Undilah...

Saturday, February 27, 2010

Habis madu sepah...?

Awas!!! Bacaan ini diklasifikasikan sebagai L. Hanya untuk lelaki sahaja. Kisah ini tercetus apabila staff Dato' berpoligami baru-baru ini. Dia sebelum ini telah pun mempunyai 'isteri' yang namanya Dato' tak berapa nak ingat. Yelah 'isteri' oranglah katakan. Tak manis untuk Dato' nak cuba-cuba ingat. Tapi seingat Dato', nama dia Norkiah. Series yang ke berapa tidaklah Dato' tahu.

Entah macam mana, staff itu tertarik kepada yang lain, lalu tak berapa lama, memilikinya. Dengar khabar, namanya Berry. Walaupun nama ala ala minah salleh, tapi ianya berkulit black. Yelah selera orang berbeza-beza. Bila hati dah suka, inilah natijahnya. Mana tidaknya, australian english you know. Kalau kita broken english, orang tak pandang. Cakap melayu tergagap-gagap, nak speaking english, apa barang. Mas kahwin dia sebanyak RM1588 dengan nafkah bulanan sekurang-kurangnya RM150.

Dato' sebenarnya tak interested nak sibuk jaga kain orang, nak poligami poligamilah. Dato' sokong dari belakang. Tapi belakang Datin lah. Hah gitu. Isunya sekarang ialah cara bagaimana staff Dato' tu layan 'isteri' pertamanya tu di office. Omak aii! Barulah Dato' mengerti. Patutlah perempuan tak rela dimadu. Dato' sempat rakam keadaan 'isteri' pertama itu ketika staff Dato' tu sedang memberi nafkah kepadanya. Ini kalau sister in islam tau ni, confirm dia kena sebat mandatori!


Habis madu sepah ke lantai. Khabarnya ketika itu dia sedang berseronok-seronok dengan Berry. Duk sibuk bertouch-touch.

Masyarakat! Hah gitu.

gurunsakura.blogspot.com

Sunday, February 14, 2010

Hari Muah Muah dan Hari Mau


Bulan Februari amat sinonim dikaitkan dengan bulan cinta yang ada di dalamnya hari untuk umat manusia berkasih sayang. Senang cerita, hari muah muah lah. Kebetulan, hari berkasih sayang ini jatuh bersama dengan perayaan Tahun Baru Cina yang tahun ini yang merupakan tahun harimau. Eloklah tu. Dah kenalah. Satu hari mau. Satu lagi hari muah muah. Jangan hari-hari mau dahlah. Letihlah. Hah gitu.

Hari muah muah ni ciptaan agama lain yang tidak sepatutnya disokong oleh kalangan kita yang namanya muslim. Sokongan di sini termasuklah dengan pemberian hadiah yang special kepada pasangan kekasih kita dan membuat appointment special dengan si dia. Hadiah-hadiahnya berupa seutas rantai Roscani bernilai ribuan ringgit. Itu ok lagi, tapi ada yang sampai pakej penginapan di Hotel Cokia Inn selama mana tak kantoi. Yelah, mula-mula jumpa di Taman. Kemudian mata bertenung-tenungan. Lalu berpegang-pegangan tangan. Tambah pulak dengan peluk-pelukan. Di kala itu seronok bukan main sang syaitan. Apa lagi, check-in kat rumah tumpangan. Sang taruna tak guna dan sang dara gelora tewas iman. Tapi tak sempat nak mulai adegan. Mujur tok kadi dan polis bawak angkatan dan saman. Nasib baik, kalau tidak ada lagi bayi yang menjadi buangan.

Asal usul hari muah muah ni adalah hari memperingati kematian paderi St. Valentino pada tahun yang dianggap sebagai keramat penganut Kristian pada masa itu. Dia ni mati dihukum pancung, dipendekkan cerita. Lama kelamaan hari memperingati kematiannya disabitkan dengan hari memperingati kekasih yang pada masa itu juga ada jual bunga dan kad. Jadi kalau kita teruskan perayaan ini, maka kita meneruskan tradisi penganut Kristian.

Dulu masa kat universiti dulu, diaorang ada buat sambutan yang dinamakan Hari Manis 1421. Dalam bulan dua jugak. Konsep dia sama, hari/minggu untuk berkasih sayang, jadi ada jual kad, hadiah, bunga. Konon macam nak legalisekan hari muah muah ni, dinamakan harinya sebagai Hari Manis 1421. 1421 tu merujuk kepada 14 Februari 2001. Konon nak jadikan Islamic, dia sabitkan 1421 tu sebagai tahun hijriah, tahun Islam pada masa tu, kebetulan. Pandai dia. Satu Islamisasi yang tidak wajar. Yang tak bestnya, Dato’ pun terbeli sama bunga dengan kad tu. Hah gitu.

Biasalah, masa tu zaman jahiliah. Tapi selepas-selepas dari tu, setiap kali tiba hari muah muah ni, Dato’ akan spendkan duit Dato’ untuk si dia ni. Memang tak pernah miss. Tahun lepas ada lah dalam RM300 lebih Dato’ spend. Tahun ni dalam RM200 lebih. Biasalah susut nilai. Dato’ belajar dari Dato’ K. Hah gitu. Tapi Dato’ K, hujung amount tu ada “K”, setakat Dato’ hujung amount tu sekadar tanda “/=” je. Bentuk dia lebih kurang macam K jugak, tapi yang ado.

Siapa si dia? Eh bukan pramugari yang Dato’ CIFU tu. Tu baru je. Yang ini memang kesayangan Dato’, tu yang tak pernah miss spend tu. Selalu bersama dalam apa jua keadaan, sama ada hujan, panas. Sekali Dato’ mengemudi dengan dia, mengaum-ngaum bunyi dia macam harimau jugak. Aum aum aum. Tak tahan Dato’ mendengar suara dia. Sampai Dato’ betul-betul merasa nikmat sekali akan perjalanan itu. Service yang dia bagi kat Dato' memang terbaik wok. Kadang-kadang dia pancit dulu, Dato’ steady. Stamina Dato’ kuat. Memanglah kena kuat, dah lepas pancit tu, kenalah tolak dia. Hah gitu.
Inilah kuda kesayangan Dato’ yang memberi service terbaik punya nak masuk 7 tahun.

So setiap kali hari muah muah ni, Dato’ spend duit untuk dia untuk renew insuran dan road tax dia. Kepada kudaku, I sayang you, muah muah muah! Terimalah ini tanda cinta I sempena hari muah muah ni.
Aii pembaca blog Dato’ jeles lah tu. Jangan risau, kepada kalian Dato’ sayang juga. Dato’ saaaayaaang semua sampai kiamat. Dato’ pun ada ucapan untuk semua. I luv you all very strong. Selamat makan limau sambil muah muah! Hoyeh hoyeh!
gurunsakura.blogspot.com copyright reserved

Monday, February 8, 2010

Awan Dunia Lagi

Salam sejahtera kepada penumpang-penumpang pesawat GS1151 ke Kuala Lumpur. Saya kapten Shah bersama anak-anak kapal mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan ini. Kita akan berlepas sebentar sahaja lagi. Penerbangan ini dijangka liwat 10 minit. Maaf, lewat 10 minit. Sementara itu sila tumpukan sepenuh perhatian kepada demonstrasi kendalian keselamatan oleh anak-anak kapal kami, kerana ini mungkin berbeza dengan pesawat yang lain.

Jangan risau kapten. Kalau kapten tak suruh pun, memang Dato’ akan memberikan sepenuh perhatian ke depan punya, malah sepenuh hati lagi. Tak tengok, rugi pulak. Hah gitu. Dato’ baru aje balik dari Mighi, Saghawak atas urusan perniagaan atau muamalat. Tapi bukan urusan munakahat ye, hai marah kang Datin tu. Hah gitu. Oklah Miri. Bandar yang memang senyap dan seksi. Yelah jauh dari hiruk pikuk di kota macam Kuala Lumpur, yang penuh dengan password dan CCTV, tetapi Miri tetap moden. Bolehlah nak release tension tetapi masih lagi tidak ketinggalan atau bak kata orang, tak hulu lah kalau kita berada di sana. Kalau daripada segi makanan, memang banyak makanan yang unik dan sedap yang tidak terdapat di semenanjung. Dato’ rasa macam nak bukak franchise Miri Corner kat Kuala Lumpur. Salah satu menu yang Dato’ gemar ialah Mi Kolok. Memang betul-betul hor liaw. Mi dia ala-ala Indomie, menggunakan yee mee. Ada sup, dan disediakan dengan ayam golek bersama dengan sos cili khas dan kicap.

Pulang ke Kuala Lumpur, Dato’ menaiki penerbangan tambang murah pula kali ini. Suasana di dalam flight amat tenang dan damai sehinggalah Dato’ terpandang satu kelibat pramugari yang macam Dato’ kenal. Dari belakang, nampak macam Saiful. Sekali dia paling ke arah Dato’, alamak ini pramugari yang dulu ni, dari Awan Dunia siri pertama ni. Sila rujuk “Awan Dunia Siri 1”. Macam mana dia boleh tukar kerja ke company sini. Yelah, walaupun dia berkasar sikit dengan Dato’ tempoh hari, tapi Dato’ tak pernah buat laporan polis, apatah lagi tiada laporan perubatan oleh Doktor. Jumpa Perdana Menteri mintak biasiswa pun tidak. Walaupun penangan sikunya hampir terkena lubang hidung Dato’, namun di situ tiada kesan DNA pun.

Dato, ketika landing time di LCCT

Tak boleh jadi ini. Dato’ jadi tak ketahuan dan tak tahan. Semasa dia melontarkan skrip, “Drink, food to purchase!”, Dato’ mula menyapa. “Hi, CIFU today? Pramugari itu menjadi blur. Dato’ tanya lagi, “Can I f***** u today?”. Kemudian mukanya berubah menjadi marah seraya berkata “What???!!”. Hamboi, berani dia berkasar terhadap customer yang always right macam Dato’ ni. Dato’ pun apa lagi, “U nak kena transfer ke transnasional pulak ke?”. Hah terus terdiam dia. Memanglah terdiam, sebab Dato’ cakap dalam hati.

Kemudian Dato’ explain baik-baik. Dato’ tak tahan kerana adanya sifat mazmumah dalam hati dan tak mahu memutuskan tali silaturrahim sesama mukmin. Yang lepas tu lepaslah. Dato’ nak berdamai. Lalu Dato’ pun terus bertanya, “I mean, can I friend u today?”. Kemudian dia tersenyum. Hah macam nilah. Nama pun flight tambang murah, senyum pun kena murah maa.
Akhirnya kami berkawan dan berdamai jua. Cuba teka, yang mana satu pramugari yang berjaya Dato’ tarbiyyah kan. Jawapannya, kita akan adjourned ke episode akan datang. Hah gitu. Sekarang ni semua ayat-ayat court punya. Harap maklum, gambar tersebut, hanya sekadar hiasan. Yang penting, Now everyone can f**.
Flylah!

-gurunsakura.blogspot.com copyright

Monday, February 1, 2010

Evolusi Ablusi

Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini. Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.


Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.


Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Dato’ Shah – Ehm… Nak Dato’ komen positif ke negatif? Yelah zaman dah berubah, dunia makin maju. Umat Islam pun tak mahu ketinggalan dalam menginovasikan ciptaan-ciptaan gajet tetapi dalam masa yang sama, amalan-amalan ibadat dapat dijalankan dalam keadaan sah lakunya. Walaupun pencipta alat wudu’ automatic ini bukan beragama Islam, ciptaan sebegini ternyata merupakan siri gajet untuk Muslimin dan Mu’minat selain daripada Handphone Al-Quran, Tasbih Digital, Jawi Digital, mesin masuk Jawi dan sebagainya lah. Tapi Dato’ percaya banyak cons daripada pro nya. Selama ni kita tak pernah mengeluh pun nak berwudu’ ni payah, yang mengeluh nak sembahyang tu payah, adalah. Jadi mempunyai mesin wudu’ ni ternyata membazir, sampai RM10,000. Tapi, apa nak buat, projek,... sheikh, ... projek, ...25%, hah gitu. Tak tahulah Dato’ kalau made in China boleh dapat dalam RM500.


Pada Dato', mesin ni nampak molek lagi dicipta untuk golongan orang kurang upaya. Harap maklum, kurang upaya di sini tidak termasuk golongan malas. Tapi kalau kita yang bukan OKU guna mesin ni, nampak macam kurang waras sikitlah. Maka secara automatiknya, kita dapat exemption sembahyang, sebab orang gila tak wajib sembahyang. Hah gitu. Silap-silap lepas kita ambik wudu’ kalau sah mesin tu kata, “Wudu’ anda sah, selamat menunaikan solat”. Kalau tak sah agaknya dia kata, “Harap maaf, wudu’ anda tidak sah, sila ulang kembali. The return ablution is required when praying”. Dah macam autopay station lah pulak.

Hei entahlah lepas ni apa pulak mesin yang keluar. Mungkin mesin untuk tayamum? Atau mesin mandi wajib? Hah yang ni Dato’ berkenan sikit, akan order punya. Hah gitu. Teknologi ada dua, pertama untuk menyenangkan manusia, contoh handphone. Kedua untuk membuatkan manusia bersenang-senang. Macam mesin untuk membuatkan kita bersenam, kita duduk atas mesin tu, pastu dia yang gerak-gerakkan kita, macam naik kuda.

Mesin wudu’ ni pastinya jatuh pada kategori kedua. Jadi, bila manusia bersenang-senang, akan jatuhnya hukum sebagai pemalas. Kalau Dato’lah, sambung dari siri “Jika aku seorang…” Jika Dato’ seorang software developer yang bekerja dalam syarikat Apple, Dato’ ingin mencipta satu spek mata yang kalau kita pakai, akan keluar surah-surah dari Al-Quran yang boleh diadjust mengikut kehendak kita, ayat mana yang kita nak view. Nama spek mata tu, I-Read, (baca Eye Read). Spek ni sesuai dipakai oleh imam-imam masjid yang nak baca surah-surah yang panjang ketika sembahyang, terutamanya masa bulan Ramadan ketika Tarawikh. Jadi tak payahlah nak baca Quran besar guna penyepit baju masa jadi imam nanti.

Harap-harap gajet ciptaan Dato’ ni jatuh pada kategori pertama. Tapi boleh jadi juga jatuh kategori kedua, sebab bakal melahirkan ramai orang yang malas hafaz Quran. Secara tak langsung akan bertambah pupus golongan Hafiz. Selamat berfikir. Masih jeeeelllllaaaassss…

-gurunsakura.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...