Undilah...

Saturday, December 31, 2011

Mari Merancang

Bulan December. Selain daripada bulan mendapat kalendar dan diari percuma, bulan ini juga bulan yang popular untuk pengantin baru memandangkan ramai orang mengadakan kenduri kahwin. Mungkin disebabkan bulan December ini bulan cuti sekolah dan banyaknya orang kahwin juga mungkin disebabkan bulan ini bulan yang sejuk, sebab hujan. Hah gitu.


Jadi bila orang sibuk di sana sini jadi pengantin sehari, biarlah Dato’ di sini jadi bidan sehari. Hah gitu. Nak bagi tips sikit tentang perancangan keluarga. Rancang dengan apa yang ada di tangan. Mungkin ada pasangan yang baru berkahwin, belum bersedia untuk membuai dan membuat susu anak dan mahu mengetahui cara-cara mencegah kehamilan, di sinilah jawapannya.


Awas, ini untuk bacaan kepada pengantin baru dan bakal pengantin baru. Malah bakal bapak pengantin pun boleh baca, tetapi bacaan ini tidak sesuai untuk dicerna dan dihadam oleh pengapit dan juga untuk couple-couple yang selalu berkepit. Hah gitu.


Gagal merancang, merancang kegagalan. Mari merancang! Ada bermacam-macam kaedah. Kaedah yang pertama ialah dengan menggunakan kondom. Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri daripada salur getah yang dipakai semasa ereksi. Kondom amat mudah didapati di kedai-kedai serbaneka dan mengandungi pelbagai perisa beraneka. Pilihlah saja yang mana satu. Walaupun kaedah kondom ini adalah mudah, failure rate dia tinggi iaitu 30%, bermakna dalam 100 orang menggunakan kaedah ini, 30 orang akan hamil.


 
Kita pergi ke kaedah yang lain. Merancang keluarga juga boleh dilakukan dengan suntikan. Suntikan ini hendaklah dilakukan selama sekali dalam masa 3 bulan. Peratus kejayaan kaedah ini adalah sangat tinggi iaitu 99.9%. Namun begitu ada juga wanita yang keberatan memilih kaedah ini kerana bimbang selepas suntikan, badan mereka akan membesar dan berat badan naik. Sebenarnya ini mitos. Yang menaikkan berat badan bukannya kaedah suntikan itu, tetapi suntikan terhadap diri sendiri dengan makanan yang tak sihat.


Oklah kalau anda tiada suntikan semangat untuk mencuba kaedah tadi, apa kata mencuba kaedah pil perancang. Mudah, hanya telan dan buatlah aktiviti malam macam biasa tanpa takut, dengan syarat anda tidak boleh tertinggal untuk mengambil pil setiap hari, biasanya sebiji pil sehari. Misal kata kalau anda terlupa mengambil sebiji pil pada hari itu, keesokkan harinya anda perlu mengambil dua biji pil. Sekiranya anda terlupa dua hari, begitulah juga anda perlu menambah bilangan pil pada hari yang anda ingat. Tetapi jika dah seminggu anda lupa mengambil pil, lebih baik anda lupakan sajalah. Anda bakal gagal dengan kaedah ini jika tiada displin. Keadah pil ini juga mempunyai rekod peratus kejayaan sebanyak 99.9%.


Seterusnya, kaedah IUD, atau alat dalam rahim iaitu alat plastik yang mengandungi cooper atau hormon dan dimasukkan ke dalam rahim. Kejayaan kaedah ini adalah 90%. IUD tidak mencegah sperma daripada mengampiri telur tetapi ia boleh menyebabkan persekitaran rahim menjadi sukar untuk persenyawaan berlaku apabila sperma dirembeskan ke dalam.


Dato’ pernah bergurau semasa berguru dengan doktor di dalam bilik kaunseling. “Doktor, saya tahu ada satu keadah yang 100% boleh berjaya”.


 
Dengan mengerut dahi doktor itu mendapatkan kepastian daripada Dato’.


“Kaedah rembesan sperma di luar.”, kata Dato’ sambil tergelak kecil untuk menjaga professionalisma.


Doktor itu membalas, “Awak silap, kaedah ini sebenarnya 50-50 berjaya. Ada satu lagi yang confirm 100% kalau awak cuba, isteri awak tak akan hamil”


“Ye ke doktor? Cer cite”


Tanpa toma’ninah, doktor itu menjawab, “Kaedah suami tidur di luar”


Tanpa membuat masa, Dato’ tarik kerusi dan terus ke luar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...