Undilah...

Tuesday, January 31, 2012

Pesanan Penaja

Ini adalah iklan atau pesanan penaja. Masa kecik-kecik dulu Dato' suka tengok iklan. Tak tahu pasal apa. Mungkin sebab dalam iklan tu ada 'Dindang' atau 'Tora datang lagi', jadi senang Dato' nak paw ayah dan ibu. Atau mungkin juga sebab Dato' tertipu. Contoh bila ada Anugerah Muzik-Muzik, sekarang ni dipanggil Juara Lagu, pengacara tu mengumumkan, "Baiklah jangan ke mana-mana. Sekarang ni apa kata kita dengar dulu pesanan penaja". Dato' tertipu sebab Dato' betul-betul tidak ke mana-mana sebab ingatkan penaja akan betul-betul memberi pesanan dan nasihat yang berguna kepada kita semua ni.

Mungkin juga disebabkan sifat semulajadi kanak-kanak masa itu. Ada juga kajian yang mengatakan kanak-kanak meminati iklan tv kerana pergerakannya cepat. Yelah nama pun iklan, kalau lama masa tayangannya, banyak pulak kos kena bayar kepada syarikat TV.

Rasanya tak jugak. Bila dah besar dan panjang ni, Dato' masih lagi minat kepada iklan. Dato' suka iklan kat wayang sebelum start show. Iklan kat wayang ni ada tunjuk trailer movie-movie terbaru dan ada jugak tunjuk iklan supaya kita membeli DVD asli dan jauhi DVD haram. Ceh, tapi sebelum tu, ada iklan dia suruh kita dekati air haram. Hah gitu.

Bukan saja iklan di wayang, pada usia dewasa ini Dato' masih minat untuk menunggu iklan di TV. Sebab bila dah sampai waktu iklan, Dato' boleh picit-picit remote control ke channel lain. Hah gitu. Jiwa Dato' ni tak boleh terima cerita cerita yang dibuat khas untuk penonton perempuan macam Datin -cerekarama lah, slot Zehra lah, Dingin Lavenda lah, Gemersik Kalbu lah.

Baiklah jangan ke mana-mana. Sekarang ni apa kata kita dengar dulu pesanan penaja. Ini betul-betul pesanan penaja.


"Malaysia Social Media Week (MSMW) is a national Event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. Delivered through a network of creative conferences and streamed online through social media, SMW reaches an extensive network of people including C-level executives, entrepreneurs, journalists, bloggers, brand managers, social media strategists, students, artists, activists and the technology/media specialist), connecting and communicating ideas and experiences to advance our understanding of social media's role in society.
Social Media Week brings hundreds of thousands of people together through learning experiences that aim to advance our understanding of social media's role in society."

Antara program pihak penaja itu ialah World Bloggers and Social Media Awards 2012. Blog Dato' yang sedang anda baca ini tercalon di dalam kategori "Most Funniest Blog" atau blog yang teramat kelakar. Sebab apa tercalon? Sebab Dato' sendiri yang mencalonkannya. Hah gitu. Jadi kalau anda rasa blog Dato' ini berjaya membuatkan diri anda berasa geli dan miang, silalah undi blog ini.

Cara-caranya;

1) Sign up di Sini
2) Sila ke link Vote
3) Click Most Funniest Blog
5) Click Vote
6) Tarikh akhir pengundian: 6 Februari 2012

Begitulah caranya. Semoga dengan undian tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian akan dibalas dengan setimpalnya. Hanya Allah jua yang dapat membalas budi baik dan jasa bakti tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Ingatlah sezarah kita membuat kebaikan kepada mahklukNya, besar pahala yang kita akan terima kelak. Kan Dato' dah cakap, ini betul-betul pesanan dan nasihat penaja!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...