Undilah...

Tuesday, November 10, 2009

Pyaar Ishq Ho Mohabbat

Pyaar, deewana hota hai, mastana hota hai....
Har kushi se har gham se be ghana hota hai...

Jangan betulkan siaran anda. Hari ini Dato' ingin berbicara soal pyaar, ishq dan mohabbat. Nampak macam banyak vocab Dato' dalam bahasa Hindi, tapi sebenarnya sama aje maksud. Semua itu bermakna cinta. Aii, jangan takut, jangan was was, Dato' ada tauliah untuk cakap soal cinta, kalau ada yang nak tangkap, meh sini, kita bukak gelanggang, haiiip! Penyokong-penyokong Dato', standby pegang Dato'. Tapi jangan merusuh, nanti kerajaan rugi nak beli kerusi baru stadium. Harap semuanya tenang, Dato' pergi sebagai seorang pejuang! Apa pulak perlu tauliah tauliah. Cukup untuk check berapa aweks-aweks yang Dato' berjaya jinakkan. Inilah mentaliti kita, kalau sebut soal cinta je, mesti nak kaitkan dengan TA yang terakhir tu. Scope cinta tu luas, merangkumi cinta sesama makhluk, sesama alam sekitar, Tuhan. Tetapi cinta sesama sejenis, ini diluar scope, hah gitu. Nak kena bersumpah-sumpah pulak nanti. Susah jugak akhir zaman ni. Kalau pembacuh kopi/teh pompuan, nanti dituduh ada skandal, kalau lelaki, nanti kena pergi Pusrawi. Nasib baik Dato' minum air suam aje.

Baik, apakah itu Cinta? Cinta itu ialah perasaan kasih sayang terhadap sesuatu atau seseorang. Bagaimana untuk kita membentuk rasa cinta? Cinta dapat dibentuk dengan jayanya apabila kita mencintai sesuatu atau seseorang dengan 101%. Mas Idayu, jangan perasan bila baca entry ni. Bagaimana ini boleh berlaku? Ini berlaku dengan membentuk rasa cinta dengan melafazkan penafian dahulu diikuti dengan mengikrarkan rasa cinta itu. Sebagai contoh, seorang isteri bertanya kepada suami, adakah suaminya betul-betul mencintainya. Suaminya menjawab, "Ya, saya cinta awak". Pernyataan ini bukanlah menggambarkan rasa cinta sebenar. Ini kerana, pada suatu hari, si suami berkenalan dengan seseorang wanita lain ala-ala pramugari Firefly, dan menjalinkan hubungan cinta. Lalu si isteri mendapat tahu khabar ini lalu mengungkit lafaz ikrar cinta suaminya yang lalu dan mendakwa suaminya tidak mencintainya lagi. Si suami membalas, "Memang saya cintakan awak, tapi saya tak kata saya tak cintakan orang lain".

Jadi bagaimanakah contoh cinta yang sebenar, iaitu 101%? Si suami patut berkata dengan penafian, lalu ikrar. "Saya tidak mencintai orang lain, hanya awak seorang sahaja yang saya cinta". Maka dengan ini, si isteri boleh menarik lafaz lega, kerana si suami telah membentuk rasa cinta yang sebenar dan meyakinkan. Ehem, harap maklum entry ini hanya untuk bacaan suami-suami sahaja, kalau isteri baca, habislah tak boleh nak buat trick lepas ni... hah gitu.

Begitu juga cara kita membentuk rasa cinta dengan Allah. Sebab itu, kita melahirkan rasa cinta kepada Allah, dengan lafaz yang suci, La Ilaha Illa Allah, bermula dengan penafian, tiada tuhan yang disembah, kemudian rasa ikrar, melainkan Allah. Lafaz ini merupakan lafaz yang ulung, menunjukkan rasa cinta kepada Allah, dengan sebenar-benarnya. Tiada makhluk lain, atau peraturan dan acuan lain yang patut kita ikut, melainkan peraturan dan acuan daripada Allah saja. Jadi, tidak cukup untuk kita sekadar mengatakan, "Aku cinta Allah, aku sembah Allah," tanpa diikuti dengan penafian.

Inilah cinta dan ikrar yang sebenar atau 101%. Ini kerana, jika ikrar sahaja tanpa penafian, maka kita akan ikut juga perintah Allah, tetapi dalam masa yang sama kita mengikut apa-apa sahaja yang dibolehkan oleh aturan yang lain, yang dalam masa yang sama dilarang oleh Allah. Yelah takut-takut, kita disoal esok di padang masyhar, "Dah Potong? Dah Potong?" Potong apa? "Potong tangan daa... untuk kesalahan mencuri" Macam mana kita nak jawab agaknya? Yang memangkah pun kena jugak, jangan ingat terlepas. Sekian dimaklumkan.

Jadi Dato' cadangkan pada parti politik yang takut ahli parlimen/DUN melompat parti, supaya buat Bai'ah begini, "Aku bersumpah, tiada parti lain yang aku berbakti, melainkan parti tuuut aku ini". Carilah cinta yang 101%, kerana ianya cinta yang hakiki, dan menjamin keamanan sejagat, dunia dan akhirat. Wallahu a'lam. Bilalah nak Potong...?

1 comment:

  1. hehe...wow...yer...yer..tol tu dato...cinta yang hakiki, dan menjamin keamanan sejagat, dunia dan akhirat...amin..moge2 kte bersama insan yg kite cintai...amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...