Datangmu tidak berjemput,
Namun sekilas kau menyinggah,
Bergoncang debar jantungku.
Kau datang dan pergi dengan sekelip mata,
Setelah kau pergi, air mataku bercucuran,
Adakah ini ujian dan dugaan kepadaku,
Apa salahku diperlakukan sebegini?
Besar manakah dosa-dosaku?
Tidak pernah sekalikah aku berbuat bakti?
Oh Tuhan,
Inikah balasan kepada diriku,
Yang selalu melupaiMu,
Yang sering alpa akan suruhan-suruhanMu,
Yang amat ghairah akan larangan-laranganMu,
Ampunkan aku Tuhan kerana menyemai dosa,
Maafkan aku Zalzalah,
Setelah kau pergi,
Tiada lagi keindahan di pantai,
Tiada lagi kecantikan alam untuk kunikmati.
Oh Zalzalah,
Zal Zal Zal Zal... Zal Zal Zal Zal,
Woohop... Woohop...Woohop... Woohop.
Lihat apa yang berlaku di Samoa, Sumatera, Padang dan juga di... Jalan Tun Razak akibat penangan lentukan Zalzalah. Heran juga, duk sibuk-sibuk nak Ganyang Malaysia, Ganyang Malaysia, tengok-tengok negara sendiri yang kena ganyang! Dulu kena goyang gerudi kira ok lagi, sekarang bumi kena goyang. Begitu juga dengan yang berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, dan sebahagian tempat di Malaysia. Mungkin masa tu, kita belum bersolat lagi, masa tu kita sibuk dengan urusan dunia dan masa tu, kita tidak mengingati Allah. Bila terasa gegaran, kita turun ramai-ramai dari office, dan baru tersedar akan kealpaan kita tadi. Jadi Zalzalah ni juga menghantar signal dan as reminder yang kita tidak boleh snooze kan dia.
Zalzalah ini ialah bala dari Allah yang diturunkan kerana adanya maksiat di sesuatu tempat, atau tidak ada amal soleh di dalam sesuatu tempat.
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). "(30:41)
Mereka inilah punca berlaku maksiat. Siapa dia ketua-ketua? Of course pemimpin. Orang-orang terkemuka? Mungkin penaja-penaja. Mereka nilah punca berkembangnya maksiat berleluasa. Mereka ada kuasa, wang ringgit. Bila maksiat berleluasa, maka bala bencana pasti menimpa.
"Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali. " (22:48)
Walaupun Malaysia terselamat, tapi Dato' takut Zalzalah ni akan berlaku di Malaysia, di bahagian di Negeri Sembilan, hujung minggu ni. Zalzalah akan berlaku dengan dasyatnya di sana, bukannya dengan turunnya gegaran, tapi turunnya kain songket, basikal, beras dan not not bergambar Agong. Muka bumi di sana juga turut digoncang dengan ledakan Tar Tar yang berwarna hitam. Sekian dimaklumkan. Kalau kalah lagi, alamat gempa akan berlaku buat kali kelapan... hah gitu. Jadi kepada YB YB, selamat berkempen secara berhemah. Jangan nakal-nakal... Kalau kena tumbuk, sila bangun sendiri. Ayuh, kita Ganyang rasuah dan pengundi hantu! Bisa dong... Udah dulu ah...
No comments:
Post a Comment