“Haram zate! Mere Zindagi Mere Mohabbat. Pyaar Pyaar. Inspector Shahab. Bombay Police Station. Syabbas bette! Kya hua beta? Happy Birthday Daddy!”
Masa itu Jalan Masjid India dah jadi tempat safa dan marwa bagi Dato’ berlari-lari anak dari LRT Masjid Jamek ke pasaraya Mydin. Sampai di Mydin, terus Dato’ tawaf mencari VCD-VCD Hindustan yang baru keluaran Sendi Mutiara dan kaset OST terutamanya daripada lakonan Shah Rukh Khan yang sekarang ni bergelar Datuk. Datuk Shah. Ehem. Sekian dimaklumkan.
Masa tu, tak tengok dah awek-awek Melayu. Hello Miss, Hello Miss! Mata Dato’ dah berkenan akan seorang gadis Pakistan yang saling tak tumpah macam Karisma Kapoor bila mengenakan baju tradisi Punjabi. Siap hantar email tu kat dia untuk salam perkenalan. Hari-hari Dato’ pergi lab computer untuk check email. Maklumlah masa tu belum potong lagi, tak wujud lagi broadband. Hati Dato’ keriangan apabila email Dato’ dibalas. Paham jugak dia akan email Dato’ walaupun ada dua tiga ayat Hindi yang Dato’ goreng. Yelah nak bagi impress lah sikit. Baru dia tahu yang Dato’ buat homework sebelum tackle. Namun jawapan replynya hampa apabila dia mencadangankan supaya diputuskan saja hubungan kami. Dato’ berasa pada masa itu, dunia ini gelap buat Dato’. Pada masa itu, secara kebetulan guruh pun berdentum. Sebijik macam scene Shah Rukh Khan kena reject dengan family Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.Malang sungguh. Belum kenal, dah mintak putus. Alasan yang diberi oleh gadis Pakistan itu ialah dia sudah pun bertunang. Eke ele Minah Chi ni, orang ajak berkenalan lah, bukan ajak kahwin. Perasannya dia!! Are pagal hai ladki hai! Melihat alasannya, Dato’ rasa lega sikit, kerana yang menjadi penghalang hubungan kami hanyalah statusnya sahaja. Dato’ pun pulang ke hostel dengan keadaan basah kuyup akibat hujan yang mengiringi perjalanan. Hah gitu.
Itulah kenangan lalu Dato’ bersama Hindustan. Sekarang ni biasa-biasa lah. Tak dapat orang Pakistan, tapi dapat orang Santan, Perlis. Kira oklah, ada Tan jugak. Syukur. Sekarang ni Dato’ tak follow sangat perkembangan Hindustan ni. Tapi masa raya hari tu, Dato’ terbukak satu channel di Astro, ada satu filem dibintangi oleh Shah Rukh Khan. Hah sudah, ini boleh mengugat iman! Tajuknya Duplicate. Mengisahkan dua watak berbeza yang mempunyai wajah seiras, satu crook yang maha jahat, Manu, dan satu lagi chef restaurant yang bodoh-bodoh alang, Bablu. Akhirnya mereka bertemu di satu plot. Kemudian jadilah huru hara dan cerita.
Dulu Dato’ cukup minat dengan cerita ni. Dulu kalau menonton cerita ni rasa lucu dan seronok. Tapi sekarang bila Dato’ menonton cerita ni, jadi tak seronok, seriau dan fobia, terutamanya bila scene gaduh-gaduh, lawan-lawan, asak-bergasak, geng-geng Manu yang bertubuh sasa, bermisai lebat, berjambang dan berboroi. Tersembur kuih raya yang Dato’ makan. Sebab Dato’ rasa amat geram sekali melihat mereka. Bila melihat kuncu-kuncu dia kena taruh, Dato’ rasa happy dan kalau diberi peluang membintangi filem tu (rupa, gaya dan bahasa dah ada), pun Dato’ sanggup, sebab nak belasah sama diaorang. Penangan Hindustan memang tersentuh di kalbu, membuatkan kita rasa nak bercinta dan berkasih sayang sesama manusia. Tetapi adegan-adegan kejam, tak bertamadun dan tidak bertatasusila di dalam filem-filemnya amat mengacau jiwa sungguh. Belasah sana, belasah sini. Tikam sana tikam sini. Bunuh sana bunuh sini. Mulai sekarang Dato’ ingin mengumumkan persaraan dari industri Bollywood. Dato’ nak lompat ke platform baru.
Korean Rulezzzs! Baik tengok Winter Sonata, My Girl, Boys before Flowers. Walaupun asyik-asyik kat hospital, makwe kena kanserlah, mak bapak sakit tua lah, janji takde adegan ganas-ganas ni yang ternyata amat meruntun jiwa.Goodbye Miss, Goodbye Miss! Namun specis baru pulak muncul. Si mata-mata sepet di sekeliling Dato’ ni memang boleh meruntun jiwa sungguh! I want nobody nobody but you…! *Pap pap*
Dato’ Shah
gurunsakura.blogspot.com











