Undilah...

Wednesday, February 4, 2009

Penulis Politik Tak Boleh Cari Makan


Dulu Dato’ merupakan seorang penulis politik di forum-forum politik terkenal tanah air. Maksud Dato’ dulu merupakan seorang penulis politik tegar. Tapi sekarang Dato’ tidak aktif lagi menulis. Hanya kadang-kadang saja menyelah-nyelah jika ada isu-isu panas. Faktor pertama Dato’ tidak aktif lagi berforum, ialah kerana kesuntukan masa. Dato’ ni boleh dikatakan businessman. Bukan… bukan… maksud Dato’ ialah Dato’ seorang yang busynessman. Jadi tidak ada masa sangat untuk berforum. Berforum memerlukan commitment yang tinggi untuk menangkis hujah lawan. Kalau lambat rely, ianya akan jadi isu basi, dan kita akan dikatakan tewas dalam berhujah.

Faktor lain yang membuatkan Dato’ tidak lagi aktif berforum ialah ada kena mengena dengan tajuk ini. Keadaan politik semasa di Malaysia selepas pilihanraya umum ke 12, pada 8 March 2008 lalu, tidak menentu dan bergerak laju. Ini disebabkan kekuatan kerajaan BN sama dengan kerajaan PR. Cuma kerajaan PR tidak mempunyai kekuatan media. Oleh sebab itu, dalam minda setiap umat Malaysia, ada pandangan buruk terhadap kerajaan PR.

Kesilapan kerajaan PR ialah mereka hanya menang sedikit-sedikit dan tak menang habis pada pilihanraya yang lalu. Kalau menang sedikit sedikit di sana dan di sini, maka timbullah soal beli wakil rakyat dan soal lompat parti. Kalau menang sedikit sedikit di sana dan di sini, maka media yang menjadi milik BN, terus menghentam dan mencari jalan untuk menekan kerajaan PR yang memerintah. Logik tak, kritikan dan tuduhan kepada kerajaan Selangor yang memerintah, yang menjawabnya di television, bekas MB Selangor? Kenapa tidak MB Selangor sekarang, yang memerintah yang jawab??

Kalau menang habis, habis cerita. Kerajaan PR boleh memerintah dengan aman, media dipegang, dan apa-apa polisi kerajaan terhadap kebajikan rakyat, boleh dipersembahkan kepada rakyat dalam media dengan bebas. Kalau kalah habis pun senang seperti yang Kerajaan PR lalui dahulu. Kerajaan BN jarang melakukan provokasi politik di dalam media. Sebab dia dah menang habis, jadi dia tak pedulikan pembangkang kecuali dia menyerang Kelantan dan MB Nik Aziz sahaja satu ketika dahulu. Pimpinan PR boleh menjawabnya di dalam ceramah-ceramah umum. Tapi seperti yang Dato’cakap tadi, masalahnya kerajaan PR menang sedikit sedikit atau hampir separuh, jadi lagi hebat Kerajaan BN menyerang.

Ibaratnya beginilah. Dalam pertandingan Akademi Fantasia, mana lagi tertekan, penyanyi, pengkritik, tenaga pengajar atau penonton/pengundi? Tentulah penyanyi, bukan? Penyanyi ibarat kerajaan, yang mempersembahkan dan melaksanakan polisi dan dasar kerajaan. Pengkritik ialah media yang mengkritik atas apa yang kerajaan buat. Tenaga pengajar ialah kumpulan yang menyokong kerajaan, dan penonton ialah pengundi. Masalah kerajaan PR sekarang, pengkritik lebih banyak dari penyanyi, dan kesemua pengkritik tidak suka akan tenaga pengajar. Maka apa yang diperkatakan oleh pengkritik akan mempengaruhi penonton dan pengAFundi, walaupun penonton mengundi atas anggapan dan pendapat mereka sendiri. Ini yang dihadapi oleh kerajaan PR sekarang. Berbanding dengan kerajaan BN memerintah dulu. Pengkritik semua diupah oleh tenaga pengajar untuk membuat puji-pujian Raihan kepada anak didiknya (penyanyi). Kalau pengundi cerdik, dia akan memilih suara yang lunak sedap, dari rupa paras, dan undi penyanyi ada paras rupa yang menarik mesti naik. Tapi kalau Dato’ masuk AF, tentu undi naik gila-gila dan mendadak. Betul, tak percaya? Suara Dato’ bukan sedap pun!! Tapi pelik, undi naik…!

Itulah sebagai mukadimah. Belum start lagi ni…Makna kata, arus politik sekarang sangat laju. Baru Dato’nak tulis yang dua ADUN Perak dari Parti Keadilan Rakyat tu letak jawatan, tup tup dengar pulak kerajaan BN akan merampas Perak. Tu yang Dato’ cakap, penulis politik sekarang tak boleh cari makan. Tulisan-tulisan penulis politik sekarang cepat basi, kerana beberapa jam lagi, tulisan mereka tidak lagi relevan kerana keadaan dah merubah jauh berbeza.

Dengan iklim politik yang tidak menentu ini, sudah pasti amat memualkan dan meloyakan bagi orang yang tak minat politik untuk terus ambil pusing terhadap perkembangan mutakhir ini. Lagilah mereka terus cop politik ini kotor. Politik sebenarnya tidak kotor, malah kita wajib ambil tahu, kerana ini tanggungjawab kita untuk memilih mana satu pemimpin yang betul.

Allah berfirman;

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (11:113)

Di dalam tafsir pimpinan Arrahman, cenderung itu bermaksud bersubahat dan menyokong tindakan orang-orang yang zalim itu.

Ini termasuklah menyokong dan memangkah parti yang berlaku zalim semasa pilihanraya.

Hamka pernah berkata, kezaliman pemerintah berlaku dengan empat macam. Pertama, mentang-mentang berkuasa, buat semahu-mahunya. Kedua merampas milik rakyat, Ketiga menahan seseorang yang dicurigai bertahun-tahun lamanya. Contoh? ISA lah. Keempat, menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya.

Sebab itu penting politik ini penting. Yelah Dato’paham. Memang menjijikkan pun permainan-permainan politik masa kini. Seolah-olah niat mereka bukan untuk menjaga kepentingan rakyat, tetapi untuk tembolok dan isi perut mereka. Tapi jangan lupa tanggungjawab kita untuk memainkan peranan. Contohnya macam Dato’lah. Menulis blog. Walaupun usaha ini kecil, namun seperti burung yang mengutip air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim.

Kesimpulannya, dengan suasana politik Malaysia yang ala-ala drift, penulis politik tak boleh “cari makan”. Agaknya mereka tentu berniat nak tukar profession kepada menulis cerita-cerita artis bercerai, artis kahwin naik kuda dan pemain bola injured selepas menackle artis, ada juga faedahnya. Sebab tu konsep blog Dato’ ni Hadhari. Semua pun boleh, bukan politik sahaja. Apapun ingatlah, Kita bukannya gila kuasa, tapi kita ingin merampas kuasa dari orang gila… Hah gitu…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...