Undilah...

Saturday, March 6, 2010

Happy Birthday to you!

Halllooooo…! Haw ar u…?? Dalam episode kali ini, Dato’ bawakan kepada semua pembaca blog yang budiman suatu expoze tentang siri maulid atau kelahiran. Hari lahir dengan hari jadi ternyata berbeza. Hari lahir ialah hari di mana terdengarnya tangisan dan teriakan seorang bayi yang nyatanya normal apabila ditepuk punggungnya bermula akan pengenalan kepada dunia barunya. Boleh hafal tu? Faham ye? Hari jadi pula? Hmm, lebih kurang sama macam hari lahir, tapi harinya berlaku kepada seorang bakal ibu. Hah gitu. Tak paham, buat appointment dengan Dato’. Dato' boleh mengajar pendidikan baru.

Berikut merupakan siri kelahiran yang dapat Dato’ kumpulkan untuk kita renung-renungkan bersama;

Kelahiran I – Di sana
Tidak dapat dipastikan di mana lokasi kejadian, tetapi ini merupakan janin yang tidak begitu sempurna, berjaya diselamatkan untuk menjadi seorang bayi yang sihat. Ini semua kuasa Allah, yang harus kita yakini. Betapa kasih dan sayangnya seorang ibu/bapa untuk melihat zuriatnya untuk terus hidup. Bila kita dah jadi ayah/ibu, barulah kita tahu bagaimana sayangnya ayah dan ibu kita terhadap kita.
********************************************************************************** Kelahiran II – Di sini


Cukup sifat, memang sempurna, tapi sayang, dirinya terbuang begitu sahaja akibat sang bapa yang salah bajet semasa hari jadi. Sungguh berbeza dengan Di sana yang bertungkus lumus menyelamatkan satu nyawa yang menjadi darah dagingnya. Di sini pula berlaku kejam. Sudahlah buat dosa, nak tambah dosa lagi buang bayi. Tak kiralah samada pada hari muah muah, atau hari tak muah muah. Janji dia muah muah, maka berlakulah kes-kes sebegini. Adooyaiii!

********************************************************************************** Kelahiran III – Suatu ketika

Kelahiran ini juga digelarkan the birthday of Islam. Kita biasa panggil Maulidul Rasul atau birthday nabi. Sahabat-sahabat nabi dulu tak pernah celebrate, sebab sahabat-sahabat nabi kenal nabi, dia dapat rasa relationship itu. Lagipun kalau sahabat-sahabat nabi nak celebrate pun atau nak buat perarakan, nanti Tan Sri Abu Jahal dan Tun Abu Lahab tak bagi permit. Kita ni yang tak pernah kenal nabi, mudah lupa akan baginda. Lalu sambutan maulidur rasul ini bertujuan baik, untuk kita memperingati nabi dan syariat yang baginda bawa. Memanglah bid’ah tapi takkanlah buat perarakan sambil selawat memperingati nabi, boleh menceburkan diri kita ke neraka. Jangan pulak lepas berarak maulidur rasul terus memperlekehkan syariat yang nabi bawak termasuklah hukuman sebat terhadap orang yang berzina dan minum arak. Tapi maulidur rasul di Malaysia ni memang tak lari dari akitiviti-aktiviti iaitu perarakan, marhaban, syarahan, baca qur’an dan juga makan, yang sedihnya aktiviti setan pun ada. Maklumlah malam cuti. Maka berebut-rebut pasangan nak meraikan hari jadi. Sekian dimaklumkan.

********************************************************************************** Kelahiran IV – Coming soon

Hah yang ini memang Dato’ nanti-nantikan. Hari jadi dah lepas lama dah. Tinggal tunggu hari lahir sahaja. Tak sabar untuk menunggu harinya tidak lama lagi. Lagi 2 bulan lagi. Insya Allah. Dah lama sangat dah ni tak melaungkan azan dan qamat. Maksud Dato’ di hospital. Sebab tu Dato’ tak berani pakai kopiah bila lalu kat hospital, terutamanya bila lalu kat wad bersalin hospital kerajaan. Ini atas nasihat sahabat baik Dato’. Dato’ ikut je. Sebab dia kata takut orang tarik tangan kita, “Bang, tolong azan, bang!” Masyarakat! Bila nak muah muah pandai pulak, bila nak muazan, dia buat outsourcing.

**********************************************************************************

Dato’ akhiri kisah birthday ini, dengan sepotong ayat;
"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. " (23:14).

Apa jua, di mana, bila mana, dan bintang apa sekalipun kita, kita telah pun menjadi juara antara sejuta, yang berjaya keluar dari alam rahim ibu. We are the champion! Semua ini berlaku dengan satu sakti. “Kun faya kun!” Wallahua’lam.

www.gurunsakura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...