Undilah...

Monday, February 23, 2009

Nikah Online



"JEDDAH - Keterbatasan ruang dan waktu rupanya tak menghalang proses pernikahan ini. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki, Ahmad Jamil Rajab (26) berada di Amerika, sementara pengantin perempuan, Wafa Suhaimi (24) berada di Jeddah.Ahmad dapat melihat pihak pengantin perempuan, wali, saksi, dan keluarganya melalui web-cam yang dibesarkan oleh LCD (projektor), demikian juga sebaliknya.



Hukumnya Boleh dan Pernikahannya SahSementara itu, ketua bagi pernikahan unik itu, Syaikh Adil ad-Damari, mengaku baru pertamakalinya mengelola acara pernikahan semacam ini.
"Ini benar-benar kali yang pertama, dan benar-benar unik," katanya.

Ad-Damari menyatakan, terkait hukum pernikahan demikian adalah bersandarkan kepada hadith nikah muwakkal atau juwaz bil wikalah (nikah yang diwakilkan). Menurut hukum Islam, pernikahan yang diwakilkan itu sah. Hal tersebut dipraktikkan Nabi saw ketika menikahi Ummu Habibah yang sedang berada di Habsyah (Eutiopia), dan diwakili oleh Amru bin Umayyah Adhdhomari dan maharnya dari Najashi penguasa Habsyah (HR. Abu Daud).

Syaikh Dr. Muhammad an-Najimi, salah seorang anggota Dewan Fikh Islam (Majma' al-Fiqh al-Islami) Arab Saudi juga menilai hukum pernikahan "mode baru" ini adalah boleh dan sah."Pernikahan seperti demikian hukumnya sah," jelasnya.


P/S Baca betul-betul... Nikah Online, bukan kahwin online. Kahwin online ramai yang buat. Sekian dimaklumkan.

Ini baru betul, menggunakan IT untuk tujuan baik. Bukan macam yang berlaku sekarang, menyalahgunakan IT, webcam untuk tujuan-tujuan yang tak sepatutnya. Bukan orang Malaysialah, tu orang Zimbabwe tu...

Disebabkan masalah visa dan study, pihak lelaki bertekad ingin kahwin. Kalau kita, dah dekat, dah rapat, dah erat pun liat nak kahwin. Maksud Dato', nikah. Ni nun jauh, kat USA, kat Jeddah pun mahu memetraikan ikatan suci. Nasib baik tak disconnect. Kalau tak, naya...


Pastinya, malam pertama mereka hanya di Yahoo Messenger sahaja... Agaknyalah. Sabar ajelah sheikh, masanya akan tiba... Hah gitu...
Anyway,mubarak ya akhi, ukhti!!! Lepas ni, bolehlah panggil bini ente, ya humaira', ikut nabi panggil isteri dia. Humaira' ni maksudnya si comel. Kalau kita, boleh gitu? Balik, balik, je, Hai si comel!! Bukan isteri bangun, kucing yang sambut... Hah gitu...

Wednesday, February 18, 2009

Awas.. Jangan Tidur Lagi!!

Kebelakangan ini, Dato' susah nak tidur. Adakah Dato' sekarang ni mengalami masalah imsonia? Dato' ni seorang yang mudah tidur. Letak je kepala terus jalan. Macam-macam posisi Dato' buat. Dulu sebelum bergelar student, Dato' tak boleh tidur dalam bas ya'ni tidur sambil duduk. Lepas bergelar student, Dato' dah pandai tidur atas kerusi, dalam bas tulah, sebab selalu travel guna bas masa balik kampung, nak tak nak kena belajar tidur gaya tu. Makna kata, Dato' ni seorang yang mudah tidur.

Tapi akhir-akhir ni Dato' sukar untuk melelapkan mata. Tak tau kenapa. Ke kiri tak boleh, ke kanan tak boleh. Dah cuba posisi terlentang pun tak boleh. Posisi 4-4-3, gagal. Posisi 6-6-9 lagilah tak boleh tidur! Tiba-tiba kain Dato' terselak. Aww!!! Tak kuasa mak. Cepat-cepat Dato' covering the aurah. Rupa-rupanya Dato' dilanda fobia. Dato' cukup takut kalau Dato' tidur ada orang yang curi-curi rakam gambar Dato' tengah tidur. Lepas tu disebarnya dalam internet untuk menjatuhkan nama Dato'.

Zaman sekarang ni memang takde privacy dan takde hormat. Elok-elok ada gelaran Yang Berhormat, dia jadi Yang Bogel. Tak ke malu. Pakar kesihatan kata nak tidur kenalah berpakaian longgar dan jangan ketat. Ini kerana pakaian yang menekan perut atau dada akan menekan saraf sehingga akan mempengaruhi fungsi organ dalaman. Ini dapat menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti cirit birit, sembelit, pening dan gatal. Tapi bila dah pakai longgar ada pulak yang nak menggatal. Nak tidur pun tak senang! Lepas ni kalau nak tidur, hati-hatilah. Akan datang, bila nak tidur kena pakai formal.

Gambar ehsan dari Blog: dugaannya......???, oleh aripsamat.
Jadi Awas!! Pastikan line clear dulu. Kalau tak, Jangan Tidur Laaaagiiii... Jangan Tidur Laaaagiiii!!

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untukmencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap sepert itidurnya ahli neraka.

5. TIDUR PERDANA MENTERI
Bersongkok, berbaju melayu dan bersongket.

6. TIDUR YB??
Silap posisi, hilang kerusi!!! .

Tuesday, February 17, 2009

Hot Mama!!!



Huge ... Nadya shows off bump

THESE incredible photos show Nadya Suleman just eight days before she gave birth to octuplets.

The 33-year-old single mum who already had six children by IVF, used fertility treatment to give conceive a further EIGHT babies.


Big family ... the octuplets

Yesterday, Nadya launched a website leaving messages for all her well-wishers.

"We thank you for the love and good wishes sent to us from around the world," she said.

She added that her children are "all healthy and growing stronger by the day".

The kids have been named Noah, Maliah, Isaiah, Nariah, McCai, Josiah, Jeremiah and Jonah.

We reckon that's the mother of all bumps!


P/S - Kuasa Allah. Inilah kelebihan kepada perempuan yang Allah tak beri kepada kaum lelaki. Yelah, Dato' faham, walaupun kebanyakkan kaum lelaki "mengandung", tapi mereka tidak dapat melahirkan. Ini yang lelaki takde. Tapi ni sekali 8. Murah rezeki dia yek. Jadi boss pun tak payah risau bila staff pompuan mintak cuti bersalin. Sebab dah cover sampai 8 tahun Year Assessment!!... Hah gitu...

Thursday, February 5, 2009

Hari Hitam

Bukan...bukan... Hari ni bukannya hari Itam (kawan Dato' tu). Tapi hari ini hari hitam buat Dato' dan teman-teman yang telah terkena atau senjata balik ke tuan. Pernah tak berlaku yang mana anda ni seorang peminat fanatik bola sepak Harimau Malaya. Dan pernah tak anda kecewa melihat mutu dan taktikal permainan pemain-pemain kesayangan anda? Dan pernah tak anda kecewa dengan strategi jurulatihnya? Itulah ibaratnya yang Dato' rasa sekarang ni.Dan sebagai penyokong, Dato' tetap setia menyokong hero-hero Dato'yang menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan Dato' untuk terus berjuang memantoopkan lagi negara Malaysia yang tercinta ini.

Tapi apa nak buat.Hero-hero Dato' ni tersilap congak, tersilap langkah sampai Dato' pun tersilap mata dibuatnya. Magic telah berlaku. Wakenabeb!!

Dato' tau hero Dato'tu ada numbers. Tapi tak payah kot terlalu yakin dan announce terlalu awal. Tak jadi, malu beb dan orang tak percaya. Last sekali orang lain curi idea, dan dia pulak ada numbers. Baik Punya Cilok!!

Apa pun Dato' berharap agar muhasabah dibuat, kita tentu melakukan kesilapan dan dosa sehingga terjadinya Hari Hitam. Tapi ini adalah ketentuanNya,dan kemenangan di dalam perjuangan merupakan suatu giliran.
Firman Allah,

"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim."

So my Boys and Men, muhasabahlah. Kesalahan memang datang dari kita. Teruskan mengorak langkah. Takpe, hari ni hari dia...Esok, hari Jumaat!!!... Hah gitu...

Light off please...

Wednesday, February 4, 2009

Apa ke heynya... Yob??



Kerajaan Campuran Perak selepas PRU 12



"Kami masih lagi kerajaan Perak, sekarang!!!"



"Mana boleh, ini kerajaan, aku yang punya!!"

Dua ADUN Perak yang tak nampak batang hidung masa press conference semalam dengan alasan sakit dan MC, kini sudah kebah!! Ala, korang macam tak pernah buat...!!



"Bye bye bye...?? I never say goodbye!!!"

Penulis Politik Tak Boleh Cari Makan


Dulu Dato’ merupakan seorang penulis politik di forum-forum politik terkenal tanah air. Maksud Dato’ dulu merupakan seorang penulis politik tegar. Tapi sekarang Dato’ tidak aktif lagi menulis. Hanya kadang-kadang saja menyelah-nyelah jika ada isu-isu panas. Faktor pertama Dato’ tidak aktif lagi berforum, ialah kerana kesuntukan masa. Dato’ ni boleh dikatakan businessman. Bukan… bukan… maksud Dato’ ialah Dato’ seorang yang busynessman. Jadi tidak ada masa sangat untuk berforum. Berforum memerlukan commitment yang tinggi untuk menangkis hujah lawan. Kalau lambat rely, ianya akan jadi isu basi, dan kita akan dikatakan tewas dalam berhujah.

Faktor lain yang membuatkan Dato’ tidak lagi aktif berforum ialah ada kena mengena dengan tajuk ini. Keadaan politik semasa di Malaysia selepas pilihanraya umum ke 12, pada 8 March 2008 lalu, tidak menentu dan bergerak laju. Ini disebabkan kekuatan kerajaan BN sama dengan kerajaan PR. Cuma kerajaan PR tidak mempunyai kekuatan media. Oleh sebab itu, dalam minda setiap umat Malaysia, ada pandangan buruk terhadap kerajaan PR.

Kesilapan kerajaan PR ialah mereka hanya menang sedikit-sedikit dan tak menang habis pada pilihanraya yang lalu. Kalau menang sedikit sedikit di sana dan di sini, maka timbullah soal beli wakil rakyat dan soal lompat parti. Kalau menang sedikit sedikit di sana dan di sini, maka media yang menjadi milik BN, terus menghentam dan mencari jalan untuk menekan kerajaan PR yang memerintah. Logik tak, kritikan dan tuduhan kepada kerajaan Selangor yang memerintah, yang menjawabnya di television, bekas MB Selangor? Kenapa tidak MB Selangor sekarang, yang memerintah yang jawab??

Kalau menang habis, habis cerita. Kerajaan PR boleh memerintah dengan aman, media dipegang, dan apa-apa polisi kerajaan terhadap kebajikan rakyat, boleh dipersembahkan kepada rakyat dalam media dengan bebas. Kalau kalah habis pun senang seperti yang Kerajaan PR lalui dahulu. Kerajaan BN jarang melakukan provokasi politik di dalam media. Sebab dia dah menang habis, jadi dia tak pedulikan pembangkang kecuali dia menyerang Kelantan dan MB Nik Aziz sahaja satu ketika dahulu. Pimpinan PR boleh menjawabnya di dalam ceramah-ceramah umum. Tapi seperti yang Dato’cakap tadi, masalahnya kerajaan PR menang sedikit sedikit atau hampir separuh, jadi lagi hebat Kerajaan BN menyerang.

Ibaratnya beginilah. Dalam pertandingan Akademi Fantasia, mana lagi tertekan, penyanyi, pengkritik, tenaga pengajar atau penonton/pengundi? Tentulah penyanyi, bukan? Penyanyi ibarat kerajaan, yang mempersembahkan dan melaksanakan polisi dan dasar kerajaan. Pengkritik ialah media yang mengkritik atas apa yang kerajaan buat. Tenaga pengajar ialah kumpulan yang menyokong kerajaan, dan penonton ialah pengundi. Masalah kerajaan PR sekarang, pengkritik lebih banyak dari penyanyi, dan kesemua pengkritik tidak suka akan tenaga pengajar. Maka apa yang diperkatakan oleh pengkritik akan mempengaruhi penonton dan pengAFundi, walaupun penonton mengundi atas anggapan dan pendapat mereka sendiri. Ini yang dihadapi oleh kerajaan PR sekarang. Berbanding dengan kerajaan BN memerintah dulu. Pengkritik semua diupah oleh tenaga pengajar untuk membuat puji-pujian Raihan kepada anak didiknya (penyanyi). Kalau pengundi cerdik, dia akan memilih suara yang lunak sedap, dari rupa paras, dan undi penyanyi ada paras rupa yang menarik mesti naik. Tapi kalau Dato’ masuk AF, tentu undi naik gila-gila dan mendadak. Betul, tak percaya? Suara Dato’ bukan sedap pun!! Tapi pelik, undi naik…!

Itulah sebagai mukadimah. Belum start lagi ni…Makna kata, arus politik sekarang sangat laju. Baru Dato’nak tulis yang dua ADUN Perak dari Parti Keadilan Rakyat tu letak jawatan, tup tup dengar pulak kerajaan BN akan merampas Perak. Tu yang Dato’ cakap, penulis politik sekarang tak boleh cari makan. Tulisan-tulisan penulis politik sekarang cepat basi, kerana beberapa jam lagi, tulisan mereka tidak lagi relevan kerana keadaan dah merubah jauh berbeza.

Dengan iklim politik yang tidak menentu ini, sudah pasti amat memualkan dan meloyakan bagi orang yang tak minat politik untuk terus ambil pusing terhadap perkembangan mutakhir ini. Lagilah mereka terus cop politik ini kotor. Politik sebenarnya tidak kotor, malah kita wajib ambil tahu, kerana ini tanggungjawab kita untuk memilih mana satu pemimpin yang betul.

Allah berfirman;

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (11:113)

Di dalam tafsir pimpinan Arrahman, cenderung itu bermaksud bersubahat dan menyokong tindakan orang-orang yang zalim itu.

Ini termasuklah menyokong dan memangkah parti yang berlaku zalim semasa pilihanraya.

Hamka pernah berkata, kezaliman pemerintah berlaku dengan empat macam. Pertama, mentang-mentang berkuasa, buat semahu-mahunya. Kedua merampas milik rakyat, Ketiga menahan seseorang yang dicurigai bertahun-tahun lamanya. Contoh? ISA lah. Keempat, menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya.

Sebab itu penting politik ini penting. Yelah Dato’paham. Memang menjijikkan pun permainan-permainan politik masa kini. Seolah-olah niat mereka bukan untuk menjaga kepentingan rakyat, tetapi untuk tembolok dan isi perut mereka. Tapi jangan lupa tanggungjawab kita untuk memainkan peranan. Contohnya macam Dato’lah. Menulis blog. Walaupun usaha ini kecil, namun seperti burung yang mengutip air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim.

Kesimpulannya, dengan suasana politik Malaysia yang ala-ala drift, penulis politik tak boleh “cari makan”. Agaknya mereka tentu berniat nak tukar profession kepada menulis cerita-cerita artis bercerai, artis kahwin naik kuda dan pemain bola injured selepas menackle artis, ada juga faedahnya. Sebab tu konsep blog Dato’ ni Hadhari. Semua pun boleh, bukan politik sahaja. Apapun ingatlah, Kita bukannya gila kuasa, tapi kita ingin merampas kuasa dari orang gila… Hah gitu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...