Undilah...

Monday, February 1, 2010

Evolusi Ablusi

Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Dunia


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini. Perdana Menteri kemudiannya melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.


Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.


Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.

Dato’ Shah – Ehm… Nak Dato’ komen positif ke negatif? Yelah zaman dah berubah, dunia makin maju. Umat Islam pun tak mahu ketinggalan dalam menginovasikan ciptaan-ciptaan gajet tetapi dalam masa yang sama, amalan-amalan ibadat dapat dijalankan dalam keadaan sah lakunya. Walaupun pencipta alat wudu’ automatic ini bukan beragama Islam, ciptaan sebegini ternyata merupakan siri gajet untuk Muslimin dan Mu’minat selain daripada Handphone Al-Quran, Tasbih Digital, Jawi Digital, mesin masuk Jawi dan sebagainya lah. Tapi Dato’ percaya banyak cons daripada pro nya. Selama ni kita tak pernah mengeluh pun nak berwudu’ ni payah, yang mengeluh nak sembahyang tu payah, adalah. Jadi mempunyai mesin wudu’ ni ternyata membazir, sampai RM10,000. Tapi, apa nak buat, projek,... sheikh, ... projek, ...25%, hah gitu. Tak tahulah Dato’ kalau made in China boleh dapat dalam RM500.


Pada Dato', mesin ni nampak molek lagi dicipta untuk golongan orang kurang upaya. Harap maklum, kurang upaya di sini tidak termasuk golongan malas. Tapi kalau kita yang bukan OKU guna mesin ni, nampak macam kurang waras sikitlah. Maka secara automatiknya, kita dapat exemption sembahyang, sebab orang gila tak wajib sembahyang. Hah gitu. Silap-silap lepas kita ambik wudu’ kalau sah mesin tu kata, “Wudu’ anda sah, selamat menunaikan solat”. Kalau tak sah agaknya dia kata, “Harap maaf, wudu’ anda tidak sah, sila ulang kembali. The return ablution is required when praying”. Dah macam autopay station lah pulak.

Hei entahlah lepas ni apa pulak mesin yang keluar. Mungkin mesin untuk tayamum? Atau mesin mandi wajib? Hah yang ni Dato’ berkenan sikit, akan order punya. Hah gitu. Teknologi ada dua, pertama untuk menyenangkan manusia, contoh handphone. Kedua untuk membuatkan manusia bersenang-senang. Macam mesin untuk membuatkan kita bersenam, kita duduk atas mesin tu, pastu dia yang gerak-gerakkan kita, macam naik kuda.

Mesin wudu’ ni pastinya jatuh pada kategori kedua. Jadi, bila manusia bersenang-senang, akan jatuhnya hukum sebagai pemalas. Kalau Dato’lah, sambung dari siri “Jika aku seorang…” Jika Dato’ seorang software developer yang bekerja dalam syarikat Apple, Dato’ ingin mencipta satu spek mata yang kalau kita pakai, akan keluar surah-surah dari Al-Quran yang boleh diadjust mengikut kehendak kita, ayat mana yang kita nak view. Nama spek mata tu, I-Read, (baca Eye Read). Spek ni sesuai dipakai oleh imam-imam masjid yang nak baca surah-surah yang panjang ketika sembahyang, terutamanya masa bulan Ramadan ketika Tarawikh. Jadi tak payahlah nak baca Quran besar guna penyepit baju masa jadi imam nanti.

Harap-harap gajet ciptaan Dato’ ni jatuh pada kategori pertama. Tapi boleh jadi juga jatuh kategori kedua, sebab bakal melahirkan ramai orang yang malas hafaz Quran. Secara tak langsung akan bertambah pupus golongan Hafiz. Selamat berfikir. Masih jeeeelllllaaaassss…

-gurunsakura.blogspot.com

Monday, January 18, 2010

Romantik vs Plastik

Fahaman 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita yang tercinta nampaknya menular ke aspek-aspek lain ke dalam kehidupan kita rakyat Malaysia termasuklah dari aspek agama. Kini dari 1Malaysia, kita pula mengalami satu fenomena fahaman baru yang cuba dibawa oleh pihak lain yang boleh kita panggil sebagai 1Tuhan. Tak cukup ciri-ciri keMalaysiaan yang disyorkan dikongsi dengan orang lain, kini Allah pula yang mahu dikongsi. Teringat dulu, bila raya Cina dan raya Melayu disambut bersama, dipanggil kongsi raya. Raya India dan raya Melayu dipanggil Deeparaya. Tapi kalau Raya Cina dan raya India… dipanggil…? Kongsi Gelap lah!

Dato’ bukan apa, takut fahaman kongsi-kongsi ni, fahaman satu (1) satu (1) ni akan merebak dan terus merebak. Dulu 1Malaysia, kini 1Tuhan atau 1Allah, lepas ni entah- entah 1Bini. Hei tak boleh jadi ni. Hah gitu. Kempunanlah suami-suami yang amat pengasih lagi amat penyayang di luar sana. Maksud Dato’ di sini ialah jangan sesekali cuba mempermainkan dan mencabar Islam di sini dengan cuba mengada-adakan benda yang tak ada, mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Tapi Dato’ tak rasa perkara ini significant untuk menjauhkan kita dari Islam. Mereka tahu yang orang Islam ini cukup sensitif. Cuba try bakar mana-mana masjid atau surau, maka si penagih dadah, perogol, perasuah, pemabuk, penjudi dan pelbagai “pe” lagi yang bermykadkan Islam akan bangkit bersuara. Silap-silap, bawak kepala lembu lagi. Tetapi cukuplah hanya letak sebiji bola, maka Islam dapat dijauhkan dari umatnya. Sekian dimaklumkan.



Lelaki Melayu kurang romantik

KUALA LUMPUR – Suami di Malaysia khususnya kalangan orang Melayu didakwa kurang romantik berbanding kaum lain jika pemberian hadiah hari jadi untuk isteri dijadikan pertimbangan.

Ini adalah pandangan perancangan majlis dan pemilik Gedung Al-Habshee Event, Syed Hashim Syed Ali Al-Habshee yang mendakwa suami keturunan Melayu juga jarang mengingati tarikh hari jadi isteri. - Kosmo

Dato’ Shah – Tun Mahathir cakap “Melayu Mudah Lupa”. Kalau dibaca bersama dengan rencana kosmo ini, ada benarnya. Sebenarnya bukannya Melayu yang mudah lupa. Manusia itu sendiri yang mudah lupa. Nama pun insan. Insan tu asal perkataan arab yang bermakna lupa.



Ala biasalah, ini semua falsafah alam rumah tangga. Mula-mula Becinta, lelaki yang banyak bercakap, perempuan pulak yang banyak mendengar. Bila baru kahwin, perempuan yang banyak cakap, lelaki pulak yang banyak mendengar. Bila dah lama kahwin, dua-dua banyak bercakap dalam rumah, jiran mereka di luar sana pulak yang banyak mendengar. Hah gitu. Tapi jangan pulak sampai satu tahap yang dua-dua mendengar, tok kadi pulak bercakap. Yelah, mula-mula kahwin, melayari bahtera bersama, bila dah lama-lama kahwin, hanya mendayung perahu naga sahaja. Hah gitu.

Ini semua susut nilai punya polisi. Hadiah penyanyi kesayangan ramai pun boleh susut nilai setiap tahun. Macam bil jugaklah. Mula-mula bercinta, bil telefon meningkat, sebab duk gayut je. Masa mula-mula berkahwin, bil telefon turun, bil air pulak meningkat, sebab duk rajin sangat mandi sahaja. Bila dah ada anak, bil elektrik pulak yang meningkat, sebab duk berjaga malam selalu, bukak lampu. Oklah tu, tapi bila dah lama-lama kahwin, bil air pulak yang turun, hah gitu. Yelah, soal rasa, lidah tak boleh bohong.

Biasalah, bagi Dato’ walau apa jua KPI perkahwinan dan percintaan, daripada hadiah hari jadi, siapa yang bercakap siapa yang mendengar dan bil bil segala tu, yang penting di sini ialah tanggungjawab tak boleh diabaikan. Macam kita melenting nama Allah hendak dikongsi bersama orang lain, tapi tanggungjawab terhadapNya kita abaikan juga. Yelah, soal Allah tuhan siapa, iman tak boleh bohong.

Tuesday, January 5, 2010

Jika Aku Seorang...

Umum mengetahui, selain dari musim diari dan calendar, sekarang ini juga berlakunya musim azam. Rata-rata bersemangat untuk membicarakan wacana azam ini. Dato’ tak mahu dan tak gemar berazam-azam ini. Dato’ lebih memilih untuk bermimpi. Nampak macam budak-budak yang belum baligh je suka mimpi-mimpi ni, tetapi Dato’ tidak memilih genre mimpi itu. Soal banjir atau tidak, tak jadi hal, asalkan mimpi itu memberi impak kepada kehidupan. Macam kita selalu baca doa kepada Allah (yang satu tu) untuk kurniakan bidadari di syurga nanti. Ini adalah mimpi tetapi berbentuk impian yang perlu disusuli dengan tindakan/usaha ke arah itu. Apa kata kita tukar sikit. Kalaulah Dato’ menjadi seseorang yang bukan diri Dato’ sekarang, apa yang Dato’ impikan untuk berlaku? Dalam edisi ini, terimalah, jika aku seorang…

1) Pengarah filem – Kalau di Hollywood kita ada filem pasal tragedi kapal, Titanic. Di Malaysia ini, Dato’ pula nak arahkan satu filem tentang tragedi bas accident di highway. Di dalamnya ada macam-macam karektor yang melibatkan penumpang bas/kenderaan yang mempunyai cerita mereka tersendiri. Klimaknya terbabit dengan satu kemalangan. Harap dapat memberi iktibar daripada filem Dato’ ni. Bukan apa, kalau bagi skrip filem ini kat David Teoh & Ahmad Idham, nanti akan jadi cerita Jangan Pandang Side Mirror atau Jangan Ngantuk Lagi. Kalau bagi kat Razak Mohaideen, habis satu bas tu pi Penang.


2) Ahli Parlimen – Daripada Dato’ nak angkat lafaz baiah/ikrar untuk talaq tiga kepada isteri apabila lompat parti, lebih baik Dato’ angkat lafaz nak tambah bini, kalau boleh dengan artis lah. Tak begituk bah? Hah gitu.

3) Tukang announce hentian bas – “Perjalanan ke Taiping jam 10.30 minit malam akan berlepas di platform 3”. Tak boring ke jadi announcer tu. Kalau Dato’, lepas je announce, “Ye kepada penumpang-penumpang jam 11.00 minit malam ye, sementara menunggu bas anda, bolehlah ke gerai Old Man Café ye, bolehlah cuba try test nasi lemak dan telur Omeganya.
Kepada yang mahu ke tandas, silalah berbuat demikian dan sediakan syiling secukupnya, dan kepada yang mahu berangkat, jangan lupa baca doa naik kenderaan. Pengumuman ini dibawakan kepada anda oleh Bas Rainy Ekspress... Perjalanan Bertambah Sejuk... I follow!.”

4) Penerbit rancangan reality TV – Dato’ ingin menerbitkan rancangan Quiz yang berfaedah, iaitu Anda bijak atau budak sekolah? Soalan-soalan semua soalan UPSR, PMR dan SPM. Tapi tak boleh offer Aznil jadi pengacara. Sebab very time costly. Yelah, nak kunci jawapan tu, sampai SPM tahun depan, belum tentu habis.

5) Pengasas MLM company – Kalau berjaya, Dato’ nakkan produk tu rokok, sebab kalau naik harga macam mana pun, orang tetap cari atau paw. Confirm ramai yang join. Satu lagi produk, ubat tenaga resipi pemain golf terkemuka dunia – “Holes in One” nama ubat tu. Hah gitu.


6) Menteri Pengangkutan – Dato’ akan mewajibkan semua bas supaya mempunyai Bas Attendant (BA). Ala macam Flight Attendant. Selain tugasnya sebagai memberi penerangan akan perjalanan kepada penumpang-penumpang, ianya juga bertindak sebagai teman bicara dan pembacuh kopi kepada pemandu bas. Job scopenya juga adalah untuk memantau akan keadaan pemandu bas itu dari semasa ke semasa. Bila nampak pemandunya, mengantuk atau tersengguk-sengguk je, terus bancuh kopi. Dan juga sampai satu tahap, kalau mengantuk yang kronik, memicit-micit tengkuk dan badan pemandu, tetapi bukan B2B lah. Tetapi yang macam ni, BA tu mesti lelaki lah, kalau tak, jawatan pemandu bas akan overapplied.

7) Magician – Dato’ nak buat lagi hebat. Hilangkan jet dah biasa orang buat. Kali ni Dato’ berniat nak hilangkan engine jet, tapi jet still ada lagi. Hebat tak? Poyo magic tak? Bukan mata penonton sahaja yang silap, yang berjaya Dato’ kaburi, silap-silap, mata SPRM pun silap. Eh paham ke apa Dato’ cakap ni?


8) Van Der Sar – Kalau Dato’ jadi penjaga gol MU ni, Dato’ akan buat roadshow ke kedai-kedai mamak yang sedang menyiarkan siaran langsung EPL, dengan memyampaikan ceramah ringkas yang bertajuk “Ingat-ingatlah bini anda kat rumah sementara ia masih sihat”. Hah gitu.


9) Orang kuat marketing, streamyx – Dato’ tidak akan berdiam diri. Dato’ akan membuat tindak balas marketing dengan tagline, “Sudah potong, tetapi performance tidak memuaskan?” Resah setiap kali datang bulan, tetapi belum settle (bill tertunggak)? Berubahlah sekarang. “Sudah cucuk?”


10) Polis – Masa roadblock malam tahun baru, masa tahan beberapa remaja dan retua, Dato’ akan bagi ceramah ringkas akan sambutan tahun baru. Sesiapa yang keluar menyambut, kalau dalam perjalanan balik mati, boleh jatuh kufur sebab seolah-seolah mengakui Jesus telah disalib selama 2010 tahun. Confirm lepas bagi ceramah, tangkap leleh punya diaorang terus ingat Allah. Harap maklum, Allah yang Dato’ maksudkan ialah Allah yang satu, bukan Allah yang tiga.

Monday, December 21, 2009

Awan Dunia

Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke pesawat Gurun Sakura. Ini adalah kapten Shah. Masa adalah 8.10 pagi. Penerbangan ini akan mengambil masa kira-kira 40 minit. Cuaca kelihatan amat baik sekali. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan ini. Kita akan berlepas sebentar sahaja lagi. Anak-anak kapal kami bersedia membantu sekiranya anda memerlukan bantuan.

Hari itu, masa time raya Haji, Dato’ berkesempatan berada di awan dunia untuk ke Miri atas urusan perniagaan, tapi Dato’ pilih kelas ekonomi sahaja. Walaupun kelas ekonomi takde class, Dato’ redha kerana tak mahu menggunakan wang rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Senang sikit kerja SPRM, pengerusinya nanti tak payah rasa pressure kena kerja lepas office hour. Kelas ekonomi pun ok juga. Dato’ tak payah seluk-seluk poket untuk order makanan. Makanan dah masuk sekali dalam harga tambang flight. Maklumlah, flight tambang mahal, hah gitu. Sedang Dato’ duk asyik lena membayangkan gadis Sarawak, Dato’ dikejutkan oleh pramugari yang tidak terlampau, “Sir, meal time, what do you want?” Paras rupanya memang Bung Bung Pow! Hah gitu. Ala-ala Zizie Izette. Bung Mokhtar mesti semakin thrill nak baca posting Dato’ ni. Sambung pramugari tu, “We have coconut oil rice with prawn sambal or you can choose Malaysian pancake with chicken curry?”.

Ish, apa kebendanya tu. Dato’ mula rasa blur. Aneh sungguh menu tu. Kemudian pramugari tu menerangkan, “Nasi lemak atau roti jala lah… hik hik hik…”, ketawanya yang cute miut. Cis, terkena aku. Kemudian Dato’ pun mula membutirkan kata, “Err, I want Malaysian pancake, but I want with sacrifice steak”. Pramugari itu pula yang menunjukkan wajah blur. “Sorry sir, what is sacrifice steak?” Dato’ pun jawab…”Daging korban lah… ahak ahak ahak, “ketawa Dato’ nakal tetapi tidak gatal.

Lalu si pramugari itu pun tak senang, lalu memanggil rakannya yang ala-ala garang sikit. Selepas berbisik-bisik, lalu rakannya datang dekat Dato’, lalu menunjukkan sikunya, “Ni nampak!” Sah, ini memang dari species Dania! Ikutkan hati Dato’, nak aje Dato’ doakan supaya pecah perut, tapi disebabkan kesalahannya takdelah sampai merompak dan menyeleweng duit royalti rakyat, ah biarkan aje.

Kalau kita perhatikan dalam kapal terbang tanda larangan merokok merata-rata. Tapi dalam kapal terbang tu sendiri ada serve minuman keras. Sebenarnya dalam kapal terbang tu ialah ibarat dunia. Manusia hanya buat sesuatu yang bila dia nampak dan rasa. Bila dia merokok, dia tahu akan bahayanya penerbangan itu, terbakar ke apa ke, jadi rokok haram. Tapi bila dia minum arak, takde bahayanya kepada penerbangan dia rasa, sebab dia tak nampak akan wujudnya Allah itu yang akan menghukumnya kelak, jadi arak halal. Ala macam bila boss panggil, dengan bilal masjid panggil bila masuk waktu, mana kita nak pergi dulu? Kita nampak boss yang akan evaluate performance kita dari Allah itu sendiri yang akan evaluate kita kelak. Sekian dimaklumkan.

Jadi sempena maal hijrah ini, Dato’ ucapkan happy new year, eloklah kita muhasabah dan evaluate diri kita apa yang telah dilakukan sepanjang tahun 1430 lalu. Marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Tahniah kepada skuad harimau Malaya yang berjaya berhjrah menjadi pasukan emas dalam Sukan Sea yang lalu. Yelah Malaysia ini biasanya handal dalam sukan-sukan yang memerlukan stick atau kayu. Contohnya badminton, squash, hoki. Kalau bab bola yang tak kena guna kayu, memang hancur. Tapi kali ini dia berubah, syabbas bete, syabbas! Pesan Dato’ bila dah berjaya, janganlah jadi macam harimau kayu yang sekor tu. Duk skandal sana, skandal sini. Hitam hitam si tampok manggis, sungguhpun hitam, terror dia pukul bola masuk lubang sana lubang sini tanpa rasa letih. Tiger Wood lah. Hah gitu. Akhir kalam Selamat Berpindah! gurunsakura.blogspot.com

Tuesday, November 24, 2009

Sinar Ibnu Sina



Robot Ibnu Sina bantu jurujual, sambut tetamu Robot dicipta persis manusia dilengkapi teknologi bercakap bahasa Arab

MENGAMBIL sempena nama saintis dan ahli falsafah Islam abad ke-11, sekumpulan saintis Emiriah Arab Bersatu menghasilkan Ibnu Sina - robot yang didakwa pertama di dunia dilengkapi teknologi bercakap dalam bahasa Arab.Dicipta sekumpulan pereka Universiti UAE di bandar raya al-Ain, Abu Dhabi, Ibnu Sina didakwa boleh membantu pembelajaran. Kumpulan lebih 10 orang itu diketuai penolong pensyarah bidang sains komputer universiti itu, Nikolaos Mavridis. Menurut Mavridis, robot itu mungkin dihasilkan secara massa bagi membantu jurujual di kompleks beli-belah. "Justeru, kami memilih watak Ibnu Sina bagi menggambarkan kesungguhan menghidupkan nilai dibawanya dalam diri pelajar universiti," katanya. - AFP
Dato' Shah - Walaupun belum start lagi, kita mulakan dengan mukadimah dulu. Baru-baru ini Dato' berkesempatan menghadiri satu ceramah di satu tempat di Bandar Utama Petaling Jaya. Tidaklah Dato' ketahui samada ceramah itu ada tauliah atau tidak. Ah peduli apa Dato', yang penting isi kandungan ceramah yang harus dinilaikan. Aneh sungguh ceramah itu, kerana yang datang bukan sahaja yang beragama Islam, malah bangsa dan agama lain pun ada. Ada SiSawa matang, ada yang SiHitam, dan Siputeh yang duduk di Kota pun ada. Sampai kena kosongkan seat lagi. Hah gitu. Namun Dato' perhatikan lepas ceramah, ramai yang tak insaf walaupun ceramah tu gempak dan gegak gempita, berkisar pasal kiamat dan hari kehancuran. Macam mana nak insaf, sambil ceramah sambil makan pop corn! Oh ya lupa nak cakap, tajuk ceramah tu, "2012 -Setelah mereka diperingatkan". Hah gitu.



Berbalik kepada berita pasal robot Ibn Sina. Hamboi dah macam Osama Laden Dato' tengok. Kita patut berbangga kerana sebenarnya umat Islam memang genius. Umat Islam ada potensi tu, cuma kita tak cari. Kalau umat lain Allah bagi anugerah ilham dan akal bijak sebagai istidraj atau umpan untuk mereka terus alpa dan lalai dengan dunia, tapi umat Islam harus cari bantuan Allah, dekat pada Allah untuk kita berjaya di dunia dan hereafter. Ibn Sina berjaya dengan teori-teorinya, khasnya dalam bidang perubatan, berjaya cipta benda-benda baru, terdahulu dari ciptaan bangsa lain, bangsa lain yang follow beliau, disebabkan beliau begitu karib dengan Allah. Inilah inner spiritual brings Islamic survival.

Lihat saja kisah Saidina Ali apabila dicabar oleh orang yahudi akan soalan maths. "Hei Ali apakah nombor yang kalau dibahagi 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 akan menghasilkan jawapan yang tidak berbaki. Hang kata hang terra, Cuba mai tengok tahap add maths hang". Ayat last tu Dato' tambah. Orang yang bertaqwa macam Saidina Ali ni mudah dpt ilham dari Allah. Dalam satu minggu ada 7 hari, dalam sebulan, bulan Islam ada 30 hari kebanyakannya, dan dalam setahun ada 12 bulan. 7 x 30 x 12 = 2520. Itulah jawapannya 2520. Jangan pergi tikam pulak.

Tak lama dulu, Dato' ada memanggil perkhidmatan teksi untuk ke satu destinasi. Pemandunya berbangsa Singh, tapi tak pakai serban. Barangkali daripada etnik hadhari. Belum pun Dato' melabuhkan punggung, DJ tu bertanya, (drebar jalanan), "Are u good in maths?". Memandangkan masa belajar dulu Dato' tak pernah dapat Matematik, B ke bawah, dengan bongkak dan takburnya Dato' menjawab, "Yes, why???". "I want to ask you, what is prime number?" Hah sudah, dia tanya nombor prima lah pulek! Manalah Dato' nak ingat, subjek form 1 tu. Tapi disebabkan aura Ibn Sina dan Saidina Ali menyebabkan Dato' beranikan diri menjawab, "Prime number is a number that can only be divided by one or itself, like 1, 3, 5.". "Then, why don't they call odd number, even number?" tanya DJ tu lagi. "Oh because 2 is also prime number, can only be divided by one or itself, but it is even number. One more example, 15 is not prime number since it can be divided by other number, which is 3, 5, but it is an odd number".
Lalu DJ tu menunjukkan buku latihan maths PMR keluaran sasbadi yang dia buatnya pada masa sengkang dan lantas membuat amendment jawapan soalan topik nombor primanya itu, dan direview oleh Dato', ehem!. Bila sampai ke destinasi Dato', Dato' pun membayar tambang seperti biasa. "Thanks for clarifying the prime number!" Dato' bajet, adalah macam teksi tunai, keluar duit dari poket ke atau sekurang-kurangnya ada diskaun ke. Tapi... Yang ado...! Tapi takpe sekurang-kurangnya Dato' berjaya meneruskan legasi Saidina Ali, kalau tak dapat jawab, malu beb.

Jadi usaha untuk mempromosi Ibn Sina adalah wajar disokong. Yelah, dulu orang yang berserban, berjubah dan berjanggut dianggap terror. Sekarang ni, orang yang berserban, berjubah dan berjanggut dianggap terrorist! Jadi kitalah yang memain peranan untuk memulihkan imej Islam samada dengan cara promosi begini, atau kita sendiri yg mempamerkan imej orang Islam yang bijak. Kepada yang menduduki peperiksaan, berbijak-bijaklah di dalam dewan. Akhir kalam semoga sinar Ibn Sina menyerap dalam sanubari kita untuk kita ke hadapan selalu dalam apa jua bidang. Apa salahnya kita berkorban untuk mengembalikan kegemilangan kita yang sekian lama dirampas. Selamat berkorban! gurunsakura.blogspot.com

Tuesday, November 10, 2009

Pyaar Ishq Ho Mohabbat

Pyaar, deewana hota hai, mastana hota hai....
Har kushi se har gham se be ghana hota hai...

Jangan betulkan siaran anda. Hari ini Dato' ingin berbicara soal pyaar, ishq dan mohabbat. Nampak macam banyak vocab Dato' dalam bahasa Hindi, tapi sebenarnya sama aje maksud. Semua itu bermakna cinta. Aii, jangan takut, jangan was was, Dato' ada tauliah untuk cakap soal cinta, kalau ada yang nak tangkap, meh sini, kita bukak gelanggang, haiiip! Penyokong-penyokong Dato', standby pegang Dato'. Tapi jangan merusuh, nanti kerajaan rugi nak beli kerusi baru stadium. Harap semuanya tenang, Dato' pergi sebagai seorang pejuang! Apa pulak perlu tauliah tauliah. Cukup untuk check berapa aweks-aweks yang Dato' berjaya jinakkan. Inilah mentaliti kita, kalau sebut soal cinta je, mesti nak kaitkan dengan TA yang terakhir tu. Scope cinta tu luas, merangkumi cinta sesama makhluk, sesama alam sekitar, Tuhan. Tetapi cinta sesama sejenis, ini diluar scope, hah gitu. Nak kena bersumpah-sumpah pulak nanti. Susah jugak akhir zaman ni. Kalau pembacuh kopi/teh pompuan, nanti dituduh ada skandal, kalau lelaki, nanti kena pergi Pusrawi. Nasib baik Dato' minum air suam aje.

Baik, apakah itu Cinta? Cinta itu ialah perasaan kasih sayang terhadap sesuatu atau seseorang. Bagaimana untuk kita membentuk rasa cinta? Cinta dapat dibentuk dengan jayanya apabila kita mencintai sesuatu atau seseorang dengan 101%. Mas Idayu, jangan perasan bila baca entry ni. Bagaimana ini boleh berlaku? Ini berlaku dengan membentuk rasa cinta dengan melafazkan penafian dahulu diikuti dengan mengikrarkan rasa cinta itu. Sebagai contoh, seorang isteri bertanya kepada suami, adakah suaminya betul-betul mencintainya. Suaminya menjawab, "Ya, saya cinta awak". Pernyataan ini bukanlah menggambarkan rasa cinta sebenar. Ini kerana, pada suatu hari, si suami berkenalan dengan seseorang wanita lain ala-ala pramugari Firefly, dan menjalinkan hubungan cinta. Lalu si isteri mendapat tahu khabar ini lalu mengungkit lafaz ikrar cinta suaminya yang lalu dan mendakwa suaminya tidak mencintainya lagi. Si suami membalas, "Memang saya cintakan awak, tapi saya tak kata saya tak cintakan orang lain".

Jadi bagaimanakah contoh cinta yang sebenar, iaitu 101%? Si suami patut berkata dengan penafian, lalu ikrar. "Saya tidak mencintai orang lain, hanya awak seorang sahaja yang saya cinta". Maka dengan ini, si isteri boleh menarik lafaz lega, kerana si suami telah membentuk rasa cinta yang sebenar dan meyakinkan. Ehem, harap maklum entry ini hanya untuk bacaan suami-suami sahaja, kalau isteri baca, habislah tak boleh nak buat trick lepas ni... hah gitu.

Begitu juga cara kita membentuk rasa cinta dengan Allah. Sebab itu, kita melahirkan rasa cinta kepada Allah, dengan lafaz yang suci, La Ilaha Illa Allah, bermula dengan penafian, tiada tuhan yang disembah, kemudian rasa ikrar, melainkan Allah. Lafaz ini merupakan lafaz yang ulung, menunjukkan rasa cinta kepada Allah, dengan sebenar-benarnya. Tiada makhluk lain, atau peraturan dan acuan lain yang patut kita ikut, melainkan peraturan dan acuan daripada Allah saja. Jadi, tidak cukup untuk kita sekadar mengatakan, "Aku cinta Allah, aku sembah Allah," tanpa diikuti dengan penafian.

Inilah cinta dan ikrar yang sebenar atau 101%. Ini kerana, jika ikrar sahaja tanpa penafian, maka kita akan ikut juga perintah Allah, tetapi dalam masa yang sama kita mengikut apa-apa sahaja yang dibolehkan oleh aturan yang lain, yang dalam masa yang sama dilarang oleh Allah. Yelah takut-takut, kita disoal esok di padang masyhar, "Dah Potong? Dah Potong?" Potong apa? "Potong tangan daa... untuk kesalahan mencuri" Macam mana kita nak jawab agaknya? Yang memangkah pun kena jugak, jangan ingat terlepas. Sekian dimaklumkan.

Jadi Dato' cadangkan pada parti politik yang takut ahli parlimen/DUN melompat parti, supaya buat Bai'ah begini, "Aku bersumpah, tiada parti lain yang aku berbakti, melainkan parti tuuut aku ini". Carilah cinta yang 101%, kerana ianya cinta yang hakiki, dan menjamin keamanan sejagat, dunia dan akhirat. Wallahu a'lam. Bilalah nak Potong...?

Tuesday, October 6, 2009

Oh... Aduh Zalzalah

Hadirmu tidak kuduga,
Datangmu tidak berjemput,
Namun sekilas kau menyinggah,
Bergoncang debar jantungku.

Kau datang dan pergi dengan sekelip mata,
Setelah kau pergi, air mataku bercucuran,
Adakah ini ujian dan dugaan kepadaku,
Apa salahku diperlakukan sebegini?
Besar manakah dosa-dosaku?
Tidak pernah sekalikah aku berbuat bakti?

Oh Tuhan,
Inikah balasan kepada diriku,
Yang selalu melupaiMu,
Yang sering alpa akan suruhan-suruhanMu,
Yang amat ghairah akan larangan-laranganMu,
Ampunkan aku Tuhan kerana menyemai dosa,
Maafkan aku Zalzalah,
Setelah kau pergi,
Tiada lagi keindahan di pantai,
Tiada lagi kecantikan alam untuk kunikmati.

Oh Zalzalah,
Zal Zal Zal Zal... Zal Zal Zal Zal,
Woohop... Woohop...Woohop... Woohop.

Itu dia tadi sajak nukilan Dato' khas buat Zalzalah. Adapun Zalzalah ni bukannya awek bertudung Ariani, berkebaya ketat dan mengamalkan Jus Diet Mate 5. Memang mengancam awek itu. Tapi Zalzalah ni lebih mengancam. Zalzalah ni bahasa Arab iaitu Gempa Bumi. Mungkin kita kurang perasan yang Az-Zalzalah ini juga merupakan surah yang ke 99 di dalam al-Quran. Seperti mana kita terkesima dan terpaku melihat seorang wanita yang bernama Zalzalah melambai-lambaikan tangan seperti Miss Bagan Pinang, lambaian Zalzalah sang Gempa Bumi ini, ternyata amat dasyat.

Lihat apa yang berlaku di Samoa, Sumatera, Padang dan juga di... Jalan Tun Razak akibat penangan lentukan Zalzalah. Heran juga, duk sibuk-sibuk nak Ganyang Malaysia, Ganyang Malaysia, tengok-tengok negara sendiri yang kena ganyang! Dulu kena goyang gerudi kira ok lagi, sekarang bumi kena goyang. Begitu juga dengan yang berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, dan sebahagian tempat di Malaysia. Mungkin masa tu, kita belum bersolat lagi, masa tu kita sibuk dengan urusan dunia dan masa tu, kita tidak mengingati Allah. Bila terasa gegaran, kita turun ramai-ramai dari office, dan baru tersedar akan kealpaan kita tadi. Jadi Zalzalah ni juga menghantar signal dan as reminder yang kita tidak boleh snooze kan dia.




Zalzalah ini ialah bala dari Allah yang diturunkan kerana adanya maksiat di sesuatu tempat, atau tidak ada amal soleh di dalam sesuatu tempat.


"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). "(30:41)


Kalau merujuk ayat ini di dalam tafsir pimpinan arrahman, nota 1393, bala bencana yang tidak putus-putus menimpa manusia adalah kerana maksiat.


Siapa yang menyebabkan maksiat ini berleluasa?


"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. " (17:16)


Menurut tafsir pimpinan arrahman nota 614, mutrafi (orang yang hidup mewah) ialah ketua-ketua dan orang terkemuka.

Mereka inilah punca berlaku maksiat. Siapa dia ketua-ketua? Of course pemimpin. Orang-orang terkemuka? Mungkin penaja-penaja. Mereka nilah punca berkembangnya maksiat berleluasa. Mereka ada kuasa, wang ringgit. Bila maksiat berleluasa, maka bala bencana pasti menimpa.


Soalannya sekarang, Malaysia seringkali terselamat dari Zalzalah disebabkan keadaan geografinya, walaupun terasa sedikit tetapi hakikatnya Alhamdulillah, impaknya masih minimal. Jadi adakah di Malaysia yang kucintai ini tidak ada maksiat? Allah berfirman;

"Dan bukan sedikit negeri-negeri yang Aku beri tempoh, sedang penduduknya berlaku zalim; kemudian Aku menimpakannya dengan azab seksa; dan (ingatlah) kepada Akulah tempat kembali. " (22:48)


Ya, mungkin kita diberi tempoh lagi untuk bertaubat, sebelum kejadian seumpama Zalzalah ini berlaku di tanah air kita. Harapnya kita mengambil iktibar akan apa yang berlaku di negara jiran kita ini. Cukup-cukuplah tu, hentikanlah nak ganyang negara orang. Zalzalah yang berlaku di sana sini, merupakan tanda-tanda kiamat menghampiri kita. Lebih baik kita ganyang segala dosa-dosa lalu, dan ganyang segala maksiat, kejahatan dan kezaliman yang berlaku di depan kita.

Walaupun Malaysia terselamat, tapi Dato' takut Zalzalah ni akan berlaku di Malaysia, di bahagian di Negeri Sembilan, hujung minggu ni. Zalzalah akan berlaku dengan dasyatnya di sana, bukannya dengan turunnya gegaran, tapi turunnya kain songket, basikal, beras dan not not bergambar Agong. Muka bumi di sana juga turut digoncang dengan ledakan Tar Tar yang berwarna hitam. Sekian dimaklumkan. Kalau kalah lagi, alamat gempa akan berlaku buat kali kelapan... hah gitu. Jadi kepada YB YB, selamat berkempen secara berhemah. Jangan nakal-nakal... Kalau kena tumbuk, sila bangun sendiri. Ayuh, kita Ganyang rasuah dan pengundi hantu! Bisa dong... Udah dulu ah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...