Undilah...

Thursday, June 25, 2009

H2O dan H1N1

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun telah membuat kajian pada bulan Mac tahun 2005 juga menulis buku “the Hidden Massage in Water” ( Pesan Tersembunyl di datam air). Melalui kajian demi kajian yang tetah dibuat oleh Dr Masaru tetah terbukti bahawa air mampu merespons dengan baik perlakuan dan maklumat yang diberikan kepadanya, datam bentuk tulisan, gambar bahkan kata-kata atau suara. Bersama pembantunya Kazuya, kristal-kristal air ditemui terakam dalam gambar apabila air dibekukan pada suhu -25”C menggunakan kamera berteknologi tinggi. Bentuk kristal yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada maklumat yang diberikan kepada air. Menurutnya air mampu merakam pesan, seperti pita magnetik atau compact disk.



Mokekul air akan membentuk kristal yang paling indah adalah air yang diberi kata-kata “cinta” dan “terima kasih”. Sebaliknya molekul air membentuk kristal yang tidak cantik bahkan membentuk lingkaran yang berlubang di tengahnya apabila dikatakan padanya “kamu tidak berguna” atau “kamu bodoh” .

Apabila kita biasa menyatakan terima kasih, sentiasa bersyukur dan dihiasi perasaan cinta dalam kehidupan, kita telah berjaya membentuk air dalam tubuh kita menjadi kristal-kristal heksagonal yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kita. Sebaliknya jika keadaan hidup kita sentiasa tertekan dengan kejahilan, kebodohan, tidak bersyukur, sentiasa bermusuhan dan membenci, tidak redha dan banyak komen, maka kita tidak akan pernah mendapatkan kristal-kristal air yang cantik dan indah dalam badan kita. Kesihatan dan emosi selalu terganggu, sedangkan air heksagonal sangat berguna untuk mengeluarkan toksid-toksid ( racun-racun) dalam badan kita.

Air heksagonal adalah air yang berperanan untuk mengikat radikal bebas H+ dan OH. Oleh sebab itu apabila air seperti ini dibekalkan dalam badan kita atau terdapat dalam badan, maka akah terdapat reaksi atau tindak balas, rasa tidak sedap badan, bersin, batuk, mual, berpeluh-peluh, sering buang air kecil mahupun air besar. Reaksi seperti ini adalah tindak balas yang menggambarkan kemungkinan bertimbunnya toksid dalam badan kita. Tindak balas ini disebut sebagai detox effect atau homeostatic. (SOURCE: TIDAK BERNAMA)

Dato' Shah - Pastinya kajian di atas merupakan satu tamparan hebat kepada manusia-manusia yang memperlekehkan air jampi. Dulu ada seorang tua ternama yang mengatakan ulama' yang menjampi air sekadar menjual air itu untuk mendapat keuntungan, sementara ulama' itu sakit ke hospital juga. Ini menunjukkan orang tua itu jahil dalam agama yang jampi itu telah lama wujud dan dibenarkan sejak zaman nabi lagi. Asalkan air itu dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran, maka jampi tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah inilah medium untuk penyakit yang penyebabnya adalah jin.

Nah sekarang, doktor bukan Islam sendiri yang menjumpai bagaimana logiknya, dalam kes yang Dato' bawak ini, air jampi boleh mengubati penyakit. Rupanya air dapat memberikan tindak balas kepada kebaikan jika input kepadanya juga baik. Maka ayat suci Al-Quran yang dibacakan sudah tentu jauh lagi baik sebagai input untuk air itu dijadikan penawar. Kalau doktor Jepun tu tau yang orang Islam kutuk air jampi, tak ke malu.

Firman Allah, “….. Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup…..” (Q.S. Al Anbiya:30)

Maka boleh juga kita simpulkan air tsunami yang menghancurkan umat manusia satu ketika dulu, merupakan tindak balas air yang mendengar unsur-unsur jahat kepadanya. Mungkin berhampirannya tempat-tempat maksiat dan berlaku perbuatan ingkar, atau tempat "TA" "TA" yang seksi bermaharajalela.

Macam dalam tubuh anatomi kita jugak, air juga bertindak balas. Bila sedih, keluar air, air mata. Bila sihat, keluar air, air peluh. Bila bercakap tak henti-henti, keluar air, air gerimis. Bila selsema, keluar air, hingus. Bila batuk, meluat dan rasa nak maki, keluar air, air ludah. Bila diri dah dapat rasa dekat-dekat nak kalah debat atau gementar, keluar air buih kat tepi mulut. Sekian dimaklumkan. Bila terlampau sedap dan terlalu nikmat, keluar air juga. Err maksud Dato', air liur basi. Itulah nikmat tidur. Hah gitu...

Nak cerita pasal tindak balas air ni, ada satu cerita, hah yang ni memang orang Malaysia, bukan orang negara lain. Ada satu pakcik tu dia kematian isteri. Beberapa hari, meleleh air mata dia mengenangkan isteri kesayangan tiada. Selang beberapa minggu, air mata berhenti meleleh, air liur pulak meleleh... Hah gitu. Makna kata hebatnya tindak balas air terhadap perasaan sedih dan tak tahan. Maksud Dato', tak tahan hari-hari makan kat warung.

Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Agaknya virus H1N1 boleh ubat tak dengan air? Of courselah semua ubat guna air. Allah tak turunkan penyakit, sebelum Dia turunkan ubat. Ubatnya kita kena cari. Sebenarnya H1N1 ubatnya ialah jangan makan babi. Dato' rasa lah. Sebab Dato' tak dengar lagi orang Islam yang kena penyakit ini. Wallaua'lam.

Sebab bila manusia makan babi, DNA babi akan masuk dalam tubuh badan, dan tidak boleh dilupuskan, maka virus selsema babi yang tersebar mudah menjangkiti pemakan babi. Pemakan babi berisiko tinggi untuk dijangkiti, berbanding dengan orang yang tidak makan. Tapi ini belum ada kajian khusus lagi. Baru kajian amatur oleh Dato'. Lepas ni kena tukar namalah pulak. Dato' Dr. Shah...Hah gitu.

Dr. Shah juga berupaya mengubati penyakit cinta. Sesiapa yang ada masalah, boleh jumpa Dr. Shah, bawak ayam golek sekali, but without gravy, breast part please. Nanti Dr. Shah bagi ayat jampi dia, khas untuk orang bujang sahaja. Yang dah kahwin... pun boleh juga..., tapi, kalau nak pikat Wassini, kena mintak kebenaran dari Wassana terlebih dahulu berserta certified true copy. Kalau jadi, Alhamdulillah, kalau tak, Nauzubillah... salah baca lah tu...

Thursday, June 4, 2009

Stadium runtuh angkara orang ketiga?

Belum pun kita reda dengan isu keretakan rumah tangga celebriti kenamaan yang hampir roboh, timbul pula cerita keretakan bumbung stadium yang dah roboh. Dato teringat cerita sebuah sekolah yang bercadang untuk membina makmal. Contractor dah budget plan makmal itu yang nilainya lebih kurang RM200,000. Tetapi disebabkan banyak sangat "tol" sana, "tol" sini, commission sana commission sini, ampu sana wa ampu sini, developer terpaksa mengurangkan kos kepada RM70,000. Jadi material yang digunakan bermutu rendah. Satu hari, makmal yang telah siap dibina rebah ke bumi sebelum budak-budak sekolah masuk untuk mengenal apa itu, sebut betul-betul, penunu bunsen, burette, kon sylinder dan sebagainya. Ni bukan sekolah kat Malaysia ni, tu sekolah kat Nigeria sana tu. Sekian dimaklumkan. Inilah akibat daripada apa yang dikatakan politik wang, bahasa sedap, sebenarnya rasuahlah. Selalu je nak bagi nama sedap. Kalau babi, jadi khinzir, bila sebut khinzir, rasa macam arnab je.

Tiada kaitan dengan apa yang berlaku di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak untuk Dato kaitkan dengan cerita sekolah tadi. Lu pikirlah sendiri... Biasalah masing-masing mula ambik port. Menteri turun padang dan beri komen prihatin masing-masing. AMAT MEMALUKAN NEGARA!!!, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kerajaan negeri Terengganu menyiasat dengan menyeluruh. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengarahkan semua empat kompleks sukan dan 10 stadium seliaannya diperiksa tahap keselamatannya segera. Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengumumkan kerajaan negeri akan respon dengan melantik konsultant bebas bagi mengkaji isu ini.

Nak lagi molek, siasat sekali sama ada wujud penyelewangan atau tidak, kaji bahan material yang digunakan, ada kualiti ke tak, takut-takut jadi cam kat makmal sekolah tu... Hah gitu...Tapi kalau tak nak siasat gaya itu, Dato' harap jangan siasat langsunglah. Tak guna baru dah terhantuk baru terngadah. Sebab kalau bukan sebab lain, sebab inilah stadium tu runtuh. Akibat perbuatan tangan orang yang ketiga. Nak tau siapa? Ini yang sempat dirakam...

P/S - Kagum melihat Masjid di Acheh tak runtuh semasa tsunami dan geram melihat Masjid di Kg Bujal, Terengganu yang diruntuhkan kerana hasat dengki.

Monday, June 1, 2009

Akhil Hayy tewas dengan TA yang terakhir




HarTA, takTA dan waniTA. Sesungguhnya tiga TA ini bisa menghancurkan kehidupan manusia jika disalah guna.

Salam kepada semua pembaca blog Dato yang dah lama Dato tak hangitkan dek kerana busy dan busy body jugak. Bukanlah kerana untuk mengejar dua TA yang pertama, tetapi Dato harus menunaikan tanggungjawab juga kepada TA yang terakhir itu. Hah gitu... Kalau tulis blog dapat gaji takpelah jugak yek. Anyway setelah dua bulan tidak menulis, Dato kembali dengan posting terbaru yang ternyata hangit, tengik dan panas, sehangat mentari di Bali. Dato sebenarnya baru balik dari Bali seminggu atas urusan bercuti. Dato duk ushar2 jugak kiri kanan, kot2 terserempak dengan ayah Pin. Tapi still tak jumpa2 lagi. Kat sana 97% masyarakatnya adalah beragama Hindu. Tapi sungguhpun begitu, dari pemerhatian Dato' kat sana memang selamat suasananya. Kalau nak jalan sorang2 tak risaulah, takde peragut, penjenayah, sebab semua orang kat sana memang berniaga dan tak desperate. Malu kita negara Islam masih tak selamat. Tambah hadhari pun belum lagi boleh selamat. Yang Dato takut, kena bom je. Tapi janganlah pergi tempat2 yang bombable, tambah2 tempat yang ada banyak TA terakhir. Sekian dimaklumkan.

Sebelum berangkat ke sana Dato terkejut mendapat tahu bahawa isteri Akhil Hayy menfailkan tuntutan cerai kepada suaminya. Dato terkejut kerana Akhil Hayy ni feveret Dato. Dato minat bangat sama ini orang. Jantungku copot mendengar suaranya. Dato kagum dengan kesungguhannya untuk menegakkan syiar Islam tanpa mengira batasan kaum, agama, lapisan umur malahan dakwahnya merentasi batas politik. Dia diterima oleh semua orang walaupun dia berlainan parti, tetapi dia dianggap moderator kerana orang parti lain pun boleh menerima dakwahnya.

Untuk rekod, Akhil Hayy merupakan bekas penyanyi rock tahun 1980an kumpulan D'Riyadh dan khabarnya isterinya sekarang ni merupakan bekas peminatnya dahulu. Kemudian dia berhijrah ke arah dakwah dan memasuki pentas politik di atas tiket penceramah bebas. Kemudiannya bakatnya dikembangkan lagi dengan memasuki bidang nasyid sebagai penyanyi lagu-lagu berunsur dakwah. Dia juga terpilih sebagai juri untuk Marhaban di Astro, dan di kala inilah merupakan sempadan perpindahan Akhil daripada pentas dakwah dan politik kepada dunia glamor artis. Pada masa itu juga, Akhil sering memberitahu para pengikut ceramahnya, bahawa dia sesekali tidak akan terperangkap kepada musuh-musuh tersembunyi. Dia merujuk kepada situasinya yang mula masuk ke dunia glamor dan bahawa dia tidak akan bertukar lambang parti dan prinsip, malah menganggap dia mahu mengambil kesempatan untuk berdakwah melalui media massa. Usaha ini Dato puji kerana ini menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang manusia untuk berhibur, tetapi mesti ada asas.

Klimaksnya, apabila Akhil dilamar oleh saluran baru Astro, Oasis untuk rancangan barunya, Cafe Akhil Hayy. Ingatkan dia dapat tarbiyyah orang, nampak gayanya cam dia pulak yang kena tarbiyyah. Begitulah cabarannya sebagai orang yang menggalas tugas pendakwah dan motivator. Bila berlaku sesuatu musibah atau dugaan dalam hidup, orang mula sangsi akan apa yang kita sampaikan dulu, dan ini sedikit sebanyak memberi label yang negative kepada lambang yang kita bawa. Dalam kes ini Akhil membawa lambang Islam dan warak. Dato teringat akan kata2 sahabat nabi, tak ingat nama dia, "Janganlah judge (lihat) kepada siapa yang bercakap, tetapi judgelah (dengarlah) kepada apa yang dia cakapkan". Teringat dahulu, seorang lagi idola Dato', dia pun Dato' jugak, Fadzillah Kamsah, yang ada juga kontroversi berkenaan dengan anak gadisnya. Namun dia tabah menghadapinya. Yelah duk bagi motivasi untuk menjadi anak yang cemerlang, tetapi orang dah pandang serong. Tapi kena ingat dia juga ada ajar bagaimana nak menghadapi dan menangani anak yang bermasalah. Jadi apa yang disampaikan itu betul betul betul, sebab dia buat apa yang dia sebut.

Jadi, Dato' harap saudara Akhil tabah menghadapi TA yang terakhir, baik dari isterimu sendiri atau dari rakanmu Waheeda. Dato pun lemah jugak dengan TA yang terakhir ni. Yelah bak kata orang, "No woman, no cry, no woman people die". Dulu anda menasihati saya dan kita semua, dan sekarang tak salah kalau kami semua mengingatkan anda. Inilah konsep Wassini... "Aina, ma za taro... tergedik tergedik...ma fi ayadina... tergedik tergedik..." ... hah gitu... TATA...

Hanya Ketenangan (Kumpulan D'Riyadh)

Setiap sesuatu yang dimiliki
Semuanya tak kekal lama di sini
Setiap kali ku ingin menyayangi
Terpaksa kufikir berulang kali
Tak rela aku
Bakal ditinggalkan
Terseksa kekecewaan

Ku... mengharungi
Setiap liku kehidupan
Dengan rasa waspada
Yang kubimbangi
Diriku gelinciran
Dan menyesal seusia

( korus )
Andai kau fahami sabar menanti
Kan kuisi dirimu ruang di hatiku

Oh... hanya ketenangan
Menjadi harapan



Wednesday, April 1, 2009

Kisah Madihah dengan Sebuah Kamus

Sebelum para pembaca dan peminat blog Dato' (ada ke? ada aku kisah...?) meneruskan membaca coretan ini, Dato' nak mintak tolong sikit. Tolonglah jangan baca tajuk ini ikut style Doraemon. Buruk bebenor bunyinya. Ikut style wonderpet!! wonderpet!!, lagilah tak larat. Sebab kisah yang Dato' ingin paparkan ini amat serius untuk kita amati bersama. Kepada yang tak kenal Madihah, kita imbas kembali keratan akhbar berikut;



(kredit untuk Hafiz Johari - Photographer Utusan)

Nik Nur Madihah peroleh 20 A
KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Dato' sebenarnya kurang berkenan sikit kalau budak-budak sekolah ambik banyak subjek dalam SPM. Dato' takut akan menjadi trend. Dulu si Amalina dengan 17A1. Pastu siapa entah, up lagi potong Amalina. Latest si Madihah ni. Tapi bukan ini yang Dato' nak cerita. Ada sesuatu dalam diri Madihah ni, yang Dato' tercuit. Ehem, jangan salah sangka, bukan Dato' terpikat pada kecomelannya. Tapi kegigihannya yang patut kita semua ambil iktibar.

Atas kesempitan hidup, dia sering berpuasa. Kalau kita? Sampai dah tak tahu nak makan kat mana. Pun tak bersyukur. Ini bukan orang Malaysia lah ni. Orang Papua New Guenia nun tu... Lalu Madihah menjadikan puasa sebagai ibadah sunat Isnin Khamis. Amacam? Boleh?

Tapi ada satu nilah yang membuatkan Dato' tak boleh tidur. Bukan takut orang candid ambik gambar, tapi memikirkan kecekalan si Madihah ni. Dia tak mampu beli kamus sendiri. Lalu dia pinjam perpustakaan. Kemudian dia salin kamus tu dalam buku nota dia. Amacam? Kalau kita? Kita rembat je kamus tu, yelah sedangkan kamus elektronik pun kena kebas! Tak pun yang Dato' selalu buat main renew bila dah habis tempoh, bila dah lunyai baru return. Tapi si Madihah ni nak miliki kamus tu sendiri. Takde duit dan dia salin. Nak fotostat pun mungkin takde duit. Cekal betul dia ni. Jadi kalau ada sesiapa yang rasa dirinya apa orang putih kata, nak sebut kang salah sebut, apa tu kalau rasa hidupnya "suck", tolong hayati sendiri kisah ini. Janganlah bagi alasan lagi untuk terus berjaya. Takde itu, takde ini. Ini Madihah, banyak yang dia takde, boleh je berjaya. Sebabnya, dia ada dirinya. Sebab itu dia berjaya. Orang yang tak berjaya ini, sebab dirinya takde, tak mahu tolong diri sendiri, akhirnya terumbang-ambing. Madihah dia tahu potensi dirinya sebab tu dia tak risau takde duit, takde kamus, tapi dia ada attitude, discipline dan commitment.

Satu lagi yang Madihah buat yang Dato' segan jugak nak cerita, sebab Dato' tak buat. Tapi nak kena cerita jugak, supaya lepas ni kita buat ramai-ramai. Madihah ni selalu buat sembahyang tahajud (sembahyang bangun malam). Amacam? Boleh agak-agak? Kita pun tahajud gak. Tapi tahajud buang air. Pastu sambung tidur. Tahajud ni banyak kelebihan. Antaranya menjadikan kita lebih berani. Sebab itu masa zaman Salahudin Ayub masa malam sebelum nak perang, dia pergi setiap khemah, askar. Mana-mana orang yang tak bangun malam beramal, terus reject, tak boleh pergi perang, kalau pergi jugak, confirm kalah. Satu lagi kelebihan tahajud ialah awet muda dan muka tak cepat kedut. Yelah berkat dengan wuduk yang kita ambik, sejuk air tu, merawat muka kita. Tapi jangan lepas ambik wuduk, tidur balik.

Untuk mencapai kejayaan, tidak semudah mengekalkannya. Satu lagi yang perlu kita ada ialah istiqamah. Iaitu mengekalkan rentak-rentak tadi pada hari-hari mendatang dalam apa jua keadaan. Ini cabaran yang harus Madihah lalui. Ini teramat penting, sebab kita ada kes yang tak sedap didengar, iaitu Sufiah. Dan kita juga harus mengambil iktibar atas semangat juang Madihah ini. Kita kena ingat, walaupun kita tak kuat, dan kita tak takut, apa yang penting, kerjasama! Hah gitu...

Najib pasti ke tali gantung!!!

P/S - Ini bukan lawak April Fool. Ini betul-betul punya. Tapi Najib lainlah, korang ingat Najib mana? Jangan kecewa setelah membacanya. Insya Allah, bak kata Saiful Bukhari, Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH! (Uwek!!). Amacam? Ada harapan?
Bab Ahmad Najib ni, Dato' enggan komen lebih lanjut. At least, dia merupakan orang yang paling beruntung, apabila dia tahu bila dia akan mati. Paling beruntung kerana dia dapat menyediakan dirinya seadanya untuk mengadap Allah. Amacam? Ada berani? Hah gitu... Walaupun hukuman gantung ni tidak mengikut syariat Islam kerana menyeksa. Hukum mati mengikut Islam ialah pancung. Bila pancung, tiada rasa seksa sakit, kerana kepala yang nak mentafsirkan sakit tu dah tiada. Dato' yakin Najib lebih tabah menghadapinya dan bersedia melalui hari-hari terakhirnya.
Aii, pastinya berderau orang yang nama Najib bila membaca blog Dato' ni. Kalau tak sedar-sedar lagi tak tahulah nak kata... Sekian dimaklumkan.
Soalan cepu emas, Kalau kita diberi peluang info apakah yang kita nak tahu pasal kematian kita? Teeeet. Masa habis. Jawapannya... Tempat kematianlah. Kalau kita tahu tempat kematian, kita akan elakkan dari pergi situ. Wallahua'lam...
PUTRAJAYA: Bekas penyelia pencuci kabin pesawat, Ahmad Najib Aris, 33, yang disabit kesalahan merogol dan membunuh penganalisis IT, Canny Ong Lay Kian enam tahun lalu, gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan hukuman itu hari ini. Dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah dan mengenakan hukuman mati terhadapnya, Mahkamah Persekutuan mendapati bahawa tidak ada orang lain yang bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku kepada Ong pada hari kejadian.
Ahmad Najib yang kelihatan tenang apabila Hakim Mahakamah Persekutuan Datuk Ahmad Zulkefli Makinuddin membacakan penghakiman, kemudiannya berkata dia redha kerana sudah menjangkakan keputusan itu. Ahmad Najib memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuannya untuk membatalkan pensabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Feb 2005 yang mendapatinya bersalah membunuh dan merogol Ong, 28, antara 1 pagi dan 5 pagi 14 Jun 2003.
Mayat wanita itu yang rentung ditemui dalam parit di tepi lebuh raya pada 2003. Rayuannya didengar oleh panel lima hakim terdiri Ketua Hakim Malaya, Datuk Arifin Zakaria, serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman, Datuk S Augustine Paul, Datuk Hashim Yusoff dan Zulkefli. - Bernama

Tuesday, March 24, 2009

2 perogol hilang selera

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi terselamat daripada menjadi mangsa rogol beramai-ramai apabila dua suspek yang cuba menyentuhnya tiba-tiba ‘hilang selera’ selepas mendapati gadis terbabit sedang haid. Dalam kejadian jam 8 malam, Khamis lalu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan cuba dirogol dua suspek berhampiran tanah perkuburan Islam di Jalan Ulu Bernam ke Tanjung Malim, di sini. Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa dikatakan menaiki motosikal bersendirian menuju ke padang futsal di Tanjung Malim, di sini. Bagaimanapun, motosikalnya pancit berhampiran kawasan sunyi di Jalan Ulu Bernam dan ketika menolak motosikal itu dua lelaki menunggang motosikal melalui jalan terbabit berhenti dan berpura-pura membantu.

P/S - Tentu pembaca blog Dato' bermuka selamba bila baca berita di atas. Sebabnya rogol dah jadi benda biasa dah kat sini. Jangan terkejutlah kalau satu hari nanti ada orang yang sembang-sembang bab rogol cam takde apa-apa je. "Man anak kau amacam sekarang?"... "Mmm, ala takde apa-apa ok je, cuma baru kena rogol, kau?"... "Ala, anak aku minggu lepas lagi dah kena..." Ada pulak perogol jenis pilih-pilih yek. Tau pulak dia tak boleh mensetubuhi wanita yang berhadas besar. Sekolah mana agaknya dia...

Pantang nampak peluang, mesti nak on. Tulah tak selamat negara Malaysia. Rasa kat Papua New Guinea lagi selamat agaknya. Dato' baru-baru ada assignment kat Papua New Guinea... sebut betul-betul, bukan Papa New Bini. Dato' tengok takde pun couple-couple kat sana bercengkerama, berjalan-jalan berpimpin tangan, membuat aksi yang menjolok mata. Makna kata, takde couple pun yang Dato' nampak. Yelah, pahamlah, entah-entah diaorang pun tak ingin sesama sendiri, Dato' pun tak ingin nak ushar-ushar... hah gitu...

Tapi nak cerita negara yang bukan Islam pun takde pergaulan bebas. Ini Malaysia, segala-galanya Islam. Bank Islam, Pusat Islam, Muzium Islam, Zoo Islam, tak cukup Islam, tambah lagi Hadhari, tapi masih lagi terselamat. Kenapa? Allah dah sebut dalam Quran, laksanakan undang-undang Al-Quran, Allah akan beri keamanan.

Kalau kat Malaysia ni, dalam terang-terang pun boleh buat jahat, kita tak selamat berjalan, apa jaminan yang kita akan selamat, takde maksiat dan jenayah berlaku dalam masa satu jam bergelap? Apa yang akan berlaku pada malam 28 Mac 2009, hah ini yang kita tak tahu.




Monday, March 16, 2009

Sajak Usman Awang

Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan,
Jangan segan menentang larangan,
Jika yakin kepada kebenaran,
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan.


P/S - Dato' terjumpa sajak ini yang ditulis tangan di atas cebisan kertas A4, berdakwat merah, di atas meja Allahyarham Hashim Bin Ibrahim, ayah Dato'. Dato' jumpa sajak ni, disalin sendiri oleh Allahyarham, semasa Dato' kemas-kemas mejanya pagi ini di tempat kerjanya di sekolah cina. Bapa Dato' merupakan pembantu tadbir sekolah atau bahasa mudah kerani sekolah. Bapa Dato' baru sahaja meninggal dunia pada hari Sabtu, baru je ni 14 March 2009 pukul 3.00 pagi. Walaupun sajak ni hasil nukilan Usman Awang, tapi bait-bait katanya menggambarkan peribadinya yang senantiasa berjuang demi kebenaran. Mungkin kerana kelantangan itu, dia mendapat sakit misteri yang mana doktor sahkan tiada sakit dari segi terma medical. Dia sihat dari segi itu, tapi menderita untuk sakit yang tiada pengesahan. Sampai di saat akhir, dia mengadu bahawa dia tidak tertahan lagi menganggung seksa "penyakit" itu. Terbayang wajah jenazahnya yang tersenyum, disahkan oleh ramai pengunjung, mungkin dia lega yang dia tak akan menanggung lagi sakit itu.
Nak ceritakan ni, tentang sajak itu, yang akan terus Dato' pegang sebagai azimat. Yelah biasanya kita tidak akan ikut rule dalam kehidupan. Contohnya dalam dunia pekerjaan, orang yang buat kerja cemerlang kalau dari segi rulenya patutnya mendapat ganjaran/kenaikan. Tapi realitinya orang yang pandai kipas, pandai goreng yang akan dapat. Ini yang bapa Dato' selalu buat, dia akan critise mana-mana birokrasi yang berlaku, selagi dia ada fakta dan undang-undang. Biasanya kalau boss kita kata A, kita pun kata A walaupun salah. Tapi bapa Dato' tidak begitu, dia akan cakap selagi dia fikir betul dan yakin. Tu yang ada pada sajak tu. Kemudian perasan tak kita akan buat sesuatu, bergantung kepada kebiasaan perlakuan, bukan bergantung kepada rasional perlakuan itu. Tapi Allahyarham sanggup melanggarnya, kerana perlakuan itu tidak betul.
Makna kata dia seorang yang jujurlah. Biasa kita dengar ungkapan ini "Kalau kau lurus, takde kornar2, takde goreng2 camne kau nak maju". Ini yang ditentang oleh bapa dato' Kalau kita tengok cerita Nujum Pak Belalang, cerita P. Ramlee, akhir kata cerita tu ada tulis, "Orang Jujur Di-Kasihani Tuhan". Ini pun akan Dato' pegang untuk prinsip Dato'. Dan kerana itu, Allah menyayanginya kerana kejujuran itu, maka dia pergi dari sini kepadaNya.
Alfatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...