

Dato’ pun pergi merujuk kepada Abah. Dia jawab, “Eh kan dalam Al-Quran, Allah ada cakap, aku ciptakan mula-mula manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan. Hah, ayam lah dulu. Mana ada Allah kata aku ciptakan mula-mula telur!. Cuba cakap dengan cikgu macam tu, esok.”

Hamboi, seriuslah pulak jawapan dia. Masa tu Dato’ terima ajelah jawapan dia. Tapi sekarang ni, Dato’ duk belek-belek, ayat mana yang dia maksudkan tu. Agaknya ayat ini yang dia cuba kaitkan;

“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (24:45)

Sebut pasal perdebatan, Dato’ ada masuk debat masa sekolah menengah. Tapi level kelas ajelah. Subjek pendidikan Islam. Tajuk dia, Ilmu lebih penting dari Harta. Dato’ biasalah, dulu kini dan selamanya, pembangkang, hah gitu. Dato’ kata Harta lebih penting dari Ilmu. Tuan penasihat 25%, abah Dato’ lah yang bagi isi kat Dato’. Antaranya standardlah, kalau sakit, duitlah yang kena guna untuk biaya perubatan, bukannya ilmu. Satu lagi point yang dia bagi, ialah Boon Siew, pengasas motor Honda di Malaysia, yang mana dia ni nak sign pun tak tahu, tapi dia kaya walaupun tiada pendidikan. Jadi ilmu tu tak penting.

Kalau ikut logik, tambah lagi subjeknya Pendidikan Islam, of course lah Ilmu lagi penting. Ibu Dato’ masa itu pun AFUNDI Ilmu jugak bila tau Dato’ umukan hasrat ingin bertanding. Tapi dengan point-point yang tak berapa nak point ni, akhirnya masa tu team Dato’ menang perbahasan. Yang Berhormat pencadang pauh pun bertindak keluar dewan, selepas panas telinga mendengar hujah Dato’.
Kau pergi.... (1954-2009)

Apa pun banyak sekali kenangan terindah bersama Suchi yang pastinya sukar terpadam. Kini dia pergi buat selamanya. Ralat rasanya tak dapat bersama di saat hari-hari terakhirnya, akibat perbuatan firaun-firaun kecil. Wallahua’lam. Allah jualah yang berhak membalas segala kejahatan, jika benar terbukti. Alfatihah!

Monday, March 8, 2010

Zulkifli! Zulkifli!

Teringat Dato' akan satu iklan di radio berkenaan seorang isteri gersang yang excited bercerita tentang lelaki yang bukan suaminya yang bernama Zulkifli.

"Zulkifi! Zulkifli! Eh kan suami awak nama Hashim. Oh Zulkifli, siang malam teringat. Eh ni kalau suami awak tahu, kantoi awak. Eh suami saya yang kenalkan saya dengan Zulkifli!"

Rupa-rupanya iklan tersebut pasal ubat jenama dan keluaran Zulkifli. Ceh buat suspended je. Baru nak kukus, dah terbantut. Hah gitu.

Sekarang ini pula nama Zulkifli menjadi igauan ketua pembangkang negara, Anwar Ibrahim.

"Zulkifli! Zulkifli! Apa yang kau buat ni Zulkifli!? Katanya pada sepertiga malam. Isterinya yang sedang tidur, Wan Azizah terkejut, "Eh bukankah abang selalu igaukan Saiful?" Oh tidak, Zulkifli! Zulkifli!"

Itulah yang berlaku setelah YB ahli parlimen Kulim Bandar Baru dipecat dari PKR setelah satu persatu "hal" yang dibuat oleh the riding YB ini. Dato' amat bersetuju dengan tindakan YB Zulkifli Nordin untuk tidak terus tunduk kepada parti mata satu PKR dan sekutu Pakatan Rakyat demi untuk bersuara tentang Islam. YB Zulkifli ini bagus. Kali terakhir Dato' jumpa, masa kuliah subuh bulan puasa lepas. Lama dah tak jumpa. Tak sempat Dato' nak ajak race motor kat lebuhraya mahameru dengan kuda kesayangan Dato' tu.

Kepada YB Zulkifli, jangan salah pilih haluan selepas ni. Pastinya banyak vacancy yang menunggu anda selepas ni. Harap jangan terpengaruh dengan Head Hunter yang tak berlesen iman. Jangan silap sealex. Mungkin ada di antaranya Firaun Kecik dan Firaun besar. Kalau YB silap masuk, habislah, poooon poooon! Namun, apabila hati tetap kepada Allah, iman..., mesti..., marreeyy! Hah gitu.

Kepada DS Anwar Ibrahim, all the bestlah to you. Jangan pening kepala sangat. Satu je Dato' nak cakap, kita serupa... Staff Dato' pun ramai yang lari lompat pergi office lain! Nasib kita serupa, kecewa dan terseksa... Kita serupa... Kita serupa... Zulkifli!... Zuklifli!...Zulkifli!... Oh... Oh… Awwww...

Exclusive only on www.gurunsakura.blogspot.com

Saturday, March 6, 2010

Happy Birthday to you!

Halllooooo…! Haw ar u…?? Dalam episode kali ini, Dato’ bawakan kepada semua pembaca blog yang budiman suatu expoze tentang siri maulid atau kelahiran. Hari lahir dengan hari jadi ternyata berbeza. Hari lahir ialah hari di mana terdengarnya tangisan dan teriakan seorang bayi yang nyatanya normal apabila ditepuk punggungnya bermula akan pengenalan kepada dunia barunya. Boleh hafal tu? Faham ye? Hari jadi pula? Hmm, lebih kurang sama macam hari lahir, tapi harinya berlaku kepada seorang bakal ibu. Hah gitu. Tak paham, buat appointment dengan Dato’. Dato' boleh mengajar pendidikan baru.

Berikut merupakan siri kelahiran yang dapat Dato’ kumpulkan untuk kita renung-renungkan bersama;

Kelahiran I – Di sana
Tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian, tetapi ini merupakan janin yang tidak begitu sempurna, berjaya diselamatkan untuk menjadi seorang bayi yang sihat. Ini semua kuasa Allah, yang harus kita yakini. Betapa kasih dan sayangnya seorang ibu/bapa untuk melihat zuriatnya untuk terus hidup. Bila kita dah jadi ayah/ibu, barulah kita tahu bagaimana sayangnya ayah dan ibu kita terhadap kita.
********************************************************************************** Kelahiran II – Di sini


Cukup sifat, memang sempurna, tapi sayang, dirinya terbuang begitu sahaja akibat sang bapa yang salah bajet semasa hari jadi. Sungguh berbeza dengan Di sana yang bertungkus lumus menyelamatkan satu nyawa yang menjadi darah dagingnya. Di sini pula berlaku kejam. Sudahlah buat dosa, nak tambah dosa lagi buang bayi. Tak kiralah samada pada hari muah muah, atau hari tak muah muah. Janji dia muah muah, maka berlakulah kes-kes sebegini. Adooyaiii!

********************************************************************************** Kelahiran III – Suatu ketika

Kelahiran ini juga digelarkan the birthday of Islam. Kita biasa panggil Maulidul Rasul atau birthday nabi. Sahabat-sahabat nabi dulu tak pernah celebrate, sebab sahabat-sahabat nabi kenal nabi, dia dapat rasa relationship itu. Lagipun kalau sahabat-sahabat nabi nak celebrate pun atau nak buat perarakan, nanti Tan Sri Abu Jahal dan Tun Abu Lahab tak bagi permit. Kita ni yang tak pernah kenal nabi, mudah lupa akan baginda. Lalu sambutan maulidur rasul ini bertujuan baik, untuk kita memperingati nabi dan syariat yang baginda bawa. Memanglah bid’ah tapi takkanlah buat perarakan sambil selawat memperingati nabi, boleh menceburkan diri kita ke neraka. Jangan pulak lepas berarak maulidur rasul terus memperlekehkan syariat yang nabi bawak termasuklah hukuman sebat terhadap orang yang berzina dan minum arak. Tapi maulidur rasul di Malaysia ni memang tak lari dari akitiviti-aktiviti iaitu perarakan, marhaban, syarahan, baca qur’an dan juga makan, yang sedihnya aktiviti setan pun ada. Maklumlah malam cuti. Maka berebut-rebut pasangan nak meraikan hari jadi. Sekian dimaklumkan.

********************************************************************************** Kelahiran IV – Coming soon

Hah yang ini memang Dato’ nanti-nantikan. Hari jadi dah lepas lama dah. Tinggal tunggu hari lahir sahaja. Tak sabar untuk menunggu harinya tidak lama lagi. Lagi 2 bulan lagi. Insya Allah. Dah lama sangat dah ni tak melaungkan azan dan qamat. Maksud Dato’ di hospital. Sebab tu Dato’ tak berani pakai kopiah bila lalu kat hospital, terutamanya bila lalu kat wad bersalin hospital kerajaan. Ini atas nasihat sahabat baik Dato’. Dato’ ikut je. Sebab dia kata takut orang tarik tangan kita, “Bang, tolong azan, bang!” Masyarakat! Bila nak muah muah pandai pulak, bila nak muazan, dia buat outsourcing.

**********************************************************************************

Dato’ akhiri kisah birthday ini, dengan sepotong ayat;
"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. " (23:14).

Apa jua, di mana, bila mana, dan bintang apa sekalipun kita, kita telah pun menjadi juara antara sejuta, yang berjaya keluar dari alam rahim ibu. We are the champion! Semua ini berlaku dengan satu sakti. “Kun faya kun!” Wallahua’lam.

www.gurunsakura.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...