Undilah...

Monday, January 18, 2010

Romantik vs Plastik

Fahaman 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita yang tercinta nampaknya menular ke aspek-aspek lain ke dalam kehidupan kita rakyat Malaysia termasuklah dari aspek agama. Kini dari 1Malaysia, kita pula mengalami satu fenomena fahaman baru yang cuba dibawa oleh pihak lain yang boleh kita panggil sebagai 1Tuhan. Tak cukup ciri-ciri keMalaysiaan yang disyorkan dikongsi dengan orang lain, kini Allah pula yang mahu dikongsi. Teringat dulu, bila raya Cina dan raya Melayu disambut bersama, dipanggil kongsi raya. Raya India dan raya Melayu dipanggil Deeparaya. Tapi kalau Raya Cina dan raya India… dipanggil…? Kongsi Gelap lah!

Dato’ bukan apa, takut fahaman kongsi-kongsi ni, fahaman satu (1) satu (1) ni akan merebak dan terus merebak. Dulu 1Malaysia, kini 1Tuhan atau 1Allah, lepas ni entah- entah 1Bini. Hei tak boleh jadi ni. Hah gitu. Kempunanlah suami-suami yang amat pengasih lagi amat penyayang di luar sana. Maksud Dato’ di sini ialah jangan sesekali cuba mempermainkan dan mencabar Islam di sini dengan cuba mengada-adakan benda yang tak ada, mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tapi Dato’ tak rasa perkara ini significant untuk menjauhkan kita dari Islam. Mereka tahu yang orang Islam ini cukup sensitif. Cuba try bakar mana-mana masjid atau surau, maka si penagih dadah, perogol, perasuah, pemabuk, penjudi dan pelbagai “pe” lagi yang bermykadkan Islam akan bangkit bersuara. Silap-silap, bawak kepala lembu lagi. Tetapi cukuplah hanya letak sebiji bola, maka Islam dapat dijauhkan dari umatnya. Sekian dimaklumkan.



Lelaki Melayu kurang romantik

KUALA LUMPUR – Suami di Malaysia khususnya kalangan orang Melayu didakwa kurang romantik berbanding kaum lain jika pemberian hadiah hari jadi untuk isteri dijadikan pertimbangan.

Ini adalah pandangan perancangan majlis dan pemilik Gedung Al-Habshee Event, Syed Hashim Syed Ali Al-Habshee yang mendakwa suami keturunan Melayu juga jarang mengingati tarikh hari jadi isteri. - Kosmo

Dato’ Shah – Tun Mahathir cakap “Melayu Mudah Lupa”. Kalau dibaca bersama dengan rencana kosmo ini, ada benarnya. Sebenarnya bukannya Melayu yang mudah lupa. Manusia itu sendiri yang mudah lupa. Nama pun insan. Insan tu asal perkataan arab yang bermakna lupa.



Ala biasalah, ini semua falsafah alam rumah tangga. Mula-mula Becinta, lelaki yang banyak bercakap, perempuan pulak yang banyak mendengar. Bila baru kahwin, perempuan yang banyak cakap, lelaki pulak yang banyak mendengar. Bila dah lama kahwin, dua-dua banyak bercakap dalam rumah, jiran mereka di luar sana pulak yang banyak mendengar. Hah gitu. Tapi jangan pulak sampai satu tahap yang dua-dua mendengar, tok kadi pulak bercakap. Yelah, mula-mula kahwin, melayari bahtera bersama, bila dah lama-lama kahwin, hanya mendayung perahu naga sahaja. Hah gitu.

Ini semua susut nilai punya polisi. Hadiah penyanyi kesayangan ramai pun boleh susut nilai setiap tahun. Macam bil jugaklah. Mula-mula bercinta, bil telefon meningkat, sebab duk gayut je. Masa mula-mula berkahwin, bil telefon turun, bil air pulak meningkat, sebab duk rajin sangat mandi sahaja. Bila dah ada anak, bil elektrik pulak yang meningkat, sebab duk berjaga malam selalu, bukak lampu. Oklah tu, tapi bila dah lama-lama kahwin, bil air pulak yang turun, hah gitu. Yelah, soal rasa, lidah tak boleh bohong.

Biasalah, bagi Dato’ walau apa jua KPI perkahwinan dan percintaan, daripada hadiah hari jadi, siapa yang bercakap siapa yang mendengar dan bil bil segala tu, yang penting di sini ialah tanggungjawab tak boleh diabaikan. Macam kita melenting nama Allah hendak dikongsi bersama orang lain, tapi tanggungjawab terhadapNya kita abaikan juga. Yelah, soal Allah tuhan siapa, iman tak boleh bohong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...