Undilah...

Wednesday, April 1, 2009

Kisah Madihah dengan Sebuah Kamus

Sebelum para pembaca dan peminat blog Dato' (ada ke? ada aku kisah...?) meneruskan membaca coretan ini, Dato' nak mintak tolong sikit. Tolonglah jangan baca tajuk ini ikut style Doraemon. Buruk bebenor bunyinya. Ikut style wonderpet!! wonderpet!!, lagilah tak larat. Sebab kisah yang Dato' ingin paparkan ini amat serius untuk kita amati bersama. Kepada yang tak kenal Madihah, kita imbas kembali keratan akhbar berikut;



(kredit untuk Hafiz Johari - Photographer Utusan)

Nik Nur Madihah peroleh 20 A
KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Dato' sebenarnya kurang berkenan sikit kalau budak-budak sekolah ambik banyak subjek dalam SPM. Dato' takut akan menjadi trend. Dulu si Amalina dengan 17A1. Pastu siapa entah, up lagi potong Amalina. Latest si Madihah ni. Tapi bukan ini yang Dato' nak cerita. Ada sesuatu dalam diri Madihah ni, yang Dato' tercuit. Ehem, jangan salah sangka, bukan Dato' terpikat pada kecomelannya. Tapi kegigihannya yang patut kita semua ambil iktibar.

Atas kesempitan hidup, dia sering berpuasa. Kalau kita? Sampai dah tak tahu nak makan kat mana. Pun tak bersyukur. Ini bukan orang Malaysia lah ni. Orang Papua New Guenia nun tu... Lalu Madihah menjadikan puasa sebagai ibadah sunat Isnin Khamis. Amacam? Boleh?

Tapi ada satu nilah yang membuatkan Dato' tak boleh tidur. Bukan takut orang candid ambik gambar, tapi memikirkan kecekalan si Madihah ni. Dia tak mampu beli kamus sendiri. Lalu dia pinjam perpustakaan. Kemudian dia salin kamus tu dalam buku nota dia. Amacam? Kalau kita? Kita rembat je kamus tu, yelah sedangkan kamus elektronik pun kena kebas! Tak pun yang Dato' selalu buat main renew bila dah habis tempoh, bila dah lunyai baru return. Tapi si Madihah ni nak miliki kamus tu sendiri. Takde duit dan dia salin. Nak fotostat pun mungkin takde duit. Cekal betul dia ni. Jadi kalau ada sesiapa yang rasa dirinya apa orang putih kata, nak sebut kang salah sebut, apa tu kalau rasa hidupnya "suck", tolong hayati sendiri kisah ini. Janganlah bagi alasan lagi untuk terus berjaya. Takde itu, takde ini. Ini Madihah, banyak yang dia takde, boleh je berjaya. Sebabnya, dia ada dirinya. Sebab itu dia berjaya. Orang yang tak berjaya ini, sebab dirinya takde, tak mahu tolong diri sendiri, akhirnya terumbang-ambing. Madihah dia tahu potensi dirinya sebab tu dia tak risau takde duit, takde kamus, tapi dia ada attitude, discipline dan commitment.

Satu lagi yang Madihah buat yang Dato' segan jugak nak cerita, sebab Dato' tak buat. Tapi nak kena cerita jugak, supaya lepas ni kita buat ramai-ramai. Madihah ni selalu buat sembahyang tahajud (sembahyang bangun malam). Amacam? Boleh agak-agak? Kita pun tahajud gak. Tapi tahajud buang air. Pastu sambung tidur. Tahajud ni banyak kelebihan. Antaranya menjadikan kita lebih berani. Sebab itu masa zaman Salahudin Ayub masa malam sebelum nak perang, dia pergi setiap khemah, askar. Mana-mana orang yang tak bangun malam beramal, terus reject, tak boleh pergi perang, kalau pergi jugak, confirm kalah. Satu lagi kelebihan tahajud ialah awet muda dan muka tak cepat kedut. Yelah berkat dengan wuduk yang kita ambik, sejuk air tu, merawat muka kita. Tapi jangan lepas ambik wuduk, tidur balik.

Untuk mencapai kejayaan, tidak semudah mengekalkannya. Satu lagi yang perlu kita ada ialah istiqamah. Iaitu mengekalkan rentak-rentak tadi pada hari-hari mendatang dalam apa jua keadaan. Ini cabaran yang harus Madihah lalui. Ini teramat penting, sebab kita ada kes yang tak sedap didengar, iaitu Sufiah. Dan kita juga harus mengambil iktibar atas semangat juang Madihah ini. Kita kena ingat, walaupun kita tak kuat, dan kita tak takut, apa yang penting, kerjasama! Hah gitu...

2 comments:

  1. Entri yg sgt menyentuh hati...benarlah kepayahan menjadikan kehidupan lebih berharga dan manisnya insyaAllah terasa...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...