Undilah...

Monday, February 1, 2010

Evolusi Ablusi

Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini. Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.


Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.


Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Dato’ Shah – Ehm… Nak Dato’ komen positif ke negatif? Yelah zaman dah berubah, dunia makin maju. Umat Islam pun tak mahu ketinggalan dalam menginovasikan ciptaan-ciptaan gajet tetapi dalam masa yang sama, amalan-amalan ibadat dapat dijalankan dalam keadaan sah lakunya. Walaupun pencipta alat wudu’ automatic ini bukan beragama Islam, ciptaan sebegini ternyata merupakan siri gajet untuk Muslimin dan Mu’minat selain daripada Handphone Al-Quran, Tasbih Digital, Jawi Digital, mesin masuk Jawi dan sebagainya lah. Tapi Dato’ percaya banyak cons daripada pro nya. Selama ni kita tak pernah mengeluh pun nak berwudu’ ni payah, yang mengeluh nak sembahyang tu payah, adalah. Jadi mempunyai mesin wudu’ ni ternyata membazir, sampai RM10,000. Tapi, apa nak buat, projek,... sheikh, ... projek, ...25%, hah gitu. Tak tahulah Dato’ kalau made in China boleh dapat dalam RM500.


Pada Dato', mesin ni nampak molek lagi dicipta untuk golongan orang kurang upaya. Harap maklum, kurang upaya di sini tidak termasuk golongan malas. Tapi kalau kita yang bukan OKU guna mesin ni, nampak macam kurang waras sikitlah. Maka secara automatiknya, kita dapat exemption sembahyang, sebab orang gila tak wajib sembahyang. Hah gitu. Silap-silap lepas kita ambik wudu’ kalau sah mesin tu kata, “Wudu’ anda sah, selamat menunaikan solat”. Kalau tak sah agaknya dia kata, “Harap maaf, wudu’ anda tidak sah, sila ulang kembali. The return ablution is required when praying”. Dah macam autopay station lah pulak.

Hei entahlah lepas ni apa pulak mesin yang keluar. Mungkin mesin untuk tayamum? Atau mesin mandi wajib? Hah yang ni Dato’ berkenan sikit, akan order punya. Hah gitu. Teknologi ada dua, pertama untuk menyenangkan manusia, contoh handphone. Kedua untuk membuatkan manusia bersenang-senang. Macam mesin untuk membuatkan kita bersenam, kita duduk atas mesin tu, pastu dia yang gerak-gerakkan kita, macam naik kuda.

Mesin wudu’ ni pastinya jatuh pada kategori kedua. Jadi, bila manusia bersenang-senang, akan jatuhnya hukum sebagai pemalas. Kalau Dato’lah, sambung dari siri “Jika aku seorang…” Jika Dato’ seorang software developer yang bekerja dalam syarikat Apple, Dato’ ingin mencipta satu spek mata yang kalau kita pakai, akan keluar surah-surah dari Al-Quran yang boleh diadjust mengikut kehendak kita, ayat mana yang kita nak view. Nama spek mata tu, I-Read, (baca Eye Read). Spek ni sesuai dipakai oleh imam-imam masjid yang nak baca surah-surah yang panjang ketika sembahyang, terutamanya masa bulan Ramadan ketika Tarawikh. Jadi tak payahlah nak baca Quran besar guna penyepit baju masa jadi imam nanti.

Harap-harap gajet ciptaan Dato’ ni jatuh pada kategori pertama. Tapi boleh jadi juga jatuh kategori kedua, sebab bakal melahirkan ramai orang yang malas hafaz Quran. Secara tak langsung akan bertambah pupus golongan Hafiz. Selamat berfikir. Masih jeeeelllllaaaassss…

-gurunsakura.blogspot.com

4 comments:

  1. jgn ada org cipta robot imam dah la...masuk coin terus takbir jadi imam....:)..tidak salah untuk maju....tapi haruslah berteraskan iman

    ReplyDelete
  2. Habis, nanti bila battery low, takkan ma'mum nak sebut, "Subhanallah... subhanallah".

    ReplyDelete
  3. hehehe...ni pakai wayar la...kalo nak habis sila masukkan coin anda...heheheh

    ReplyDelete
  4. Masalah ni,kalau robot jadi imam. Nanti keluar pulak fatwa yang boleh berimamkan golongan autobot, tetapi haram mengimamkan golongan decepticon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...