Undilah...

Saturday, May 1, 2010

Libur Day

Hari itu busy seperti biasa. Tidur tak lena terhenti di sana. Sibuk untuk menjadi pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kononnya, tetapi bukan temberang. Sehinggakan bangunan-bangunan pencakar langit menjadi dambaan dan tuhan, sementelah bangunan-bangunan pencakar bulan sabit dan bintang dilupakan, dan tak pernah singgah. Walhal bangunan itulah yang paling tinggi di dunia. Sebab boleh cecah bulan dan bintang. Paling tinggi juga darjatnya di sisi pencipta alam. Ada yang tak pahamlah tu. Masjid daa. Namun dek kerana sibuk berkerja untuk mencari rezeki, kita sering alpa kepada pemberi rezeki.

Begitulah juga dengan diri Dato'. Terperangkap di dalam dunia kapitalis moden. Busy memanjang. Kadang-kadang tu busy body yang lebih.

Hari itu juga Dato' bersama sahabat Dato' makan lunch selepas lunch hour di kedai mamak yang berhampiran dengan anda. Sedang Dato' asyik menghirup aroma kopi jantan sambil membayangkan akan kehebatan kesan sampingannya, Dato' terpandang satu kumpulan manusia yang membawa kamera besar dan mikrofon. Eh ini ada sunting filem ke apa ni. Dato' pun usha usha lah kot-kot di situ ada Tiz Zaqyah. Bolehlah Dato' apply watak boyfriend baru selepas Maya kecewa dengan Dafi yang asyik berjumpa dengan bekas isterinya Julia di dalam drama Spa-Q. Opps, tertengok sudah!

Sekali, dua orang dari mereka datang dari meja ke meja dengan kamera dan mic. Alamak, ini boleh bikin panas ni. Dato' pun bersiap bagai, apa yang patut. Betulkan sikit hidung, dagu kasi trim, sideburn kasi balance, dahi kasi celak, rambut Dato' leper-leperkan ke bawah depan sikit persis fenomena dR Rozmey. Senyum, Dato' sengehkan sikit sambil tangan tunjuk isyarat bagus. Hah gitu.

Sekarang turn meja Dato'. Itu wartawan dari NTV yang buat temuramah ringkas tentang hari pekerja atau labour day. Masa turn Dato' shooting, terus blank dan gugup bila berhadapan dengan kamera. Mula-mula confident, bila action je, terus nervous. Entah apa-apa ucapan Dato' seperti para terakhir ini. Patut Dato' berucap pada para awal tadi, barulah mantap. Biasalah, blogger maa, mana pandai cakap. Bukan senang rupanya beraksi depan kamera. Lepas ni tobat Dato' tak kutuk pelakon-pelakon kayu yang berlakon style drama Spektera.

Lokasi penggambaran debut Dato'... I feel good...

Harap-harap bakal interviewer job baru Dato', tak tengok NTV7. Harap-harap juga, boss Dato' tak tengok tv dan tak tahu aktiviti shooting Dato' yang dilakukan ketika keluar makan pada pukul 3 petang. Hah gitu. Tapi kalau Yusof Haslam nak tengok, takpelah jugak. Untung-untung dia ambik Dato' sebagai anak orang kaya yang tak boleh blah dengan penyanyi kelab malam yang sibuk menackle cikaro yang baru habis SPM. Jangan David Teoh tengok dah le. Ini berat. Kang tak pasal-pasal dia ambik Dato' berlakon filem baru arahan Ahmad Idham, berjudul I'm Not Married Many Yet. Hah gitu. Jangan cari pasal.

"To all Malaysians, Happy Labour Day, don't work too hard, work smart!"

Cut!


gurunsakura.blogspot.com

1 comment:

  1. hehehe... kalau digandingkan dgn tiz zakiah boleh jadi cinta ke dua selepas kematian Fariz (Iqram Dizly) dalam ASMARADANA...haha.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...