Undilah...

Monday, April 19, 2010

Kagum dengan Kerajaan Episode II

Harap maklum. Tajuk di atas bukan menunjukkan Dato’ kagum dengan kerajaan APCO. Kagum dengan kerajaan merupakan antara siri-siri Dato’ ketika berurusan dengan jabatan-jabatan dan pejabat-pejabat kerajaan. Masihkah ingat lagi akan watak-watak ketika Dato’ berurusan di Jabatan Imigresen lalu, iaitu abang fotograf yang failed maths dan cikaro kaunter? Sila rujuk Episode I di sini - Kagum dengan kerajaan!!!

Kali ini Dato’ bawakan episode ketika Dato’ berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara di Pusat Bandar Damansara bahagian permohonan Mykad baru. Mykid, insya allah lagi sebulan lagi, hah gitu. Masuk-masuk je ke pejabat kaunter, dah start kagum dah. Kagum kerana kaunter lengang tiada orang. Tak macam dulu masa Dato’ buat di Kompleks Wilayah. Siap boleh melantak Nasi Kandar di Jalan TAR lagi masa tunggu giliran.

Namun kekaguman Dato’ sedikit menurun apabila on the way ke kaunter. “La, makcik aje”, getus hati kecil Dato’. Lantas, secubit senyuman Dato’ pancarkan ke arah kaunter agar warga emas itu tidak dapat membaca isi hati Dato’.

Mykad lama Dato’ hulurkan. Kekecewaan apabila berurusan dengan makcik sahaja, terubat, apabila Dato’ agak terhibur juga dengan lawak spontannya. “Awak ni memang guna sungguh Mykad ni yek”. Hamboi, tak sayang molot! “Memanglah, Mykadku bukannya jenis pakai buang, biarlah lebih dari sehari”, balas Dato’ di dalam hati.

Dato’ dulu pernah hilang IC semasa mula-mula belajar hidup di kota berbelas-belas tahun yang lalu. Masa tu tak panggil Mykad, panggil IC lagi. Tapi Dato’ tak mempunyai IC yang ada cap jari dua kat belakang tu, ok. Dato’ bukanlah tua sangat, noks!

Kira pakejlah masa tu, hilang dompet, IC, lesen memandu dan dua tiga keping gambar aweks-aweks MIRC. Kepada generasi Y, MIRC tu bukanlah nama maktab, tapi merujuk kepada system chatting yang popular masa itu. Biasalah, zaman tu era bola-bola api, jadi old skool sikit.

Kesnya bermula ketika Dato’ sedang bergayut di public phone di jalan Masjid India. Yelah masa tu SMS pun 30 sen per sms, call pun 60 sen per minit. Orang lain duk guna 019, 013, 016, Dato’ guna 03 lagi senang. Coverage pun meluas. Murah pun murah. Jadi guna coinlah masa bergayut, dompet Dato’ letak atas public phone tu. Nak jadikan cerita setelah kemaruk dapat bergayut, sekali, dompet Dato’ lupa nak ambik. Dah patah balik, tengok-tengok dah kena kebas.

Duduk di KL ni kalau tak hilang IC, lesen, dompet, tak sah. Tak sah duduk di KL kalau tak pernah merasa buat report polis dan frontal dengan sarjan misai. Jadi Dato’ menggelabah masa tu, terus Dato’ tanyakan abang gerai yang berdekatan dengan public phone tu, kalau-kalau dia perasan ada orang rembat. Namun jawapannya hampa.

Tapi abang tu duk renung-renung muka Dato’, diperhatikan hidung Dato’ yang tinggi dan belang, dan dagu lekuk Dato’. Kemudian dengan perasaan yang cemas, cepat-cepat dia suruh Dato’ buat report polis. Alasannya supaya Dato’ tak kena tangkap, disangka takde permit. Dia kata takut Dato’ dicop warga asing dari Mumbai yang mana di situ banyak melahirkan bintang-bintang Bollywood, katanya. Bersungguh-sungguh dia yakinkan Dato’. Dato’ pun percayalah cakap abang tu sebab abang tu duk hari-hari bergelumang tengok video Hindustan, dengar lagu Hindustan yang dipasang kuat di Jalan Masjid India. Bak kata orang putih, he’s very experience in recognising Bollywood actor. Hah gitu.

Itu yang duk tunggu lama buat IC kat Kompleks Wilayah masa tu. Tapi sekarang tidak lagi. Proses permohonan di kaunter ambik masa tak sampai 10 minit, kemudian lagi 2 minggu dah boleh collect Mykad baru. Kagum! Kagum! Maka dengan siapnya Mykad baru Dato’, gugurlah status kerakyatan Muar, Johor dan Dato’ kini bergelar orang Kay El, you know. Kagum tak?
Harap maklum, info-info di atas terpaksa Dato’ sensor untuk mengelakkan kejadian pengundi hantu pada pilihanraya kecil Hulu Selangor nanti. Tak pasal-pasal hantu Dato’ kena mengundi kat sana. Sekian dimaklumkan.

Selamat bertanding kepada calon-calon YB. Selamat berkempen dengan aman. Don't drink and drink some more!. Siapa pun antara mereka yang terpilih, pastinya ada sumbangan-sumbangan mereka yang kita harus berasa kagum dengan mereka. Sebuah kerajaan yang dibentuk, tidak boleh sempurna 100%, namun tidak bermakna kita harus hentam 100%. Mana yang salah, kita kritik. Mana yang betul, kita harus kagum. Kagum! Kagum! Kagum!...


gurunsakura.blogspot.com

Thursday, April 1, 2010

Pendidikan Seksa

Klasifikasi: 11SX – Budak 11 tahun pun dah boleh sekarang!

Sungguh seksa betul pendidikan ini. Malas betul rasanya nak pergi sekolah bila dapat tahu esoknya kena belajar pendidikan ini. Tenaga pengajarnya seorang perempuan pulak tu. Aduh terseksa betul. Mengapalah esok aku harus belajar Sains Form 3 Topik 1!

Itulah dilemma yang Dato’ hadapi ketika berada di tingkatan 3 salah sebuah sekolah elite di Muar, Maahad Muar. Nasib baik kelas tu tiada pelajar perempuan, jika tidak, pastinya Dato’ gagal memberikan tumpuan sepenuhnya kepada topik Pembiakan Seks. Yelah, pelajar suci lagi berdebu seperti Dato’ ni gagal menumpukan perhatian dalam kelas jika adanya gangguan-gangguan seperti ni. Memang terseksa betul topik sains kali ni. Siap tunjuk gambarajah lagi, tanpa setumpah dakwat censored. Tabah dan gigih sungguh cikgu perempuan itu menerangkan secara terperinci akan bagaimanakan organ-organ terbabit berfungsi. Eleh, padahal Dato’ dah lama tau dah, maklumlah masa tu baru sahaja lepas period. Maksud Dato’, baru sahaja lepas period baligh. Jadi pemahaman Dato’ semasa cikgu mengajar tu menjadi mudah dan cepat, apa orang kata tu, fast learner lah. Tapi bab ini ajelah. Hah gitu.

Masa tu, nak bukak buku sains form 3 pun menggigil-gigil. Sebab Dato’ mahu menjaga pandangan mata kerana pandangan mata memang selalu tertipu dan bernafsu. Tapi masa pergi ke pesta buku 2010 baru-baru ni di PWTC, setelah Dato’ selamat menghantar Datin ke booth Karangkraf bahagian novel, Dato’ terus bergegas untuk mendapatkan buku rujukan Sains Form 3. Bukan apa, Dato’ nak tengok syllabus dia sama ke tak macam dulu. Maklumlah dah puluh tahun tak merujuk.
Dah puas-puas belek, sekali tak jumpa pulak topik 1 masa tu. Mana perginya pulak. Lalu Dato’ memberanikan diri bersuara kepada tauke booth tu. "Apa lu mau?". "Boss, chapter yang baek tu ada boss?" Oh patutlah tak jumpa, syllabus dalam English rupanya sekarang. Dia dah bertukar kepada topik 4, Reproduction. Mungkin ini balasan Tuhan, apabila Dato’ buat-buat sombong masa melintasi booth Linguaphone. Hah gitu.
Dato’ bukannya apa. Dato’ terpanggil untuk membuat research ini setelah membaca keratan berita berikut ini.

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung polisi pendidikan seks di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai pakar bidang pendidikan seks, biologi dan hal-hal berkaitan.

“Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di beberapa negara yang sudah memperkenalkan polisi ini dan daripada pakar di kementerian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah, di bangunan Parlimen, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah telah dibincangkan banyak pihak.

“Cuma kementerian belum membuat keputusan kerana kita faham ia suatu perkara agak besar dan perlu dihalusi, walaupun kita tahu, keputusannya dinanti bukan sahaja oleh kementerian tetapi juga pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

“Saya bercadang menubuhkan satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini mungkin hanya menyuarakannya melalui media,” katanya. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6965384.asp

Hei pelik sungguh. Tak cukup ke seksa yang menimpa pelajar suci macam Dato’ ni bila belajar bab pembiakan dalam sekolah, ini nak ditambah dengan subjek khas pendidikan seksa ini. Kalau nak ikutkan, banyak lagi bab seks ni diterapkan dalam syllabus selain dari subjek Sains. Antara yang lain ialah Quran Sunnah dan Syariah Islam.

Hah ni satu lagi yang membuatkan Dato’ terseksa. Yang mengajarnya Ustazah bertudung labuh. Tajuknya ialah bab zina dan turun ayat Quran. Memang gigih Ustazah tu menerangkan apa dan macamana zina itu berlaku. Sebab dalam Islam, saksi perlu nampak betul-betul adanya ehem ehem itu, baru boleh dikatakan zina. Siap demonstrate lagi Ustazah tu. Masa tu Form 5, kelas dah campur laki pompuan. Rasa macam nak masuk dalam beg je di saat itu. Terseksa betul.

Itu satu. Dalam pendidikan Islam dan Syariah Islam ada juga didalamnya bab hudud, kalau zina diterangkan hukuman orang yang berzina dalam hudud. Ini semua ini, baik sains, pendidikan Islam atau pendidikan moral ke, ni kira pendidikan seks lah ni. Jadi apa perlu lagi pendidikan seks ni?.

Dato’ risau, kalau budak yang score subjek Maths biasa digelar kaki Maths, Mat Maths, gila Maths, tapi kalau budak yang score pendidikan seks ni nanti jadi apa pulak? Untuk renungan kita bersama. Akhir kalam, Salam Malam Jumaat!
-gurunsakura.blogspot.com-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...