Undilah...

Monday, April 19, 2010

Kagum dengan Kerajaan Episode II

Harap maklum. Tajuk di atas bukan menunjukkan Dato’ kagum dengan kerajaan APCO. Kagum dengan kerajaan merupakan antara siri-siri Dato’ ketika berurusan dengan jabatan-jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan. Masihkah ingat lagi akan watak-watak ketika Dato’ berurusan di Jabatan Imigresen lalu, iaitu abang fotograf yang failed maths dan cikaro kaunter? Sila rujuk Episode I di sini - Kagum dengan kerajaan!!!

Kali ini Dato’ bawakan episode ketika Dato’ berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara di Pusat Bandar Damansara bahagian permohonan Mykad baru. Mykid, insya allah lagi sebulan lagi, hah gitu. Masuk-masuk je ke pejabat kaunter, dah start kagum dah. Kagum kerana kaunter lengang tiada orang. Tak macam dulu masa Dato’ buat di Kompleks Wilayah. Siap boleh melantak Nasi Kandar di Jalan TAR lagi masa tunggu giliran.

Namun kekaguman Dato’ sedikit menurun apabila on the way ke kaunter. “La, makcik aje”, getus hati kecil Dato’. Lantas, secubit senyuman Dato’ pancarkan ke arah kaunter agar warga emas itu tidak dapat membaca isi hati Dato’.

Mykad lama Dato’ hulurkan. Kekecewaan apabila berurusan dengan makcik sahaja, terubat, apabila Dato’ agak terhibur juga dengan lawak spontannya. “Awak ni memang guna sungguh Mykad ni yek”. Hamboi, tak sayang molot! “Memanglah, Mykadku bukannya jenis pakai buang, biarlah lebih dari sehari”, balas Dato’ di dalam hati.

Dato’ dulu pernah hilang IC semasa mula-mula belajar hidup di kota berbelas-belas tahun yang lalu. Masa tu tak panggil Mykad, panggil IC lagi. Tapi Dato’ tak mempunyai IC yang ada cap jari dua kat belakang tu, ok. Dato’ bukanlah tua sangat, noks!

Kira pakejlah masa tu, hilang dompet, IC, lesen memandu dan dua tiga keping gambar aweks-aweks MIRC. Kepada generasi Y, MIRC tu bukanlah nama maktab, tapi merujuk kepada system chatting yang popular masa itu. Biasalah, zaman tu era bola-bola api, jadi old skool sikit.

Kesnya bermula ketika Dato’ sedang bergayut di public phone di jalan Masjid India. Yelah masa tu SMS pun 30 sen per sms, call pun 60 sen per minit. Orang lain duk guna 019, 013, 016, Dato’ guna 03 lagi senang. Coverage pun meluas. Murah pun murah. Jadi guna coinlah masa bergayut, dompet Dato’ letak atas public phone tu. Nak jadikan cerita setelah kemaruk dapat bergayut, sekali, dompet Dato’ lupa nak ambik. Dah patah balik, tengok-tengok dah kena kebas.

Duduk di KL ni kalau tak hilang IC, lesen, dompet, tak sah. Tak sah duduk di KL kalau tak pernah merasa buat report polis dan frontal dengan sarjan misai. Jadi Dato’ menggelabah masa tu, terus Dato’ tanyakan abang gerai yang berdekatan dengan public phone tu, kalau-kalau dia perasan ada orang rembat. Namun jawapannya hampa.

Tapi abang tu duk renung-renung muka Dato’, diperhatikan hidung Dato’ yang tinggi dan belang, dan dagu lekuk Dato’. Kemudian dengan perasaan yang cemas, cepat-cepat dia suruh Dato’ buat report polis. Alasannya supaya Dato’ tak kena tangkap, disangka takde permit. Dia kata takut Dato’ dicop warga asing dari Mumbai yang mana di situ banyak melahirkan bintang-bintang Bollywood, katanya. Bersungguh-sungguh dia yakinkan Dato’. Dato’ pun percayalah cakap abang tu sebab abang tu duk hari-hari bergelumang tengok video Hindustan, dengar lagu Hindustan yang dipasang kuat di Jalan Masjid India. Bak kata orang putih, he’s very experience in recognising Bollywood actor. Hah gitu.

Itu yang duk tunggu lama buat IC kat Kompleks Wilayah masa tu. Tapi sekarang tidak lagi. Proses permohonan di kaunter ambik masa tak sampai 10 minit, kemudian lagi 2 minggu dah boleh collect Mykad baru. Kagum! Kagum! Maka dengan siapnya Mykad baru Dato’, gugurlah status kerakyatan Muar, Johor dan Dato’ kini bergelar orang Kay El, you know. Kagum tak?
Harap maklum, info-info di atas terpaksa Dato’ sensor untuk mengelakkan kejadian pengundi hantu pada pilihanraya kecil Hulu Selangor nanti. Tak pasal-pasal hantu Dato’ kena mengundi kat sana. Sekian dimaklumkan.

Selamat bertanding kepada calon-calon YB. Selamat berkempen dengan aman. Don't drink and drink some more!. Siapa pun antara mereka yang terpilih, pastinya ada sumbangan-sumbangan mereka yang kita harus berasa kagum dengan mereka. Sebuah kerajaan yang dibentuk, tidak boleh sempurna 100%, namun tidak bermakna kita harus hentam 100%. Mana yang salah, kita kritik. Mana yang betul, kita harus kagum. Kagum! Kagum! Kagum!...


gurunsakura.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...