Undilah...

Sunday, September 16, 2012

Iklan Hari Malaysia Gurun Sakura 2012


 
 
Satu hari saya dibawa makan tengah hari di sebuah restoran hotel di ibu kota
 

 

"It's a dim sum!", kata seorang rakan semeja



"Oh yeah? This is second time I eat dim sum", kata rakan yang lain
 

 



Datang pula seorang pelayan menghulurkan minuman
 
 

"Sir, Chinese tea, sir?"
 
 

"Fork and spoon, ya". Saya mula mengada- ngada demand.
 
 

"Wokeh sir, no problem, sir!"






Tapi akhirnya saya makan menggunakan hand and finger je!


 
 
 
Hakikatnya saya begitu menikmati makanan hari itu. Maklumlah free. Hah gitu.






Uniknya Malaysia.
 
 
Makan tengah hari di restoran makanan Cina.
Dilayan pula oleh pekerja Bangladesh.
Dimakan menggunakan tangan dan jari Melayu.
Dan yang pastinya...
Ditanggung halal oleh Jakim. Hah gitu.




Rakan-rakan semejaku yang lain, pelbagai bangsa dan negara datang ke Malaysia atas urusan kerja.




Yang sebut "dim sum" tu tinggal di Dubai dan berasal dari negara India. Yang kata second time makan dim sum tu pula dari Kuwait.



Saya bangga menjadi anak Malaysia.
 



Kita bebas merentasi sempadan kaum, bangsa dan budaya tanpa perlu memperkenalkan siapa kita sebenarnya. Kita bebas melakukannya berapa kali pun yang kita mahu.




Ternyata kita sama.




Setiap kali 31 Ogos, saya membelikan kedua-dua anak saya jalur gemilang, setiap seorang.




Walapun mereka masih mentah dan sekadar bermain dengannya, sekurang-kurangnya saya telah mendidik mereka untuk rasa hormat terhadap bendera.
 
 

Semasa siarang langsung sambutan kemerdekaan di TV...
 

Di workstation saya di pejabat...



Walau apa pun sebutannya, kita punya satu matlamat. Bersama kita memartabatkan negara. Masa depan besar negara kita bermula dari usaha kecil kita sekarang.


Kerana aku anak Malaysia. Dan kau pula anak aku...
 
 

 
Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Kemerdekaan


4 comments:

  1. Wah.. cam sedap aja makanan kat atas tu.. ^_^ nyum2..

    ReplyDelete
  2. Memang sedap. Tapi tak kenyang untuk perut Melayu.

    ReplyDelete
  3. Baca blog Dato' rakan sekeja kata saya x betol.ketawa sorang2..ada ka patut.!!apapun, blog dato' best!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan Yaness terhadap blog Dato'. Tapi kalau gelak sorang-sorang tak best jugak. Mohon sebarkan kepada rakan sekerja tu. Mohon Like sekali fan page Dato' Shah Blog. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...