Undilah...

Tuesday, August 4, 2009

Isteri didahulukan… Awek diutamakan…


Isu demonstrasi Gerakan Mansuh ISA (GMI) masih menjadi topik hangit di kalangan masyarakat kita sekarang. Hangit maksud Dato' di sini ialah perkara demonstrasi terus menjadi kutukan dan makian orang ramai yang cintakan keamanan. Ada yang kata, kenapalah yang ramai Melayu yang terlibat sedangkan kaum lain duk relax je tengok dari jauh. Kaum lain duk bertungkus lumus cari duit, kaum Melayu buang masa dengan berdemo. Menjawab persoalan ini, kita perlu lihat dari segi majority-minority kaum di Malaysia. Disebabkan Melayu yang majority, sudah pasti ramai Melayu yang terlibat. Kaum minority yang lain, mungkin mereka bimbang akan apa yang terjadi jika mereka terlibat sama. Kalau Melayu kat negara lain, tak berani jugak Melayu nak berdemo disebabkan mereka di dalam golongan minoriti.

Adapun, yang datang berdemo 1 August lalu, ada juga di kalangan warga Sepet. Jangan kata bukan Islam, yang Mualaf pun sama juga datang. Bukan saja yang namanya Mukhsin, malah yang namanya Ah Chong dan namanya Muthu pun turut serta. Satu Malaysia lah katakan. Ramainya tidak terkira. Tu yang kerajaan dan polis agak Gubra pada masa itu. Jadi, pada yang kata hanya orang Melayu saja yang terlibat berdemo, bukaklah mata dan jangan jadi Rabun. Bukannya mereka ini nak jadikan demo ni masa untuk tunjuk bakat dan tunjuk jagoan, atau untuk Talentime, tapi yang ini datang atas kesedaran mereka akan kezaliman ISA.

ISA ni sebenarnya Ikut Suka Aku. Tahanan tanpa bicara. Bagi yang bukan Islam, tentunya kesedaran mereka apabila melihat kepincangan dan kelemahan akta itu sendiri. Di dalam perlembagaan negara, perkara 5(3) "Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya". Ini ternyata bercanggah dengan ISA yang menahan seseorang tanpa diberitahu sebab kesalahannya, dan tidak dapat dipanggil untuk dibela diri. Kemudian mereka melihat ada satu percanggahan lain pula, jika dirujuk perkara 4(1) dalam perlembagaan negara, "Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu." Dengan erti kata lain, perlembagaan negara ialah supreme law, dan tidak ada mana-mana undang-undang pun yang boleh mengatasinya.

Bagi orang Islam yang berdemo, mereka pula merujuk kepada Al-Quran dan mendapati ISA tidak relevan. Allah telah berfirman;

"Nabi Daud berkata: "Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat)." (38:24)

Orang-orang Islam mendalami ayat ini, apabila mereka merujuk kepada tafsir pimpinan Ar-Rahman, nota 1524 yang mengambil pengajaran dari kisah Nabi Daud. Moral dari kisah paparan ayat suci itu menegaskan bahawa tidak boleh menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebelum ia memberi peluang kepada orang yang kena tuduh memberi hujah-hujah untuk membela diri. Ternyata Perlembagaan Negara juga mengambil intisari ayat ini dalam perkara 5(3) tadi. Malah dari segi common law, istilah “not guilty unless provent otherwise” juga mengambil moral ayat Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 111; "... Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
Sekarang barulah kita tahu mengapa mereka ni, baik yang Islam atau bukan Islam menentang ISA, sanggup berdemo untuk menyuarakan bahawa ISA ini banyak pincangnya.

Berdemo dengan aman ini sebenarnya hak rakyat Malaysia. Dalam perlembagaan negara, perkara 10(1)(b) "semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata". Rakyat yang pergi berdemo jadi pelik, bagaimana akta polis mengatasi perlembagaan. Kata supreme law. Jadi biarkanlah mereka semua ini berintifada. Biarkan mereka ni pergi dengan kembali. Mereka pergi berdemo dengan aman, kemudian kembali ke rumah masing-masing. Janganlah menjadikan mereka pergi tak kembali. Hah gitu. Ke "Dalam" lah jawabnya.

Sebenarnya tajuk di atas takde kena mengena pun dengan posting Dato’ ni. Kalau Dato’ letak tajuk ISA, takde siapa yang nak baca. Kalau bab gossip-gossip ni, ramailah yang suka. Contoh gossip terbaru ialah pernikahan sahabat Dato’, saudara Akil Hayy dengan pasangannya Waheeda. How sweet… Keluarlah tajuk surat khabar yang bunyinya nakal, “Bernikah selepas 30 hari cerai”. Dato’ setuju dengan pengantin baru ni , “Lantaklah apa orang nak kata”. Kisah rumah tangga ni amat sulit. Tak betul, jika ia disebar-sebarkan ke media. Sebab hal dalam kain, hanya mereka yang tahu. Dulu orang kata mereka dah kahwin lama senyap-senyap. Ternyata itu semua fitnah. Jadi apa jaminan yang gossip-gossip yang lain itu semua betul? Bukannya apa, yang buruk nama Islam juga, yang buruk ustaz-ustaz jugak.

Dato’ tak berminat nak komen lebih lanjut. Dato’ harap hubungan suami dan B1N1 ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sudah pastinya, selepas kahwin ini, banyak getir dan rintangan yang perlu dihalangi. Belum seminggu kahwin, dah ada rintangan yang bakal ditempuhi Akhil dan Wassininya itu. Dato’ harapkan mereka ni, banyak-banyakkanlah bersabar yek. Yelah baru seminggu kahwin, dah puasa. Air mata kegembiraan dah kering, air liur pulak yang meleleh. Hah gitu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...