Undilah...

Thursday, August 5, 2010

Tanda-tanda Ramadan menjelma


Oleh: Sahabat Gurun Sakura

Ramadan bukan lagi hampir menjelma. Malah semakin dekat dengan kita. Menjadi lumrah kehidupan kita sebagai seorang muslim tidak begitu ambik port tentang kalendar Islam dan tak perasan bulan Ramadan dah pun tiba. Untuk mengatasi masalah ini, berikut disenaraikan tanda-tanda bulan puasa nak dekat. Bila munculnya tanda-tanda berikut, maka sahlah anda perlu segera check kalendar.

1) Rakan-rakan perempuan kerap berpuasa sunat. Hari ini orang ni puasa, esok orang tu pulak puasa. Katanya puasa sunat, tapi sebenarnya ada udang di sebalik mee.

2) Iklan kurma berkumandang di radio dan TV. Kalau dengar malam-malam, mahu meremang bulu roma. Rasa macam perempuan berbisik dekat telinga.

3) Apabila anda melintasi kedai-kedai buku, amat mudah untuk anda melihat buku-buku bertajuk tentang puasa dan Ramadan.

4) Masa dalam meeting, boss-boss anda pening bila tengok kalendar nak susun agenda sebab tak mahu clash dengan bulan puasa.

5) Flyer-flyer buffet Ramadan, kuih raya dan jualan murah mula melayang.

6) Anda pelik melihat sahabat anda yang sebelum ni tak makan banyak, tapi akhir-akhir ni kerap jalan-jalan cari makan. Macam esok minyak naik, hari ni berpusu-pusu orang ke petrol station, isi tangki. Tangki perut pun begitu juga.

7) Form mintak cuti di office anda sold out macam goreng pisang panas.

8) Anda kerap mendapat jemputan lunch katanya kenduri.

9) Kerap sekali di corong-corong radio memasang lagu padang pasir sambil iklan menyebut nama-nama tempat yang anda pun tak pernah dengar. Tempat untuk teropong anak bulan rupanya. Soalan: Kenapa pak Imam tak teropong di Genting Highlands? Segala macam anak ada semua kat sana.

10) Anda terdengar-dengar sedara mara bersembang bertanyakan tentang update yang anak mereka yang study kat universiti tu dah graduate ke belum, dah ada kerja ke belum. Kot-kot boleh potong list duit raya.

11) Tiket-tiket raya dah mula dijual, sementara kerajaan giat mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam termasuk melancarkan perkhidmatan keretapi baru. Ini bukan sahaja tanda puasa dan raya nak dekat, tanda pilihan raya nak dekat pun ada jugak.

12) Kain rentang Bazar Ramadan dah mula di naikkan. Harap tidak membazir, kalau tak, bertambahlah amalan kita di Bazir Ramadan di bulan Ramadan al-Murtabak ini.

Kalau dah ada tanda-tanda di atas, terlupa nak puasa nanti, memang saja lah. Kurangkan juadah, pertingkatkan ibadah, rapatkan sejadah, banyakkan sedekah, dengar tazkirah. Selamat berpuasa dan salam Ramadan.


Artikle terdahulu Dato' Shah - Puasa dan Ramadan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...