Undilah...

Wednesday, March 24, 2010

Shuci Dalam Debu


Engkau bagai air yang jernih,
Di dalam bekas yang berdebu,
Zahirnya kotoran itu, terlihat,
Kesucian terlindung jua.

Itulah bait-bait indah diiringi dengan muzik yang mensyahdukan dari Iklim, sumbangan Saleem, Suci Dalam Debu. Tapi Shuci Dalam Debu?

14 March 2010, genap setahun daddy tercinta Dato' pergi buat selama-lamanya. Sila rujuk posting lama di sini. Daddyku yang Dato' panggil Abah, semasa hayatnya merupakan seorang kerani di salah sebuah SRJK Cina di Muar. Kalangan murid-murid sekolah, memanggilnya sebagai Shuci. Shu ji (dibaca Shu ci) ialah Bahasa Mandarin yang merujuk kepada kerani. Jadi harap maklum, tajuk entry ini bukanlah typo error.

Banyak kenangan Dato' bersama Allahyarham yang sekali sekala mencuit sim card Dato'. Macam iklan Petronas, yang mana seorang bapa tak jemu menjawab soalan yang sama dari anak kesayangannya, Burung apa? Burung Murai. Burung apa? Burung… Murai namanya. Tabah sungguh bapa itu menjawab. Kalau bukan dari darah daging kita, maunya kena PJJ orang yang bertanya tu. Penampar Jarak Jauh. Hah gitu. Begitulah juga dengan Allahyarham yang begitu tabah menjawab soalan-soalan intelektual Dato' semasa Dato' kecil.

Jawapan-jawapan yang diberikan Allahyarham, walaupun bukan itu jawapannya, tapi memang logik dan simple, dan biasanya Dato' mendapat maklum balas yang segera. Ala-ala jawapan professor serba tau (PST).

“Abah, kenapa kedai gunting rambut tak bukak malam?” “Yelah malam tak nampak, kang salah potong kang”. Kat Muar masa tu pukul 6 petang dah tutup kedai gunting. Yang tak bestnya tengah-tengah tunggu turn gunting, pak haji tukang gunting tu siap boleh ambik anak dia dari sekolah. “Kejap ye, nak ambik anak jap, pastu nak sembahyang jap, take a break ye!”

“Abah, kenapa orang main bola bila dapat goal, suka bagai nak rak, siap peluk-peluk, lari sekeliling padang, tapi bila main badminton, score satu mata, tak pulak camtu, pemain dia relax je bila score. “Ha sebab main bola susah nak score goal (ambik masa), badminton senang je (sekejap) nak score satu mata.”

Bila menyusuri lebuh raya bersama ketika balik kampung, Dato’ ada bertanya dulu “Bah, kenapa motor tak kena bayar tol, kereta kena?” “Orang bawak motor susah, kena hujan, panas, sebab tu free tol.”

“Bah, kenapa kena bagi derma kat masjid?” “Yelah, habis tu nak bayar api, air."

“Bah, kenapa kita dah buka puasa, tapi tak dengar azan pun” “Bilal minum air dulu, tu yang lambat azan.”

Itulah antara soalan-soalan teknikal Dato’ dan jawapan-jawapan Allahyarham yang masih menjadi ingatan Dato’. Sampai sekarang kalau Dato’ ada major “membuang” di masjid, Dato’ akan hulur sikit ke tabung masjid, compensate dengan Indah Water yang telah dirembeskan.

Allahyarham juga cukup serius dalam isu-isu perdebatan. Apa-apa kekalutan dalam minda Dato’, akan Dato’ ajukan kepadanya. Ada sekali tu, kecoh di dalam kelas Dato’ di bangku sekolah rendah. Soalan dia yang mana dulu, ayam atau telur. Cikgu tu pun leceh jugak, ada ke bagi soalan camtu. Kalau kata ayam dulu, telur yang keluarkan ayam. Kalau kata telur dulu, ayam keluarkan telur. Stand Dato’ masa tu ialah ayam dulu, sebab ayam keluarkan telur, telur keluarkan anak ayam, bukan ayam!.

Dato’ pun pergi merujuk kepada Abah. Dia jawab, “Eh kan dalam Al-Quran, Allah ada cakap, aku ciptakan mula-mula manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan. Hah, ayam lah dulu. Mana ada Allah kata aku ciptakan mula-mula telur!. Cuba cakap dengan cikgu macam tu, esok.”

Hamboi, seriuslah pulak jawapan dia. Masa tu Dato’ terima ajelah jawapan dia. Tapi sekarang ni, Dato’ duk belek-belek, ayat mana yang dia maksudkan tu. Agaknya ayat ini yang dia cuba kaitkan;

“Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (24:45)

Sebut pasal perdebatan, Dato’ ada masuk debat masa sekolah menengah. Tapi level kelas ajelah. Subjek pendidikan Islam. Tajuk dia, Ilmu lebih penting dari Harta. Dato’ biasalah, dulu kini dan selamanya, pembangkang, hah gitu. Dato’ kata Harta lebih penting dari Ilmu. Tuan penasihat 25%, abah Dato’ lah yang bagi isi kat Dato’. Antaranya standardlah, kalau sakit, duitlah yang kena guna untuk biaya perubatan, bukannya ilmu. Satu lagi point yang dia bagi, ialah Boon Siew, pengasas motor Honda di Malaysia, yang mana dia ni nak sign pun tak tahu, tapi dia kaya walaupun tiada pendidikan. Jadi ilmu tu tak penting.

Kalau ikut logik, tambah lagi subjeknya Pendidikan Islam, of course lah Ilmu lagi penting. Ibu Dato’ masa itu pun AFUNDI Ilmu jugak bila tau Dato’ umukan hasrat ingin bertanding. Tapi dengan point-point yang tak berapa nak point ni, akhirnya masa tu team Dato’ menang perbahasan. Yang Berhormat pencadang pauh pun bertindak keluar dewan, selepas panas telinga mendengar hujah Dato’.
Kau pergi.... (1954-2009)

Apa pun banyak sekali kenangan terindah bersama Suchi yang pastinya sukar terpadam. Kini dia pergi buat selamanya. Ralat rasanya tak dapat bersama di saat hari-hari terakhirnya, akibat perbuatan firaun-firaun kecil. Wallahua’lam. Allah jualah yang berhak membalas segala kejahatan, jika benar terbukti. Alfatihah!

2 comments:

  1. moga Ruh almarhum sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari yg Maha Esa...dan semoga kenangan bersama akan tetap kekal abadi...kullu am wa anta bi khair...

    ReplyDelete
  2. mengalir air mata naim baca apa yg nawar tulis..moga Allah menempatkan aruah dikalangan org yg beriman

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...