Undilah...

Saturday, May 15, 2010

Tragedi ATM

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi melihat paparan screen ATM yang menunjukkan account simpanan anda berbaki RM25? Tak pernah? Banyaknya duit anda. Anda sepatutnya bersyukur dan hentikanlah sifat-sifat dan perangai-perangai negatif seperti mengutuk tempat mencari rezeki sendiri. Ini kerana pengalaman melihat baki RM25 itu dilalui sendiri oleh Dato'. Tapi bukan dari kad ATM Dato'lah.

Dato' tertengok orang lain punya sebenarnya ketika berbaris menunggu giliran untuk pengeluaran wang di ATM yang terletak di salah sebuah stesyen minyak. Suspek yang berasal dari suku kaum student itu sedang ingin menyemak baki di situ beregu bersama seorang lagi teman. Sedang melihat bakinya yang sebegitu, rakan sepasukannya mengeluh on behalf seraya berkata, "Kekecewaan menimpa lagi". Namun dia tak berputus asa, lalu terus berusaha mengeluarkan baki sehingga melantunnya wang kertas berwarna merah sekeping. "Yes!" , respon spontannya.

Dato' turut bergembira dan memberi sorakan padu kepadanya atas kejayaan mereka untuk withdraw duit. Apa agaknya menu utama makan malam mereka masa itu. Ni kalau tak maggi berperisa baldi, mesti nasi goreng berperencah dan telur goreng berseterika ni. Hah gitu. Kesian dia!

Hidup sebagai student di IPTA atau IPTS ni memang seronok atas kapasiti masa banyak terluang dengan aktiviti bebas. Tapi yang tak bestnya satu je. Sengkek! Duit tak banyak dan cepat habis. Dulu masa student, nak keluar duit pun kena withdraw RM90 dari ATM, sebab nak dapatkan duit RM10 RM10. Kalau tak, Makcik Dua Dua yang berloghat utara kat kantin hostel, tak terima wang besar, sebab harga untuk lunch/dinner murah. Kitaorang panggil Makcik Dua Dua (ikut loghat utara), sebab ambiklah lauk banyak mana pun, sikit mana pun, harga mesti RM2.20 (Dua! Dua!).

KUALA LIPIS – Wang pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan cukup jika penerimanya asyik berjoli daripada membeli motosikal hinggalah telefon bimbit canggih seperti IPhone. Peralatan itu bukan sekadar contoh kerana ia adalah hasil maklumat yang diperoleh sendiri oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman. “Bukan tak boleh berbelanja tetapi utamakan keperluan penting pengajian dan asingkan sedikit bagi waktu kecemasan,’’ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) berjumlah RM132,000 kepada 88 siswazah bagi kawasan Parlimen Lipis semalam. Beliau memberitahu, selain sara hidup, bantuan PTPTN itu perlu digunakan untuk membayar yuran dan membeli buku bagi pengajian masing-masing. -Sumber Tak Bernama-

Mana tak habis cepat. Peluang nak habiskan duit cukup banyak. Sebab dah puas makan Iphone masak 3 rasa. Hah gitu. Kira oklah tu. Dato' cadangkan kepada student, kalau nak tambah pendapatan, pergilah mintak biasiswa tambahan kat Putrajaya sana. Tapi jangan lupa pulak mandi dan bilas sebelum sembahyang jumaat jika ingin menjadi muslim yang baik, walaupun dalam keadaan darurat. Sekian dimaklumkan.

Moral of the story kita harus bersyukur atas rezeki yang ada walaupun tinggal RM25 aje. Hah gitu. Harap-harap rezeki ini berkat. Ibu oh ibu, selamat hari ibu, doakan anakanda dan halalkan makan, minum dan pengorbananmu selama ini. Guru oh guru, selamat hari guru, doakan studentnda dan halalkan ilmu dan pengorbananmu selama ini.

Dato' menggeleng-gelengkan kepala setelah mereka beredar. Tiba pula giliran Dato' untuk withdraw. Baru 15hb tapi screen menunjukkan 3 angka aje. Terus Dato’ jumping smash. Aisehman, Dato' pun sengkek jugak. Rupanya kesengkekan tak mengenal student atau orang berkerjaya. Apa agaknya menu makan malam Dato' lepas ni. Yang pentingnya, selepas ni tiada lagi Sans Francisco Coffee, Gloria Jeans, Starbuck, Oldtown, Subway, O’briens.

Kedai mamak jualah penyelamat. Kopi susu kambing satu! Kesian Dato'!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...