Undilah...

Wednesday, April 1, 2009

Najib pasti ke tali gantung!!!

P/S - Ini bukan lawak April Fool. Ini betul-betul punya. Tapi Najib lainlah, korang ingat Najib mana? Jangan kecewa setelah membacanya. Insya Allah, bak kata Saiful Bukhari, Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH! (Uwek!!). Amacam? Ada harapan?
Bab Ahmad Najib ni, Dato' enggan komen lebih lanjut. At least, dia merupakan orang yang paling beruntung, apabila dia tahu bila dia akan mati. Paling beruntung kerana dia dapat menyediakan dirinya seadanya untuk mengadap Allah. Amacam? Ada berani? Hah gitu... Walaupun hukuman gantung ni tidak mengikut syariat Islam kerana menyeksa. Hukum mati mengikut Islam ialah pancung. Bila pancung, tiada rasa seksa sakit, kerana kepala yang nak mentafsirkan sakit tu dah tiada. Dato' yakin Najib lebih tabah menghadapinya dan bersedia melalui hari-hari terakhirnya.
Aii, pastinya berderau orang yang nama Najib bila membaca blog Dato' ni. Kalau tak sedar-sedar lagi tak tahulah nak kata... Sekian dimaklumkan.
Soalan cepu emas, Kalau kita diberi peluang info apakah yang kita nak tahu pasal kematian kita? Teeeet. Masa habis. Jawapannya... Tempat kematianlah. Kalau kita tahu tempat kematian, kita akan elakkan dari pergi situ. Wallahua'lam...
PUTRAJAYA: Bekas penyelia pencuci kabin pesawat, Ahmad Najib Aris, 33, yang disabit kesalahan merogol dan membunuh penganalisis IT, Canny Ong Lay Kian enam tahun lalu, gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan hukuman itu hari ini. Dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah dan mengenakan hukuman mati terhadapnya, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa tidak ada orang lain yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Ong pada hari kejadian.
Ahmad Najib yang kelihatan tenang apabila Hakim Mahakamah Persekutuan Datuk Ahmad Zulkefli Makinuddin membacakan penghakiman, kemudiannya berkata dia redha kerana sudah menjangkakan keputusan itu. Ahmad Najib memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya untuk membatalkan pensabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Feb 2005 yang mendapatinya bersalah membunuh dan merogol Ong, 28, antara 1 pagi dan 5 pagi 14 Jun 2003.
Mayat wanita itu yang rentung ditemui dalam parit di tepi lebuh raya pada 2003. Rayuannya didengar oleh panel lima hakim terdiri Ketua Hakim Malaya, Datuk Arifin Zakaria, serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman, Datuk S Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Zulkefli. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...