Undilah...

Tuesday, October 9, 2012

Psikik


 
Menjelang senja hujung minggu yang lalu, Dato' singgah ke sebuah warung untuk mengurat gewe Kelate. Acah je, untuk makan lah, lagi mau tanya. Dato' ditemani anak-anakku yang comel sebab mukanya ikut muka daddy mereka. Kami order tom yam seafood untuk Dato' dan sup ayam dan telur dadar untuk anak-anak.
 

 
Setelah selesai Dato' menikmati tom yam sotong sepotong (yang lainnya semuanya sayur) dan setelah Dato' menghabiskan sup ayam dan telur dadar, Dato' merasakan warung usang itu ada 'sesuatu'.
 

 
Dahlah senja, ditambah pula dengan anak-anak yang meragam dan asyik menangis, membuatkan Dato' merasa bulu bulu sudah mula naik. Dr. Zakir Naik ada berpesan, katanya, "Seek refuge with Allah from all evils". Hah gitu. Entah macammana Dato' teringat Dr. Zakir Naik pun Dato' tak pasti. Yelah mungkin saat-saat cemas ketika itu barulah nak ingat ulama'. Haipp! Sebut betul-betul ye.
 

 
Television tidak berastro di warung itu terpasang cerita hantu saka. Hah sudah. Ini menambahkan lagi keseraman senjawarna ketika itu. Dengan tak semena-semena, seorang perempuan remaja berbaju kurung dan bertudung berdiri yang di hadapan meja kami. Mukanya agak sugul. Matanya pula merenung tajam ke arah makanan kami. Lama pulak itu. Kemudian mata perempuan itu meliar ke setiap sudut meja kami.

 
 
Dato' bertambah bingung dan dalam masa yang sama cuba mententeramkan dua orang anak Dato'. Tiba-tiba perempuan itu bersuara... "RM17.20 abe!". CEH...! Apasal lah engkau tak guna kalkulator dik, kan senang...!
 

 
Nak jadi pelayan warung/restoran ni bukannya mudah. Kena belajar dan ada kuasa psikik. Kalau pelayan kedai makan tom yam biasanya guna kuasa psikik untuk mengira bil. Kalau pelayan restoran nasi kandar pula kena belajar kuasa psikik untuk menghafal order pelanggan. Hah gitu.

 
 
Anak-anak kecil zaman sekarang pun dah pandai psikik psikik ni. Suruh makan dan suruh habiskan makanan, dia tak nak. RM17 tu harga makanan. 20 sen lagi harga gula-gula. Tiada lagi kedengaran tangisan selepas itu. Misteri terjawab. Hari itu memang hari Dato' kena psikik. 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...