Undilah...

Saturday, September 19, 2009

Merdeka kah kita?

Salam Merdeka kepada pengunjung-pengunjung blog Dato' yang menjadikan blog Dato' sebagai teman setia anda. Macam mana, dah kibarkan bendera Malaysia? Apa? Belum lagi? Tak elok tu... Mana semangat patriotik kita? Pada yang suka pakai topeng tu, cari topeng yang ada cop bendera Malaysia, ada tu, pergi cari. Barulah "A". Semangat patriotik dapat disemai, penyakit dapat dicegah. Penyakit yang tu semakin ganas nampaknya. Kalau macam ni, Dato lagi rela dapat B1N1. At least, tutup telinga, tutup mulut penangan B1N1 ni dapat dicegah.

31 August, suara Merdeka dilaungkan. Tapi Merdeka kah kita? Sebelum tu, apa itu Merdeka? Merdeka dari segi bahasanya bebas. Dan bebas ini secara mutlak. Bebas berbuat apa sahaja. Adakah ini maksud merdeka yang sebenar? Dan jika betul, merdeka kah kita? Pada pendapatan Dato' yang tak seberapa ini, merdeka ialah bebas untuk menyembah Allah dan mengamalkan cara hidup Islam. Bebas hidup sebagai seorang muslim dan mu'min. Bebas untuk melakukan dan melaksanakan undang-undang Islam. Bebas untuk mengabdikan diri kepada Allah dan mengikut sunnah-sunnah Rasullah, selain dari poligami atau kahwin lain. Yelah bak kata orang, kahwin satu wajar, kahwin dua belajar, kahwin tiga mengajar, kahwin empat sejajar, kahwin lima, itu kurang ajar... hah gitu.

Kalau nak ikutkan definisi merdeka masa kita, iaitu memperjuangkan kebebasan dari dijajah orang negara dan bangsa lain, ini tidak tepat. Kalau merujuk pada definisi merdeka yang itu, Rasulullah dikira penjajah, sebab masuk tempat orang (Madinah) untuk menyebarkan Islam, sedangkan tempat asalnya di Mekah. Tetapi kalau merujuk makna merdeka seperti di para kedua di atas, Rasululullah dikira pejuang kemerdekaan, apabila berjaya memerdekakan penduduk Madinah, dari menyembah berhala-berhala dan juga taghut, kepada menyembah Allah yang satu.

Cuba pulak kita menung-menungkan sekarang, merdekah kah kita bila merujuk kepada peristiwa seperti di para ketiga di atas? Amacam? Ada harapan? Memang takde harapan. Banyak contoh kita boleh lihat sekarang. Senang cerita, ambil contoh isu yang hangit sekarang, isu Kartika. Yang nak kena si Kartika ni. Yang bising orang lain. Yang bising Bintul Jalil, Ibnu Yatim dan Ibnu Razak. Orang nak kena relax je. Dalam kes ni, merdeka kah Kartika untuk menghapuskan dosa-dosanya yang lalu? Merdeka kah Hakim untuk menjatuhkan hukuman syariah terhadapnya? Merdeka kah kita sebagai umat Islam untuk melihat undang-undang Islam ditegakkan di muka bumi ini? Sampai bertangguh-tangguh. Sampai bertelagah sesama Islam sendiri untuk melaksanakan hukuman cara Islam. Malulah cam ni kat orang lain, seolah-olah hukuman Islam ini tak kukuh, sehingga ada percanggahan. Walaupun hukuman ini tak cukup syarat, yelah patutnya 40-80 sebatan untuk kesalahan minum arak, tapi oklah, janji ada usaha ke arah menegakkan hukum syariah yang sebetulnya. Kononnya zalim terhadap wanita. Yang kata zalim tu, dia tak reti macam mana ia dijalankan. Ok, cuba tengok video klip di bawah, hukuman sebat mengikut undang-undang civil.




Melihat kepada video di atas, sebatan cara civil atau sebatan cara bukan Islam, siapa yang berani kata sebat cara ini zalim? Ada kedengaran Bintul dan Ibnu-Ibnu itu bersuara kata zalim, dan suruh tangguh? Ada? Kalau jawapannya takde, maka sahlah kita belum lagi merdeka. Memang dah terang-terang dalam akta kanun keseksaan tu dah kata hukuman ini memang untuk menyeksakan. Berbeza dengan hukuman Islam, iaitu tujuannya untuk mendidik orang yang belum buat jahat/maksiat dan untuk menghapuskan dosa-dosa si pembuat. Sebab itu Kartika ni nak sangat dijalankan hukuman sebat ini, sebagai kifarah kepadanya. Hukuman cara Islam tidak zalim. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 cm. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirkan anak. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan dengan kekuatan sederhana, kalau civil, kelajuan 160 km/h. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. Maknanya, tukang sebat tak boleh mengangkat ketiaknya. Ibarat letak buku kat ketiak. Bila sebat, buku jatuh, maka sebatan tak ikut cara Islam. Sebat cara Islam juga tidak melukakan kulit pesalah. Orang yang nak sebat syaratnya mestilah alim. Kalau cara civil, geng-geng sarjan misai A. Galak tu. Cuba bayangkan yang sebat kita tu, Imam masjid kampung kita. Ek eleh, apa barang, tak takut pun. Hah gitu... Tapi bukan sakit tak sakit atau menyeksakan point dia. Pointnya macam Dato' sebut tadi menginsafkan orang lain, sebab hukuman dilaksanakan dikhalayak ramai. Malu beb, sampai ke tua orang ingat. Kena rotan kat sekolah pun sampai masa reunion sekolah pun orang duk sebut lagi.






Pokok pangkalnya, nak merdeka, kembalilah ke cara Islam dan al-Quran. Al-Quran ini, bila membacanya confirm tak sesat. Cuba letak al-Quran kat dalam kereta. Confirm perjalanan tak sesat, malah sentiasa di jalan yang lurus. Selamat punya kita dari menuju ke lorong-lorong Pak Aji. Barulah Merdeka. Macam kes H1N1, takkanlah takde cara Islam menyelesaikannya. Mesti ada punya. Biasanya penyakit-penyakit yang merebak macam ini melibatkan syaitan. Jadi untuk mengelakkannya masuk ke dalam tubuh, kita perlu terapkan roh kita dengan aura Islam itu. Dalam TV dan media-media kita diberitahu untuk basuh tangan selalu sebagai mengelak cara penularan. Kenapa tidak kita tukar pulak kempen ni, dengan mempromotekan bukan saja basuh tangan, tapi basuhlah juga muka, tangan, kepala dan kaki anda selalu. Secara tak langsung orang terpikir, eh ini kaedah wuduk untuk sembahyang. Barulah Merdeka camni. Islam dah lama anjurkan basuh tangan selalu. Kemudian bagi kaum wanita, dari duk pakai topeng, baik pakai purdah. Penyakit dapat dielak, pahala pun dapat. Barulah Merdeka camni.

Jadi siapa yang cakap cara hidup Islam, anjuran Islam dan hukum Islam kuno, tak relevan masa kini dan zalim, memang Haram Jadah sungguh! Eh jangan marah Dato'. Dato' bukannya maki. Haram Jadah tu Melayu punya ciptaan. Bukannya maki. Asalnya kat Mekah sana tu. Ada satu bas yang nak pergi ke Jeddah. Jadi konduktor bas tu pun jerit, "Ha mai mai mai, Haram (Makkah) Jaddah!! Haram, Jaddah!! Haram Jaddah!!. Dia nak menunjukkan bas tu bertolak dari Makkah ke Jeddah. Orang Melayu tengok, sampai Malaysia, dia tokok tambah perkataan Haram tu bila nak marah. Ala macam kita nak balik Raya, dengar orang bas cakap, "Ha Aloq Setaq Teipeng!! Aloq Setaq Teipeng!!.

Dikesempatan ini Dato' hulurkan Salam Aidilifitri kepada semua pembaca blog Dato'. Maaf dipinta. Selamat Hari Raya bukanlah ucapan untuk sapaan. Maaf Zahir Batin bukanlah insurance nak buat salah untuk 11 bulan mendatang. Semoga semangat Ramadan akan berterusan untuk 11 bulan yang akan datang. Semoga kita masih lagi diberikan nafas dan nyawa untuk menghadapi Ramadan sekali lagi. Dan apa yang penting sebelum kita tutup mata, harapan kita untuk kita dapat menghirup udara Merdeka yang sebenar di mana Islam tertegak di muka bumi ini. Takebeer!!! Takebeer!! Mai secawan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...