Undilah...

Wednesday, January 4, 2012

Coretan 2011 - Bahagian II

Diari hidupku (April - June 2011)

April 2011

Mufti dan tokoh2 agama perlu tampil beri penjelasan. Betul, 4 saksi diperlukan, namun jika 4 saksi gagal dikemukakan, bukti-bukti lain yang disebut sebagai Qarinah, boleh disertakan. Ini termasuk DNA dan rakaman video. Jika tiada penerangan yang jelas maka akan berlaku salah faham terhadap keadilan Islam.

Anu dalam botol dah lulus keluar panggung, anu dalam video bila nak keluar ni?

Seeing is believing.. Tak perlu kata apa-apa...

Teringat nujum pak belalang. Siapa tak nampak, alamatnya pendek umur. Yang gitu2 yang boroi2 tu...

Rindu nak menulis blog, tapi bak kata orang, where got time? To me tulis blog sama seperti menyiapkan tesis Master. Pressure tapi pleasure sebab tak kena bayar yuran, malah dapat yuran lagi kalau click. Click jangan tak click!

Masa kecik2 Dato tak paham kenapa mak cakap kalau tak habiskan nasi, nanti nasi nangis. Patutnya nasi tu suka sbb tak kena makan. Sekarang ni baru Dato mengerti. Nasi memang nangis, tapi nangis kalau Dato terus makan, sbb perut akan boroi. Hah gitu. Nanti match pulak dengan video. Selamat lunch!

Lagu Carefree, Belaian Jiwa - Apa maksud "Kau tahu betapa kusayang padamu, hanya bidadari sebagai ganti". Adakah maksudnya, kalau ada bidadari kat depan, aku pilih bidadari dari kau...? Bagus jugak. Dia utamakan syurga daripada dunia. Sekian, tazkirah jumaat.

Bukti video, DNA dan sebagainya memang tidak boleh digunakan untuk sabitkan kesalahan di bawah hudud. Tetapi si pelaku boleh dikenakan tindakan di bawah takzir. Kenapa Mufti tak highlight point ni. Bukannya apa kita bimbang orang salah anggap akan Islam. Nanti orang ingat dalam Islam perogol boleh bebas sebab takde 4 saksi, padahal dia boleh kena di bawah takzir berdasarkan bukti kinayah.

Dengarlah hai teman, dengarkan bersama, aku menulis blog bukan kerna nama, tapi kerna happy. Kalau dah 3 bulan tak update blog tu, fahamilah perasaanku di kala ini. Apa pun tak boleh! Kemon lah, kemon...

Panas! Panas! Akhirnya brand Omega dijumpai! Khabarnya ianya asli bukan tiruan, ditemui di restoran Old Town Cafe. Tapi ianya Omega Soft Boiled Egg. Take your time...

While urine test - ah, relief!, X-ray test - uhhh sexy!, blood test - ouch, its bloody scary! Hah like that...

p/s - Medical checkup lepas dapat pekerjaan baru

Baru sampai rumah, dah kena pergi office balik. Dr Fadzillah Kamsah pesan suruh catat kejayaan kita setiap hari. Hari ini Dato pun nak catat - berjaya buatkan putera Dato menangis nak ikut Dato pergi office. Psst, dia masih kenal Dato... !Hah gitu...

It's mengajar time. My last training class here. Belajar rajin2 ye murid2, jangan kurang ajar. Kurang tanya takpe, hah gitu...

Betul lah kata orang yang terlarang itu godaan. Tetiba rasa nak menari poco poco maghrib maghrib begini...

"Masuk bakul angkat sendiri" - What is the remix of this peribahasa in the facebook era? - "Update status, like sendiri"

Dato' suka bila selalu balik dari kerja awal-awal pagi ini. Sebabnya Solat Subuh terjamin! Dato' suka sangat pekerjaan Dato' ini... (tangan letak dekat bahu, mata tengok atas, lidah terjelir)

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku. Adapun anak2 yang senantiasa menyebut nama ibu kandungnya, yang mengandungkannya selama 9 bulan 9 minggu, bukanlah bermakna anak2 ini senantiasa mengingati ibunya, tetapi ini bermakna yang anak2 ini senantiasa berurusan dengan phone banking.

Jumaat Edition: I'm proud to be a former student of Maahad and UIA as I am bringing its value to the workplace. Whenever I got problem and on pressure at work, instead of expressing it by 4 letters of F*ck, Sh*t or D*mn, I replace this culture with another 4 letters - Alif Lam Lam Ha, Allah!

Kek lapis Sarawak memang lazat, Gambirnya pula memang power, Masa bercakap sudah tamat, Sekarang untuk menabur jasa pada semuwer. Hah gitu.

p/s - selepas Pilihanraya Negeri Sarawak selesai


Orang selalu tanya, kau sekarang buat kerja apa ? Aku jawab, KTM. Kerja Takde Masa.

 
Ada orang pergi PC fair nak cari GPS. Takut sesat, katanya. Aku cakap, tak payah beli GPS. Kalau sesat di tengah jalan, guna GPS free. Global People Survey - Berhenti tepi jalan, tanya orang! Hah gitu.


Pada satu tengah hari, pesakit gigi, bekas banduan kes rompakan, perempuan mengandung dan external auditor di salah sebuah firma terbesar bertemu untuk ditemuramah. Seoarang wartawan lantas bertanya, "Apakah perkara yang menghantui kamu semua?" Keempat2 mereka serentak menjawab, "Lambat cabut!". Hah gitu.


Sedikit tazkirah. Sebenarnya kita sedang bershooting drama dunia episod akhir zaman. Tayangan umumnya serentak di padang masyar. Kutipan tiket2 amal dihitung sebelum diisytihar box office. Masa tu baru tahu siapa pelakon terbaik dan terbabom. Tapi tadi Dato kena shoot dalam masjid negara. Tayangan dia tengah malam ni TV1. Dapat tgk Dato terangguk2 memahami khutbah. Hah gitu.


Talk to my hand! Sorry, takde mood hari. Juliana Evans kata dia prefer lelaki yang biasa2, selekeh dan tak hensem...


Selalunya Pesta Buku ramai yang mengelak2 lari bila termasuk booth Linguaphone atau booth Pusat Belajar Bahasa Inggeris. Bagaimana nak melariskan booth tersebut. Apa susah, panggil Usop Wilcha sebagai maskot dengan tema "Maghilah dekat awok, cer dengor cer dengor, itulah pentingnya English edukesyen..."


Zaman jahiliyah dulu mereka buang anak perempuan. Di Malaysia mereka buang bayi. Zaman internet dan facebook, ada yang tergamak buang friends. Apa nak jadilah. Hey, bala... bala...


Apakah tabiat anda bila membeli CD muzik? Dulu Dato bila sampai je kat cashier, cepat2 cakap, tak mahu test CD, sebab malu beb orang tahu beli CD hindustan. Sekarang pun camtu. Tak nak testing sebab nanti orang tau Dato beli CD korea. Malu beb, muka bhaiya, hati korea.

Hari-hari terakhirku sebagai auditor - Teringat dulu hari first bekerja dan check in di rumah bujang. Rakan serumah bertanya kerja mana? "Auditor!" "Oooo.. pergh glamerlah kau kerja auditor. Majalah mana?"

Please sayang please. Dengar cakap I ok. Buat sumpah taw hari ni. Kalau tak, takmo kawan. Takmo takmo! Benci 1000x...


Tazkirah Jumaat. Mahkamah - tak percaya. Polis - tak percaya. Kerajaan - Tak percaya. Kawan Lama - Tak percaya. Takkan Allah pun tak nak percaya. Wallahi. Wabillahi, Watallahi...!


Royal Wedding - Kalau orang biasa kahwin, kita panggil raja sehari. Kalau Raja kahwin kita panggil apa? Kita panggil pakat2 makan kenduri nasi daun pisanglah. Hah gitu.

At Pesta Buku. Next year Pesta Buku verangan-rangan nak publish buku blog terlampau. Sponsor please!


Evolusi buku mengikut umur. Masa kecik-kecik - Muqaddam. Masa kanak-kanak - Al Quran. Masa sekolah - Sasbadi. Masa university - Mac Graw Hill. Masa dewasa - The Edge. Oh tidak, takkan nak tunggu mati, baru Al Quran balik!


Taksirkanlah cukai kamu di website LHDN sebelum kamu ditaksirkan di hadapan pegawai LHDN. Ada kurang 2 jam lagi.


Mei 2011

We are in a modernisation era. When organising an appointment on Sunday, instead of making it "Lepas Zuhur", we make it "Lepas Melodi".


At Sate Kajang. Jangan bangga bila kita terror tempat2 makan yang menarik kerana itu tandanya, isteri kita jarang masak, hah gitu. Tapi hari ni Dato bagi off kat Datin sempena hari pekerja. Selamat hari pekerja kepada yang bekerja sepenuh masa dan sepenuh hati.


Pergi ke pekan bersama Ozawa, Singgah berehat di kerusi Ogawa, Terungkai sudah Obama-Osama, Menanti suratan kisah Omega.


RON 97 naik lagi esok! Tapi jangan risau, malam ni stesyen minyak tak sesak punya. Kalau sesak jugak? Buat malu je pakai kereta besar, hah gitu.


Ramai yang tanya Dato guna minyak jenis apa? Susah nak jawab tu. Ada sekali 97. Ada sekali 95. Ada sekali diesel - Datin salah isi di satu pagi yang hening. How sweet.


Minggu lepas Dato mengalami kemaluan yang besar apabila bertanya kepada rakan, kenapa Beckam tak main masa Real vs Barca. Tapi kini tidak lagi, Dato dah bersiap dengan fakta di dada. Tahniah Barca layak ke final semalam. Berjaya juga dia mengekang asakan berbisa Zidane!


Hari-hari terakhirku sebagai auditor - Tersengeh melihat paparan skrin komputer, "Your password will be expired in 10 days. Please change... ". Nampaknya ada konspirasi untuk extendkan aku. Apa yang boleh kukatakan, "Nice try!"


Aku malu dengan Usin. Walaupun kerja di perantauan, masih boleh balik kampung. Aku malu dengan Usop Wilcha. Walau OKU, namun masih mahu membantu. Aku malu dengan Abu Hurairah. Walau kutu, namun masih boleh bersosial dengan masyarakat. Dan yang paling aku malu dengan Hantu Kak Limah. Sebab dia pun tau balik rumah.


What does it means by First In Last Out? First In, I came to KPMG early morning on first day registration. Last out, when I am the last one leave the firm on my last day.


Dato teringat dulu masa di sekolah Maahad, lepas solat jumaat, cikgu akan tanya apa summary khutbah tadi. Jadi masa dengar khutbah duk practise, mendengar kemudian nak present balik. Sekarang pun begitu juga. Masa khutbah duk practise apa benda nak present kat boss, summary kerja pagi tadi.


Oh Ibu... Ibu... Engkaulah ratu hatiku, Izinkan daku menukil sesuatu, Maafkan aku atas dosa lamaku, Sering melupaimu, Tidak mengunjungimu, Oh Ibu.... Ibu... Maafkanlah anakmu, Izinkanlah daku ke pejabat di hari minggu.


Self motivation tonight - When you are in trouble... trouble... trouble, just set a solution target and then shoot... shoot... shoot. If you gain, good... good... good. But if you failed, you better hoot... hoot... hoot.


Falsafah Dato: Bila tiadanya muzik-muzik kedengaran di halwa telingamu, itu bukan tandanya hatimu kosong, tetapi tandanya mp3 mu telah sepenuhnya ditansfer ke external hard disk. IT clearance daa, hah gitu.


Kita merancang, tuhan menentukan. Dato sepatutnya berada di tepi swimming pool menikmati fresh orange berpayung mini sambil kaki berkocakan di air biru. Tetapi end up di cubicle to let.


Satu, senang juga. Dua, susah giler. Tapi bila tiga, empat kacang aje. Tahniah abang Jem! I followww...


Macam mana berita hari ni kata K-POP boleh membunuh? Disebabkan obses dengan group 2pm, Dato selalu keluar lunch pukul 2 petang. Mati, kalau boss tahu.


Selamat hari jururawat kepada semua terutamanya kepada yang telah melukakan jariku semasa medical checkup tempoh hari.


'Pesta Lampu Brek' always refers to traffic jam when cars are on bumper to bumper. But what about 'Pesta Brek'? Jam inside LRT, I guess.


In a perpisahan mood. Truly sad, but I try not coz Shahir AF pesan to me, there is Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Do we really need Farewell Bid? I remember during sekolah time got Cikgu bersara. We all nangis bagai in the farewell bid, sending gifts, but after few weeks the cikgu decided to extend for few years. Moral of the story, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Even in AF, after menangis drama losing friends, end up with AF masuk. Kasim Selamat also rugi menangis after his Sabariah returns.


Kos farewell ni amat tinggi. To be fair, kalau nak buat, selain kawan-kawan, Dato akan panggil kakak jual nasi campur sebab hari2 sendukkan Dato nasi panas, makcik cleaner sebab mendidik Dato menjadi pembersih, jemaah surau sebab sudi tepuk belakang Dato, walaupun Dato sembahyang tepi dinding, dan tak lupa juga pak guard nepal, sebab dia antara orang yang first senyum kat Dato di office.


Apakah favourite farewell songs anda? Viva Forever? Bye bye bye? Goodbye? Pergi tak kembali? Selimut putih?


Sidang jumaat yang dirahmati sekalian, ketahuilah kamu bahawasanya hidup tanpa Outlook lebih diberkati dan bahagia daripada hidup tanpa Good Look.


Kilauan Emas Astro, pertandingan nyanyian untuk 45 tahun dan ke atas. Ah, lambat lagi rupanya aku nak tua.


Guru profession paling mulia. Sampai bila-bila orang akan panggil Cikgu walaupun bukan cikgu dia. Dato pun tak dapat keistimewaan itu walaupun Dato pernah jadi cikgu tuisyen dulu. Selamat hari Guru kepada Cikgu-cikgu semua. Tunai tetap Cikgu tunaikan.


Monday blues - Sunyi dan sepi tiada lagi panggilan "boss", "encik" untukku.

p/s - Hari pertama di Company baru


Kalau ada orang yang menganggap anda macam "Mat Salleh", janganlah kamu perasan yang kamu ni terror speaking London. Mungkin mereka nak memerli anda yang tak sembahyang macam Mat Salleh, omputih. Hah gitu. Jom solat!


From cubicle to queuetable... It doesn't matter. It is still the same - my workstation is still messy. Bak kata orang, workstation bujang.

As Salam Good Morning everybody. Selamat Fast and Furious ke tempat kerja. Walau apa jua yang kita lakukan Kongsi kan kegembiraan sesama kita dan tanamkan Nur Kasih di antara satu sama lain. Hah gitu.


Orderlah makanan kamu seolah-olah kamu akan membayarnya sebentar lagi - ayat khusus kepada orang yang akan dibelanja makan. Selamat lunch!


Lokap Mona Fendi berhantu? Akibat lama ditinggalkan. Cuba check cubicle Dato'. Kalau nampak kelibat Dato, tu bukannya Dato unless rejoin.


Im thinking of either Nur Kasih or Ber Kasih for tonite


If Monday blues, what is Friday? Friday nasyids? But here Friday jeans.


Acid splasher: Time for Purdah?


Just realised that my socks are not in a pair. Will evaluate my maid accordingly.


Sakik tekak. Inilah akibatnya tak buat bubbling sebelum berkaraoke semalam. Brrrrru...ru ru ru ru ru ru ru...


Takziah buat keluarga mangsa/mangsa di Hulu Langat semalam akibat tanah runtuh dan takziah kepada mangsa banjir kilat di basement Capsquare. Salah seorang mangsanya ialah yang sedang menghantar ucapan takziah ini. T_T



Di car wash for kereta lama. Kereta baru masuk wad kena banjir. Bala bala.



Biasa orang pakai helmet tak tanggal bila pergi kedai judi. Malu sebab IC Islam, tapi taik judi. Tapi tadi ada seorang brader tak tanggal helmet masa hantar motor dia pergi cuci. Malu agaknya sebab motor pun tak leh nak cuci sendiri, hah gitu. Leklah gua pun sama species gak.



One of a DJ Hot FM is planning to pay a visit. Should I change the channel at home from Sinar to Hot Fm for ambik hati?



As Salam Good Morning Malaysia! Orang dah malas agaknya. Nak tutup lif pun tak larat. Time to invent mantra for tutup and bukak lif macam cerita Ali Baba. Hah gitu.



Miss my Phy Phy. Hope she is fine now. Amin Can't wait to visit her this afternoon.



Di balai polis. Tapi Dato tak pasti sama ada Dato berada di balai polis atau di dalam Gerak Khas TV2 dan tak pasti sama ada itu polis wanita atau pelakon.

Ada orang kata, AF ni rugi je tengok, takde faedah, nyanyi nyanyi dan pengisian kosong. Kemudian Dato usik, Dato kata next year mungkin ada Maharaja AF. "Mawiiii!!! Bila program tu start yek???? Reaksi spontannya...



Rhythm dulu - Tak kawan sudah, namamu Dolah, otakmu sebelah. Sekarang - Unfriends sudah, namamu Bro Lah, banyak lagi boleh add lah! Hah gitu.



I have an experience of being unfriend when people simply deleted my name from the friend list. Also have an experience of being unemployed when the IT people simply deleted my name from the staff list - former company.



Got flu now. I wish I could have rokok resdung now so that I can lepak with the other smokers now.



As Salam semua. Selamat pagi dan selamat gaji. Hah gitu.



In accounting, expenses are recordes as soon as possible but revenues only when they are realised or assured. In Islam, good deeds are recorded as soon as when there is an intention to do so while sins are recorded when it is realised.



A tax consultant is going for shopping with his girlfriend. She asked him about the 2 different blouses "Sayang, mana satu cantik?". He replied "Err, the price, whichever is lower!"



Surat berantai haram. Kalau coupon berantai claim burger camne, boleh ke tak boleh?



Orang IT kata outlook office tak boleh synchronise dengan handphone aku sebab yang boleh synchronise hanya orang-orang yang penting aje - True fact but PR fail.



saw / kantoikan husband and wife kissing in the lift just now. Ini yang dikatakan Siang Jumaat atau SJ.



Terpijak kasut kilat Polis Bantuan tadi. Ampun Tok! Ini gangster Kongsi pun tak berani buat.



Gaji pekerja tempatan restoran benggali yang Dato makan tadi RM1,500 sebulan. Banyak jugak. Dia seorang je pekerja local, tapi dia dah berhenti. Mungkin kecewa kerana tidak dapat benefit access Outlook email kat handphone - Sangkaan nakal Dato.



One mid night, Khamis malam Jumaat, an auditor went back home with his tiring face. The wife who was waiting, asked him, "Sayang, how, can?" He replied "Ling, sorry but can I charge my hours to General Admin tonight?"



Harap maaf. FB Dato terpaksa dioffkan buat sementara waktu. Yang penting kita enjoy! Syyy...



As Salam and Friday morning everybody! I am looking forward to participate in Treasurer Hunt tomorrow at Cherating. Our group name is NAHNU.



Oh tidak! Tak boleh jadi ni. Baju hujan lama pun tak muat pakai. It's time to plan to go for caesarean.



The treasure hunt organiser asked, what is NAHNU? NAHNU is Kami/Kita in arabic. Biasalah, kita ni kadang2 Ana & Anta pun terbalik. Contoh, Si A: As Salam, Ana, singgahlah rumah Anta kejap, Ana nak ke mana tu? Si B: Manalah Ana tau Anta nak ke mana???!



Dulu Ustaz selalu cakap kalau datang lambat khutbah jumaat, pahala dia sama macam dapat telur ayam. Tapi sekarang kalau lambat, dapat beriyani.



Tengah clear queries treasure hunt. Kaymon Nahnu, kaymon!



As Salam Good Morning semua. Bangun, bangun bangun! Bangun untuk tujuan yang satu. For NAHNU. Going to Cherating.



Selesai sudah treasure hunt. Undian masih belum ditutup. Keputusan akab diumumkan malam ini. Malam ini kita akan ketahui sama ada NAHNU akan diangkat sebagai juara atau NAHNU akan mengangkat LCD TV. Kalau Dato tak update FB malam ini, paham-paham ajelah!



Tak dapat menyeluk LCD TV, Ipod shuffle pun berguna juga!



As Salam Good Morning Glory everybody. Dah Barca sarapan belum? Jap lagi dah gerak ke KL. Oklah, nak pack dulu, tapi sebelum tu, Glory ke? Hah gitu.



Cepat cepat tukar channel radio bila Datin dah pandai follow lagu Arrora Salwa - Ahmad. Ahh Ahh Ahmad... Ahh maaadd. Gediks!



Sedang menikmati meatball Terengganu. Confirm halal, takde baby. - Keropok Losong.



Masih ramai orang menggunakan highway ke pantai timur. Ini mungkin menunjukkan masih ramai lagi yang belum menonton filem Karak termasuklah Ambo.



Kagum mendengar Mat Salleh sebut lagu Melayu kat Ipod Shuffel ni, through voice over application - "Aiklim Setu Kisan Abadi"



As Salam Good Morning! Mamak ialah boss yang paling sempoi dan sporting. Kita suruh buat apa aje dia buat. Boss, lap meja! Boss, order! Boss, mintak tisu! Tapi satu je kalau kita mintak, dia tak bagi, tapi dia akan bagi silambam. Boss, belanja! Jom breakfast!



Sama ada barbican boleh diminum atau tidak, yang pastinya makan cara barbarian tidak dibenarkan.



Najib is MU supporter. Hope he wont take the defeat as indication of PRU 13 otherwise it will delay the election till next year.



People claimed that I am quite free recently. Where got, updating facebook is as good as going to washroom. Bila dia nak keluar, jangan tahan tahan!



I got 2 free tickets for Momok movie when it's no longer in the cinema. Benda free memang cepat habis.



Frustration, but maybe I will be ok if I got invitation to Tomok's wedding or free album of Amok or Cromok. Yeah yeah!



Having pleasure with Ipod Shuffle, the treasure that being hunted, walaupun hadiah saguhati, hah gitu.



Tengah live meeting ni. Boleh tuju lagu?



Akhirnya berjaya update blog, entri pertama untuk tahun 2011. Harap sudi ke www.gurunsakura.blogspot.com .Kalau ok, jangan lupa vote for WWWOW Digi award.



As Salam and Good Morning. Minggu ni cuti sekolah, jadi jalan pun agak lengang. Takdelah kedengaran bunyi hon sesuka hati. Tapi kalau ada juga orang hon hon, dia tu yang kena pergi sekolah. Bangku banyak kosong sekarang. Hah gitu.



Orang yang paling relax dan cool bila tarift elektrik naik ialah Salleh Yaakob. Namun beliau cukup risau kalau tariff air naik.



Now only I know that working is similar to parking. In commercial, you would like to finish your job as soon as possible - per hour park. In audit, you have to spent whole day to finish your job - per entry park and the worst is your job could not be completed at all - season parking.



Why kahwin, people always relate with that Nafsu only. Bila tak kahwin - Boleh tahan ke dia tu? Bila baru nak kahwin - Gatalnya dia nak kahwin. Bila kahwin ramai - Kuatnya nafsu dia.



Rule berpoligami - Nak beli kereta baru tak perlu mintak kebenaran kereta lama, tapi jangan sebut nak beli kereta baru semasa berada di dalam kereta lama. Akibatnya, anda yang tanggung sendiri.



Walaupun elektrik naik harga, namun sudi-sudikanlah singgah ke blog Dato, www.gurunsakura.blogspot.com . Ada posting baru. Kalau ok, sila vote for Digi WWWOW Award. Ala tak luak pun meter elektrik tu. Tenkiu!



Sedang menikmati Harum Manis Perlis. Sememangnya Harum Manis ni 8 wonders of the world sebab tanamannya hanya menjadi di Perlis. Tapi hanya orang yang Harum dan Manis sahaja yang dapat makan.



June 2011


As Salam dan Selamat Pagi semua? Jangan lupa hari ni 1 Jun. Sekejap je berlalu. Tapi bank account tak macam 1 Jun, macam end of Jun. Sekejap je berlalu. Hah gitu.



Bila suka/sayang, you are one in a million. Bila tak suka/benci, you are one cent no use.



Abang Jem plans to go honeymoon with all wives. I propose that he should learn how to use Gantt Chart from now.



Tahukah anda Burger Oblong, oblong tu in English ialah segi empat yang panjangnya lebih dari lebar. Dato makan mee rojak tadi tapi sebab mee rojak takde cerita, kita cerita pasal burger oblong.



Blogger perempuan yang mengaku tidak dara lagi patut rasa malu dengan ayam dan lembu sebab ayam dan lembu pun perasan dara - Ayam Dara, Darabeef.



Sedang membazirkan elektrik di office



Baru lepas conference call dengan minah salleh. Kalau boleh nak lekatkan telinga ni dengan phone. Sebutir apa pun tak paham. Ele, dia ingat dia sorang fluent. Dato pun fluent jugak sampai dia sendiri pun tak paham. Sebab banyak sangat "lah'. Hah gitu.



Hello everybody! Dah breakfast? Mulakan hari ini dengan keceriaan. Masalah semua kita tolak tepi. Nampak tak ayat Dato lain macam hari ni. Sebab apa? Cer teka? Sebab boss cuti holiday. Hah gitu. Ada cadangan?



Woman is like Microsoft Office. If you keep pressing, you will get this - "Not responding"



Dunia kita dah teruk bila kita tak dapat bezakan mana satu lelaki dan perempuan. English kita dah teruk bila kita tak dapat bezakan mana satu him, mana satu her.



Going lunch now, bringing handphone charger along. Nak charge kat kedai mamak, to save my company electricity cost.



Masa bercinta - Hai Baby, Hello Baby, Goodnite Baby. Dah lama-lama - No baby baby!



As Salam Good Morning everybody! Pekabo? Today I am on leave, not going to office, so if I write much more like mad today, don't say that I am mengular.



Here, we got replacement holiday today for King's Birthday tomorrow, also some other offices. So I will be act as a king today and laugh as a king, Ha Ha Ha Ha... But, not really, because the queen is here, Hu Hu Hu Hu...



Hari ini 1 Rejab. Marilah sama-sama kita tender 2 bulan - preparation untuk menghadapi Ramadan.



Apakah contoh kebetulan? - Terdengar lagu Salju di Danau Rindu semasa melintasi kawasan Danau Kota



At Muar - brother getting married. If I keep writing on the wall means that I am free to assist, unallocated to the wedding job.



My brother in law just angkat Nissan Fairlady at the age of 27. I tak heran, cause he is not Fair to Lady. Not married and no girlfriend. Spending whole money to himself. - Just my sangkaan jahat.



An auditor's son returned from school happily. He has just gotten good result in Math paper and showed it to his dad. "Well done, son, how did you do that?". "Just like you always do dad. During exam, after my friend has done casting, I did the call over with him."



As Salam Good Morning everybody! Today my adik nikah. Many people say that he looks like Yusof Haslam masa kecik, ada yang cakap macam Ashraf Muslim. No wonder his brother looks familiar.



Tengah praktis akad nikah. Masa nak declare bercinta dulu banyak kali praktis gak. Practise makes perfect.



Dulu Dato memang handal. Jumpa awek, declare sekali je. Jumpa tok kadi, sekali akad je, jalan. Tapi bila jumpa boss kena jumpa banyak kali nak clear queries.



Menunggu giliran untuk nikah. Satu... satu... tiga... enam..., Imam.. Dua...



Kalau orang tanya, dah kahwin ke belum, Dato akan jawab... Haaaaaa? Haaaaaaa? Haaaaaa? - Response nakal.



AF musim terakhir dah masuk semi final. Tapi tahukah anda apa itu Pitching? Pitching tu macam harkat. Kalau baris pertama hujung dia 'aaa', baris seterusnya pun mesti sama 'aaa', tak boleh 'aaaa'. - Sangkaan Liar.



Orang-orang tua/lama di sini guna Broken Malay. Bila dia nak kata 'tutup lampu', dia kata 'Matikan api tu'. Macam sesetengah daripada kita juga yang guna Broken English. "Can close that lamp?" Ok, lampu dah padam. Goodnitezzzzzzz!



If lawyers tailor-made their report, what about tailors in their duty? Law-made? - Frustration mode



Kecewa dengan tailor sebab mungkir janji gagal menyiapkan baju untuk majlis wedding hari ini. So the tailor law-made it! Janji tinggal janji.



They allocated me as penyambut tetamu. I PR fail lah. Only active online - I plan to use sign language then.



Kisah orang kahwin: Nak tanya, apakah dia, mula-mula nak buat, malu-malu, tak nak buat. Tapi bila dah buat sekali, rasa syok, dia nak buat lagi, dan lagi, dan lagi. Apa dia? - Karaoke!



As Salam Good Morning everybody! Lupakan cerita balik kampung, kenduri kahwin, pelamin, bunting pelamin. Masa untuk bekerja 5 hari berikutnya. Selamat bekerja, mudah-mudahan selamat. Hah gitu.



I watched promo on TV that Imam Muda also got menangis scene during elimination. Now we know that menangis scene during AF concert is not fake.



Menangis is people natural feeling especially when on leaving mode. I can feel it when about to leave previous firm but me menangis kegembiraan. Hah gitu.



In Kangar, a guy was frustrated when his fiance broke the relationship through sms. It's time to have engagement letter.



As Salam Good morning, apa khabar semua??? Anda dah makan? Selamat menunaikan tugasan harian dan harap bersemangat terus konsistent walaupun boss takde hari ni, masih lagi cuti. Hah gitu.



Just signing up for the team building. Hopefully after the session I would not be going lunch and playing futsal alone - @cynicism



Hajat di hati nak order half chicken, apakan daya muka tak tebal - @Lunch sponsored



Alhamdulillah, selesai lunch. Time for dessert. Alamak, terlupa ambik starter tadi! Starter - Bismillah.



Wondering what happen to my previous office, job and people there. It is like watching a scary movie, you would like to watch the scene till the end, but wouldn't want to take apart.



Cuti sekolah ni secara tradisinya tempat-tempat yang biasa dilawati dan diminati ialah di Melaka. Di sana ada Taman Buaya, kat situ tempat yang paling famous adalah Rumah Hantu. Tapi sekarang ni budak-budak lagi minat nak melawat Rumah Kaca AF.



Teringin nak melawat Rumah Kaca AF. Minggu ni last boleh lawat. Silap-silap boleh masuk TV kaca.



Don't make your boss ask, "How's the progress?", but think a way to make your boss say, "Wow, you progress!"



Salam Kasih hamba sembahkan. Mohon bicara mohon tutur. Di mana laporan untuk diperkenankan. Memanda bendahara mengutus titah MD, mohon segerakan mengejar deadline. - Terasa begitu sopan selepas lunch di Istana Budaya.



Secantik-cantik Nur Kasih, bila dimakan usia, akan menjadi Nur Kasihan. #Kecantikan paras akan pudar bila sampai waktu



Just deleted promo email from Apple: iPad 2, perfect gift for Father's day. Father takde. Father in law sibuk dengan Farmville - Harum Manis and Sawah Bendang.



Credit Card is a professional type of Along. Better jangan ambiklah. Akibat dibelenggu dulu, Dato hampir-hampir hisap shisha sambil minum barbican - #Pujukan SethThan



Kegemukan itu jua akan pudar bila sampai waktu. Ya Allah berikan daku kekuatan. #Nur Kurus.



Toyol Nakal? Is there any Toyol Baik? Ah got. You lost RM1 when you withdraw money.



To MCMC, the decision to block few websites may create people creativity to find alternatives, likewise me fbing while office blocked it. #NakHidup



Here, all blocked. FB, youtube, 4shared etc, apa pun cannot. But I'm cool, coz after 6pm they unblock it. It makes me semangat to stay back late at office. Hah gitu. #HidupBiarSedap



The only website that I am not terkilan if they decided to block is www.friendster.com. MCMC, please consider this as well.



You one cent no use. When people cuit you for azan you said sakit tekak, but during karaoke you take it and you said husky voice is good for rock genre.



Wondering if ASB is not allowable to Muslim, who are eligible to invest then?



If Android users go to Market, Iphone users go ti Store, then others will either follow or go WINDOW shopping.



Maybank2u? I guess they should change the name to Maybank2dia as most of online transaction goes to other parties and not to you. #LoyerBuruk



Dulu ustaz-ustaz selalu cakap, jika kamu tahu nikmatnya orang-orang yang berdoa selepas solat Jumaat, nescaya kamu akan tunggu dan turut berdoa bersama imam. Tapi sekarang ni, kalau tak tunggu, boleh dapat nikmat makan roti aiskrim. Hah gitu.



We use 'Bro' for merayu, mintak tolong, friendship. But we use "Abang Long" for gaduh, power, berlagak. Hey why English word is more sopan?



Saya menyokong supaya pasukan Kelantan merangkul gelaran juara piala FA pada malam ini kerana saya seorang pencinta keamanan dan pencinta kerusi. Gomo Kelate Gomo. Hah gitu.



"Ehm... ya... Walaupun saya orang Perak, tapi saya akan menyokong pasukan Terengganu kerana... kerana... kerana... mereka bermain setaraf Internationalle. Dan kalau boleh saya...saya... saya cadangkan mereka bawok sepandok 'Cintailah Stadium Kita' ".



"KL ni kawe legend!" Legend? Tapi pakai GPS kat KL. Bila jam sikit, mengeluh.



Kelantan umum cuti peristiwa Ahad - layak ke final Piala FA. Negeri-negeri lain jangan risau. Isnin nanti reka peristiwa untuk cuti. Hah gitu.



Cepatlah oiii. Nak nyanyi Dikir Barat ke Ulik Mayang ni...



Dikhabarkan setelah filem KL Gangster mendapat sambutan hangat, Syamsul Yusof bercadang untuk mengarahkan filem sequelnya pula berjudul KL Gedebe. #Berita Hairan.



Aku tidak racist. Tetapi keaslian char kuey tiaw telah dilacuri oleh Nepal yang menggorengnya. - Hangus Kuey Tiaw.



Mawi oh mawi. Ternyata aura TsuMAWI yang dulunya melanda, lenyap begitu sahaja disebabkan oleh aura TsuWAMI.



As Salam Good Morning. Itu sahaja ucapan pagi ni. Monday blues maa. Hah gitu.



Hari ini di sekolah cikgu meminta karangan dan cerita tentang apa yang dilakukan masa cuti sekolah. Manakala di ofis, bos meminta laporan dan update issue tentang apa yang berlaku semasa boss bercuti. Hah gitu.



Pada cuti sekolah yang lepas, saya telah pergi ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Banyak tempat menarik yang telah saya kunjungi. Di Kuala Lumpur, saya telah melawat Rumah Kaca AF, manakala di Putrajaya saya telah melawat konsert akhir AF. Saya gembira dengab keputusan yang dibuat oleh pengundi. Kawtim!



Ayah saya juga telah membawa saya melawat Pasar Seni. Di Pasar Seni saya lihat ramai penulis sedang sibuk berkhattan. #Bad Essay



Tengah-tengah enak menjamu selera, tiba-tiba teringatkan Daudsu. Entah keluar makan entahkan tidak dia.



Apa hukum berdiri atas piano? Hukumnya haram bagi yang bersaiz macam Dato #Diet Diet Diet



AF done, now they do Ustazah Pilihan. Give them a challenge to talk about polygamy and see how supportive they are.



Tengah layan Roda-Roda Kuala Lumpur TV2, episod cemburu. Polis traffic cemburu masa bercinta/suami isteri. Tak sangka, muka polis hati bilis.



As Salam Good Morning. Apa khabar semuaaaa? Tidur lena tak semalam? Hari ni banyak live meeting. Harap-harap boleh tuju lagu.



I'm ok with Cinta di Tanah Kubur ke Cinta di Kenduri Arwah ke Cinta di Minbar Masjid ke, but please don't tell Harian Metro. #Love Story is Our Diary



Anda akan tahu jenis boss anda yang suka menyuruh, mengarah, lepas tangan dan suka taichi bila satu hari anda ditangkap update facebook di ofis dan dia berkata "Oiii ini kerja kau, update facebook ye. Tolong update aku punya sekali"



Yes, it is hard to explain to kids that after number 3 is 4 and not 3A. But not as hard as to explain to their mum that after 1 is 2,3,4. #Obedient Husband Club



Why aa Malaysian people so double standard. When we at burger stall, "Err..bang...err bagi double beef special satu, letak telur mayonis banjir", people will stare at you as barbarian tak makan 18 days. But when at McD, "Ehem, 1 large Mega Mac (double of Big Mac)", people will stare you as orang yang banyak duit.



During my childhood, usually my father tapau me Ramly burger served with ketchup no vegi. But one day he tapau me Ramly burger with sauce and vegi. I was happy coz I dah baligh already. #Father's Day Story



Nowadays I'm HAPPY with earlier MEAL eating beef burger with ketchup and no vegi since I got free toys inside. Those days takdelah. #Kungfu Panda



So Perkasa will go and stop the Bersih move? Good good. I hope the formula will end up with good result = PERKASIH



As Salam Good Morning semua. Apa khabar? Bekerjalah kita dengan strategi seperti Salahuddin Al Ayoubi merancang pasukan perang. Penuhilah ilmu di dada sebagai benten seperti Saidina Ali, bertegaslah jika kamu benar seperti Saidina Omar namun berkata benarlah setiap masa seperti Saidina Abu Bakar. Baru tengok Ketika Cinta Bertasbih semalam tu yang ayat macam Habiburrahman. Hah gitu.



Adik angkat is an old fashioned (but the safest) legalised form of a forbidden relationship. It's strange but in all cases, they are opposite sex and good looking!



Hari ini Rabu, hari menonton wayang. Ramai orang balik awal hari ini untuk ke TGV. Tak kurang juga ramai yang pulang awal ke rumah untuk TGV - Tilawah Golden Voice. Erk, ada ke yang tengok? Sekian dimaklumkan.



I have left doing A/S/L for so long. Last time was 20/m/kl. Let say want to do now, if S is F, I add 1 for A. If S is M, I minus at all.



At kopitiam. Menunggu bekas staff yang datang memerlukan pertolongan kerja, tolong settle. Jap lagi keluar kedai nak mintak bantuan dia gak. Tolong settle. Hah gitu.



As Salam Good Morning! Apa khabar semuaaa? Apa cerita? Tadi Dato pergi stesyen minyak, nak isi RON 97. Dato pun buat muka seposen kat Nepal tu. Sekali dia bagi diskaun 10 sen. Pastu Dato makan roti canai. Masa nak bayar Dato buat muka seposen lagi kat Mamak tu. Ingatkan dapat diskaun jugak, sekali Mamak tu buat mata 50 sen kat Dato. Sekian dimaklumkan.



I like the way you 'achuuuu'. You punya tone sedap. Kitaorang kat sini dapat rasa you punya feel. Kipidap!



Hey you guys still remember Hari Kantin? Hari yang kantin cuti, cikgu berniaga. Dato memang tak suka Hari Kantin. Dahlah hari tu tak cuti, kena beli kupon, pastu kena beli kat gerai Cikgu Displin yang pernah tarik sideburn Dato. Jom kita ke kantin! Selamat lunch!



I can imagine how happy makcik kantin is during hari Kantin. Wondering how she celebrate the day, setahun hanya sekali.



Kita dah banyak sangat hari. Hari ibu ada, hari bapa ada, hari guru ada. To make it efficient for celebration, why not we combine those days, make in one day = Hari PIBG



Tangan yang memasang buaian elektrik boleh menggoncang economic. #Father's day



As Salam Good Morning, salam Jumaat. Moga kita mendapat barakah daripadaNya. Hari ini terasa syahdu. Mungkin kerana hari bapa bakal menjelang dan kenangan lalu pun bertadang. Alfatihah buat bapaku.



I saw red carpet and asked Abang Polis, "Siapa datang?" "VIP!". I guess that Abang is Very Innocent Person.



Pretend talking to somebody on the phone while inside the lift is a good prank especially to your friend who just angkat the smartphone. After you end the fake conversation, just say it to your friend, "Kau ada?"



What makes I feel guilty when resigning from my previous firm? When tomorrow highlights: Malaysia is facing serious shortage of external auditors. #Patriotic



Tahukah anda Kura-kura Aldabra ialah kura-kura yang kedua terbesar di dunia? Apakah yang pertama terbesar? - Kuratapi #Faketual finding



What is English word you'd ever pronounced it embarrassingly? Me is Cathay when I pronounced is as Chat thai.



CATHAY! Till now I still get confused. If I got to say it, I always think of Satay first. Now I am at Sate R&K. Jemput makan ye. Hah gitu.



Teringat kata-kata Abahku yang masih kupegang sehingga kini, "Kalau kita mengalah, kita akan kalah terus!" - Situasi ketika traffic light rosak. #Father's Day Story



OMG... OMG...! It's Monday. Oh Menarik Giler!



Is Salleh Yaakob still in China? I plan to go there if he is coz we are taught tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China.



There is no original recipe chicken wings served at KFC. I have no idea why they are Frying Without Wings.

My new resolution of Hari Bapa 2011: Ke Arah Bapa Bertanggungjawab dan Berkebajikan. I'm on the way back to home. Nak kira gigi anak hari ni ada berapa pulak. Semalam 6 batang, 4 atas, 2 bawah. #First day implementation



I resign! Yes I do. Yesterday I signed in, today I sign in again the FB. As Salam Good Morning semua!!!



When Siti decided to join Wataniah, people get worried about her coz sunburn. But Siti got simple solution - Simplysiti.



Pernah bercita-cita dan masih memasang impian untuk membuka pusat tuisyen. Selain daripada menggaji kerani dan staff, Dato juga dinasihatkan untuk mengambil peguam berwibawa for going concern purpose. Nama pusat tuisyen Dato ialah Pusat Tuisyen Gerenti 'A'.



Tertarik dengan jalan cinta Ketika Cinta Bertasbih semalam. Nak bercinta, kahwin dulu. Sepatutnya insentif juga diberi kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk pertama kali.



Nak direct cerita cinta berunsur Islamik. Tajuknya Qunut-Qunut Cinta. Berkisar pasangan yang baru berumahtangga menghadapi krisis. Krisis air, hah gitu.



As Salam dan Selamat tengah hari semua! Apa khabar? Dah Mandi belum? Alamak, patut bau kambing. Eh I cakap pasal nasi arab lah. U all ingat apa? Kepada yang lunch Nasi Mandy Kambing, selamat lunch!



Tu dia, iklan raya Kamdar dah keluaq dah. Sabaq sat. Aku duk tunggu mai satu iklan ni. Elok ja si Yusof Taiyoob tu keluaq kat tb ka redio ka, aku teruih book online. Beli kurma padia online, aku teruih book cuti raya la. Na hai...



Dato bercadang nak singgah kedai kejap lagi, nak beli bedak Hibka. Nak pakai malam nanti sambil menyanyi lagu Ketika Cinta Bertasbih.



Di Restoran Cheng Ho milik Amy Search. Chinese food yang terbaik. Phewwittttt! Tapi yang tak terbaiknya, dia tak bukak bola. Phuwwwwiiiieee!



Kaymon Malaysia, kaymon. Jangan sampai kena masak Kabshah. Kasi barbican sama itu Lubnan.



Kalau Lubnan kena bedil dengan peluru, aku akan turut menangisinya, tapi kalau kena bedil dengan bola, anta nangislah sorang-sorang ya akhi, ana tak dapat nak nolong.

p/s - Kelayakan Olimpik Malaysia vs Lubnan



Apa motivasi anda untuk kurus dan slim? Saya sungguh bersemangat untuk diet setelah hilang keupayaan untuk memotong kuku jari kaki sendiri.



Polis arah jangan jual baju BERSIH. Tauke jual pencuci pakaian dan tauke dobi akan senyum lebar. #LOL



When the system requires me to change the log in password, I set the new password to current Islamic month. I believe the hackers are ignorance.



Deleting the unwanted numbers in your mobile book is not a good idea. If you delete it, how to ignore the call when that number appears?



Hari ini Dato Berjaya Squarekan my Time for Family Amusement. Father's Day kan macam raya, sambut sebulan.



Cabaran dan kehidupan ibarat roller coaster. Just calm down, enjoy, scream, happy, puas. Namun jika kita hadapi tanpa perancangan, kita juga akan muntah.



Already signed up for Siemens Run on 10 July. I ve never participated in any run before. Hence I ve decided to practise one day before the run - BERSIH run on 9 July.



How to impress your girlfriend? You still remember her IC number. How to impress your wife? You still remember her ATM pin number!



Stoking basah kena hujan. First half working berkaki kulit. Now at Parkson fitting room - buy a new one lah.



Done shopping and wearing new socks. Luckily there is no yellow colour, otherwise I sapu Bersih.



Rumah sukan I dulu pun warna kuning. Selalu dapat corot semua sukan kecuali Tug of War.



Hari pertama puasa. Puasa dari melantak macam-macam. Dietlah. Perutku begitu suci dan Bersih hari ini.



Kali nagin ka jaise zulfe teri kali kali...Sagar ko morti aur soorat ko tude dil hai lali...



Masa meeting, ada satu agenda, "AOB"! Rupa-rupanya Any Other Business. Ingatkan apa tadi. Tanjat boboy! Hah gitu.



As Salam Good Morning! Salam Dhuha. Tahukah kita bahawa solat dhuha ialah kunci rezeki; memurahkan rezeki dan menolak kepapaan. Tapi kalau kita nampak ada orang solat pukul 10 pagi, angkat tangan doa, lepas rukuk, kita buat-buat tak nampak je. Buat cam.takde pape. Hah gitu.



That day I saw you updated status that you just unfriend people. Now you unfriend me. You memang unfriendly lah.



Unfriend is not gentleman. If you don't like my status or comment, please click Like button first. Then after a while, you can click Unlike button. But please keep it longer before you unlike.



Malaysia patut pakai jersey warna kuning, baru main cemerlang dan gol banyak. Opss... Lupa, kuning itu haram. Wassalam.



Hajat di hati nak jadi Road Runner tapi apakan daya Siemens Run on 10 July has been postponed. From Road Runner transformed to Coyote. Beep...! Beep...!



Baby don't you cry... baby don't you cry... Hold me tight. Let me go on loving you. Baby don't you cry... Because we are on the MAS plane.

p/s - MAS bans babies from First Class 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...