Undilah...

Monday, March 16, 2009

Sajak Usman Awang

Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan,
Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran,
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan.


P/S - Dato' terjumpa sajak ini yang ditulis tangan di atas cebisan kertas A4, berdakwat merah, di atas meja Allahyarham Hashim Bin Ibrahim, ayah Dato'. Dato' jumpa sajak ni, disalin sendiri oleh Allahyarham, semasa Dato' kemas-kemas mejanya pagi ini di tempat kerjanya di sekolah cina. Bapa Dato' merupakan pembantu tadbir sekolah atau bahasa mudah kerani sekolah. Bapa Dato' baru sahaja meninggal dunia pada hari Sabtu, baru je ni 14 March 2009 pukul 3.00 pagi. Walaupun sajak ni hasil nukilan Usman Awang, tapi bait-bait katanya menggambarkan peribadinya yang senantiasa berjuang demi kebenaran. Mungkin kerana kelantangan itu, dia mendapat sakit misteri yang mana doktor sahkan tiada sakit dari segi terma medical. Dia sihat dari segi itu, tapi menderita untuk sakit yang tiada pengesahan. Sampai di saat akhir, dia mengadu bahawa dia tidak tertahan lagi menganggung seksa "penyakit" itu. Terbayang wajah jenazahnya yang tersenyum, disahkan oleh ramai pengunjung, mungkin dia lega yang dia tak akan menanggung lagi sakit itu.
Nak ceritakan ni, tentang sajak itu, yang akan terus Dato' pegang sebagai azimat. Yelah biasanya kita tidak akan ikut rule dalam kehidupan. Contohnya dalam dunia pekerjaan, orang yang buat kerja cemerlang kalau dari segi rulenya patutnya mendapat ganjaran/kenaikan. Tapi realitinya orang yang pandai kipas, pandai goreng yang akan dapat. Ini yang bapa Dato' selalu buat, dia akan critise mana-mana birokrasi yang berlaku, selagi dia ada fakta dan undang-undang. Biasanya kalau boss kita kata A, kita pun kata A walaupun salah. Tapi bapa Dato' tidak begitu, dia akan cakap selagi dia fikir betul dan yakin. Tu yang ada pada sajak tu. Kemudian perasan tak kita akan buat sesuatu, bergantung kepada kebiasaan perlakuan, bukan bergantung kepada rasional perlakuan itu. Tapi Allahyarham sanggup melanggarnya, kerana perlakuan itu tidak betul.
Makna kata dia seorang yang jujurlah. Biasa kita dengar ungkapan ini "Kalau kau lurus, takde kornar2, takde goreng2 camne kau nak maju". Ini yang ditentang oleh bapa dato' Kalau kita tengok cerita Nujum Pak Belalang, cerita P. Ramlee, akhir kata cerita tu ada tulis, "Orang Jujur Di-Kasihani Tuhan". Ini pun akan Dato' pegang untuk prinsip Dato'. Dan kerana itu, Allah menyayanginya kerana kejujuran itu, maka dia pergi dari sini kepadaNya.
Alfatihah...

2 comments:

  1. salam takziah untuk dirimu dato'....moga ruh almarhum sentiasa dicucuri rahmah dan ihsan dari Allah s.w.t....moga sajak sasterawan usman awang akan sentiasa menjadi pegangan kite semua...jgn undur walau selangkah....

    ReplyDelete
  2. aku sedih dan terharu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...