Undilah...

Wednesday, January 4, 2012

Coretan 2011 - Bahagian III

Diari hidupku (Julai – September 2011)

Julai 2011

Aduh, tension betul! Mana-mana tempat seat semua penuh, fully booked! Harap maklum, bukan seat wayang filem Transformers 3, tapi seat tepi dinding kat Masjid tadi. Nak sandar.

At Muar now to attend my brother's wedding 2.0

"Aku orang kecil, engkau orang besar, kau ibarat gajah, ku hanya semut merah..." Lagu feveret yang selalu Dato nyanyi ketika tengok cermin.

Bila Dato cakap bahasa utara, bunyi siam. Bila kecek Kelantan, tak bunyi apa. Tapi bila speaking Hindustan, tak bunyi Melayu. #Fact

Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan. Kalau roboh Kota Chicago, Decepticon punya kerja, mari semula kita dirikan.

Biar mati Megatron, jangan mati Megan Fox.

Encik Optimus Prime, sangkut dekat tali, Encik Megatron ketawa jerit-jerit.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang seksi itu Carly, yang baik itu Optimus Prime.

Kalau ada sumur di ladang, bolehlah hamba menumpang mandi. Kalau ada sequel ke 4 yang panjang, lebihkan aksi kurangkan seksi.

Kutanam-tanam padi seladang, Malang nasibku lalang yang jadi, Bulan Syaaban telah pun datang, Hutang puasa bila mau langsai, jangan langsi!

As Salam Good Morning! Dah breakfast belum semuanya? Aku daaaah...


Thinking of sticking a side mirror at my work station so that I'm well prepared for 'ALT' and 'TAB'

Biar makan seorang, jangan sembahyang seorang seorang.#Perlibahasa

The only people that have a good task delegation skill is the Waiters. Most of the time they make the customers waiting.

BERSIH menjana ekonomi rakyat. Dah pikir nak bukak gerai apa kat Stadium Sabtu ni? #$$$$$

Info sihat: Apabila mulut kita berbau itu menandakan yang kadar metabolisma kita turun. Jadi pilihlah makanan yang betul untuk mengimbangi metabolisma dalam badan. Namun jika mulut masih berbau, itu tandanya kadar bersugi anda kurang.

Info sihat: Menaiki tangga adalah cara senaman mudah dan cepat tapi berkesan untuk membakar kalori dalam badan, tetapi dengan bersyarat. Anda cuma pastikan yang ianya bukan tangga bergerak (escalator).

Info sihat: Sumber makanan seimbang mengandungi karbohidrat, protein,lemak dan vitamin. Sumber makanan seimbang yang terpenting yang juga dipanggil prima adalah Halal.

Biar double chin, jangan double sin. #Perlibahasa

Pekerja-pekerja kedai di Jalan TAR mungkin kecewa apabila cuti hari Sabtu mereka tidak diluluskan. #Sangkaan Nakal

How you desribe appreciation and recognition? Me, after just renewed the driving license and road tax, the Polices stopped me at roadblock do a checking and say "Jalan!"

Honey, when I say "You are the best wife among the others", others refer to people's wives, not mine.

Dua pekerja asing; pekerja pam petrol dan pekerja restaurant bertemu. Mereka berbincang tentang perkataan pertama yang dipelajari di Malaysia. Pekerja pam petrol berkata "Aku belajar, Merah, Hijau? Kau?" Lalu pekerja restaurant mencelah, "Sekali, Asing?".

Evolution in the syllabus, Malay language for Petrol Station foreign worker; 90's - Baru, Lama? 2000 - Merah, Hijau? Late 2000 - Murah, Mahal?

Tiada kata secantik bahasa. Untuk kupuji Ambiga. Tiada tempat selain jalanan. Nak kutunjuk perasaan. #Jangan Tukar Lirik

Baru selesai membuang undi untuk cabutan bertuah Jakel. Kalau cabutan dilakukan secara telus dan bersih, ada harapan menang Viva!

Adalah sikit membeli belah tadi. Biasalah Datin belek-belek kain, Dato belek-belek harga. Lepas belek-belek wallet, baru kakak tu potong.

Memanglah perhimpunan aman. Tapi kalau dah Autobot bertemu dengan Decepticon, boleh jadi dark of the month.

"Kerana u, lautan api pun sanggup I renangi taw". "Yeke? Jom keluar esok". "Err, esok taklehlah jalan sesak" - Sila cuba untuk menguji pengorbanan pasangan anda.

p/s Esoknya perhimpunan BERSIH


Dua perkara yang Dato' paling takut di zaman sekolah rendah; 1) BCG, 2) Perempuan

Dua perkara yang Dato' paling takut di zaman sekolah menengah; 1) Periksa Gigi, 2) Perempuan
Dua perkara yang Dato' paling takut di zaman university; 1) Senior minggu suai kenal , 2) Perempuan-perempuan

Jangan anggap pengundi atas pagar orang yang tidak berpendirian. Ini kerana mereka telah membuat pendirian tegas yang mereka adalah pengundi atas pagar.

Ish apa lah berita ni. Apa nak jadilah. Tengok berita sampai geleng-geleng kepala Dato. - Tengok berita tamil sekarang channel 502, tak paham.

Orang putih ka, orang biru ka, orang hijau kau, orang kuning ka, kita orang Melezia kan.

Info sihat: Untuk mendapat bentuk badan yang ideal dan menikmati badan yang sihat, disyorkan oleh pakar-pakar supaya mengambil starter sebelum menjamu setiap hidangan. Starter itu adalah Bismillah.

Makan buffet di dalam tahanan, makan ala carte di tempat sendiri, baik lagi tempat sendiri. #Perlibahasa

7 eleven at Bukit Bintang (managed by my cousin), earned extraordinary gain during Bersih Rally, the drinks are sold out. Business is about strategy, not speculative.

Tangan dan kaki para pendemo pedih disapu krim ubat luka. Dato dapat merasai peritnya. Perutku jua pedih disapu ubat - Krim Mustajab Pati Halia.

Perhimpunan Bersih tempoh hari tidak mencapai matlamat asal ibarat gajah ke slimming centre. #Perlibahasa

Bersih gone and Jerebu come. Now only everybody need Bersih back - Udara Bersih.

Tersenyum melihat Boss pakai baju hitam. Dulu kat tempat lama ada budak kena sound pakai baju hitam. "Apa, awak ingat ini Modesto's ke?"

Melihat kebahagiaan dan kesengsaraan orang lain tanpa meraikan dan menyelaminya samalah seperti menonton filem hindustan tanpa sarikata.

Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap, Sudah gugur gigi, Baru nak ambil kitab. #Lagu Dodoi

Astro introducing Pelangi and Bintang channel (Indonesian movie and drama). On top of having parental channel lock, Astro should provide Employee channel lock; for the maid, indeed!

Kerana batasan, adat dan syaratnya. Menguji kekuatan, keteguhan iman, insan yang berdiet.

Info sihat: Makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang, dan bayar sebelum keluar.

Info sihat: Bila orang berkata kepada anda "Sila, sila, tambah lagi nasi tu, jangan malu-malu", maka anda harus memilih untuk malu sebab "tambah lagi" bermakna anda dah tambah tadi.

Info sihat: Makan nasi berulam air boleh memudaratkan kesihatan, mengundang masalah penyakit dab mengakibatkan keboroian. Kalau makan hati berulam air mata, tu Dato no komen, ini Info Sihat bukan Info Cinta.

Tahniah kepada pemenang-pemenang DiGi Wwwow internet award. Namamu tidak dikenali namun kamu memang WOW!

Tak habis lagi pasal Bersih. I setuju, jatuhkan kerajaan yang zalim, tidak adil, dan tidak Islam adalah jihad. Tapi kerajaan yang you nak ganti ni adil ke, Islamic ke? Tepuk dada tanya dia.

DShah@Cinta: Kepada pasangan yang sedang bercinta. Ingatlah. Ingatlah bahawa percintaan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Kadangkala percintaan juga berakhir dengan pertunangan.

DShah@Cinta: Jika engkau Tower 1, akulah Tower 2nya. Akan kubina jambatan kasih di tengah-tengah perjalanan, menghubung kasih antara kita. Kita berpegangan tangan sendiri dan berjalan renggang-renggang sekeliling Taman di bawahnya. Aku mengota janji akan membina Masjid untuk kita di hujung Taman.

Ada satu Family Foreigner Arab tanya Dato tadi, "Where is Continental Hotel?". Dato pun jawab, "Recalculating..."

Tomorrow I will be attending team building of my department for 3 days. Oh please, no Burung Hantu session please! The Burung Hantu is so yesterday, orang dah tak main dah. Now it is Angry Bird era.

Have you ever been received letter from Readers Digest with dummy car key, for you to enter the contest? I'd rather act a Mr Bean style - Put in my car key onto the mailbox, open it with surprise face, and "Wow! Saya menang kereta!"

Biar broken English, jangan broken Iman. #Perlibahasa

Tepuk perut, tanya BMI. #Perlibahasa

A: Kita ada mainan Transformers, boleh tukar jadi robot, lawan2. B: Eiii, ganaslah awak. A: Awak ada apa tu? B: Kita ada truck, truck ni boleh keluarkan water cannon dgn tear gas. A: Eeeiiii kejamlah awak!

Hujan, tak kerja, katil. Hujan, tak kerja, katil. Nampak tak? Nampak tak permainan dia? Hah gitu. Assalam, Good Morning!

Bila mama pakai gelang Jacob, papa garu kepala. Bila rakyat makan biskut Jacob, papa masam sakit gigi. Hulala hulahup!

3 orang pekerja baru balik bercuti dan masing2 membawa sourvenier untuk boss lelaki mereka. "Ini ada fridge magnet dari China, boss". "Ini pula keychain kincir angin dari Holland, boss". "Oh terima kasih, ha kamu bawak apa pulak?". "Maaf boss, saya tak bawak apa2, cuma nak sampaikan salam dari seseorang semasa saya bercuti". "Siapa kirim salam? Kamu pergi bercuti di mana?" "Janda Baik, boss!"

Driving to JB for team building. Janda Baekk daa.

Me, as a Nice Guy would like to announce that I safely arrive at Nice Widow. Hah gitu.

Banyak-banyak bidan, bidan apa yang guna google? - Dato. Bidan terjun baca doa. Google sudeyyy...

Hati-hati bila kita diunfriend orang, kita mungkin terkena virus. Virus hati.

Selesai sudah aerobik dan poco-poco. Haruskahku bertaubat?

Heavy we carry, light we leave it.

Round water because of piping, round word because of corporating, round people because of eating. #Perlilanguage

Monday blues - Perginya Srikandi Parlimen. Alfatihah buat Allahyarhamah Lo' Lo'.

MB PAS, Datuk Azizan membatalkan larangan hiburan di bulan Ramadan setelah mengikut arahan sekutunya. Inikah dikatakan bersih?

Can we start downloading Hari Raya songs from now on sikit-sikit? I try not to listen it till Radio plays it.

During team building, we were taught on positive thinking. But I believe team building only creates impact during the session, but fails after 48 hours. See, how negative I am.
 
Sedangkan sosej chorizo lagikan tergigit, inikan pula suami isteri #Perlibahasa

 
p/s – Sosej Chorizo didapati tidak halal

 
DShah@Cinta: Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Jauhkan diri anda daripada isteri anda sebagai tanda kasih anda kepada si dia, apabila anda sedang dijangkiti virus demam.
 
Info sihat: An apple a day keeps the doctor away. But remember a durian a day keeps your friends away. To get many friends, bring durians to them, not the smell!
 
Kepada Ashraf, janganlah berduka. Dato pun berhajat nak tukar nama, cuma belum tiba masanya. Nak tukar nama kepada Irwansyah. "Di sini kau dan aku, terbiasa bersama..."
 
p/s – Alfatihah buat Allahyarham Ashraf
 
DShah@Cinta: Kepada sahabatku Azmi yg berada di Genting Sempah, percayalah, bukan niatku untuk menjual mahal. Aku tidak mahu kisah kita setakat 13 episod sahaja. Namun aku mahu mengabadikan kisah kita sehingga 60 keping DVD series. Ku harap dikau tidak berputus asa. Mana tahu mungkin dalam DVD yg ke 60 aku akan menerima cintamu. Ikhlas daripada Ina, Pengkalan Kubor.
 
Ini adalah info sihat: Jangan pandang ke hati. Jangan pandang ke peha. Pandanglah tepat ke dada. Lantas pilihlah dada ayam itu - Banyak isi, tiada lemak. Hati ayam boleh melemahkan otak, peha ayam banyak lemak.
 
Selamat Hari Jadi baby! Semoga panjang umur you dan umur lesen you. #Akan Datang
 
p/s – JPJ mengumumkan tarikh renew lesen memandu sama dengan tarikh lahir pemandu
Chel sea oh chel sea. Ke laut ke laut eh demo...

p/s – Chelsea tak menang banyak dengan Malaysia

Hari ini aku tidak berjeans. Gara-gara sang pencuri meragut rakus. Tiada sivik tidak bermoral. Sneakers disapu namun tangannya masih bebas berhayun.
 
Walaupun sembahyang seribu tahun, kalau jumaat aje apa gunanya

Info sihat: Disyorkan supaya kita mengambil gula dari sumber makanan semulajadi seperti nasi, buah-buahan dan elakkan/kurangkan dari sumber gula yang tersorok seperti aiskrim, gula-gula, kuih-muih, junk food, minuman manis. Tapi kalau muka anda ada sweet semulajadi dan sweet yang tersorok, jangan kurangkan. Itu yang saya selalu buat.
 
DShah@Cinta: Buat Amir yang berada jauh dariku. Saat irama hindustan beralun lagu kegemaran kita, kuteringat peristiwa kita makan kuih vade bersama. Ketika tinggal satu keping lagi, kita berebut2 untuk makan kerak2 ditepinya, namun kau beralah, aku yg makan. Lantas kutinggalkan dikau dgn isi dalnya sahaja di tengah2. Kutahu kau sorokkan rasa kecewa, namun thanks sayang atas pengorbananmu. - Siti Dark Vade
 
Harimau lawan Singa, siapa jaguh di rimba? Ayuh, kita pastikan todak-todak negara lumpuhkan kota singa. Pemain ini bakal menyambut hari jadinya Ahad ini, sudah pastinya hadiah bermakna buat beliau - Ayat-ayat Hasbullah Awang yang bakal terpacul malam ini.
 
p/s Malaysia Lawan Singapura, kelayakan Piala Dunia Bolasepak di Singapura.
 
Minit ke berapa gol tadi? Minit 1, 8, 22, 44. Maghrib minit ke berapa? ..... Minit-minit terakhir
 
Tengah sorang-sorang melayan Miyabi. Channel 952 Astro, Menculik Miyabi.
 
Watching Harry Porter reminds me about school time. After 7 years school still no awek and got scar at baby face (after school camping).
 
The only Harry's series that I did not put an interest to follow is Harry Boy, from Julie Dahlan in 1991.
 
As Salam Good Morning! Betul ke hari ni last Monday yang boleh melantak? Tak elok tu cakap macam tu. Hah gitu.
 
Bangga dan tersentuh apabila mengetahui yang rakan-rakan sekalian berjanji untuk tidak merokok semasa office hour bermula minggu depan.
 
p/s – Minggu depan Puasa Ramadan.
 
My wife is happy when I said I want to have Dates with Safina, Safia and Mariami next week.
 
Info sihat: Berpantang adalah satu cabang diet. Diet terpaksa namanya. Ada orang pantang makan seafood - gatal2. Ada yang pantang ayam - Pun gatal2. Ada yang pantang kambing - Berbau katanya, atau panas. Ada yang pantang daging - mudah dapat zuriat. Namun tahukah anda, ada antara kita yang pantang durian? Pelik bukan? Tapi ini namanya pantang jumpa.
 
Info sihat: Tahukah anda bahawa buah betik kaya dengan pelbagai vitamin, mengurangkan risiko sakit jantung dan menyokong sistem imun badan i.e menghindar dari jangkitan selsema dan demam. Jika anda tak tahu, mungkin di akhir info sihat ini, anda akan berkata, "Biar betik?!"
 
Persiapan menghadapi Ramadan daripada rakyat Malaysia pada minggu terakhir: 1) Print takwim waktu berbuka puasa dan sahur 2) Google Pasar Ramadhan 3) Update lokasi tazkirah, tarawikh, moreh yg best. 4) Hantar servis Van Jenazah
 
If I have a time machine, I will go back to 1999, seeing myself busy doing something. I would shout to myself, "Oooiiii, stop eating! Ambik bau saja!"
 
You know what, Bank Negara has given us an idea how much is much the duit raya would be. Yang 50 sen, 50 sen, 50 sen...
 
Minggu ni kena biasa-biasakan ke surau. Kalau tidak, next week lepas tarawikh, masa moreh... "Eh awak baru pindah sini ke? Sebelum ni duk mana?" Hah gitu.
 
Waiting for circular email for working hours during fasting month.

Wahai perempuan-perempuan sekalian. Tolonglah jangan jadi Astro Beyond dengan berpakaian HD. Lelaki-lelaki akan rewind dan pause, masa tu baru kamu tahu nak fast forward.
 
Circular email just out. Office hour will end at 4pm, but the rule just no lunch break. No worries, I will still go 1 hour off in the midday, coz I read it "no lunch, break the rule"
 
When was the first time you say sayang to your girl? Me during makan. "Eh kenapa you tak habiskan kuey tiaw ni. Sayangnya, meh I kasi settle"
 
DShah@Cinta: Abang, kuharap dikau mengerti yang diriku kini terseksa menanggung rindu yang tak dapat kutahan lagi. Namun kuharus sedar yang aku harus melupakanmu setelah kita terpisah. Walaupun kau masih bujang dan tidak berpunya, namun aku harus menerima takdir yang kau sebenarnya milik orang. Kau adalah milik orang Lombok, pulanglah dikau ke tempat asalmu. Sekian, Yang Tak Pikir Panjang, Nani.

Semua tazkirah malam ini telah pun penuh ditempah. Alhamdulillah. Tazkirah, dalam bahasa arab bermaksud tiket. Hah gitu.
 
If Qiu Li keeps performing, they should consider producing more XXL jersey in the market.
 
How would I support Harimau Malaya tonite? When Qiu Li gets the ball, I would say "Expelliarmus!". When our player are at Singapore penalty area, I would shout, "Avada Kadavra!"
 
It doesn't matter, whatever happens to the world economy today, the exchange rate today must be this, 1 SIN Goal : 3 MYGoal
 
p/s Malaysia Lawan Singapura, kelayakan Piala Dunia Bolasepak di Kuala Lumpur. Perlawanan kedua, perlu menang 3-1. Tapi kalah akhirnya.

Those who name the ticket tout as ulat tiket are those who failed to get the ticket. Same goes to bookworms. Those name it as ulat buku are those who failed to get an A.

Kepada PM Malaysia, saya cadangkan kalau Malaysia layak ke pusingan ketiga Piala Dunia malam ini, maka isytiharkanlah cuti 1 Ramadan ni seluruh negara. #SayangNajib.
 
Tatkala sang harimau dan sang singa saling beradu kekuatan, sang gajah duduk di belakang, bersabar menanti giliran untuk bertarung, menutup gelanggang di akhir malam.
 
Dengar cerita malam ni Malaysia berjersey biru lagi. Betul ke? Kalau betul, tak payahlah mengaum ngaum. Harimau amenda camni warna biru. Harimau pedalaman ke apa.
 
OMG! I'm so scared. Scare that if Hong Kong film directors will call Singapore players to screen test for new movie.
 
Tetiba rasa takde mood. Tetiba rasa nak macam nak MC esok. Kalau doktor tanya, sakit apa? "SAKIT PURA"
 
p/s Singapura main bola pura-pura jatuh dan banyak berlakon

Yesterday night we were fried. Friday morning Kuala Lumpur cries. Come let's together. We try. And dry. Of all the eyes.
 
p/s – Sedih Malaysia gagal layak ke pusingan seterusnya Piala Dunia

Debaran bola sudah berakhir malam hari Khamis lalu. Ramai yang berduka. Sekarang mari kita tumpukan kepada debaran malam.hari Ahad ini. Debaran anak bulan. Pun ramai yang berduka. Hah gitu.

Harap-harap Dato dapat jumpa lagi juadah Murtabak Spore, Rojak Spore dijual di Pasar Ramadan minggu depan. Memang sedap walaupun tiruan.
 
You are so pissed off when they played with no urgency and delaying tactics while they know we need a goal. But have you ever thought of other people's feeling when you act with no urgency and delaying tactic to remove your car from the car park while you know they are waiting for it?
 
Ipad 2 di tangan kananku. HTC Flyer di tangan kiriku. Playbook di pocket kananku. GPS Garmin di pocket kiriku. MAC Book Air ada dalam beg galasku. Terasa kaya sungguh - Kaya bila memegang semua pamphlet di atas sewaktu berjalan-jalan di PC Fair.
 
Dulu Dato ada handphone yang beriman. Sony Ericson K700i. Bila kita snap gambar, shutter dia akan bunyi kuat dan shutter dia tak boleh switched off. So, kita tak boleh sesuka snap gambar orang. Privacy terkawal. Sayang, hidupnya tak lama. Susah nak cari handphone beriman mcm tu. Arwah dulu baik sifatnya.
 
Hari Sabtu, hari tanpa plastic. Tapi untuk perempuan, hari tanpa lipstic. Sebab tak pergi office.
 
Budak budak oooii. Jangan lari-lari kat sini. Makcik Tom Yam yang hot ada tu. Tak takut ke??

p/s - semasa makan di Restoran Cheng Ho, milik Amy Search. Ada kes dulu, badan seorang budak terkena tom yam panas

Main bowling ni yang tak bestnya, dapat baling bola sekali je. Orang lain baling dua kali. Tu yang rugi main tu kalau strike.
 
At Sekolah Rendah Al-Huda. Interview and test for entrance.

p/s - untuk anak
Having last breakfast in the morning before having first break fast in the evening tomorrow.
 
Sedih apabila mendengar khabar daripada interviewer tadi yang sekolah agama private tidak berjaya mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan. Dalam erti kata lain, yuran bulanan nanti, jangan lambat bayar, hah gitu.

Antara soalan maut tadi. Bagaimana penglibatan Encik dalam kegiatan kemasyarakatan? - Ya, sebagai contoh ya, status saya selalu update, kalau orang nak add, saya terus approve dan saya tak pernah unfriend orang, amalan keji tu.
 
Will be performing 1st Tarawikh after Penyimpan Mohor Besar made the announcement.
 
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Wal Jalan lah syaitan sebulan.
 
Petang nak raya sibuk mencari baju raya, kuih raya, ketupat, rendang. Petang puasa sibuk mencari baju melayu, kain pelikat, kopiah. Butang baju aku mana Pah...?
 
Malam ini mata tertumpu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru, pertama kali umum tarikh puasa.
 
Mohon maaf keterlanjuran kata daripadaku Dato Shah untuk semua. Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa penuh.
 
"Wah, surau kat tempat aku ni dah lainlah. Dah makin cantik dan besar selepas renovation. Baguslah dia buat camni, selesa jemaah nak solat", bisik hati kecilku, sambil menyorokkan reaksi dan ekspresi muka terperanjat.
 
Beronda ke kota menaiki Fiat. Kota yang penuh dengan maksiat. Innamal a'malu binniyat. Puasa puasa jugak, tapi kamu dah niat? Hah gitu.

 
August 2011

 
Ramadan is a month of when the Islamic dd/mm/yyyy and solat time are in our fingertips.
 
p/s Bermulanya puasa hari ini selama sebulan dan juga dugaan
 

Monday Green - Hari Kurang Asap
 
I still remember, during school age, at this hour and same month, me together with my brother, keep sharing the very hot book, concentrating and enjoying reading it. It is a recipe book with HD food photos.
 
Bila puasa, memang banyak dugaannya. Despatch boy pun nampak macam Delivery boy. Anyway, thanks for the surat.
 
Dont be surprise if there are Putu Mayam Rajagobal, Murtabak Harimau Malaya, Ayam Madu Abang Jem, Air Jagung Bersih at Pasar Ramadan.
 
Sejuknya. Semua tempat sejuk kena aircond kecuali kat pantry. Cobaan...
 
Ok dah tengah hari. Masa untuk plug in headphone kat perut. Enjoying the music.
 
Nowadays, a goalkeeper must acquire additional skill to succeed - Gossipkeeper.
 
Tahukah anda selain Sate Ayam dan Daging, Sate Kambing, Arnab dan Rusa juga terdapat di Kedai Sate Kajang Samuri. Dato dah lama tahu, cuma sebelum ni buat dek je, sombong.
 
Tahukah anda di sesetengah gerai ada menjual Nasi Bujang. Nasi Bujang disediakan dengan nasi putih, telur mata, sambal belacan, dan kicap. Itu saja. Itu aje? Tapi yang itu aje tu, 5 hari lepas.
 
Hah hah hah... Masih hidup, masih hidup... Hah hah hah...
 
Aduhai, mengapakah engkau memakai baju jalur-jalur persis pekerja KFC di kala ini?
 
When facing challenge and trial, don't ever say "Aduh... aduh... aduh...!". Change it to "I do... I do... I do...!"
 
Please don't spell PUASA as POSE. I would think that you are having a photo session. It gets worst when you say you "bukak pose"
 
Ada pulak Minah Salleh tanya baru je tadi kat mana kedai nokia berhampiran. Dato pun jawab "!No battery!"
 
Kalau tiada seat kosong, baby chair pun berguna juga! #Perlibahasa
 
p/s – Penuh kedai nak bukak puasa
 
Hari ini boleh ke Masjid awal sebab takde beriyani. Hari ini boleh tunggu doa imam sebab takde roti aiskrim.

Hari kelima berpuasa. Namun ada juga yang baru bermula. Selamat berpuasa Cik, Puan.
 
Trying hard to SYYYYY and no ZZZZZZ for the next 2 hours.
 
p/s – Dengar khutbah Jumaat
 
Apakah kesan kenaikan harga juadah di pasar ramadan? - Kesannya pengunjung-pengunjung akan tetap memenuhkan 10 jari mereka dengan beg plastik.
 
Wondering if tomorrow is still a no plastic bag day at Pasar Ramadan? Good hah, if yes.
 
Harap YB Datuk Hassan Ali akan terus pertahankan pendiriannya dan kali ini jangan mengalah macam dulu. Treat this Ramadan as Badar to you.
 
p/s – Kes JAIS melakukan serbuan ke sebuah gereja di Petaling Jaya
 
So far the only product using artis name that we can use with no doubt is "Zaiton". Gunakan tanpa was was! #LOL.
 
p/s – Produk Simplisiti pada masa ini diragui halal
 
Datuk Hassan Ali rela dipecat daripada apa-apa jawatan demi mempertahankan kebenaran. Jangan ada yang cop dia dah Omnu dah le, macam aku selalu kena...
 
I'm at Muar now and will be going out for a while during Melodi on air coz I puasa.
 
At TGV, Muar. Bukan cinema lah, Kampung Tanjung Emas daa...
 
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, terawikh tak pergi.
 
As Salam Good Morning! Amacam, cuti panjang, best? Cuti sudah habis bro. Masa untuk memulakan tugas. Nanti itu boss besar mari belakang lu, baru lu kenal arti penyesalan.
 
Tak seronok betul baca berita kes rasuah bekas MB tengah hari buta ini sebab terbayang sambal tempe.
 
"KL ni kawe legend!" Tapi bila orang tanya Surau AlKauthar kat mana, dia tunjuk Jalan Telawi, Bangsar.
 
It was ages ago when I didnt know that all shows on TV are merely fake and deceiving until I watched this programme called, "Kisah Benar".
 
Manisnya tudung kamu ini, tapi sayangnya sampai hujung bulan ini sahaja.
 
Dear Ipad userd, do you know that you can delete the signature "Sent from Ipad2". Just go to setting and turn it off. Regards, Yang Belum Mampu.
 
Dengar lagu Aishiteru petang-petang ni, terbayang pulak Tiramisu.
 
Senyum itu satu kemanisan dan satu sedekah. Ini dinamakan Sweet Charity. Tapi kalau senyum kesian? Sweet Welfare.
 
Kad raya yang kubeli di Pasar Seni dulu antara yang mahal, RM20 sekeping. Spec: Mp3 Raya Song, ada merah hati LED light dan ada perkataan Sayang pada setiap para.

 
Kad raya paling mahal yang pernah kukirimkan, masa sekolah dulu. Mahal sebab buat sendiri. Spec: Lirik lagu raya Hail Amir & Uji Rashid, ada merah hati guna magic colour dan ada banyak perkataan "awak", diakhiri dengan pantun pecah kaca.
 
Kalau ada sesiapa nak buat open table masa buka puasa, diharap postponekan lepas raya nanti. Kalau buat masa buka puasa, memang open table aje lah jawabnya. Table aje yang open, mulut open untuk sesuap dua je. Hah gitu. Rugi dan membazir.
 
Ada sesiapa yang pergi Sogo atau Jalan TAR hari ini? Sambil bershopping sambil dengar lagu raya. Hah gitu.
 
At Library Negara. Bukan baca buku pun, tapi tengok pembaca-pembaca buku dan kemaskini muka buku.
 
Ada sesiapa yang pergi shopping ke KAMDAR tengah-tengah hari ni? Cik Kak-cik kak awasi anak-anak. Dan juga awasi suami masing-masing, takut salah pintu terlecong ke KANDAR. Hah gitu.
 
Heh... Sekarang ni peminat-peminat Bruno Mars, Justin Bieber, Colbie, Wondergirls, SNSD dah mula mengaku minat lagu-lagu Hail Amir, Uji Rashid, Aman Shah, Ahmad Jais, DJ Dave. Tak malu. Hah gitu.
 
p/s – Lagu raya mula kedengaran
 
As Salam Good Morning. Apa khabar semua? Alhamdulillah dikurniakan kembali kesihatan seadanya hari ni setelah sehari MC. Selamat bertugas semua!
 
"Usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke rumah bonda" - Banyak cantik muka awak. Raya tahun ni balik kampung saya, muktamad!
 
Dulu pakai baju kuning, orang suka pilihanraya telus dan lancar = BERSIH. Sekarang pakai baju kuning orang tak suka perbicaraan tangguh dan lewat = GELI
 
So now we know that GELI people are not from BERSIH. They must be mutually exclusive. Imagine if there are = BERGELI
 
At Crown Plaza. Sorry guys for late updates. Sunat menyegerakan berbuka. Hah gitu.
 
Biar kita dapat sampul duit raya kosong, jangan dapat kad raya kosong. Jawapan kepada soalan Wan Khairul Asyraf.
 
As Salam Good Morning? Tau tak kenapa Lin Dan begitu bersungguh nak kalahkan Chong Wei? Dia tak nak Malaysia dapat cuti free sebab tau sini banyak Public Holiday. Selamat bercuti kepada yang kena. *mode: Jeles* Hah gitu.
 
"Gema... Takbir di subuh hari. Menjelang sudah aidilfitri" - Soalan serius: Boleh guna microfon ke tak?
 
p/s Larangan bacaan Al-Quran di waktu Subuh menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang
 
Sahura = Sahur di Utara.
 
Mengikat kain merujuk kepada amalan Rasulullah S.A.W. tidur berasingan dengan isteri untuk beribadat pada 10 malam terakhir. Kita pulak 10 malam terakhir, amalan shopping kain dan tidur berasingan suami isteri sebab gaduh nak balik raya kampung mana. Hah gitu.

Malam yang genap. Masih tidak merayap. Duduk di rumah senyap-senyap. Jangan sentap jangan sangap. Tidur siap-siap, bangun nanti, apa yang ada kita ngap!

Malam yang ganjl. Usah pura-pura menggigil. Bukannya budak kecil. Buang rasa degil. Apa tunggu lagi, mata tu jangan terkebil-lebil. Sejadah, tasbih, kopiah pergi segera ambil!

Kalau Kompass dah tersilap, ke mana lagi kita dapat bergantung untuk menunjuk arah? Hah gitu.

p/s – Majalah Kompas, Indonesia mohon maaf atas kesilapan melapor cerita tentang Dato Seri Najib

The only Raya word missing in the Jalil Hamid song - Raya is 'Pilihanraya'. It could be because of P&C. Hah gitu.

Heavy vehicles such as cranes, mover not allowed on highways during Raya. But what about the cars carrying heavy weight passengers, after Raya?

Good news: Today I receive confirmation of appointment from the Company. Bad news: Have to serve 3 months notice if tender.

Zaman sekarang susah nak jumpa perempuan yang tahu apa itu planta dan esen vanilla. Hah gitu.

Zaman sekarang susah nak jumpa lelaki yang kasar tangannya di telapak tangan. Semuanya kasar di hujung jari kerana lelaki zaman ini pandai menjaga hygiene. Hah gitu.

Memang betul, salah satu syarat wajib bayar zakat fitrah ialah merdeka, tetapi bukan bermakna engkau boleh lengahkan bayaran sampai Hari Merdeka.

Kekanda di kandang OKT... Adinda di medan saksi. Sama sama berjuang, sama sama berbakti untuk kita punya parti.

I-m updating my resume since I-ve an I-dea to Invent the next I-series after the I-Pad.

"Oh cantik berseri-seri, tua dan muda berpakaian serba baru" - Bila anak dah ramai, anak menakan pun bertambah, bagilah yang muda2 aje pakai baju baru, collect duit raya. Yang tua, bila ada saki baki, baru ambik. Takut bajet lari daa. Hah gitu.

Always think of other people burden when we are facing a big problem, and may we will be thankful then. So if we just had a gaduh-gaduh for balik kampung decision, always think of other people burden, in this case - Salleh Yaakob.

"Tapi hamba musafir diri, ke sana sini membawa diri" - Balik raya kampung jauh boleh buka awal kat tengah jalan ke tak?

Just received Raya E-card from Jobstreet. Suddenly I realise that my resume there is not being updated for sometime.

An Apple a day doesnt keep the doctor away. Get well soon Steve!

p/s – Steve tengah uzur masa ni

Selamat Hari Sentral buat semua. Maaf Zahir Batin. Maksud Dato, Selamat Hari Raya. Kepada pemandu bas di Pudu Raya, selamat memandu dan sampai ke destinasi. Opps Pudu Sentral!

Hari ni special sikit, boleh buka puasa lebih awal dari biasa kerana Dato' berada di selatan tanah air. Hah gitu.

Selamat sahur semua especially to Arsenal fans. YNWA!

Glory Glory Man United! - Hari esok merupakan kemenangan Manusia Bersatu atas Takbir terhadap Allah Jangan perasan, Dato' bukan support Man U.

Susah nak jumpa orang yang tahu anyam ketupat sekarang sesusah nak jumpa budak sekolah yang tahu ikat tali kasut anyaman ketupat.

Hari ni confirm takde orang posting status lapar, tak sahur, lemah, kriuk kriuk.

Apsal kuih Almond London kau rasa hangit? - Terbakar sebab Riot.

p/s – London dilanda riot masa ni

Statistik Solat Aidilfitri di Kampung Saya. 35% - Orang-orang tua. 10% - Orang-orang muda. 5% - Kanak-kanak. 50%... - Bangla.

p/s – Hari ini 1 Syawal, Hari Raya

Dah petang-petang ni, biar samping dibuang, jangan tudung melayang. Semangat Ramadan tu. Contoh... contoh...

Mengharapkan miracle berlaku bila berada di atas mesin penimbang. Aduh, bimbang!

Lampu dimalapkan. Pintu pagar kunci. Tapi dengar bunyi TV. Tak nak bagi orang datang raya lettew.

Semangat merdeka ini. Semua rakyat Malaysia bersatu tidak mengenal apa jua bangsa, agama dan etnik. Sanggup mengenepikan kepentingan diri apabila semua kenderaan di sana bersatu menyalakan lampu tinggi. Menandakan ada speed trap dan road block di sini.

p/s – Hari ini Hari Merdeka!

Tiap-tiap tahun asyik tanya soalan yang sama. "Dah habis belajar ke belum?". "Dah dapat kerja ke belum?". Tak nak kasi duit raya lettew.



September 2011

Ingatkan bas aje yang ada tambahan musim raya ni. Rupanya tandas tambahan pun ada kat R&R. Yelah, dah nama pun PLUS. Baguslah, ada kemudahan. Tapi Tol never MINUS. Hah gitu.

Just had my western breakfast - Coconut oil rice, fish and chicks, Almond London, Mama Carey and a coffee from West Perlis.

When do we speak English at home? - When the time we talk about our maid.

Teka teki destinasi Raya: Banyak-banyak negeri kat Malaysia, negeri apa yang banyak Aww Aww? - Negeri Sembilan: Rembau, Rantau, Bahau, Mambau.

Semangat merdeka ini. Aku menghayati perjuangan ini dengan menikmati kuih BANGKIT dan kuih MAKMUR.

Gerak ke Alor Setar bertemu kekasih lama - with Fakrul Razi

p/s – Bertemu dengan rakan universiti. Lelaki.

Walaupun cuti hari ini, tapi tetap kena bangun pagi macam pergi kerja. Good morning pak! Hah gitu.

p/s – Berada di rumah mertua

Pergi meminang. Semoga dipermudahkan urusan.

p/s - orang lain punya majlis, bukan Dato' punya!

Mas kahwin = RM2,525.25, Hantaran = Terpulang, ikut suka. Alhamdulillah, tak payah susah payah kena kejar Abang Long.

To Mat Sabu. I think you should take this time of opportunity. Just say, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

p/s Masa ni kecoh dengan ucapan kontroversi Mat Sabu berkenaan Komunis

Morning y'alls. Hari Raya ni memang seronok bawak anak-anak, budak-budak berjalan raya bersama. Tapi kadang-kadang tu masing-masing buat perangai, nak balik cepatlah, menangislah - tension. Tapi kalau tak bawak jalan raya rugi lah pulak - collection. Hah gitu.

Selamat berpuasa hari ke 4 kepada pak mertuaku. It's ok pak, you go first.

Tips pemanduan pulang ke kota: Si isteri hendaklah tidur sewaktu pemandu iaitu si suami masih lagi dalam keadaan alert. Bila suami agak-agak nak mengantuk si isteri perlu bangun untuk menjadi peneman si suami supaya dia tidak mengantuk. Jadi bila dah selamat sampai ke rumah, barulah boleh tidur bersama. Contoh... contoh...

Alhamdulillah, selamat sampai ke KL dari Perlis. Sebenarnya sampai pukul 4.30 pagi semalam, baru sekarang nak update. Family first lah katakan. Hah gitu.

Patutlah tak boleh bukak report ni. Rupanya kena double click kat left button mouse, bukannya right button. K paham.

p/s – Akibat cuti lama dan kembali ke office

Eh, takde pun yang update status, lapar lah, letih lah, perut kriuk kriuk... Tak puasa 6 lettew...

I said to kids that "Budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak". I won and they listened to me. Unfortunately they asked the mother to keep the duit raya then.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu, tepuk biar pandai, papa upah susu - Sebab mama kerja seharian. Papa juga kena upah susu dugro.

How to know whether the person is a Gen X? Give them a cassete and a pen and they would be able to interrelate it.

How to know whether the person is Baby Boomer? Give them an electrity bill and they will ask u back "Buat apa dengan bil api ni?"

Tertanya-tanya adakah penduduk-penduduk Taman Bolton, Batu Caves, Selangor kecewa sangat bila Bolton kena belasah dengan MU semalam? As salam Good Morning semua?

Sebenarnya kita semua ini adalah pejuang. Berjuang untuk hidup 8 jam pada hari Isnin. Hah gitu. As Salam Morning uolls!

p/s – Masa ni kecoh dengan kenyataan seorang Professor yang negara kita tidak pernah dijajah

Does it work when we sing Awan Nano at this Jerebu time?

Yang halus yang tulus, yang mulus yang kudus! Ya fulus ya fulus! (Mode: Hujung bulan dah ni, lambat lagi gaji!)

Ada yang kata, kita tak dijajah, jadi tak payah cuti hari merdeka, hari.Malaysia.

When I made mistake in wall writing, that means boss is calling <====== Good excuse

Pulanglah sebelum ku run away. Cepat pulang sekarang, sementara boss tak nampak.

Bila kita tersebut nama bekas kekasih, tu tandanya rindu. Tapi bila kita tersebut nama bekas company masa jawab panggilan di company baru, tu bukan rindu, tu MALU!

Dah fikir nak pergi rumah terbuka siapa hujung minggu ini? Tapi dah fikir yang rumah Allah sentiasa terbuka untuk kita pergi? Jom!

Alhamdulillah. Selesai sudah solat Jumaat. Bukan senang nak dapat moment macam ni. Dapat pakai perfume yang harganya standard jalan TAR. Tapi baunya standard five STAR. Itulah dia minyak ATAR. Hah gitu.

p/s – dapat solat Jumaat masa cuti Hari Malaysia, so dapat pakai baju Melayu dan minyak ATAR

Malam ini kerja overtime at gurunsakura.blogspot.com

What I like about my boss is when I go on course training, he wished me "Belajar rajin-rajin ye". But what I dont like about him, he also pesan "Hopefully, you are still contactable ye".

p/s – course training selama seminggu

You know you're getting older, when you introduce yourself during the training class session, as "Married But Available", people don't laugh or even smile.

During Group exercise session I keep holding the phone. Bad perception: I'm facebooking. Actual fact: I'm googling the answer for the exercise.

Oh come on! Apsal letih dan lesu ni. Nampak tak macam dulu. Kena semangat lebih sikit ni. Come on Hasbullah Awang!

p/s – Malaysia lawan Jepun Bolasepak kelayakan Olimpik

When mother meets mother, then they start talking about the children and tutup kilang. Go ahead and chat so long that the tutup kilang is meant for baby and not for husband.

Last night was nightmare. I was dreaming, stepped in to my previous office and saw former boss. It was not nightmare yet, till she asked me, "Eh, why are you here?"

Hati-hati bila bicara soal hudud. Jangan gunakan perkataan 'tapi', takut akidah terjejas. Contoh; "Hudud ni memang wajib, tapi..."

p/s – kecoh bila PAS melalui Nik Aziz laungkan kembali nak laksanakan Hudud

Info sihat: Sekiranya anda tercekik tulang ikan semasa makan, jangan panik! Ambil limau nipis dan minum. Kandungan asid sitrik pada limau nipis boleh mencairkan tulang ikan. Namun sekiranya anda tercekik tulang ayam, sila abaikan info sihat ini, kerana anda lebih memerlukan info kecemasan!

MCD and KFC are so common and not exclusive i.e you no need to tarik balik your word when at the counter you ask for "Bungkus!" instead of "Take away!"

As Salam Good Morning! Server down - Outlook problem. Mari kita Look out!

Kenangan matrikulasi: Bila air kena catu, maka berbagai-bagai bentuk 'corak' kelihatan. Mood: Lepas lunch. Bersyukur kini, air ada.

Kerja overtime at www.gurunsakura.blogspot.com



  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...