Undilah...

Monday, March 8, 2010

Zulkifli! Zulkifli!

Teringat Dato' akan satu iklan di radio berkenaan seorang isteri gersang yang excited bercerita tentang lelaki yang bukan suaminya yang bernama Zulkifli.

"Zulkifi! Zulkifli! Eh kan suami awak nama Hashim. Oh Zulkifli, siang malam teringat. Eh ni kalau suami awak tahu, kantoi awak. Eh suami saya yang kenalkan saya dengan Zulkifli!"

Rupa-rupanya iklan tersebut pasal ubat jenama dan keluaran Zulkifli. Ceh buat suspended je. Baru nak kukus, dah terbantut. Hah gitu.

Sekarang ini pula nama Zulkifli menjadi igauan ketua pembangkang negara, Anwar Ibrahim.

"Zulkifli! Zulkifli! Apa yang kau buat ni Zulkifli!? Katanya pada sepertiga malam. Isterinya yang sedang tidur, Wan Azizah terkejut, "Eh bukankah abang selalu igaukan Saiful?" Oh tidak, Zulkifli! Zulkifli!"

Itulah yang berlaku setelah YB ahli parlimen Kulim Bandar Baru dipecat dari PKR setelah satu persatu "hal" yang dibuat oleh the riding YB ini. Dato' amat bersetuju dengan tindakan YB Zulkifli Nordin untuk tidak terus tunduk kepada parti mata satu PKR dan sekutu Pakatan Rakyat demi untuk bersuara tentang Islam. YB Zulkifli ini bagus. Kali terakhir Dato' jumpa, masa kuliah subuh bulan puasa lepas. Lama dah tak jumpa. Tak sempat Dato' nak ajak race motor kat lebuhraya mahameru dengan kuda kesayangan Dato' tu.

Kepada YB Zulkifli, jangan salah pilih haluan selepas ni. Pastinya banyak vacancy yang menunggu anda selepas ni. Harap jangan terpengaruh dengan Head Hunter yang tak berlesen iman. Jangan silap sealex. Mungkin ada di antaranya Firaun Kecik dan Firaun besar. Kalau YB silap masuk, habislah, poooon poooon! Namun, apabila hati tetap kepada Allah, iman..., mesti..., marreeyy! Hah gitu.

Kepada DS Anwar Ibrahim, all the bestlah to you. Jangan pening kepala sangat. Satu je Dato' nak cakap, kita serupa... Staff Dato' pun ramai yang lari lompat pergi office lain! Nasib kita serupa, kecewa dan terseksa... Kita serupa... Kita serupa... Zulkifli!... Zuklifli!...Zulkifli!... Oh... Oh… Awwww...

Exclusive only on www.gurunsakura.blogspot.com

4 comments:

  1. bile staff lompat office maknanya ada sesuatu yg tak kena dengan pentadbiran dato...hah gitu...serupa tapi situasi yg berbeza...

    ReplyDelete
  2. Dato plak bila nak lumpat2??? ha ha..

    ReplyDelete
  3. ha..takpe dato..xsalah melompat kalu brasas kan tunjang yang kuat..kita smua punya haluan yg tersendiri..tiada sama dlm segenap diri umat manusia ini..smua pasti berbeza..takpe dato..masa dato akan tiba..teruskan perjuangan dato dan pastikan haluan dato lalui adalah apa yang dato percaya benar..ha gtu..eh aku pulak bg ceramah..

    ReplyDelete
  4. Kepada Nik Fakhri (bukan nik sebenar) - Betul tu. Kata-kata mu itu mengingatkan Dato' akan satu pepatah, bak kata pepatahlah, ini pepatah orang Cina ni, "Katak yang terbaik hanya akan melompat setelah hujan turun, katak yang terbalik akan melompat dan lompat dan lompat dan lompat dan..."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...