Undilah...

Thursday, January 5, 2012

Coretan 2011 - Bahagian IV dan Akhir

Diari hidupku (Oktober – Disember 2011)

Oktober 2011


Dalam perjalanan ke Penang.Jom berboria beramai-ramai. Ikut nyanyi sama, ok - "Eh Pulau Mutiara, indah sekali, Ada naik Feri, ada Batu Ferringhi, Boleh ronda-ronda, makan tak ingat diri, Tapi janganlah, kutuk lain negeri, Oh hoi...janganlah kutuk, lain negeri, Satu Malaysia, satulah hati" Hah gitu.

p/s – Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa Johor negeri yang tidak selamat untuk membuat pelaburan

Ustazah pilihanku masa sekolah - Selalu menegurku sebab tak hafal surah. Memberiku A pada setiap kali peperiksaan. Belum mendirikan rumah tangga.

Thing that I don't understand when going karaoke with group of people - Why should I pay to entertain people?

The awkward moment is when your phone rang and it is still Dendang Perantau ringtones.

Dulu Ustaz kat sekolah cakap bulan Zulkaedah ni bulan sisipan antara dua raya, raya puasa, rasa haji. Tapi Ustaz, bulan ni pun masih ada open house lagi!

Kenangan PMR: Masa percubaan karangan Bahasa Melayu, ada tajuk budaya hedonisme. Dato' ingat budaya hedonisme ialah budaya pendatang asing (indon). Mujur tak pilih tajuk tu. Moral: Jangan buat-buat pandai hanya untuk impress orang.

Untunglaaa orang yang ada Iphone 4S - Beli camera percuma phone.

Untunglaaa orang yang tengah lunch tetiba hujan lebat. Ada alasan nak main snooker.

Cemburu kepada harta benda tanda kehidupan yang tak bersyukur. Cemburu kepada kekasih tanda percintaan yang subur. Tetapi cemburu tak bertempat tandanya mau cepat pergi kubur. Hah gitu.

Apple product lambang kemegahan dan kemewahan, sama juga macam Cufflink. Dah lama tak pakai...

Dato' rasa orang yang mencipta teko air basuh tangan adalah antara orang yang genius.

Mentang mentanglah takde jobs, kau berborak pulak pasal Steve Jobs, Apple product. Nanti karang boss lalu, baru gelabah gerak gerakkan mouse cari Windows 7.

p/s – Steve Job meninggal

Tajuk khutbah tadi pasal Ilmu dan amal. Baik punya tok khatib smash; orang yang berborak masa khutbah, ialah orang yang takde ilmu. Yang terkena budak-budak. Silap2 next week dia smash orang berfacebook masa khutbah pulak. Yang terkena bapak budak. Hah gitu.

Bulan akan tetap mampu bercahaya dan menerangi alam walapun tanpa roket mendarat dan tanpa satu mata memandang. Contoh... contoh...

The moment I masuk pantry, I saw perempuan-perempuan discussing something and heard "Muat ke?". "Kecik agaknya". Baru baca Harian Metro lettew.

p/s – Bayi diliwat bapa sendiri

Kerja itu ibarat main Angry Bird. Jika kita gagal mencapai sasaran, kita akan diketawakan. Tetapi jika kita berjaya capai, kita akan terus diberikan bebanan dan cabaran seterusnya.

Kerja itu ibarat bermain Angry Bird. Apabila berjaya melepasi cabaran demi cabaran, memang kita akan seronok apabila diberi point demi point. Tapi orang sekeliling kita yang tak seronok sambil menyumpah "Woiii, sudah-sudahlah tu menghadap screen. Get a life lah!"

Nobody can't be perfect and nobody wants to be prefect. Motif? - Terserempak bekas ketua pengawas kat sekolah lama.

The awkward moment is when you want to say "aerobik", you say "aeroback" instead.

The annoying moment is when a couple asked your help to take their photo, you did, then after a second when you ask them to take your photo, they buat muka.

Dato' Shah! Selamat Hari Jadi... Semoga ditambahkan rezeki dan dikurangkan KG!

The annoying moment when Cambodia ban the maid is it happens when my maid contract is expiring soon

The proud moment is if my maid submit the evaluation form to Cambodia governmet, they might tarik balik the ban. Hah gitu.

"When a gay couple getting married,we don't call it gay married, we call it Man United" - Ini bukan Dato' kata, orang kata. Betul ke?

Wondering whether Kampung New Zealand, Pahang residents are All Home now.

p/s – Semi-Final Rugby World Cup masa ni New Zealand lawan tak ingat team mana

Pagi pagi Monday blues ni, ada pulak orang geram. Ingatkan cerita pasal Rugby, EPL. Sekali cerita pasal Ustaz Shauki, tahajud cinta. Dengan aku aku sekali geram. Geram sebab penduduk kampung kacau daun. Hah gitu.

This year, I feel so disappoint not receiving birthday wish from Lina. Not the awek, but lina jobstreet - Dah lama tak update lettew.

Woman is better than cricket. I would never understand cricket. At least, woman is hardly to understand.

Mereka berdua telah lama berkawan, sentiasa bersama, saling bantu membantu dan saling memerlukan ibarat EPF dan Socso.

The awkward moment is when you think you have done enough exercise, jogging for the day, but when you go back, lif rosak.

Cinta itu bukan saja buta tetapi kadang-kadang buta huruf kerana tidak tahu membaca status seseorang.

Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri - rendah diri. Cadangan diberi, sorokkan diri - performance evaluation sendiri dapat rendah

Majikan ibarat durian. Ada dan tiada sama sahaja. Bila dia ada, kita tak selesa dengan bau. Bila dia takde, dia masih tinggalkan kita dengan bau. Hah gitu.

Today I chew chew the food slow slow like a baby, b'coz my sky sky injured. Pity pity.

So Safee Sali tolak tawaran berlakon Indonesia untuk tumpu career. Kalau ada tawaran daripada Pelakon Indonesia, acaner?

Gaddafi terbunuh - tak baik punyer...

Dari segi politik, orang yang sertai BERSIH tak akan sertai HIMPUN. Tetapi dari segi moral dan aqidah, mereka patut bersama. Barulah dikatakan BERHIMPUN.

Uish, bukak2 tv je dah masuk 5 goal dah first half. Memang legendlah All Blacks ni.

p/s – Final Rugby World Cup masa ni New Zealand lawan France

Orang city ke, orang united ke, kita orang manchester kan?

p/s – Man U kalah teruk dengan Man City

Haish... Bola kalah, badminton kalah... Yang rugi, rakyat sebab tak dapat cuti free.

Don't ever use the word "I try" in your work life, people will not appreciate you unless you use it in rugby game.

Human will only unite when glory glory. When they berlorry berlorry kena, they don't even say sorry sorry.

Asyik-asyik aku je yg kena. Cari document aku. Buat report aku, buat slide aku, set up computer aku. Aku... aku... aku. Why always me? Hah gitu.

p/s – Masih lagi kes Man U kalah teruk dengan Man City

Bola sama macam politik. Bila pemain politik/bola buat hal, penyokong menanggung akibat. Bila penyokong buat hal, pemain tetap terima duit.

p/s – Lagi lagi kes Man U kalah teruk dengan Man City. Kesian fan Man U kena menjawab

Tarikh melihat anak bulan hari Khamis ni, bukan malam ni ye. Kbai.

p/s – Anak bulan Zulhijjah untuk Raya Korban

Cari rezeki umpama beli ayam KFC. Kadang dapat bahagian besar, kadang dapat bahagian yang katik. Kalau nak dapat yang besar selalu, kenalah rajin buka mulut dan memujuk.

You bising tiket mahal tak dapat masuk stadium. Tapi masa tiket free kenapa u tak nak masuk stadium yang sama masa untuk berhimpun?

p/s – Himpun – Himpunan untuk bersama pertahankan akidah akan berhimpun di stadium masa tu

Kerja ibarat makan big mac large di restoran. Mesti berani mencuba dan sedikit tamak. Tak habis, request plastic bag, tapau dan sambung makan kat rumah.

Find a good weather to go for physical exercise, not find a good whether or not to go.

Biso bonar... Biso bonar... GGMU - Ganu Ganu Mung Underestimate

Kalau tuang kelik pata timor, jangan lupa maghi sini sokmo. Jangan majuk lame lame. Taung depang, mesti cube. Keceh... keceh... tok nyale pulok.

p/s Terengganu tewas kepada Negeri Sembilan Final Piala Malaysia

Kalau menang bola kita minta cuti sehari. Kalau kalah bola, boleh tak kita minta kerja lebih sehari?

Got FLU today. It's not Forever Loving U, but FLU selsema.



November 2011

Membuat keputusan sama seperti makan Nandos. Pilihlah nak peri ke, mild atau lemon & herb. Apa jua pilihan, pastikan hasilnya sama iaitu kenyang. Kalau pilihan itu terbaik, nikmatnya terasa. Kalau pilihan kurang baik, kesannya tak terperi, tanggunglah sendiri. Peri sos memang pedas.

Pesan seorang tukang urut, lidah hanya 1% daripada tubuh badan kita. Jangan disebabkan 1% ini, 99% yang lain rosak. Maksudnya jagalah makan. Tukang urut tu lelaki, harap maklum.

Now only I know about LBGT. Bz with month end closing. I tot LBGT is Loss Before Government Tax.

p/s – isu seksualiti merdeka bagi pertahankan hak golongan LBGT.

Dan pabila kau renung tajam tajam mata aku. Kurasa sesuatu rasa yang ku tak tahu oooooo... Tak ada promotion aku. -#Kenangan dulu

Tugas berat buat Khairul Fahmi. Gawangnya dah banyak kali dibolosi dengan gossip.

Hujan di pagi hari dengan harapan cerah di tengah hari. Dapatlah nanti pergi solat jumaat dalam cuaca yang nyaman dan mata yang terjaga. Hah gitu.

Mengapa hari raya aidiladha kurang meriah dari aidilfitri? Mungkin sebab kita tak sibuk tukar duit raya dan tak sibuk berhujah nak balik kampung siapa.

At R&R Mount Semanggul. Heading to Kangar. Rehatkan minda Rawat sanubari setelah serabut dengan jem.

Selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa pada hari ini. Kelebihan puasa pada 9 Zulhijjah ialah dihapuskan dosa tahun lalu dan tahun akan datang. Mudah-mudahan. Tetapi pada sesiapa yang tak berpuasa, jangan risau, tetap boleh beraya. Hah gitu.

Selamat membeli belah di pasar kepada mereka yang membuat persiapan raya esok. Jangan lupa berjimat cermat dan jangan lupa hari ni takde plastic bag.

Lembu korban telah selamat kita lapah. Kini menunggu siap untuk kita lahap.

Raya haji begini, terkenang pulak cerita Qaleesya. Budak tu nama dia, Haji Haji Haji Mustafa. Sebab dah 3 kali dia pergi haji - Amalan bukannya sekadar letak pada nama.

Kalau bersembang dengan orang veteran dari negeri lain yang berloghat, kalau tak paham, jangan diam saja. Respon dengan teknik 'SAY' - Senyum, Angguk dan 'Ya...Ya...Ya'

Sedang enjoy dalam Pesta Lampu Break Bebas di km 111 menuju ke Tol Sungai Dua.

Rule of thumb during traffic jam from kampung: If you don't take Emergency Lane, you might end up taking Emergency Leave the next day.

Yesterday on left lane so today left office for leave

Two United = Empat Belas

p/s – lagu Berdua Bersatu, dari kumpulan Forteen hangat di pasaran

Juri yang terbaik ialah mak mertua. Supporter terbaik ialah suami. Penonton terbaik ialah anak. Kalau juri puas hati, supporter happy, penonton melekat di rumah, andalah masterchef sebenar.

Apa ada dengan 11.11.11? Saat yang paling moment dalam hidupku ialah dapat menyaksikan sendiri cikgu menulis di papan hitam dengan kapur; 6.7.89

At Jabatan Cukai Korporat, LHDN, Jalan Duta.

Dahulu masa kecil, nenek kata, saya ni Jabatan Cukai. Setiap barang dapur yang dibeli saya cukai dengan satu snack. Nenek memang rakyat yang bertanggungjawab. Namun belum sempat saya nak refund, dia telah meninggalkan saya. :(

11-11-11 = Kita bermula dengan 11, satu ibu, satu bapa. Kita hidup dengan 11, berpasangan satu laki, satu perempuan.Dan kita berakhir dengan 11 - batu nisan.

Sunday is the only day where I love to buy Utusan and quickly grab for "suratkhabar kecik"

Tertipu. Beregu wanita rupanya ingatkan beregu campuran.

p/s – Sukan Sea berlangsung. Confuse jantina.

"Kalau pasukan kamu menang, kamu dapat cuti. Baju dalam bilik, tak payah iron"

SPM dah bermula? - Sindrom Pagi Monday. Hah gitu.

Dear, close your eyes and I want you to hold both my hands. When you open your eyes, then you would see that I am handsome.

"Sunyinya hari ini tanpa letupan bom, fire, enjin Grand Prix dan hilai tawa mereka", Pengusaha Cyber Cafe

At Plaza Mont Kiara - Talk on Recent Tax Law Case. They talk, I fb.

Good thing when I am out of office is I can do FB. But bad thing is battery about to die and cannot charge.

Mereka... kais sana kais sini membina rumah bak istana. Kita... kuis sana kuis sini hanya membina istana pasir.

The organizer said, the lawyer who's going to give the talk will be late. I know coz I have heard before "we make the law, we break the law"

The talk is using MacBook Air. So I expect the presentation would be like... "Oh wow... oh wow!"

p/s – Last word from Steve before dia meninggal

Just watched Sea Games I really meant "Sea" Games. Seven, Seven and a half, eight, eight, eight and a half.

Kita dah mendahului so sekarang patut main relax. Tapi yang paling patut relax, bertenang, calm down sekarang ialah pengulas sukan. Jangan cakap over confident. Sebab mulut gol boleh kena sa.

p/s – Malaysia lawan Indonesia, Sukan Sea bolasepak

Ong Kim Swee guna BBM atur strategi - Tajuk paper esok... mungkin

Romantiknya abang shauki kahar nie...

Do you know that most parents opt to buy Iphone 3A for their kids rather Iphone 4? - Iphone toy with AAA bateries.

Do you know that my diet rosak today coz have to eat rice - tercekik tulang ikan.

At KLIA, boarding room. Flying to Dubai alone. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.

At Dubai "Muraqabah Al-Jawazat" - Passport Control. Kalau Muraqabah Al-Zawajat? - Wives Control.

At Dubai Mall - Gasala Al-Ainain....

p/s – cuci mata daa

I will not be having Monday blues tomorrow coz Ive already had Sunday blues today. Here is like Kelantan, Ahak kejar.

Assalamu 'alaikum! Sobahu al-khair ya semuwa antum antum? Malizia bagaimana, guruh ada berdentum? Semistinya al 'an semuwa muka ada sinyum? Hah gitum. Tahniah aum aum!

p/s – Malaysia menang emas bolasepak tewaskan Indonesia

Ana fi Dubai Terminal 1 International Airport ila Kuala Lumfur. Dubai... Bye Bye! Malaysia... Yeah Yeah.

Derma jihad biasanya RM2 je. Teruskan berjuang. Takbir!!!

p/s – Malaysia lawan Syria lah pulak, kelayakan Olimpik

Biasanya bila dah ketinggalan gol, penyokong-penyokong lelaki mula meninggalkan kaca TV. Yang tinggal penonton pompuan, menengok bola.

Gua selamat tiba di KLIA bro. Lek luuu... Tak boleh nak cakap felat felat lagi...

Satu muharam detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah. Memey arr, sebelum ni tak ingat bulan apa berapa hari bulan. Esok kena start ingat balik.

Now I know why Lisa received anugerah from UMNO and not from PKR nor PR


December 2011

At the KL city - PAU, at KL lorong - PAW, at somewhere else here LAPAU.

p/s – Perhimpunan Agung Umno (PAU) berlangsung

Kalau dah nama pun penyanyi, walaupun tekak sakit suara tetap cute.

Makcik saya cakap, apasal drama kat TV3 start awal pukul 8pm. Tak saya mulut betul makcik saya ni. Hah gitu.

p/s – TV3 siarkan laporan PAU dekat setengah jam lebih

The awesome moment is when your boss ask you the profit forecast at public area, "How much is 10+2?"

p/s – 10+2 = profit forecast

Terkejut apabila sekilas terpandang lembaga putih penuh dan bercahaya. Rupa-rupanya Pak Arab tengah tangkap gambar malam malam buta. (Mode: Baru balik kerja) Hah gitu.

Habit buruk di station minyak - Dah pergi kat cashier baru nak toleh pam minyak nombor berapa.

Awkward moment di station minyak - Cashier asked "minyak yang mana?" You forgot of which petrol and you tercakap "Yang murah!".

Jangan mengata kepada pengantin. Itu sudah jodoh. Amin. Jangan mengata kepada jamuan kenduri. Itu sudah rezeki. Syukur. Dan jangan lupa kepada bapa pengantin. Itu salam kaut. Ikhlas.

Gulai rebung laksa kuala, Hidangan istimewa majlis kenduri, Kucari ibu ke mana menghala, Ke bilik pengantin menjadi juri.

Pakcik sebelah Dato' bagitau Nik Aziz akan bertanding di atas permintaan rakyat Kelantan. Yang Dato' dengar pulak Hassan Ali bakal digugurkan untuk bertanding. Betul ke? Mode: Pengantin tengah makan beraDAP.

Di rumah pengantin. Aktiviti membuka hadiah dan mengira duit. Where the money drop...

Good - I am on leave today. Better - Boss also on leave. Bad - Assistant on leave as well, so need to standby on call.

At Aloq Setaq. Tengok baby Boss

Nak cari video Hassan Ali latest kat youtube guba search name, sekali yang keluar banyak video dari timur tengah dan Pakistan.

p/s – Kecoh Hassan Ali digugurkan dari pencalonan

Rasa macho hari ni kerana muka berbau rokok. Inilah untungnya lepak dengan orang merokok.

Selain daripada clear cuti, bulan 12 juga dikenali sebagai bulan mengkritik diari/calendar yang company bagi percuma.

Apa benda yang masa awal awal dia keluar, kita simpan. Masa hujung hujung dia keluar, kita buang, menyampah! Apa dia? -Receipt Withdrawal ATM

Bezanya aku dengan Hritik Roshan adalah pada jari -Berangan di Astro 133.

Pernah dulu masa jalan jalan kat Masjid India, tertoleh bila orang panggil "Rohit... Rohit!". Padahal kedai VCD main Kaho Na Pyaar Hai. Tak, nak kata femes citer ni dulu.

Auditor tanya soalan maut. Aku jawab... "U dari mana? Siapa anta u sini?" Masalah ni... akibat kerap tengok video orang politik.

Ada orang pelik kenapa Hassan Ali berubah. Sebab dia konsistent dari dulu maka itulah dia jadi macam tu. Kalau dia berubah, dia pun akan sama-sama terbabas!

Kalau persatuan kita menyimpang dari landasan perjuangan, tak salah kita keluar dan tukar haluan. Macam dulu, Dato' pernah tukar dari PBSM masuk Kadet Polis. Sebab masa batch Dato' takde latihan CPR.

You know what? I've never run at Wangsa Walk.

Beza persiapan raya dan persiapan anak sekolah: Persiapan raya - Puasa dulu baru raya. Persiapan anak sekolah - Lepas anak sekolah baru puasa.

When she says to you, "Ala Tomey Tomey" means she is caring. But once she says, "Ala... Tomei! Tomei!" means poket you will kering.

Percintaan ibarat stockcount. Jika terdapat perbezaan, cepat cepatlah buat reconciliation. Jika anda gagal melakukannya besar kemungkinan anda akan kehilangannya.

Oh I love you like a love song baby... Ah I hate you when you sing that baby...

p/s – Lagu Selena Gomez

The unbelievable moment is when the ATM cash deposit accepted your transaction at once.

Kagum melihat cara orang warung di Hentian Duta ini cari makan malam malam New Year ni. "Ah sini Abang Hensem, sini. Sini sejuk sikit ada aircond". Bila check check, padahal yang ada night air condition je.

Sepatutnya hari ni selain daripada menjalankan kempen hari tanpa plastic, kempen hari tanpa getah juga perlu dibuat. Contoh...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...