Undilah...

Thursday, November 4, 2010

Magik Kah?

Orang-orang tua selalu berkata… “Jangan berada di office lewat malam!”

Jam menunjukkan detik melewati tengah malam. Dato’ masih berada di office. Mata mengerling ke arah jam. “Ah, baru pukul 2 pagi”, getus hari kecil Dato’. Menipu atau ingin menyedapkan hati? Apapun tugasan berat harus dilangsaikan. Berada di office berseorangan diri, terbayang akan cerita-cerita seram diganggu dan diracau, yang tidak enak untuk dibayangkan. Ghost story. Namun semua itu tiba-tiba lenyap apabila terbayangkan cerita-cerita geram dimarahi dan dimaki, yang sememangnya tidak enak untuk diharungi. Boss story. Lalu digagahkan diri ini untuk terus berada di sini, memerah keringat. Ingatkan kerja di estet-estet, ladang-ladang sahaja yang memerah keringat. Kerja di office pun sama sebab aircond sampai 5.30 pm sahaja, hah gitu.

Sekonyong-konyong Dato’ terpandang diluar jendela akan satu cahaya indah, terputus-putus seolah-olah macam percikan bunga api. Dato’ buat endah tak endah kerana menyangka masyarakat Malaysia di luar sana berada dalam musim perayaan. Maklumlah, malam Deepavali. Hai, terbayang pulak akan maruku, vade, tosai dan roti tampal malam-malam raya begini. Sudah, sudah. Fokus kepada kerja-kerja amal yang berlambak ini. Namun cahaya itu semakin hampir di jendela itu dan semakin mendampingi cubicle workstation Dato’ yang kecik ini.


Eh, siapa pulak itu. Apa ke heynya. Kelihatan seorang pakcik tua berketayap dan menaiki kenderaan pelik. Nak kata beca bukan beca. Nak kata kereta Santa Claus pun bukan. Pakcik tua tu kemudiannya memanggil-manggil Dato’ menyuruh Dato’ check in ke beca terbangnya itu. Dato’ jadi panic, teringin juga nak ronda-ronda tapi macam mana, workload Dato’ heavy, kena siapkan cepat. Tak cukup kerja Dato’, kerja orang lain pun Dato’ kena cover.

Dato’ menolak pelawaan pakcik tu dengan sopan, sambil menunjukkan isyarat ke atas meja Dato’ kerja-kerja yang perlu dihabiskan. Namun, alangkah terkejutnya Dato’ working-working paper Dato’ bertukar menjadi majalah hiburan. Bila close upkan majalah hiburan yang diselakkan itu, kelihatan ianya menutupi muka surat lain (inverted) yang merupakan report yang Dato’ kena submit. Adakah ini petanda bahawa report itu tidak penting dan harus ditinggalkan? Pakcik tua itu terus memanggil Dato’.

Dato’ akur dengan ajakan beliau. Sebelum boarding, Dato’ pastikan dulu ketayap pakcik tu bukan brand yahudi, baru boleh Dato’ ambik tempat. Dato’ kagum melihat beca terbang ni lalu bertanya kepada pakcik tu, “Pakcik, ni full spec ni berapa harga on the road ni”. Pakcik tu menjeling seraya berkata, “Aip, boleh pandang-pandang, jangan pēgang- pēgang! Jalan tegak je, jangan belok-belok”. Hamboi, orang Muor rupanya. Setelah seat belt dipasang dan amaran larangan merokok masih belum dipadamkan, maka berlepaslah beca terbang itu. Ke mana arah tujuannya, Dato’ sendiri, no idea. Magik kah? Mungkin juga. Dengan sekelip mata, beca terbang itu melintasi tempat yang macam pernah dilihat sebelum ini, tetapi di mana ya. Stadium Nasional Bukit Jalil. Kelihatan dari awan dunia, suasana tenang di situ. Tiada pembakaran terbuka, tiada huru hara, FRU tengah korek hidung. Baru Dato’ sedar, pasukan Red Warrior, Kelantan telah menjuarai Piala Malaysia 2010. Oh patutlah. Sekian dimaklumkan.

Beca terbang itu kemudian memecut laju ke utara Malaysia. Dato’ perasan, ia mahu menuju ke negeri yang tercomel di Malaysia, Perlis. Lalu Dato’ mencuit bahu orang tua tu, mengatakan yang Dato’ ingin transit kejap, nak menjengah orang kampung yang dah lama tak jumpa. Tetapi sayang, beca terbang itu sangat lowered dan kalau landing jugak, akan menelan belanja yang tinggi untuk overhaul setelah dimasuki air banjir. Selepas daripada itu, pakcik itu mendrift lagi. Kali ini ke pantai timur pulak. Walaupun negeri Kelantan ni, negeri hijau, namun pandangan dari atas, kelihatan negeri itu dipenuhi dengan warna biru. Cewah mentang-mentang baru menang di Galas. Kemudian beca terbang itu merentasi Laut Cina Selatan ke Sandakan, area Batu Sapi. Eh orang tua ni nak kena ni. Saja bikin Dato’ panas!

Stesyen berikutnya, next station, Ampang! Dengan tak semena-mena beca terbang tu telah landing ke sebuah Taman di Ampang. Dato’ tercampak di sebuah rumah banglo yang besar di sini. Siapakah empunya gerangan pemilik rumah ini. Di dalamnya ada swimming pool. Tiba-tiba Dato’ diperlihatkan kepada seorang kanak-kanak lelaki yang begitu cute, hensem dan putih melepak. Dalam hati Dato’ terdetik, siapakah gerangan bapanya. Tentu hensem bapanya sebab biasanya anak lelaki ikut rupa bapa. Semakin lama semakin hampir budak itu kepada Dato’, sambil berlari-lari menyebut, “Daddy!... Daddy!”, Oh anakku rupanya. Dato’ kemudian memeluk erat budak itu sambil mengucup-ngucup pipi dan dahinya. Maklumlah dah seminggu tak jumpa. Kemudian datang pula seorang wanita mendampingi kami. Belum sempat Dato’ nak suruh putera Dato’ tu main jauh-jauh, baru disedari rupanya wanita itu ialah Datin. Datin pun ada juga di sini! Tidak seperti putera Dato’, Datin hanya bersalaman sahaja, tidak lebih dari itu. Mungkin dia mahu menyimpan tenaga.


Dato’ termenung seketika, rupanya dah lama Dato’ tak bertemu dengan family akibat kesibukan kerja. Dato’ sedar kini. Tetapi Magik Kah ini? Rumah siapa Dato’ berada? Dan apa yang Datin dan putera Dato’ buat di sini? Ternyata di Magik Kah, tiada yang mustahil dengan kuasa imaginasi.

Melalui Magik Kah, Dato’ dan family kini berada di rumah seorang celebrity yang amat popular, Linda Onn, kini merupakan seorang DJ di Suria FM. Beliau kini mempunyai rumah yang begitu gah dan mempunyai perniagaan sendiri, My Mom Chicken Rice. Kisah beliau menyedarkan Dato’, yang pentingnya bakat dan idea jikalau ingin terus berjaya di dalam hidup. Tidak cukup dengan itu, pentingnya juga untuk kita mengenalpasti di mana tempatnya yang kita boleh menonjolkan bakat dan boleh merembeskan idea kita untuk melonjakkan potensi diri kita ke satu tahap yang lebih tinggi. Macam Linda Onn sendiri, beliau menonjolkan bakat beliau di dalam bidang radio dan menggunakan idea beliau untuk membangunkan perniagaan sendiri. Ibu beliau merupakan peniaga nasi ayam di Johor satu ketika dahulu yang terkenal di sana. Dengan potensi diri, beliau membangunkan perniagaan nasi ayam ibunya itu secara commercial pula di ibu kota. Itulah pentingnya kita mengenalpasti di mana perlu ditonjolkan bakat dan idea itu.

Satu lagi kisah, ialah kisah adik Dato’ sendiri yang merupakan penyampai berita dan info trafik di Suria FM. Beliau tahu bakat beliau dan beliau akhirnya menjumpai tempat yang boleh ditonjolkan bakatnya, yang kini telah menggunakan suara emasnya di dalam radio, termasuk juga di Astro, untuk tujuan pengiklanan dan voice over. Jadi jangan lupa mendengarkan Suria FM, di Lembah Klang 105.3 FM, Naim Hashim. Ingat komedi, ingat Astro Warna! Hah gitu.

Ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Family Dato’ merupakan family yang agak celebrity lah. Mak Dato’ merupakan pelakon drama. Bapa saudara Dato’, abang kepada mak Dato’ juga merupakan pelakon drama. Tapi semuanya pelakon extra lah. Mak Dato’ berlakon jadi cikgu yang membincangkan masalah anak murid di dalam bilik guru. Pak cik Dato’ pula memegang watak sebagai seorang doktor. Dialog dia, “Sabarlah, kami telah mencuba, namun tuhan lebih menyayanginya”, Itu saja. Tapi takpe, yang penting bakat tu ada, kalau tak, director tak panggil sunting itu felim.

Dato’? Dato’ pun ada bakat juga. Dato’ pernah masuk TV. Cuma suara ajelah. Masa tu World Cup 2002, ada rancangan TV tentang sembang bola. Kebetulan talian Dato’ dapat menembusi TV, dan Dato’ pun melontarkan idea Dato’ yang bernas akan bagaimana untuk membangunkan bola sepak tempatan dan pendapat tentang World Cup 2002. Tapi sayang, disebabkan nervous, tak terkeluar pulak point tu. Idea ada, bakat takde pun tak boleh jalan jugak.

Dato’ kagum dengan insan-insan yang berjaya mengembangkan bakat dan idea mereka demi untuk melakukan anjakan paradigma. Ada juga rakan-rakan Dato’ yang bergerak pantas membuka perniagaan contohnya photoshot untuk pengantin, buat andaman dan barang hantaran pengantin, terlibat dalam food and catering. Tahniah buat anda semua. Anda sememangnya telah mengenali bakat anda dan berjaya mengorak langkah ke landasan yang tepat. Dato’ tidak percaya dan tidak bersetuju untuk berjaya, perlu main politik, banyakkan bercakap daripada buat kerja. Ini namanya tidak jujur dan orang begini tidak berani menongkah arus dan akibatnya mereka terpaksa mengikut arus yang bersifat kapitalis dan menindas. Sebab itulah, biasa berlaku, orang lain yang mengGalas, Sapi pula dapat nama! Kejayaan bagi Dato’ bukanlah perlu mengejar kebendaan. Kekayaan itu satu bonus. Apa yang penting, kejayaan ialah apabila kita berjaya buat apa yang kita suka dan yang kita mahu.

Jadi, buat Linda Onn, harap-harap satu hari nanti kita dapat berkerjasama dalam business nanti. Kalau dulu teman tapi mesra, kini rakan kongsi, tapi mesra. Hah gitu.

Masa dah time. Dato’ harus kembali ke dunia yang nyata. Walaupun ini hanya Magik Kah, tetapi banyak pengajaran dan kesedaran yang Dato’ pelajari. Beca terbang meluncur laju ke tempat asalnya, di Sri Pentas. Dato’ pun berjalan kembali ke office. Sebelah je office Dato’. Fajar Deepavali mula menyingsing. Cepat-cepat Dato’ pack pack pack, let’s go back. Kini Dato’ harus mengenalpasti bakat dan platform mana untuk mengasah bakat dan melontarkan idea yang akhirnya dapat dihargai.

Terima kasih Pak cik beca di atas nice journey. Magik Kah atau tidak, semuanya berkemungkinan dengan kuasa imaginasi. Terima kasih Linda Onn kerana melayan kami. Sememangnya nasi ayam mak memang sedap dan terbaik. Eh, sorry, My Mom Chicken Rice!
gurunsakura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...