Undilah...

Tuesday, January 31, 2012

Pesanan Penaja

Ini adalah iklan atau pesanan penaja. Masa kecik-kecik dulu Dato' suka tengok iklan. Tak tahu pasal apa. Mungkin sebab dalam iklan tu ada 'Dindang' atau 'Tora datang lagi', jadi senang Dato' nak paw ayah dan ibu. Atau mungkin juga sebab Dato' tertipu. Contoh bila ada Anugerah Muzik-Muzik, sekarang ni dipanggil Juara Lagu, pengacara tu mengumumkan, "Baiklah jangan ke mana-mana. Sekarang ni apa kata kita dengar dulu pesanan penaja". Dato' tertipu sebab Dato' betul-betul tidak ke mana-mana sebab ingatkan penaja akan betul-betul memberi pesanan dan nasihat yang berguna kepada kita semua ni.

Mungkin juga disebabkan sifat semulajadi kanak-kanak masa itu. Ada juga kajian yang mengatakan kanak-kanak meminati iklan tv kerana pergerakannya cepat. Yelah nama pun iklan, kalau lama masa tayangannya, banyak pulak kos kena bayar kepada syarikat TV.

Rasanya tak jugak. Bila dah besar dan panjang ni, Dato' masih lagi minat kepada iklan. Dato' suka iklan kat wayang sebelum start show. Iklan kat wayang ni ada tunjuk trailer movie-movie terbaru dan ada jugak tunjuk iklan supaya kita membeli DVD asli dan jauhi DVD haram. Ceh, tapi sebelum tu, ada iklan dia suruh kita dekati air haram. Hah gitu.

Bukan saja iklan di wayang, pada usia dewasa ini Dato' masih minat untuk menunggu iklan di TV. Sebab bila dah sampai waktu iklan, Dato' boleh picit-picit remote control ke channel lain. Hah gitu. Jiwa Dato' ni tak boleh terima cerita cerita yang dibuat khas untuk penonton perempuan macam Datin -cerekarama lah, slot Zehra lah, Dingin Lavenda lah, Gemersik Kalbu lah.

Baiklah jangan ke mana-mana. Sekarang ni apa kata kita dengar dulu pesanan penaja. Ini betul-betul pesanan penaja.


"Malaysia Social Media Week (MSMW) is a national Event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. Delivered through a network of creative conferences and streamed online through social media, SMW reaches an extensive network of people including C-level executives, entrepreneurs, journalists, bloggers, brand managers, social media strategists, students, artists, activists and the technology/media specialist), connecting and communicating ideas and experiences to advance our understanding of social media's role in society.
Social Media Week brings hundreds of thousands of people together through learning experiences that aim to advance our understanding of social media's role in society."

Antara program pihak penaja itu ialah World Bloggers and Social Media Awards 2012. Blog Dato' yang sedang anda baca ini tercalon di dalam kategori "Most Funniest Blog" atau blog yang teramat kelakar. Sebab apa tercalon? Sebab Dato' sendiri yang mencalonkannya. Hah gitu. Jadi kalau anda rasa blog Dato' ini berjaya membuatkan diri anda berasa geli dan miang, silalah undi blog ini.

Cara-caranya;

1) Sign up di Sini
2) Sila ke link Vote
3) Click Most Funniest Blog
5) Click Vote
6) Tarikh akhir pengundian: 6 Februari 2012

Begitulah caranya. Semoga dengan undian tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian akan dibalas dengan setimpalnya. Hanya Allah jua yang dapat membalas budi baik dan jasa bakti tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Ingatlah sezarah kita membuat kebaikan kepada mahklukNya, besar pahala yang kita akan terima kelak. Kan Dato' dah cakap, ini betul-betul pesanan dan nasihat penaja!

Sunday, January 15, 2012

Warna Warni 2011 - Bahagian IV dan Akhir

Oktober 2011

Yang tidak bersenam sila ikut lorong kiri

Pilihanraya nak dekat. Nak pilih yang mana?


 
 
Dato' dan Datin di Pikom Charity Run. KLCC dan KL Tower dalam genggaman kami...



 
... tapi akhirnya KLCC dan KL Tower dalam genggaman dia sahaja.


Pikom Charity Run: Finish. Brader sebelah tu nak upload dalam facebook lettew.



Pikom Charity Run: Bini dan laki menunggu lucky draw. Makcik belakang tu nak interframe lettew.


 
Suasana di Feri, Penang...
Baby: Daddy, carikan saya seorang anak mami
Daddy: Apa??? Anak mami? Jom cari sama-sama!


 
Kemain cari anak mami yek. Sekarang jugak aku report kat Mummy.




Gua tak kira lu Abang Long ka Abang besar ka, ini kawasan, ini buaian gua pegang!


 
 
Hadiah penuh bermakna di hari lahirku. From 110 series to 100 series and today masuk ke 90 series. But still long way to go...



Terima kasih kepada teman-teman di FB atas ucapan birthday. Terima kasih juga kepada peneman di rumah atas cup cake ini. Cup cake ini sungguh kreatif. Tapi nombor di situ sangat sensitif!




HIMPIT

Kalaulah dia mengetahui akan aktiviti photo uploading ini, pasti dia tak ingin berposing begini.
Bola itu lonjong. Tahniah!

p/s - All Black Juara Rugby World Cup 2011
Bola itu lonjong. Tahniah!

p/s - Man-U kena belasah teruk dengan Man-City
 
With Pian Cecupak, Sambutan 1 Malaysia Deepavali, Rukun Tetangga, Muar
Dato' tengah menahan sakit, dia cucuk belakang kita.
 
 

Jemput makan. Ikan Bakar di Alai Melaka. On da way balik ke KL.


November 2011


Baju merah suka ayahnya? Baju biru suka dua-dua, ayah dan ibu? Ayahnya paling populis?


 
 
Bila budak bandar masuk kampung



Bila bapak budak masuk kampung


 
Pertama kali melibatkan diri secara langsung dalam ibadah korban...


 
 
... dan pertama kali menyaksikan sendiri secara langsung ibadah korban



Alif mim nun wau... Alif tendang wau... Bunyi macam Def Gab C... sudah jinak...



p/s - Di KFC Dubai Mall 

Ana masa kat KLIA ke Dubai. Kejap lagi Ana nak salin ini macam. Tapi tarak serufa, kabir sedikit kerana makan banyak nasi arab lah.


 
 
Orang Arab tak sekuat seperti yang kita sangka. Mereka juga memerlukannya...


p/s - Di Carrefour, Sharjah - sebahagian dari U.A.E
Pekena asam pedas ikan patin. Ikan patin memang sedap tapi masalahnya setiap kali Dato' nak order ikan patin, mesti tersebut ikan fatin.


 
 
Leave balance Dato' yang tinggal. Dekat nak hujung tahun ni kenalah plan elok-elok nak utilise. Tapi lagi 5 hari tu nak plan memang susah... Aduh... pening.



 
Hari ini terpaksa memandu kereta sambil menyanyi dan membaca berita.


p/s - Kereta kena pecah!
 
 
Awkward moment - Tauke baju kelabu tu suruh tukar alarm baru. Ketuk mana-mana body je, dia akan bunyi. Tapi bila dia demo, dia ketuk-ketuk, memang bunyi, tapi bunyi body.



Pada Awal Muharam ini, Dato' Awal Bangun untuk Park City Run 10 km.



 
Shooting di Dubai untuk filem Bollywood terbaru, Coach Coach Bola Hei.


 

Makanan ini tak boleh makan. Ambik bau sahaja.


 
Patut dari tadi tak gerak-gerak. Tak perasan. Sorry bhaiya...



 Disember 2011

At Starbuck Capsquare. Waiting for Pemburu Kepala.


 
Sunyi sopi... takdo orang, apo nak dikato.. Kalau bolih nak bising bising... kek PWTC... eh silap .. kek Pantai Port Diksin. At Bayu Beach, PD... Truly Asia...


p/s - Masa ni juga ada Perhimpunan Agung Umno (PAU) di PWTC
Alamak! PAU sudah habis. Tak syok arr. Di Pasar Malam, PD.



Dubai Al-Buruj dan Aku Al-Bujur. Sama tinggi sama padan.



Di Kampung Guru, Kangar Perlis. Bukan untuk mengajar tetapi menikmati majlis perkahwinan.





Di hujung sana tempatmu... bunga telur... Hanya di pelamin indah... bunga telur. Di majlis menikah yang seterusnya. p/s - Keputusan PMR diumumkan hari ini



 
Kenduri Kahwin di satu satunya hutan yang alim di Malaysia - Utan Aji, Perlis.



Syukur. Hari yang penuh gembira dan bermakna. Dapat 8 A.




Kalau guna mesin masa pergi ke tahun 1981 dan kalau terjumpa budak ini, panggil dia Dato' Shah.




Ada guna jugak bila side mirror patah



Warna Warni 2011 - Bahagian III

Ogos 2011


Terima kasih kepada supplier atas sumbangan. Dapat last week, tapi hari ni post, supaya ada feel sikit. Wal kurma nak buka puasawil dah kehabisanlurrazi.

Alhamdulillah. Rezeki Ramadan dapat Kurma Yusuf Taiyob - Nadine. Nak tau juga adakah rasanya seseksi iklannya.




Suasana di PARAM Taman Melati, KL

Kedai Makan Line Clear. Memang line clear! Mana muat ruang, van jenazah nak masuk.


Tanjung Golden, Muar.


 At Felda D'saji. Walau apa jua juadah kita hari ini, namun kita sepakat memulakannya dengan as sunnah. Selamat berbuka puasa.






 
DShah@Cinta: Cinta itu umpama belon. Semaikanlah rasa cinta itu dengan memilih jenis belon-belon cinta yang betul. Jika kita memilih belon twist, ia akan membentuk bunga atau teddy bear. Namun jika kita memilih belon party, yang kita dapat hanyalah kembung!


 
TGV hari Rabu, pukul 11 malam. Biasanya sesak dengan pengunjung kerana tiket murah, tiba-tiba lengang. Inilah penangan Ramadan. Apa dia? Apa yang Dato buat kat sini? Sekadar melaporkan fenomena setahun sekali.



Alo lo lo...Comel tak? Kad raya pertama kuterima tahun ini. Terima kasih Arif Averous.



 
Yeah! We are going to Perlis now


p/s - Selepas buka puasa, sebelum gerak ke Perlis
Kangar... Bandar yang cute. Tapi line internet... siyut.



Persiapan menghadapi Raya. Selain mercun, baju raya, Dato' harus memiliki ini - Carbo Block. Harap lemang, ketupat, kuih raya yang dingap, tidak tersimpan di perut.


 
Persiapan Raya. Selain yang semalam tu, ini jugak penting untuk dibawa ke kampung. Agak-agak berat maintain, bolehlah pergi 4, 5 buah open house lagi. Tapi I'm sorry, nombor yang tertera tak boleh upload kat sini.



Sedang Polis sibuk dengan Ops Sikap, Kami di Padang main mercun senyap-senyap, Dengan harapan tak kena tangkap, Salam Aidilfitri bersama diucap.



Tradisi Raya diteruskan. Kunjung mengunjung ke studio gambar.



Tahun ni kalau kita raya tanpa meraikan kemerdekaan 54, maka samalah kita macam Mat Bangla sambut raya. Merdeka! Merdeka! Merdeka!




September 2011
Salam Aidilfitri diucapkan kepada ayahanda dan bonda yang berada di kampung daripada anakanda yang sekarang ini berada di Perbatasan. Batas sawah. Insya Allah, maghrib nanti anakanda pulang menyambut lebaran bersama.

 
Car accident at Padang Besar, Perlis. Puncanya sedang dikenalpasti. Kemungkinan langgar lari kerana suspek kecewa mangsa letak harga tak boleh kurang.


Badanku di office. Namun hatiku beribu-ribu km untuk ke office kerana hatiku masih 0 km di sini.



"Please, I tak rela dimadukan!", kopiah hitam


 

Habis sapu sampul dibuang




Pelancong asing sedang bergambar tengah-tengah hari buta. Balik kampung dia nanti, nak tunjuk Malaysia ada jerebu lettew.



The Secret Life of Nora - Apa secretnya? Secretnya, dia guna pistol air. Cuba lihat kaki kirinya.


Bersiap untuk ke open house


 
At Jake's charbroil steaks. Owner dia buat pengetahuan, takde kena mengena dengan Jakel. Selamat lunch semua!
 
p/s - Makan lunch free 5 hari - Training course


 
Jika pinggang bergelek-gelek dan perut menari-nari masa training nanti, jangan salahkan kari
dan dal.




Shooting during tea break


Today, Italian Food. Kalau sudu & garfu dua-dua terbalik maksudnya dah sudah makan. Tapi kalau satu terbalik satu buka, apa maksudnya? - Tak kenyang makan. Hah gitu.


 
Malaysia lawan Jepun: Nak menang mesti ada keberkatan. Sokonglah pasukan dan barangan tempatan.


On course training.



At Japanese Restaurant. I don't like Japanese food and now I have a good accuse not to eat after Harimau Malaya lost in the first match yesterday. -Semangat Pejuang Sebenar-



Hari ni makan nasi Padang. Bukan Nasi Padang itu. Tapi ini nasi Padang Pasir.



Nak pergi ke tak esok? Nak pergi ke tak? Nak pergi ke tak? Tengoklah dulu. Kau kejar, baru aku lari...



Aku tak bersalah. Ini semua fitnah dan konspirasi jahat!


 
Tanda-tanda besar Syawal semakin berakhir; Biskut-biskut kering telah kelihatan di dalam pantry.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...