Undilah...

Thursday, February 16, 2012

Jumaat Malami


Pada satu malam Jumaat yang nikmat, sepasang suami isteri sedang asyik menonton filem Sumpahan Kum Kum di Astro First, kini di pawagam dan di rumah anda, dan juga di tangan tauke VCD haram. Hah gitu.


Setelah menonton filem Sumpahan Kum Kum itu dan menjerit serta berpelukan sesama sendiri kerana seram melihat wajah hantu kum kum, si suami membuat keputusan untuk menyambung adegan mereka di bilik.

Persis Polis Trafik yang mengawal lalulintas ketika jalanraya sesak masa orang nak pergi kerja, si suami membuat isyarat tangan mengarahkan si isteri bersiap dan masuk tidur. Seperti polis trafik, si suami meniup wisel iaitu ayat manis pembuka kata… “Phewit… phewit… phewit...”. Si isteri akur lalu masuk make up sebelum make love.


Si isteri yang sudah bersiap, melabuhkan diri segera ke katil dan berpura-pura tidur sambil memejamkan mata. Lampu bilik dipadamkan. Si suami yang telah lama menanti menuju rapat ke isterinya di katil lalu menegur isterinya seperti dialog filem seram tadi.


Suami: Assalammualaikum… kum… kum…!


Si isteri yang terkejut dengan mata terpejam dan masih lagi seram dengan dialog filem hantu kum kum tadi memberanikan diri untuk menjawab salam.


Isteri: Errr… Walaikumsalam… lam… lam…


Si suami berasa happy, kerana ada respon daripada isteri yang menambahkan lagi minat si suami untuk maju lagi ke depan. Si suami terus berdialog dengan suara garau seperti seekor entiti yang menyeramkan.


Suami: Ada orang nak datang… tang… tang…!


Si isteri yang paham hasrat “entiti” itu dan sudah lama bersedia dengan muka yang berseri-seri terus berdialog dengan si suami yang mengada-ngada nak jadi entiti.


Isteri: Bulan pun dah datang. Masuklah… lah… lah…


Suami: Harrrrraaaaaammmm…. ram… ram… betul!


Malam itu si suami dengan muka yang bengis dan hati yang panas terus kekal menjiwai watak kum kum sehingga siang hari menjelang.

www.gurunsakura.blogspot.com

Sunday, February 5, 2012

Ilmu 1Malaysia

Sejauh manakah pengetahuan anda berkenaan dengan 1Malaysia? Bukan sahaja pengetahuan berkenaan dengan baucer buku 1Malaysia atau Amanah Saham 1Malaysia, tetapi adakah anda mahir akan bab-bab seperti bulan Thai, Dewa Murugan, Dewa Subramaniam, Angpow dan juga petak-petak pilihan jawapan yang lain?


Ilmu 1Malaysia ini merujuk kepada pengetahuan am berkenaan dengan masyarakat kaum lain di Malaysia. Pendek kata beranikah anda melabur akan nilai RM1 juta andai soalan berkenaan dengan ilmu 1Malaysia ini diajukan kepada anda di dalam kuiz RM1 juta Money Drop? Fikir, labur dan buang!

 

Bulan Thai ni bukan bulan-bulan yang terdapat di negara Thai. Bulan Thai ini adalah bulan kesepuluh dalam calendar Tamil yang mana perayaan Thaipusam disambut dengan kavadi oleh masyarakat berbangsa Tamil dan disambut dengan cuti oleh masyarakat lain yang makan gaji. Hah gitu. Thaipusam ini dirayakan bagi menghormati dewa Hindu mekeka, iaitu Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

 

Tahukah anda pula apakah itu Ang Pow? Ang Pow adalah dialek Hokkien yang bermaksud paket merah, yang berbentuk hadiah berupa wang yang diberikan pada majlis sosial dan keluarga di dalam masyarakan kaum Cina seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina. Jumlah wang yang terkandung dalamnya lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian.


Dan juga perlu diingatkan bahawa ang pow sering dikaitkan dengan warna merah. Mengikut tradisi, wang yang diberikan dalam paket putih dikaitkan dengan ‘pak kam’ atau emas putih yang dijadikan sebagai sumbangan derma sewaktu majlis pengebumian!


Dato’ tidak berniat untuk memberi komen berita di atas. Presiden Perkasa tu pun dah mintak maaf dan dia dah kata hari Ahad kedai tutup, nak cari ang pow merah dah habis. Entri ini Dato’ buka untuk mencelikkan kita akan hal-hal berkenaan dengan kaum lain supaya kita tidak menyentuh sensitiviti kaum lain. Sebab itu kita kena check balik sama ada kita ini mengetahui atau tidak budaya masyarakat lain di dalam Malaysia.

Sewaktu Dato’ tengah berkemas-kemas di pejabat nak balik rumah untuk cuti panjang, Dato’ terdengar perbualan jiran sepejabat. Dia ni boleh dikatakan alim, tidak merokok dan jarang sekali tengok Konsert Jom Heboh. Masa tu dia baru keluar dari surau. Kedengaran dia sedang berbual-bual telefon dengan supplier Cina.


Memang kuat Ilmu 1Malaysia rakan Dato' ni. Apabila mendengar perbualan mereka, membuatkan Dato' confuse yang mana satu supplier Cina dan yang mana baru keluar surau.



“Allo tokey, apa hat? Apa macam sikalang? Heppi new year aar tokey!”


“Oooh wa sihat… sihat… Balu sulah simbahyang maa… Arr.. Ni arr tokey bila mau buat itu open haus?”


“Wa arr Melayu sama Islam manyak kuat… tapi arr… wa suka campur gaul kaum lain woo… Bila lu mau jemput pergi itu open haus? Wa tak sabar mau “Yam Seng” sama-sama…”


Nota mintak kaki;

“Yam Seng” – minum minum mabuk mabuk untuk berjaya – Drink to success

“Yee Sang” - satu adat resam Tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang makmur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...