Undilah...

Saturday, December 25, 2010

Keris Mas


Keris Mas. Apa itu Keris Mas? Keris yang bersalut dengan emas. Analogi Dato’, keris ini umpama akidah dan pegangan kita sebagai orang Islam. Sarung kerisnya ialah iman dan ilmu. Malu itu perisai orang yang beriman, manakalah tahu itu perisai orang yang berilmu. Hakikatnya, Keris Mas adalah merupakan akidah dan pegangan Islam yang perlu dijaga dengan rapi. Nampak cantik di mata orang lain, menjadi dambaan dan menarik perhatian sesiapa saja yang memandang, boleh dipandang-pandang, tetapi harus dijaga jangan sampai dipegang-pegang. Jangan biarkan akidah dan pegangan itu dirampas oleh anasir-anasir asing. Keris Mas harus dijaga jangan sampai tergadai! Jika keris dihunus untuk mendaulatkan ketuanan Melayu, maka Keris Mas ini perlu keluar dari sarungnya untuk dihunus demi untuk mengagungkan ketuanan Islam. Islam perlu didahulukan dan senantiasa di atas, abadan abada.

Dato’ bukan berniat untuk berceramah panjang. Sudah lama pula tidak memasukkan elemen-elemen Astro Oasis di dalam blog Dato’ ini. Kali terakhir, rasanya Dato’ berceramah tentang Israk Mi’raj di dalam posting "Bila Semut JB ke KLCC". Awal-awal lagi masa permulaan Dato’ merasmikan blog Gurun Sakura ini, Dato’ nyatakan yang blog Dato’ ni macam-macam ada. Kira hadhari lah, semua boleh. Dah lama tak guna perkataan hadhari semenjak Pak Lah ku resign. Sebab tu Gurun Sakura, menunjukkan di dalamnya ada yang panas, ada yang sejuk. Tidak kira apa isinya, namun yang penting hanya satu tujuan bila Dato’ berkarya; mesej yang ingin Dato’ sampaikan.

Maklumlah kita ini manusia, mudah lupa. Terkadang teringat dan ingin kembali kepada asas ajaran Islam, terkadang terlupa dan menyimpang dari landasan. Iman itu yazid wa yanqus. Sekejap iman kita meningkat, dan seketika nanti merosot jatuhnya. Begitu juga dengan diri Dato’ ini. Dua keping gambar di bawah ini, menggambarkan bagaimana nipisnya iman kita umpama kulit bawang.

Situasi satu. Semasa Iman sedang meningkat naik. Cuba lihat akan perbezaan antara mereka, adakah dapat dikenalpasti? Dalam ramai-ramai di situ, kelihatan Dato’, yang ketika itu saling tak tumpah seperti peserta The Biggest Losers (sekarang Dato’ dah Lose Big), satu-satunya yang tidak memakai topi Santa Claus. Itulah, bila iman sudah mantop, usahkan nak pakai, nak sentuh topi merah tu pun tak hingin. Begitu hebatnya Keris Mas yang dipertahankan. Akidah dijaga rapi agar tidak mengiktiraf dan meraikan perayaan agama lain.

Situasi dua. Apa yang terjadi apabila Iman does not meet the expectation?


Ehem. Sebenarnya Dato’ nak pastikan yang Dato’ ni dah kurus sikit dari dulu. Nak compare sama ada Dato’ lebih slim dari Santa Claus tu. Hai, ni kalau Wikileaks dapat tahu gambar ni, habis Dato’, musnah harapan untuk ke Putrajaya. Sekian dimaklumkan.

Suatu petang Dato’ merayap-merayap di salah sebuah shopping mall di Petaling Jaya, yang satu-satunya, yang utama. Sedang Dato’ berjalan, Dato’ terdengar akan satu suara yang begitu harmoni. Agak enak didengar. Tertarik Dato’ akan lagunya. Bunyinya seperti intro muzik rancangan Mr Bean. Kelihatan ramai orang berkerumun untuk menyaksikannya, baik yang bukan Islam, mahupun orang Islam. Rupa-rupanya itu nyanyian sekumpulan choir yang beruniformkan Santa Claus sedang menyanyikan lagu perayaan Christmas. Sedap pulak lagu dia. Hah gitu. Sampai balik rumah pun terngiang-ngiang lagu dan lirik dia. Namun Keris Mas harus dijaga agar tidak tergadai.

Terpikir pula, bagaimana pula halnya dengan orang Islam. Dapatkah kita menarik perhatian orang bukan Islam akan indahnya Islam? Seperti yang choir tadi buat sehingga kita sanggup berkerumun untuk melihat persembahannya. Tolak tepi Maher Zain, apa yang dia buat tu memang terbaik dari ladang, untung-untung ada orang bukan Islam yang tertarik akan lagunya yang memuji Allah. Tetapi dapatkah kita menarik perhatian mereka dengan alunan azan kita, zikir kita, takbir kita? Di sini orang-orang muda perlu main peranan. Kalau kita lihat bilal-bilal, khususnya di kampung tu yang agak uzur, yang nak melaungkan azan, kita offerkanlah diri untuk bantu. Yelah tenaga muda, lebih bersemangat alunan azan tu, orang yang dengar pun akan turut motivated.

Ada sekali ye, Dato’ bertakbir raya di surau yang terletak di kampung. Selepas elok sahaja pak imam bertakbir, Dato’ lihat mikrofon tu melayang-layang ke depan ke belakang, tepis ke kanan tepis ke kiri. Satu untuk kau, untuk aku jangan. Keadaan agak huru-hara dan kelam kalibut ketika itu. Dato’ duk gabra jugak, duk praktis takbir dalam hati kot-kot terkono giliran. Tiba-tiba tok bilal pun sampai merampas mikrofon, persis Superhero yang muncul last minute menyelamatkan keadaan. Memang Dato’ terselamat, namun, jemaah surau mengeluh panjang, kecewa kerana tidak dapat mendengar suara kembar Asri Rabbani pada pagi itu.

Tengok, ini yang silap. Orang muda perlu tampil ke hadapan. Kalau di surau/masjid, secara adatnya mesti orang-orang tua sebagai pengunjungnya dan mesti orang-orang tua yang jadi lead vocalnya. Cuba kita compare dengan choir tadi. Orang-orang muda di kalangan mereka yang tampil untuk menyampaikan mesej mereka. Ini yang kita perlu ambik perhatian.

Sebut pasal adat, baru-baru ini Dato’ ada mengikut angkatan orang meminang di salah sebuah kawasan berdekatan dengan DUN Tenang, Segamat. Bincang punya bincang, pihak perempuan meletakkan hantaran yang tinggi sehingga mencecah RM20k. Dato’ pun terkejut, takkan hantaran kahwin ikut fair value pilihan raya kecil. Pihak lelaki pun bertanya akan basis pihak perempuan meletak harga yang begitu tinggi. Pihak perempuan pun membalas, “Sebenarnya, standard price ni, harga memang ikut market, ikut pasaran dunia ni, maklumlah anak dara kami tu kan masih bergetah!” Kalau gitu, berapa agaknya harga Dato’ kalau orang nak meminang, tentu lagi tinggi, maklumlah, ke hulu ke hilir bawak tayar spare. Hah gitu.

Ini satu lagi masalah, bila Keris Mas tidak diagung, maka adat yang dijunjung. Akhirnya banyak kes yang tidak diingini akan berlaku. Tak jadi nikah! Maka terpaksalah mereka jadi budak-budak kecik semula. Terpaksalah main “kahwin-kahwin”. Bila dah main kahwin-kahwin, yang lelaki terus blah, yang perempuan terus pergi sekolah. Tapi ke sekolah hamil. Hebat sekarang ini. Kalau dulu kita ada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Bila kita lalu tepi sekolah, kita akan dapat dengar bunyi, “Ayooo, ayooo, ayooo!” Sekarang ni seiring dengan kemajuan dan kepesatan negara, kita ada Sekolah Jenis Kebangsaan (Hamil). Bila kita lalu tepi sekolah, kita akan dengar bunyi, “Ayaaah, ayaaahhh, ayaaaah!” Hah gitu.

Keris Mas juga dihunus bagi mendaulatkan negara. Semoga Malaysia berjaya di dalam perlawanan Piala Suzuki AFF final pertama menentang Indonesia malam esok. Harap pemain-pemain negara akan dapat menganyang pihak lawan cukup-cukup. Indonesia ni kalau bab ganyang-menganyang Malaysia memang dia suka, walaupun orang Malaysia ni rakan sejiran, serumpun, dan seagama lagi. Tapi bila Maria Ozawa atau Miyabi datang ke negara mereka, dia tak pulak ganyang, tapi jatuh sayang. Mereka tak pulak nak halau Miyabi. Sebab tu mereka bagi peluang pelakon ehem ehem tersebut berlakon di dalam sebuah filem Indonesia berjudul “Hantu Tanah Kusir”. Sudah sudah! Cukup di sini cerita pasal Miyabi. Karang tak pasal-pasal Keris Mas Dato’ pulak yang terhunus!


www.gurunsakura.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...